Friendzoned II
His One Week GirlfriendDahyun melabuhkan punggungnya ke atas bangku yang terdekat. Keluhan panjang dilepaskan. Sudah macam ahjumma pula.
Bahunya sakit kerana dia sendiri yang sukarela mengangkat beg galas Chanyeol yang berat itu. Mana tidaknya, beg galas itu diisi dengan kelengkapan photography, komputer riba dan file-file penting.
Lebih teruk lagi, disebabkan kaki Chanyeol yang panjang, senang aje lelaki itu meninggalkannya dibelakang. Terpaksa dia berlari untuk mengejar lelaki itu. Akibatnya, kakinya kini terasa sengal-sengal. Sudahlah dia pakai high heels.
"Siapa suruh ngada-ngada nak ikut," sindir Chanyeol yang masih sibuk menangkap gambar pemandangan di sekitar N Seoul Tower untuk dipaparkan di edisi majalah Seoul's Eyes minggu depan.
Dahyun mencebik. Tangannya masih ligat memicit-micit kakinya. "Saya takut awak..."
"Buat benda bukan-bukan?" Teka Chanyeol. Dipandang sekilas tubuh Dahyun yang sedang duduk di bangku itu. Terdetik rasa kesian di hatinya.
Dahyun mengangguk perlahan walaupun dia tahu Chanyeol tak nampak. Dia cuma risau... Tak salahkan?
Dipandang kosong high heels nya. Kalau boleh mahu aje dia melempar 'benda alah' ni jauh-jauh. Tiba-tiba matanya ternampak sinaran yang terang dan bunyi klik jelas kedengaran.
Kelihatan Chanyeol yang sedang mengambil gambarnya senyap-senyap. Chanyeol memandang lama gambar Dahyun itu sebelum melepaskan tawa besar.
Tangannya ditepuk-tepuk. Tingkah laku Chanyeol itu membuatkan Dahyun teringat akan haiwan sea lion yang pernah membuat persembahan di zoo yang pernah dilawatinya.
"Buruknya lahai muka!"
Dahyun hanya memandang Chanyeol dengan pandangan maut. "Itulah buta! Saya ni perempuan yang paling cantik sekali kat sekolah lama saya tau!" Kata Dahyun, bangga.
Walhal, banyak lagi perempuan yang lebih cantik darinya.
"Heol," Chanyeol tersenggih lagi sebelum menyimpan kameranya di dalam beg galas itu. Dia memandang jam tangannya. Terkejut Chanyeol dibuatnya apabila sedar sudah pukul berapa.
Lama juga dia mengambil gambar. Mungkin kerana terlalu banyak permandangan cantik yang terdapat di sekitar N Seoul Tower dan bangunan itu sendiri.
"Jom balik!" Chanyeol mengambil beg galasnya dan berlalu pergi menginggalkan Dahyun. "Yah, kejaplah!" Marah Dahyun.
Tangannya memegang kepala bangku untuk memberikan dia sokongan sebelum berdiri. Dahyun melepaskan jeritan kecil apabila terasa sakit pada kedua-dua kakinya. Dia pasti penyebabnya ialah high heelsnya itu.
Chanyeol yang mendengar jeritan Dahyun itu memberhentikan langkahnya dan memusing belakang. Kelihatan Dahyun yang sudah kembali duduk di atas bangku selepas membuka high heelsnya itu.
"Kenapa?" Tanya Chanyeol dengan nada prihatin. Matanya meneliti tapak kaki Dahyun yang sudah kemerah-merahan. Terdapat beberapa luka merah di tapak kakinya.
Dahyun menggeleng. "Awak baliklah dulu. Ni sekejap je. Nanti saya balik," kata Dahyun. Tidak sedar akan renungan tajam Chanyeol.
Gila ke nak aku tinggalkan dia seorang diri? "Awak ingat saya ni kejam sangat ke sampai nak tinggalkan awak dekat sini?!" Herdik Chanyeol, geram. Rambutnya diramas kasar.
Seluruh badan Dahyun kaku, terkejut dengan herdikkan Chanyeol sebentar tadi. Hanya mata bulatnya sahaja yang terkelip-kelip.
Chanyeol menghembuskan nafasnya. Dia tahu dia tak patut memarahi Dahyun. Sudahlah dia buat perempuan itu macam hamba dia tadi.
Ini semua gara-gara terlalu stress dengan keputusan yang dibuat oleh Dahyun petang tadi. Kenapalah dia setuju untuk makan malam dengan pasangan itu?
Sakit mata Chanyeol melihat kelakuan mesra mereka berdua. Sakit lagi hati ini bila melihat bibir yang pernah menjadi miliknya— kini menjadi milk Sehun— senyuman yang pernah terukir untuknya— kini terukir untuk Sehun.
Hatinya pedih bagai dikoyak-koyak. Sakitnya hanya tuhan yang tahu. Jika Dahyun tidak bersetuju tadi.. Mesti dia tidak rasa begini.
Tapi Chanyeol sedar dia tidak patut melepaskan marahnya pada Dahyun. Dia tahu Dahyun berniat baik dan menjadi mangsa keadaan.
Beg galas diletakkan di atas bangku dan tubuh Chanyeol dibongkok ke paras kaki Dahyun. Dahyun yang tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh Chanyeol hanya terkebil-kebil.
"Y-Yeol?" Kata Dahyun, gagap. Masih takut dengan Chanyeol.
Chanyeol melepaskan keluhan pendek. Dipandang Dahyun melalui sisinya. "Saya angkat awak. Tengok keadaan kaki awak tu macam lambat je nak sembuh.."
Suara Chanyeol mendatar. Cuba menyembunyikan rasa malunya. Belum pernah dia mengangkat mana-mana perempuan. Dengan Hanee pun tidak pernah.
Dahyun pula menelan liurnya. Jujur, dia kekok dengan keadaan ini. Dia tak biasa.
"It's oka
Comments