Tiring week, EXAM!

Say Yes, My Sweetheart!

Hanya tinggal beberapa minggu sebelum peperiksaan akhir tahun. Ramai pelajar sibuk mengulangkaji pelajaran. Tahun ini adalah tahun terakhir bagi pelajar tahun akhir. Kerana itu kelihatan ramai pelajar tahun akhir yang boleh dikatakan berada di hampir setiap sudut sekolah itu, sedang mengulangkaji pelajaran. Termasuk juga mereka berenam. "Awak semua, saya nak cakap sesuatu lah." kata Tiffany tiba-tiba setelah agak lama mereka berdiam diri mengulang kaji. "Apa dia?" tanya Yoona. Mereka semua berhenti, dan memandang Tiffany. "Sebenarnya, saya nak cakap pasal Siwon." kata Tiffany. "Pasal Siwon? Kenapa dengan dia?" tanya Sunny. "Dia nak belajar bersama kita semua. Dia kata dia tidak boleh fokus bila belajar seorang diri." kata Tiffany. Mereka semua memandang Tiffany dengan muka pelik. "Memang lah tak boleh belajar, kekasih hati tiada depan mata." gurau Hyoyeon. Kemudian mereka semua ketawa. Kecuali Tiffany. Kali ini dia pula yang membuat muka pelik. "Jadi, tak bolehlah? Tak apa lah. Kalau macam itu nanti saya cakap dengan dia tak boleh." kata Tiffany lagi. "Ehh, siapa kata tak boleh. Kami gurau sahaja tadi. Awak ini pun, janganlah sensitif sangat." kata Taeyeon. "Jadi bolehlah ni?" tanya Tiffany mendapatkan kepastian. "Boleh!" kata mereka serentak. Tiffany tersenyum gembira. "Emm, apa kata kalau kita ajak sekali kawan-kawan Siwon?" tanya Sunny tiba-tiba. Mereka semua serentak mengangkat kepala memandang Sunny. "Emm, bagus juga idea awak tu, yelah lagi ramai lagi meriah." kata Hyoyeon. "Kalau macam tu, baiklah." kata Taeyeon memberi kata putus. Tiba-tiba Yoona berbisik sesuatu pada telinga Sunny. Sunny buat muka terkejut lepas tu, dia senyum. "Ehem, ehem, perhatian!" kata Yoona. Mereka yang sedang tunduk memandang buku, mengangkat kepala memandang Yoona. "Awak semua nak dengar gosip tak?" tanya Yoona. "Saya ada satu gosip best!" kata Yoona lagi sambil menunjukkan 'thumbs up'. "Gosip apa? Gosip apa?" tanya Tiffany. Yoona tersenyum nakal. Kemudian mata dia melirik ke arah Hyoyeon. "Gosip pasal....kawan kita yang baru dapat pakwe ni!" kata Yoona sambil menunjuk ke arah Hyoyeon. Serentak mata mereka semua memandang Hyoyeon. "Ye ke? Siapa? Siapa?" tanya Tiffany. "Apa kata kita tanya tuan punya badan. Silakan." kata Yoona. Mereka semua menunggu jawapan Hyoyeon. Tetapi, Hyoyeon hanya membuat muka selamba. Akhirnya Hyoyeon mengalah kerana mereka semua tidak berhenti memandang dia. "Baiklah, baiklah. Kalau awak nak tahu sangat, saya baru kapel dengan Eunhyuk. Puas?" kata Hyoyeon kemudian dia senyum. Mereka semua terkejut, tapi kemudian mereka semua bangun dan pergi ke arah Hyoyeon dan memeluk dia. Hyoyeon membalas pelukan mereka. Mereka mengucapkan tahniah kepada dia. Kemudian mereka semua kembali duduk dan menyambung ulang kaji mereka. Sambil itu, mereka masih lagi berbual dan pada masa yang sama, mengulang kaji.  

    
Kelihatan sekumpulan pelajar sedang mengulang kaji pelajaran. Mereka masing-masing sangat sibuk. "Seohyun, macam mana formula ni? Saya tak ingat lah." tanya Tiffany. Seohyun pun menerangkan macam mana cara untuk membuatnya. Seohyun memang suka berkongsi ilmu. Malah Seohyun juga tidak kekok untuk mengajar Siwon atau Donghae atau Sungmin mahupun Eunhyuk. Bagi dia jika berkongsi ilmu boleh mengeratkan persahabatan, dia sama sekali tidak kisah. Sedang mereka sibuk, tiba-tiba ada satu suara berdehem. Mereka semua serentak memandang ke arah tuan punya suara. "Haa.. sampai pun. Ingat kan tak nak datang. Marilah duduk di sini." ajak Yoona sambil menunjukkan tempat duduk kosong sebelah Donghae. Kyuhyun duduk di sebelah Donghae. "Awak ajak Kyuhyun ke?" bisik Donghae. "Yelah, kesianlah kat dia. Tak mengapa kan?" kata Yoona. "Tak mengapa. Asalkan awak bersama saya." kata Donghae sambil tersenyum. Yoona pula membalas dengan jelingan manja dan tersenyum. "Sayang, saya lapar lah. Saya nak pergi beli makanan. Awak nak apa-apa tak?" tanya Siwon tiba-tiba." Tiffany yang sedang sibuk mengajar Sunny, memandang Siwon dan menggeleng, "Terima kasih ya." kata Tiffany. "Kamu semua, nak apa-apa tak? Saya nak pergi beli makanan ni." tanya Siwon pada mereka yang lain. Mereka juga menggeleng. Kemudian Siwon pergi. Dia memesan dua air orange juice. Pada mulanya dia memang lapar, tetapi tiba-tiba tidak pula. Dia mengambil air yang di pesan dan berjalan menuju ke arah meja mereka. "Ini untuk awak." Siwon menghulurkan air  yang dipesan tadi kepada Tiffany. Tiffany mengambil air dan mengucapkan terima kasih. "Alahai, sweetnya korang berdua." gurau Sungmin. Tiffany dan Siwon cuma tersenyum sambil memandang Sungmin. Tiba-tiba Sunny berbisik kat Yoona. Yoona mengangguk faham. Yoona bangun dan berjalan ke arah Tiffany dan membisikkan sesuatu. Tiffany senyum dan berbisik pula pada Siwon. "Baiklah, sebentar ya." kata Siwon pada Tiffany kemudian dia bangun dan pergi ke arah Kyuhyun. "Bro, Fany suruh kau duduk sana." kata Siwon dan menunjuk ke arah meja yang dia dan Tiffany duduk. Kyuhyun memandang kemudian berkata, "Tak nak lah. Ada Seohyun. Segan lah aku." kata Kyuhyun. "Alahh, pergi jelah. Ada peluang tak nak." sampuk Yoona. "Baiklah, baiklah." kata Kyuhyun mengalah. Dia berjalan ke arah meja itu dan mengambil tempat duduk bersebelahan Seohyun. Dia kini betul-betul berada di sebelah Seohyun. Seohyun memandang dia, kemudian senyum. Kyuhyun juga memandang dia kemudian tersenyum. Mereka semua melirik ke arah mereka berdua. "Haihh, senyum je ke?" gurau Eunhyuk. Mereka berdua tidak sedar yang mereka diperhatikan dari tadi terus menunduk malu. Mereka semua ketawa melihat gelagat mereka berdua. Kemudian mereka menyambung ulang kaji. 
 
    

Setelah hampir 3 minggu mereka bertungkus lumus, minggu exam pun bermula. Tetapi masih kelihatan pelajar yang memegang buku. Sibuk mengulang kaji. Mereka sudah diberi masa yang lama untuk mengulang kaji. Sepatutnya mereka harus bersedia sahaja untuk mengambil peperiksaan. Begitulah kehidupan pelajar. Seohyun dan Tiffany sedang berjalan menuju ke kelas. Mereka terserempak dengan Kyuhyun di depan kelas mereka. Apabila dia ternampak Seohyun dan Tiffany, dia menghampiri mereka. "Emm, boleh saya jumpa Seohyun sekejap?" kata Kyuhyun. Tiffany memandang Kyuhyun dan mengangguk. Kemudian dia beredar masuk ke dalam kelas. "Maaflah, sekejap je." kata Kyuhyun. Seohyun memandang Kyuhyun dan senyum. "Tak mengapa, jadi awak nak cakap apa?" tanya Seohyun. "Saya cuma nak cakap goodluck pada awak." kata Kyuhyun. Seohyun senyum dan mengangguk. "Baiklah, terima kasih. Goodluck pada awak juga." kata Seohyun kemudian meminta diri untuk beredar. Dia pun berjalan masuk ke dalam kelas. Kyuhyun juga beredar ke kelas. "Comelnya dia cakap macam tu!" kata Kyuhyun dalam hati ketika dalam perjalanan ke kelas. Tinggal lagi beberapa minit sahaja sebelum peperiksaan bermula. Dia harus cepat. Dalam perjalanan, tiba-tiba dia ditahan oleh Victoria. "Hai, Kyuhyun!" kata Victoria sambil tersenyum gedik. "Awak nak apa?" kata Kyuhyun membuat muka selamba. "Saya nak jumpa awak sekejap." kata Victoria sambil melentokkan kepalanya di lengan Kyuhyun. Kyuhyun terkejut dengan tindakan Victoria segera menarik lengannya dari Victoria. "Apa ni?" kata Kyuhyun marah. "Sudahlah, kalau tidak ada apa-apa saya nak pergi." kata Kyuhyun. Kemudian dia berlalu pergi. Victoria berasa sangat marah. "Tak mengapa. Sekarang kau tolak aku, lepas ni aku akan pastikan kau takkan dapat lari lagi dari aku." kata Victoria sambil membentak marah. 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
goddessprincess
#1
Chapter 10: It's okay... I really love the update...it's great story...
goddessprincess
#2
Chapter 4: I love YoonHae moments...it's sweet...more YoonHae...I'm waiting for YoonHae and SeoKyu...

Daebak !!
goddessprincess
#3
Wow , malay version..

Update selalu ya...Suka sangat dengan cerita nie..

Hwaiting !
milkyberry #4
oh wow malay version :)
Looking forward for next chapter
shotblade1510 #5
soo malay..
chan92
#6
haha
kelakar pulak bile bace dlam bhse mlayu
keep going
i wll sppurt u
seokykyu #7
so sweeeeeeeeeet..
seokyu~