Say Yes, My Sweetheart!

Say Yes, My Sweetheart!

Musim cuti sekolah telah pun bermula, mereka semua berjumpa semula buat kali terakhir sebelum mereka membawa haluan ke universiti. Tetapi kali ini mereka berjumpa dengan semua termasuk dengan pasangan masing-masing. Mereka pergi berkelah untuk mengeratkan hubungan. "Sekali-kala dapat berkumpul ramai-ramai macam ini, seronok juga." kata Yoona sambil tersenyum gembira. "Yelah, kita pun dah lama tidak dapat berkumpul ramai-ramai macam ini, terutama dengan orang yang kita sayang." kata Tiffany sambil mencubit lembut pipi Siwon. Siwon pula membalas dengan tersenyum. "Mana pulak Taeyeon ini, lambat betul lah." tanya Sunny. "Dia akan datang sebentar lagi. Dia kata dia agak lambat sebab ada perkara yang dia perlu selesaikan." kata Seohyun. Sunny mengangguk kemudian menghulurkan sandwic pada Sungmin. "Terima kasih ya." Sungmin mengambil sambil tersenyum. "Yoona, ambilkan saya jus. Saya haus." kata Donghae manja. "Sebentar ya." kata Yoona sambil menuang jus ke dalam cawan kemudian menghulurkan pada Donghae. "Terima kasih sayang!" kata Donghae. Yoona cuma tersenyum. Mereka yang berada di situ semuanya tersenyum melihat kemesraan mereka berdua. "Nampaknya hubungan awak berdua makin rapat. Baguslah. Janganlah asyik nak bergaduh. Teruskan macam ini ya." kata Sunny. Yoona dan Donghae tersenyum. Memang kebelakangan ini hubungan makin rapat. Tetapi mereka kadang-kala akan bergaduh juga. Seperti biasa. 

"Maaflah saya lambat. Maaf ya. Awak semua dah mula makan? Kenapa tidak menunggu saya?" kata Taeyeon yang tergesa-gesa kemudian mengambil tempat duduk sebelah Tiffany. "Tidak mengapa. Tetapi maaf juga, kerana kami sudah mula makan. Maaf ya. Yelah, awak terlalu lambat. Kami pula sudah lapar." kata Sunny. "Tidak mengapa." kata Taeyeon kemudian menghulurkan bakul yang berisi makanan pada Seohyun. Seohyun mengambil bakul itu. "Awak bawa apa Taeyeon? Bau macam sedap sahaja." kata Seohyun sambil membuka bakul itu. "Wah, ada gimbap lah. Saya nak!" kata Sungmin sebaik Seohyun mengeluarkan makanan yang dibawa Taeyeon daripada bakul. Seohyun mengambil seketul dan meletakkan di dalam pinggan dan menghulurkan pada Sungmin. "Terima kasih Seohyun!" kata Sungmin sambil mengambil pinggan itu. "Hai semua! Maaf kami lambat." tiba-tiba ada satu suara di belakang mereka. Mereka semua serentak menoleh. "Maaflah kami lambat." kata Kyuhyun. "Ehh, tidak mengapa. Marilah duduk di di sini." kata Tiffany mempersilakan mereka. Kyuhyun dan Kai kemudian mengambil tempat. Kai duduk di sebelah Taeyeon, manakala Kyuhyun pula lebih selesa duduk di sebelah Siwon. Sesekali dia menoleh Seohyun. "Macam mana boleh tahu kami berkelah di sini?" tanya Tiffany. "Taeyeon beritahu saya. Kemudian saya bawa Kai sekali." kata Kyuhyun. "Makanlah. Ada banyak makanan ini. Sebentar lagi Hyoyeon dan Eunhyuk datang. Mereka kata mereka ada bawa sesuatu, tetapi kami tidak tahu kerana katanya rahsia. Jadi kami sedang menunggu mereka lah ni." kata Donghae. Kai hanya mengganguk. Dia segan dengan mereka. Kerana dia bukanlah berkawan sangat dengan mereka. Oleh kerana dia sukakan Taeyeon, dia haruslah membiasakan diri. "Jadi, awak lah yang selamatkan saya tempoh hari? Terima kasih ya. Saya terhutang budi pada awak." kata Taeyeon. "Sama-sama." kata Kai. Tidak lama selepas itu, Hyoyeon dan Eunhyuk juga sampai. Mereka akan membuat BBQ. Mereka semua sangat seronok kerana dapat meluangkan masa bersama begitu.

"Marilah kita berkemas. Kemudian bolehlah kita pulang." kata Tiffany. Mereka semua bersetuju. Hari pula sudah semakin petang. Masing-masing mengambil tugas membersihkan kawasan berkelah mereka tadi. Perempuan mengemas barang-barang, manakala lelaki mengutip sampah yang bertaburan. Setelah selesai, mereka beriringan pulang dengan pasangan masing-masing. "Seohyun hari ini awak balik dengan Kyuhyun ya. Bagilah dia peluang." bisik Tiffany. "Tetapi..." belum sempat Seohyun berkata Tiffany mencelah, "Okaylah, saya balik dulu ya. Bye Seohyun!". Seohyun tidak sempat berkata apa kerana kereta Tiffany sudah pun pergi. Tinggallah dia bersama Kyuhyun yang masih di situ. Teman-temannya sudah pun pulang dengan pasangan masing-masing. "Nampaknya terpaksalah naik kereta dengan dia." kata Seohyun dalam hati. "Seohyun.." panggil Kyuhyun perlahan. Seohyun pula teragak-agak hendak menoleh. Tetapi, akhirnya dia menoleh juga. "Ya." sahut Seohyun ringkas. "Marilah, saya hantar awak pulang. Hari sudah mahu malam. Nanti awak kesejukan pula." kata Kyuhyun. Seohyun hanya mengangguk. Kemudian dia mengikut Kyuhyun daripada belakang. Sampai sahaja di kereta, Kyuhyun membukakan pintu. "Terima kasih." kata Seohyun kemudian masuk ke dalam kereta. Kyuhyun menutup pintu dan kemudian dia pula masuk ke dalam kereta.

Sepanjang perjalanan, mereka berdua tidak bersuara. Hanya bunyi lagu yang berkumandang. "Boleh awak berhenti di sini sebentar." kata Seohyun  tiba-tiba, memecahkan kesunyian. Kyuhyun agak terkejut. Tetapi dia berhenti juga. Seohyun keluar dari kereta kemudian berjalan ke arah salah satu bangku kemudian duduk. Kyuhyun keluar dari kereta dan berjalan ke arah tempat yang Seohyun duduk. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Seohyun. "Kenapa awak mahu kita berhenti di sini?" tanya Kyuhyun. "Sengaja. Saya suka duduk di sini. Kenapa?" kata Seohyun. "Haa? Tidak ada apa lah." kata Kyuhyun. "Sejuknya." kata Seohyun tiba-tiba sambil memeluk tubuhnya. Kyuhyun sedar kemudian dengan segera menanggalkan jaketnya dan menyarungkannya pada Seohyun. "Terima kasih." kata Seohyun sambil senyum. Kyuhyun juga senyum. "Kyuhyun, boleh saya tanya awak sesuatu?" kata Seohyun. "Apa dia?". "Kenapa awak terlalu baik dengan saya?" tanya Seohyun. Kyuhyun memandang muka Seohyun kemudian tersenyum. "Awak betul-betul mahu tahu?" kata Kyuhyun. Seohyun menggangguk. "Sebab...saya sayangkan awak." kata Kyuhyun. Seohyun senyum. "Ya ke?" kata Seohyun. "Awak tak percaya?" tanya Kyuhyun. Seohyun senyum kemudian berkata, "Saya percaya. Sebab itu saya mahu bawa awak ke sini.". "Maksud awak?" tanya Kyuhyun pelik. "Saya tidak pernah bawa sesiapa ke sini, walaupun Tiffany dan Taeyeon. Awak orang pertama yang saya bawa ke sini." kata Seohyun. "Maksudnya saya ini, istimewalah?" kata Kyuhyun. "Awak tahu, sebenarnya...saya...sebenarnya.." Seohyun tergagap-gagap. "Awak nak cakap apa?" tanya Kyuhyun. "Tidak ada apalah." kata Seohyun. "Seohyun..." panggil Kyuhyun. "Ya." Seohyun menoleh memandang Kyuhyun. Kyuhyun mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. "Sebenarnya, dah lama saya nak bagi benda ini pada awak. Ambillah." kemudian Kyuhyun menghulurkan kotak cincin itu pada Seohyun. Seohyun mengambil kotak itu dan membukanya. "Kenapa susah-susah. Saya tak perlu pun." kata Seohyun sebaik sahaja dia membuka kotak itu. Kyuhyun telah menghadiahkan dia sebentuk cincin. 

"Awak memang tidak perlukan sekarang. Tetapi, saya yakin. Bila saya sudah tiada nanti, awak akan sangat perlukan ia. Jadi, awak jangan buang ya." kata Kyuhyun kemudian dia senyum. "Awak mahu ke mana?" tanya Seohyun. "Saya akan pergi jauh. Jauh dari Korea." kata Kyuhyun. "Maksud awak?" tanya Seohyun lagi. "Saya akan berpindah ke Amerika." kata Kyuhyun. Seohyun diam. Tiba-tiba dia berasa sangat sedih. "Kenapa awak diam? Awak sedih ke saya mahu pergi." gurau Kyuhyun. Seohyun senyum hampa. "Memang saya sedih. Saya pun tidak tahu mengapa." kata Seohyun. Tiba-tiba Kyuhyun mengambil tangan Seohyun. Seohyun terkejut dengan tindakan Kyuhyun. Tetapi yang peliknya, dia biarkan sahaja Kyuhyun membuat dia begitu. Membantah tidak, marah juga tidak. Dia berasa sangat selesa apabila Kyuhyun memegang tangannya. "Kalau awak sedih, saya tidak akan pergi. Awak tahu kan, saya tidak suka lihat awak sedih." kata Kyuhyun memujuk. "Ehh, bukan begitu maksud saya. Saya bukan tidak mahu awak pergi, cuma saya tidak tahu mengapa dengan perasaan saya malam ini." kata Seohyun. Kyuhyun senyum. "Saya tahu kenapa awak berperasaan begitu. Itu kerana awak sukakan saya kan? Betul tak?" kata Kyuhyun. Seohyun diam. Dia sendiri tidak pasti dengan perasaan dia. Adakah perasaan dia itu, kerana dia sukakan Kyuhyun, ataupun sebab lain. "Baiklah, begini sahaja. Kalau awak sukakan saya, saya mahu awak pakai cincin itu. Tetapi kalau awak masih tak pasti, awak simpan sahaja cincin itu dalam beg awak." kata Kyuhyun. Seohyun memandang cincin itu, kemudian memandang Kyuhyun. Kemudian dia menyarungkan cincin itu pada tangannya. Kyuhyun terkejut. "Jadi, awak..." Kyuhyun terdiam. "Ya, saya juga sukakan awak. Dan saya sangat yakin." kata Seohyun kemudian tersenyum. Kyuhyun tidak dapat menahan rasa gembiranya, lalu memeluk Seohyun. "Terima kasih Seohyun, terima kasih sangat-sangat." kata Kyuhyun. Kemudian dia melepaskan pelukannya. "Boleh awak bagi semula cincin itu?" tanya Kyuhyun. "Kenapa?" kata Seohyun sambil menanggalkan cincin itu dan beri semula pada Kyuhyun. "Saya minta maaf. Tetapi, saya tak melamar awak secara rasmi." kata Kyuhyun. Kemudian dia melutut. Seohyun terkejut dengan tindakan Kyuhyun itu. Orang yang lalu-lalang di situ memandang mereka dan berbisik. Itu membuatkan Seohyun malu. "Seohyun, saya tahu selama ini saya banyak kali membuat awak sedih. Saya tahu awak pasti marah kerana saya menjadi kekasih sebentar Victoria. Tetapi, satu sahaja yang saya mahu awak tahu, sampai bila-bila pun, atau dengan siapa pun saya bercinta, awak tetap di hati saya. Jadi sekarang, sudikah awak menjadi kekasih saya." lamar Kyuhyun. Seohyun senyum. Dia terharu. "Ya, saya sudi." kata Seohyun. Kali ini, Seohyun sudah tidak peduli dengan orang sekeliling yang memandang mereka. Apa yang dia tahu, orang yang sedang melutut di hadapan dia itu, adalah orang yang sangat dia sayang. Kyuhyun bangun kemudian memeluk Seohyun. Seohyun juga memeluk Kyuhyun. "Saya janji, saya akan memastikan awak menjadi orang yang paling bahagia. Saya sayang awak." kata Kyuhyun. "Saya juga sayang awak." kata Seohyun. 

 

*Extra*

Tiffany & Siwon

Mereka telah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Amerika bersama. Dan dengar cerita, mereka mungkin akan bertunang. Mereka tidak pasti lagi kerana itu adalah keputusan mereka berdua. Mereka belum beritahu kedua ibu bapa mereka. Tetapi yang pasti, awal tahun depan, mereka akan pastikan mereka rasmi menjadi tunang orang :)

Yoona & Donghae

Mereka ini pula, seperti biasa lah. Bergaduh, baik, kemudian bergaduh lagi. Tetapi, itu yang membuatkan hubungan mereka makin rapat. Dan mereka juga akan melanjutkan pelajaran bersama seperti Tiffany dan Siwon. 

Sunny & Sungmin

Mereka berdua telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran. Tetapi, hanya mereka yang berlainan. Itu membuatkan kedua-duanya membuat keputusan untuk berkahwin selepas sahaja mereka tamat belajar nanti. Ramai tertanya-tanya, tidakkah terlalu cepat untuk mereka berkahwin. Tetapi alasan mereka, itu tidak menjadi masalah jika mereka benar-benar menyayangi satu sama lain. 

Hyoyeon & Eunhyuk

Mereka berdua pula, mendapat tawaran ke universiti yang menyediakan kursus seni, dan kedua-duanya mengambil kursus seni persembahan. Kerana kedua-duanya minat menari. Hubungan mereka juga semakin rapat dari hari ke hari. Ramai yang senang dengan hubungan mereka.

Taeyeon & Kai

Sejak kejadian penculikan itu, Taeyeon sudah pun sedar, Yunho bukanlah orang yang patut dia suka. Dia juga tertanya, kenapalah dia boleh sukakan Yunho. Tetapi sekarang, dia sudah jumpa orang yang tepat. Siapa lagi kalau bukan Kai. Hubungan mereka juga makin hari makin rapat. Mereka juga mendapat tawaran ke universiti yang sama.

 

-The End-

Thanks for reading :) Annyeong!!!!!!!!!!!!!

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
goddessprincess
#1
Chapter 10: It's okay... I really love the update...it's great story...
goddessprincess
#2
Chapter 4: I love YoonHae moments...it's sweet...more YoonHae...I'm waiting for YoonHae and SeoKyu...

Daebak !!
goddessprincess
#3
Wow , malay version..

Update selalu ya...Suka sangat dengan cerita nie..

Hwaiting !
milkyberry #4
oh wow malay version :)
Looking forward for next chapter
shotblade1510 #5
soo malay..
chan92
#6
haha
kelakar pulak bile bace dlam bhse mlayu
keep going
i wll sppurt u
seokykyu #7
so sweeeeeeeeeet..
seokyu~