Time to release tension!

Say Yes, My Sweetheart!

Sudah 2 minggu peperiksaan akhir tahun berlalu. 6 sekawan itu keluar bersama untuk menghilangkan stress selepas peperiksaan. Mereka sangat seronok kerana mereka agak jarang keluar bersama. Seharian mereka keluar pergi tengok wayang, pergi makan dan membeli-belah. "Lepas ni kita mahu ke mana?" tanya Seohyun. "Kita pergi ke kedai yang dekat dengan pintu depan mall ni boleh tak?" kata Sunny. "Tu kan kedai cenderamata. Awak nak buat apa pergi kedai itu?" tanya Yoona. Kemudian dia mengira sesuatu dengan jarinya dan berkata, "Rasanya birthday kita semua dah lepas kan?". Mereka semua mengiakan. "Memanglah dah lepas. Tapi, saya nak belikan hadiah untuk Sungmin. Tak lama lagi birthday dia." kata Sunny. "Ohh.." kata mereka serentak. "Kalau macam itu jomlah. Hari dah makin petang. Saya takut hujan pula." kata Taeyeon. Kemudian mereka pun pergi ke kedai itu. Setelah mereka sampai, mereka masuk. Tiba-tiba handphone Hyoyeon berbunyi. "Awak semua masuk dulu lah, nanti saya datang balik." kata Hyoyeon kemudian dia meminta diri untuk menjawab panggilan. Mereka tanpa membuang masa terus masuk ke kedai itu. Sunny terus pergi ke arah rak yang ada menjual barangan lelaki. Dia terpandang sebuah dompet. Dia mengambil dompet itu dan membeleknya. "Berapa harga dompet ni?" tanya Sunny pada salesgirl. "Harganya 2000 won sahaja cik" kata salesgirl itu. "Baiklah, saya ambil yang ini." kata Sunny lalu menghulurkan dompet pada salesgirl itu. Dia pun berjalan ke arah kaunter untuk membayar. Setelah selesai membayar, dia pun beredar. "Saya dah bayar. Marilah." kata Sunny. Mereka pun keluar dari kedai itu. "Ehh, mana Hyoyeon?" tanya Seohyun tiba-tiba. Mereka tidak sedar Hyoyeon tiada dari tadi. Mereka meninjau-ninjau mencari kelibat Hyoyeon. Tiba-tiba Hyoyeon muncul. "Awak pergi mana?" tanya Tiffany. "Saya pergi jawab panggilan lah. Lepas tu saya ke tandas sekejap. Macam mana? Dah dapat barang itu?" kata Hyoyeon. Mereka semua mengangguk. "Kalau macam itu, marilah. Kat luar dah gelap. Macam nak hujan." kata Hyoyeon. Kemudian mereka pun beredar. "Kami pulang dulu ya. Jumpa di sekolah besok." kata Yoona dan Sunny. "Baiklah, kami pun mahu pulang. Bye!" kata Taeyeon, Tiffany, Seohyun dan Hyoyeon. Kemudian mereka semua beredar pulang. 

 

    

Keesokan hari, di kantin sekolah...

Hyoyeon, Eunhyuk, Sunny dan Sungmin sedang duduk di satu meja sambil makan dan berbual. "Nanti awak balik dengan saya tau. Hari ni saya tak balik dengan Donghae." kata Eunhyuk. "Kenapa? Selalu kan awak balik dengan dia." tanya Hyoyeon. "Saya pun tak pasti kenapa. Rasanya dia kata dia nak pergi dating dengan Yoona hari ni. Sebab itulah agaknya." terang Eunhyuk. "Emm, nampaknya bergembira sahaja lah Yoona hari ni." kata Sunny. "Hari ni awak pun balik dengan saya tau." kata Sungmin pula. "Baiklah." kata Sunny sambil tersenyum gembira. Eunhyuk yang sedang berbual dengan Sungmin dan Sunny tiba berhenti kerana dicuit oleh Sunny. "Cuba awak tengok Hyoyeon. Kenapa dia senyap sahaja." kata Sunny. Eunhyuk pun mengalihkan pandangannya ke arah Hyoyeon yang sedang mengelamun. "Hyo, awak kenapa? Kenapa awak senyap je ni?" tanya Eunhyuk lembut. Hyoyeon yang masih mengelamun itu membiarkan sahaja pertanyaan Eunhyuk tidak berjawab. "Tak mengapa. Biar saya cuba." kata Sunny. "Hyoyeon, Hyoyeon," panggil Sunny sambil menggerakkan tangan Hyoyeon. Hyoyeon yang tersedar dari lamunannya terus berkata, "Haa? Apa?". "Awak ni kenapa? Kenapa mengelamun?" tanya Sunny.  "Haa? Tak ada apa-apa lah." kata Hyoyeon cuba berselindung. "Awak jangan nak tipu kami. Kami tahu awak sedang berfikir sesuatu kan? Apa yang awak fikirkan." tanya Sunny lagi. Hyoyeon sudah tidak boleh berselindung lagi. "Sebenarnya saya tengah fikir pasal Victoria." kata Hyoyeon. "Victoria? Kenapa awak fikir pasal dia pula? Dia ada buat apa-apa pada awak ke?" tanya Eunhyuk. Dia risau kalau Victoria ada buat sesuatu pada Hyoyeon. "Saya rasa dia ada merancang sesuatu. Tapi, saya tak tahu apa dia." terang Hyoyeon. "Maksud awak?" tanya Sunny. "Awak ingat tak semalam masa saya kata saya pergi jawab panggilan." tanya Hyoyeon pula. "Emm, ya. Saya ingat. Tapi mengapa? Memang awak angkat panggilan kan?" kata Sunny. "Memanglah. Tapi, lepas itu saya ternampak Victoria dengan kawan-kawan dia pergi berjumpa dengan Yunho. Saya pun cuba lah mendekati mereka untuk mendengar perbualan mereka. Tetapi oleh kerana terlalu bising, saya tak dapat mendengar sepatah pun apa yang mereka bualkan." terang Hyoyeon panjang lebar. "Tapi awak pasti ke yang mereka sedang merancang sesuatu?" tanya Sungmin pula. Hyoyeon terdiam. "Sudahlah, awak tak payah lah fikir pasal mereka." kata Eunhyuk. "Tapi, ada betulnya juga kata Hyoyeon. Mereka mungkin juga sedang merancang sesuatu. Yelah, awak pun tahu kan. Yunho itu sangat jahat. Tidak mungkin juga Victoria berjumpa dengan dia tanpa sebab." kata Sunny. Kali ini Eunhyuk dan Sungmin pula terdiam. "Sekarang awak berdua pula diam. Haihh, menyesalnya saya cakap." bebel Sunny. "Tidak mengapalah. Saya akan pastikan mereka tidak dapat mengapa-apakan sesiapa pun." kata Hyoyeon tiba-tiba. "Maksudnya awak nak siasat perkara ni ke?" tanya Sunny pula. "Itu saya tak tahu lagi." kata Hyoyeon. Eunhyuk yang diam sebentar tadi tiba-tiba berkata, "Tak payahlah siasat. Kalau awak sedang siasat tiba-tiba mereka dapat tahu, pasti mereka akan mengapa-apakan awak.". "Betul kata Eunhyuk, lagipun awak tu perempuan. Ia sangat bahaya." kata Sungmin. "Yelah, Hyo. Lebih baik awak tak payah masuk campur." kata Sunny. Akhirnya Hyoyeon mengalah. Tapi, dia tetap berasa tidak sedap hati. Dia dapat rasa mereka seperti merancang sesuatu. Dia akan cuba siasat juga tanpa pengetahuan mereka bertiga terutama Eunhyuk. Dia sudah bertekad. 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
goddessprincess
#1
Chapter 10: It's okay... I really love the update...it's great story...
goddessprincess
#2
Chapter 4: I love YoonHae moments...it's sweet...more YoonHae...I'm waiting for YoonHae and SeoKyu...

Daebak !!
goddessprincess
#3
Wow , malay version..

Update selalu ya...Suka sangat dengan cerita nie..

Hwaiting !
milkyberry #4
oh wow malay version :)
Looking forward for next chapter
shotblade1510 #5
soo malay..
chan92
#6
haha
kelakar pulak bile bace dlam bhse mlayu
keep going
i wll sppurt u
seokykyu #7
so sweeeeeeeeeet..
seokyu~