Today's the night!

Say Yes, My Sweetheart!

6 sekawan sedang sibuk mempersiapkan diri untuk majlis malam ini. Mereka bersiap sambil berbual dan bergurau senda. Mereka ingin tampil cantik pada malam ini. "Taeyeon, malam ni siapa yang nak hantar kita pergi ke dewan nanti?" tanya Yoona tiba-tiba. "Driver saya hantar. Awak jangan risau lah." sampuk Tiffany. "A'ah. Yelah, takkan kita jalan kaki pulak kan?" kata Sunny pula.

 

 

 

 

*Ni contoh baju yang mereka pakai :)

 

Setelah mereka siap, mereka pun bersiap sedia untuk pergi. Kereta yang akan membawa mereka sudah lama menunggu di depan rumah. Tanpa  membuang masa mereka masuk ke dalam kereta dan pergi. Sepanjang perjalanan bermacam-macam perkara yang mereka bualkan. "Awak agak kan Sungmin pakai baju warna apa ya?" tanya Sunny. "Manalah kami tahu" kata mereka serentak. "Mesti dia akan nampak sangat hensem hari ni. Eihh, tak sabarnya nak jumpa dia." kata Sunny lagi. Dia sememangnya dari dulu lagi menyukai Sungmin. Tapi kerana terlampau malu untuk meluahkannya, dia pendamkannya sahaja. "Ehh, Taeyeon, awak pergi ke majlis ni dengan siapa?" tanya Tiffany tiba-tiba. Sememangnya dia sangat prihatin dengan teman-temannya. "Hah? Ohh. Saya pergi dengan Kai." kata Taeyeon. "Kai? Siapa tu? Tak pernah dengar pun sebelum ni." kata Yoona. "Alaa, dia tak popular sangat. Setahu saya dia kawan Siwon. Fany, takkan awak tak tahu. Siwon tak cerita apa-apa pada awak ke?" tanya Taeyeon pula. "Setahu saya tak ada. Entahlah. Saya pun tak berapa ingat." jawab Tiffany. "Ahh, tak kisahlah. Yang penting malam ni, kita enjoy je okay?" kata Hyoyeon. "Okay!!!" jawab mereka semua serentak kemudian mereka ketawa. 

Setelah kira-kira 30 minit, mereka sampai. Sebelum keluar Tiffany sempat berpesan pada driver supaya ambil dia balik nanti. Kemudian dia pun keluar. Kereta Tiffany terus meluncur laju meninggalkan perkarangan dewan. Sesampai je mereka, mereka telah disambut oleh pasangan masing-masing. Tiffany dan Siwon. Yoona dan Donghae. Hyoyeon dan Eunhyuk. Sunny dan Sungmin. Taeyeon dan Kai. Cuma tinggal Seohyun yang belum ada pasangan. Sebelum masuk ke dalam, Siwon sempat berpesan supaya Seohyun tunggu sahaja di situ. Kerana pasangan dia akan datang sebentar lagi. Seohyun hanya mengangguk. Setelah semua yang sudah berpasangan masuk ke dalam, tinggallah Seohyun keseorangan menunggu pasangannya sampai. Dia menoleh ke kanan, kemudian ke kiri, tapi dia tidak nampak sesiapa pun di situ. Tiba-tiba ada satu suara berdehem di belakang Seohyun. Seohyun pun menoleh. "Hai Seohyun! Maaflah buat awak lama menunggu. Mari, kita masuk ke dalam." sapa Kyuhyun lalu menghulurkan tangannya. Seohyun pada mulanya teragak-agak juga mahu sambut, tapi akhirnya dia sambut juga. Kemudian mereka berjalan masuk. 

Ketika mereka sedang menari, Kyuhyun telah mengenalkan dirinya. "Nama saya Kyuhyun. Awak mesti kenal kan?" kata Kyuhyun memulakan bicara setelah agak lama mereka berdua berdiam diri. "Hah? Awak Kyuhyun?" jawab Seohyun terkejut. "Ya. Yang nak berkenalan dengan awak tu. Awak masih ingat?" tanya Kyuhyun lagi. "I---ya. S---aya ing--at." jawab Seohyun gagap. Kemudian mereka berhenti menari kerana Seohyun melepaskan tangan Kyuhyun dan terus lari keluar dari dewan. Kyuhyun mengejar Seohyun dari belakang. "Kenapa ni? Kenapa awak lari?" tanya Kyuhyun sebaik dia berhenti di belakang Seohyun. Seohyun tidak memandang Kyuhyun. Dia hanya diam. Tiba-tiba Kyuhyun memegang lembut bahu Seohyun. Dia memusingkan badan Seohyun supaya dia boleh bercakap dengan selesa. Kyuhyun memandang muka Seohyun. Tiba-tiba dia menghampiri Seohyun. Seohyun jadi tak keruan. Dia takut Kyuhyun akan mengapa-apakan dia. "Awak jangan lah takut. Saya tak akan buat apa-apa kat awak." kata Kyuhyun sebaik sahaja dia lihat muka Seohyun kelihatan takut ketika dia menghampiri Seohyun. "Awak kenapa lari dari saya?" tanya Kyuhyun lagi bila dia lihat Seohyun diam. Seohyun memberanikan diri memandang muka Kyuhyun kemudian berkata, "Kenapa awak nak kenal dengan saya? Kenapa awak suka kat saya?" tanya Seohyun. Tiba-tiba dia rasa sebak tanpa sebab. Air mata Seohyun seperti mahu keluar tapi dia cuba menahannya daripada keluar. Kyuhyun memandang muka Seohyun kemudian dia senyum dan berkata,  "Awak tu special. Sebab tu saya suka awak. Lagi satu, awak seorang yang berpendirian. Awak tahu apa yang awak nak. Awak tak mudah mengalah.". Tiba-tiba air mata Seohyun mengalir. Dia sudah tidak dapat menahannya. Dengan segera dia mengesat dengan menggunakan tangannya. Kyuhyun yang tidak menyangka Seohyun akan menangis, segera mengeluarkan sapu tangannya dan menghulurkan pada Seohyun. Seohyun mengambil sapu tangan itu dan mengesat air matanya kemudian berkata, "Tapi kenapa saya? Kenapa bukan gadis lain yang lebih cantik?" tanya Seohyun. "Seohyun, cantik bukan segalanya. Apa yang saya mahu, semua ada pada awak." jawab Kyuhyun tenang. "Sudahlah, suatu hari nanti pasti awak akan tahu kenapa saya boleh sukakan awak." kata Kyuhyun memberi kata putus. Tiba-tiba telefon Seohyun berbunyi, "Ya, okay sebentar lagi saya datang.". Seohyun menutup telefonnya kemudian berkata, "Saya ada persembahan. Saya kena bersiap sekarang. Mari kita masuk." kata Seohyun. Sebelum mereka masuk Kyuhyun sempat berkata, "Seohyun, kalau awak tak terima saya, saya tak kisah. Tapi, yang saya tahu, saya cuma mahu awak bahagia." kata Kyuhyun kemudian senyum. Seohyun terdiam mendengar kata-kata Kyuhyun. Tapi dia cuma tersenyum tanpa berkata apa-apa.

 

Di dalam bilik persalinan...

"Seohyun tadi awak ke mana? Lambatnya." tanya Taeyeon sebaik sahaja Seohyun sampai. "Ke mana lagi kalau bukan bersama Kyuhyun. Betul tak?" sampuk Tiffany. Seohyun cuma senyum kemudian dia jadi pelik, "Mana awak tahu saya jumpa Kyuhyun?" tanya Seohyun. Tiffany yang dari tadi senyum tiba-tiba panik. "Alamak, macam mana boleh terlepas cakap ni. Eii, mulut ni celupar sangat lah." marah Tiffany dalam hati. Kemudian dia tersengih dan berkata, "Saya tahu dari Siwon lah. Kyuhyun tu kan kawan dia." kata Tiffany. "Ohh.." kata Seohyun pula. Kedengaran dari luar suara pengacara menyebut nama kumpulan mereka. Mereka sudah bersiap sedia untuk keluar. Sebelum mereka naik atas pentas, mereka berdoa supaya semuanya berjalan lancar. "Okay, jom. TTS Fighting!!!!" kata Taeyeon, Tiffany dan Seohyun. 

 

 

 

 

 

 

 Selesai semua persembahan, tibalah masa raja dan ratu diumumkan. Pemenangnya adalah Tiffany dan Siwon. Merka naik ke atas pentas untuk menerima hadiah juga berucap, "Kami nak ucap terima kasih kepada guru-guru dan juga rakan-rakan kerana telah mengundi kami sebagai raja dan ratu." kata Siwon. Kemudian mereka turun dari pentas. Sebaik sahaja mereka turun, ramai yang mengucapkan tahniah kepada mereka. Setelah itu, pemenang bagi persembahan pula. Tapi, sayang kerana kumpulan mereka cuma mendapat tempat ke-2. Tapi, mereka tetap gembira kerana mereka telah mendapat sokongan dari teman-teman mereka. 

Selesai semua acara, majlis pun bersurai. Mereka pulang dengan pasangan masing-masing. Yoona dengan Donghae. Eunhyuk dengan Hyoyeon. Sunny dengan Sungmin. Taeyeon dengan Kai. "Jumpa lagi besok kat sekolah." kata Yoona sebaik dia masuk ke dalam kereta Donghae. Kemudian kereta mereka meluncur laju. "Seohyun, kami balik dulu ya. Jumpa esok." kata Taeyeon, Tiffany, Sunny, Hyoyeon. Mereka juga naik kereta masing-masing. Seohyun cuma senyum sambil melihat kereta masing-masing beredar. Cuma tinggal Siwon yang tidak pulang. "Kenapa awak tak pulang?" tanya Seohyun setelah dia lihat Siwon masih berada di situ selepas menghantar Tiffany. "Nak pulang lah ni. Saya tengah tunggu seseorang." kata Siwon sambil tersenyum. Seohyun tidak berkata apa lagi. Dia cuma senyum. Seketika kemudian, kereta yang dipandu Kyuhyun pun sampai. Dia keluar dari kereta dan menghampiri mereka berdua. "Ehh, asal tak balik lagi bro? Tunggu orang ke?" tanya Kyuhyun sebaik sahaja dia lihat Siwon masih di situ. "Yelah, tunggu kau." jawab Siwon. "Tunggu aku? Buat apa tunggu aku?" tanya Kyuhyun pelik. "Yelah, kau kan parkir jauh. Takkan nak biar Seohyun ni tinggal sorang kat sini. Bahaya." jawab Siwon. "Ehh, awak temankan saya ke tadi? Maaflah. Susah susah je." kata Seohyun tiba-tiba. "Alahh, tak apa. Lagipun Fany yang suruh saya teman awak. Saya kata Kyuhyun parkir jauh, jadi dia suruh saya temankan awak sementara tunggu Kyuhyun datang." jawab Siwon. "Okay, terima kasih banyak bro sebab tolong jaga sekejap awek aku." kata Kyuhyun. "Sama-sama. Okaylah aku balik dulu." kata Siwon kemudian dia menghidupkan enjin motornya dan pergi. Setelah itu mereka berdua pun beredar pergi.  

Sepanjang perjalanan mereka berdua diam tidak berkata sepatah pun. Kyuhyun yang sedang memandu mula tidak berasa selesa. "Kenapa diam je ni? Ada sesuatu yang mengganggu fikiran awak ke?" tanya Kyuhyun setelah agak lama berdiam diri. Dia sememangnya tidak akan selesa jika tidak ada siapa yang memulakan perbualan dulu ketika dia sedang memandu. Kerana itu dia mengambil keputusan untuk bercakap dulu. Seohyun yang dari tadi hanya memandang luar tingkap, memfokuskan pandangan dia pada Kyuhyun. "Hah? Tak ada apa-apa lah. Tak ada apa yang mengganggu fikiran saya pun." kata Seohyun. Kyuhyun memandang muka Seohyun. Kemudian dia tersenyum. "Awak ni comel lah." kata Kyuhyun kemudian tersenyum lagi. Seohyun terkejut. Mukanya sudah mula kemerah-merahan menahan malu. "Apa maksud awak?" tanya Seohyun yang masih malu. Kyuhyun memandang lagi muka Seohyun dan berkata, "Yelah, bila awak cakap macam tu, awak nampak sangat comel. Awak tahu, saya suka gadis comel." jawab Kyuhyun selamba. Seohyun cuma tersenyum. Sebenarnya dia masih menahan malu. Tapi, kerana muka dia sangat merah, Kyuhyun menyedarinya dan berkata, "Awak malu ke saya cakap macam tu? Alaah, bukan ada orang pun. Cuma awak dan saya.", kemudian dia tersenyum.

"Sampai kat depan simpang tu, belok kanan." kata Seohyun tiba-tiba. Kyuhyun senyum dan berkata, "Okay!". Setelah kereta Kyuhyun membelok ke kanan, kira-kira 1 minit, sampailah mereka di depan rumah Seohyun. "Okay, kita dah sampai." kata Kyuhyun sambil menarik brek. "Terima kasih sebab hantarkan saya balik." kata Seohyun sambil menanggalkan talii pinggang keledar. "Hmm, Seohyun, boleh tak kalau lepas ni kita jumpa lagi?" tanya Kyuhyun sebaik sahaja Seohyun mula mahu membuka pintu. Seohyun yang baru sahaja mahu keluar, berpaling ke arah Kyuhyun. "Kalau ada jodoh, kita akan jumpa lagi." kata Seohyun ringkas kemudian terus keluar dari kereta. Kyuhyun tersenyum gembira. Setelah dia memastikan Seohyun betul-betul sudah masuk ke dalam rumah, barulah Kyuhyun beredar. Sepanjang perjalanan, Kyuhyun tersenyum tanpa henti. Jika ada sahaja orang yang melihat dia, pasti mereka akan ingat dia gila kerana tersenyum seorang diri. Tapi, dia tidak peduli apa orang akan kata, kerana dia pasti dan sangat yakin bahawa dia masih ada harapan untuk bersama dengan Seohyun. Dia sangat yakin.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
goddessprincess
#1
Chapter 10: It's okay... I really love the update...it's great story...
goddessprincess
#2
Chapter 4: I love YoonHae moments...it's sweet...more YoonHae...I'm waiting for YoonHae and SeoKyu...

Daebak !!
goddessprincess
#3
Wow , malay version..

Update selalu ya...Suka sangat dengan cerita nie..

Hwaiting !
milkyberry #4
oh wow malay version :)
Looking forward for next chapter
shotblade1510 #5
soo malay..
chan92
#6
haha
kelakar pulak bile bace dlam bhse mlayu
keep going
i wll sppurt u
seokykyu #7
so sweeeeeeeeeet..
seokyu~