Malu-malu Kucing

His One Week Girlfriend
Please Subscribe to read the full chapter

Chanyeol dapat merasakan kepalanya berpusing-pusing. Rasa pening yang amat! Dia segera menyesal dengan keputusannya untuk membuka mata. 

 

Kerana biliknya yang silau akibat cahaya matahari yang menyisip masuk dari tingkap biliknya. 

 

Matanya dikelipkan beberapa kali. Cuba mengurangkan sakit kepalanya tetapi tidak juga berjaya.

 

Sudahlah kepalanya pening dan terasa berat, kini tekaknya juga terasa haus dan bajunya berbau busuk. Menyebabkan dia sendiri ingin muntah.

 

Mata Chanyeol teralih kepada mug hijau yang berada di atas meja yang terletak cantik di tepi katilnya.

 

Tanpa membuang masa, cepat sahaja Chanyeol mengambil mug itu dan diletak di atas bibirnya yang kering. Air kosong di dalan mug diminum rakus.

 

Hilang sedikit rasa hausnya.

 

Mug kosong itu kini dipandang kosong. Pelbagai soalan bermain di mindanya kini. Macam mana dia boleh ada dekat rumah... semalam... dia...

 

Matanya membulat bila teringat kembali kejadian semalam. Chanyeol terbayang kembali wajahnya yang menangis hanya kerana ternampak Hanee dan Sehun di supermarket itu..

 

Memalukan! Chanyeol menggeleng sambil kedua-dua tangannya menutup wajahnya. Namun dia segera menyesal dengan tindakannya. Makin pening kepala Chanyeol jadinya. 

 

Kemudian—

 

Otak Chanyeol masih ligat memikirkan perkara yang berlaku. Hampeh.. Satu benda pun dia tak ingat. Mungkin dia sendiri yang berjalan kembali ke rumah dan masuk dalam biliknya. 

 

"Eoh," satu suara menyebabkan pandangan Chanyeol teralih ke muka pintu yang terbuka luas. 

 

Kelihatan Dahyun yang lengkap berpakaian kerjanya memasuki bilik Chanyeol sambil memegang dulang. 

 

Dahyun dengan selamba berjalan masuk dan meletakkan dulang itu di meja sebelah katil Chanyeol. 

 

Chanyeol pula hanya memerhatikan tingkah laku Dahyun. Kepalanya pening dan mulutnya terlalu kering untuk memarahi Dahyun kerana memasuki biliknya. 

 

"Nak air lagi?" Soal Dahyun lembut. 

 

Mata Chanyeol yang tadi memerhatikan tingkah laku Dahyun teralih je bibir wanita itu yang dicalit sedikit dengan lip balm. 

 

Air liurnya ditelan. Perasaan Chanyeol bercampur aduk sekarang.. Peluh panas menuruni dahinya. Bayangan wajah kemerahan Dahyun bermain di fikirannya kini. 

 

"Nak tak?" Soal Dahyun lagi. Agak jengkel dengan perangai Chanyeol yang hanya mendiamkan diri. 

 

Dengan perlahan, Chanyeol menganggukkan kepalanya. Matanya masih tidak teralih memandang bibir Dahyun. 

 

Pelik. Tak mungkin dia... 

 

Joon Dahyun mengganguk sebelum mengambil mug di tangan Chanyeol. "Ni Haejangguk. Saya dengar ia bagus untuk hangover" kata Dahyu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
taenovella
Exam belum habis macam mana nak update :')

Comments

You must be logged in to comment
DreamyFoxie
#1
Chapter 18: LOVE IT!!
lilylunalove
#2
Chapter 18: Huwaaaa dah habis! Emmmm
_shuhidah
#3
Chapter 18: Sweet habis la ceghitaaa niii??
lyanaesyaz #4
Chapter 18: sweetnya dahyun dgn chanyeol..papepon tq authornim sbb hbiskan crita nii..saya suka sgt
_shuhidah
#5
Chapter 17: Huwaaaaa harap2 diaorang bersama?
lilylunalove
#6
Chapter 17: Too much cornflakes ! ( ̄∀ ̄)
lilylunalove
#7
Chapter 16: Poor our Joon Dahyun ;(
Infinite_Ifnt7
#8
Chapter 15: loll!!! scene ni similar gila! macam drama fight for my way
lyanaesyaz #9
Chapter 15: such a best story..ada masa update next chapter yer authornim