"Kau suka dia?"

His One Week Girlfriend
Please Subscribe to read the full chapter

"Yeol, pass kan sepit baju tu boleh?"

 

Kaki Dahyun dijinjitkan setinggi yang boleh untuk menyangkut cadar tilam yang dipenuhi gambar kartun pororo milik Chanyeol. 

 

Dahyun sedaya upaya mengelakkan dirinya daripada ketawa apabila mendapat tahu itu kepunyaan Chanyeol. 

 

Tangan Chanyeol pantas memberikan sepit baju itu pada Dahyun. Dahyun perasan tangan Chanyeol meggeletar apabila memberikan sepit baju itu kepadanya. Barangkali masih malu dengan kejadian tadi. 

 

Tidak pula Dahyun mengambil sepit baju itu dari Chanyeol. Kepalanya diangkat sedikit untuk melihat wajah Chanyeol. Malangnya, Chanyeol telah memalingkan wajahnya. 

 

Chanyeol masih malu untuk melihat muka Dahyun. Sukar untuk dia bertemu dengan mata bulat milik gadis itu. Pasti akan membuat mukanya membahang akibat kejadian tadi. 

 

Chanyeol masih dapat merasakan tangan gadis itu di punggungnya. Aish! Memalukan!

 

Dahyun melepaskan keluhan berat. Dia tak suka keadaan begini. Suram dan kekok— Dahyun pasti keadaan ini akan kekal jika seseorang tak cuba untuk memulakan perbualan dahulu. 

 

Chanyeol dapat merasakan tangan Dahyun mengenggam tangannya. 

 

Laju sahaja kepalanya dipalingkan untuk memandang Dahyun. Mukanya cuak. Tak pasti apa yang patut dia lakukan sekarang. 

 

Dahyun pula tersenyum nakal kearah Chanyeol. Semakin lama, semakin kuat genggaman itu. 

 

"Y-Yah!" Chanyeol mengoyangkan tangannya berkali-kali agar terlepas dari genggaman Dahyun. "Apa yang awak buat ni?!" 

 

"Park Chanyeol, kita kawan kan" 

 

Semakin bertambah kerutan pada dahi Chanyeol. Kenapa tiba-tiba je ni? 

 

Melihat Chanyeol yang hanya mendiamkan diri, Dahyun sengaja menggengam tangan Chanyeol dengan lebih kuat menyebabkan lelaki itu terjerit kecil. 

 

"Ya! Ya kita kawan!" Jeritnya sekuat hati sebelum Dahyun melepaskan genggaman tangannya. 

 

Chanyeol mengusap perlahan belakang tangannya yang sudah bertukar merah. Dipandang tajam muka selamba Dahyun yang hanya tersenggih itu. 

 

"Jadi—" sebelah kening Dahyun diangkat. "Biasalah tu kalau kawan-kawan pegang bontot masing-masing!" 

 

Tergamam Chanyeol dibuatnya. Dia pasti Dahyun sudah hilang akal! Memanglah itu perkara biasa kalau.... kalau jantina mereka sama!

 

Dia juga lelaki yang mempunyai nafsu. Ingat dia tak akan rasa apa-apa ke kalau ada perempuan yang menyentuhnya. Hampir setiap malam Chanyeol memikirkan peristiwa dia mencium Dahyun itu. 

 

Chanyeol masih lagi tidak ingat apa yang berlaku malam itu. Apa yang dia pasti dia sudah tercium Joon Dahyun. Macam mana dia boleh berada dalam biliknya dan perkara lain yang berlaku selepas itu masih lagi kabur. 

 

"Apa yang awak merepek ni Hyun?" 

 

Tangan Dahyun disilangkan ke dadanya. "Mana ada saya merepek. Betul kan? It's normal. Jadi jangan fikir sangat pasal hal tu".

 

Dengan pantas tangan Dahyun menepuk punggung Chanyeol sebelum berlalu pergi dengan bakul yang sudah kosong itu. Hampir sahaja mata Chanyeol terkeluar dari soketnya. 

 

Muka Dahyun berkerut apabila teringat apa yang sudah dia lakukan. Yah.. Joon Dahyun.. kau memang dah gila! 

 

Kini rasa menyesal menghantui dirinya. 

 

 

 

"Korang ni ada apa-apa ke?". Hampir sahaja Dahyun tersedak apabila mendengar kata-kata yang keluar dari bibir Byun Baekhyun. 

 

Terbatuk-batuk Dahyun dibuatnya. Chanyeol memberikan cawan yang berisikan air kosong itu kepada Dahyun. 

 

"Kau nak bunuh dia ke apa ni" marah Chanyeol sambil tangannua masih mengusap lembut belakang Dahyun. 

 

Membuatkan Dahyun malu sendiri. Aik Joon Dahyun— bukan kau ke kata skinship antara kawan tu normal?

 

Baekhyun mencebik kecil. Bukannya dia sengaja. Dia cuma berasa pelik akan sikap Dahyun dan Chanyeol. Seingat dia, Oh Setan tu ada bagitahu yang teman wanita baru Chanyeol juga bernama Dahyun. 

 

Baekhyun merenung tajam kearah mereka berdua yang sedang sibuk memakan ramyeon sambil menonton drama korea yang disiarkan di televisyen. Dah macam tiada cerita lain. Chanyeol ni pun satu... layan juga cerita-cerita drama yang klise ni?

 

"Oi jawablah!" Baekhyun bingkas bangun dan berdiri di hadapan televisyen. Tindakan Baekhyun itu menghalang kedua-dua mereka daripada melihat drama itu. 

 

Chanyeol bangun dari duduknya, "Yah pergilah!" Bersusah payah dia menolak tubuh Baekhyun. Namun, sedikit pun dia tidak berganjak.

 

"Hero tu tengah buat confession lah tak guna!" Laju sahaja kata-kata kesat keluar dari bibir Dahyun apabila tidak dapat melihat pelakon kacak itu. 

 

Baekhyun menggeleng, jelas terpampar di wajahnya yang dia mendapati situasi ini menghiburkan. Puas hatinya apabila dapat menyakitkan hati Dahyun dan Chanyeol. 

 

Siapa suruh tak endahkan orang?

 

"Bagitau dulu apa hubungan korang ni! Macam.."

 

"Dia girlfriend aku okay?!" Marah Chanyeol. Jengkel dengan perangai kebudak-budakan Baekhyun. 

 

Muka Baekhyun bertukar masam. "Heol. N

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
taenovella
Exam belum habis macam mana nak update :')

Comments

You must be logged in to comment
DreamyFoxie
#1
Chapter 18: LOVE IT!!
lilylunalove
#2
Chapter 18: Huwaaaa dah habis! Emmmm
_shuhidah
#3
Chapter 18: Sweet habis la ceghitaaa niii??
lyanaesyaz #4
Chapter 18: sweetnya dahyun dgn chanyeol..papepon tq authornim sbb hbiskan crita nii..saya suka sgt
_shuhidah
#5
Chapter 17: Huwaaaaa harap2 diaorang bersama?
lilylunalove
#6
Chapter 17: Too much cornflakes ! ( ̄∀ ̄)
lilylunalove
#7
Chapter 16: Poor our Joon Dahyun ;(
Infinite_Ifnt7
#8
Chapter 15: loll!!! scene ni similar gila! macam drama fight for my way
lyanaesyaz #9
Chapter 15: such a best story..ada masa update next chapter yer authornim