Mixed Signal

His One Week Girlfriend
Please Subscribe to read the full chapter

Hari perkahwinan Kim Hanee dan Oh Sehun hampir tiba. Tetapi mengapa perlu Dahyun yang rasa berdebar semacam? Bukan dia yang nak kahwin.. tetapi hari ni perutnya asyik sakit. Tanda dia sedang menghadapi panic attack. 

 

Badannya dipusingkan ke sebelah kiri pula. Memandang lama almari bajunya. Apabila memikirkan baju apa yang harus dia pakai esok, Dahyun bingkas bangun dan membuka almari itu dengan kasar. 

 

Dibelek-belek baju yang ada. Semua baju gaun cantiknya antara sudah tidak muat atau sudah lusuh warnanya. 

 

Nak tak nak terpaksa jugalah Dahyun membeli baju baru. Sakit juga hatinya apabila memikirkan yang dia perlu membeli baju baru pada hari perkahwinan wanita yang pernah dicintai oleh Chanyeol. 

 

Dahyun cuba untuk menolak jauh peristiwa semalam. Ya, dia masih lagi sukakan Chanyeol. Tipulah kalau dia kata dia sudah melupakan Chanyeol setelah kejadian itu.

 

Dahyun hanya mencalitkan make-up yang nipis, baju t-shirt yang dipakainya tadi dicampak ke atas tilam dan digantikan dengan baju blouse biasa. 

 

Dahyun berkira-kira ingin mengajak Byun Baekhyun sahaja menemaninya memandangkan Baekhyun ada keretanya sendiri. Tidak perlulah Dahyun susah-susah naik bas atau teksi. 

 

Apabila sudah menuruni anak tangga hingga ke tingkat bawah, Dahyun agak terkesima melihat susuk tubuh yang amat dikenalinya. 

 

Dadanya berombak seketika sebelum Dahyun cuba mengawal emosinya semula. Get a grip Joon Dahyun— tak lama lagi kau akan jumpa dia juga— korang duduk satu rumah kot! Desis hati Dahyun. 

 

"Yeol," panggil Dahyun dengan nada mendatar. 

 

Chanyeol masih lagi tidak memusingkan tubuhnya untuk menghadap Dahyun. Dahyun hanya dapat melihat belakang badannya yang menyebabkan Dahyun teringat peristiwa Chanyeol mengangkatnya. 

 

Bagaimana lembut dan berhati-hati tindakan Chanyeol kepada Dahyun waktu itu.. bau shampoo yang dipakai oleh Chanyeol.. 

 

Pantas kepala Dahyun digeleng. This is not the perfect time. Sekali lagi perutnya terasa sakit apabila memikirkan Chanyeol sedang cuba menjauhkan dirinya dari Dahyun. 

 

"Chanyeol, Baekhyun mana?" Tanya Dahyun lagi. Geram juga dibuatnya dengan perangai Chanyeol yang tidak mengendahkannya. 

 

Chanyeol menurunkan sedikit volume televisyen itu sebelum menjawab, "keluar. Kenapa?" Katanya lambat-lambat.

 

Dahyun berdecit. Keluar? Tambang teksi mahal... terpaksa jugalah Dahyun naik bas. 

 

"Tak ada apa-apa. Just nak ajak dia teman beli baju untuk esok" terang Dahyun sambil tangannya ligat memakai kasut. 

 

Kalau boleh buat waktu sekarang Dahyun tak nak berdua-duaan dengan Chanyeol. Hatinya masih sakit, lukanya masih basah. Otaknya masih ligat memikirkan apa yang Chanyeol dan Hanee lakukan semalam. 

 

Diorang dah berbaik semula ke? Perkahwinan itu akan dibatalkan ke— semua tu... Dahyun tak nak fikirkan buat masa ni. 

 

Dahyun baru sahaja ingin melangkah ke arah pintu rumah apabila tiba-tiba sahaja Chanyeol mengenggam lengannya. 

 

"Jap. Saya teman." Kata Chanyeol tanpa memandang wajah Dahyun. 

 

Televisyen dan penghawa dingin ditutupkan oleh Chanyeol sebelum melangkah pergi. Dahyun hanya mengikut rentak Chanyeol. Tak apalah.. berkemungkinan besar Chanyeol ingin membincangkan tentang hal semalam. 

 

Kau kena bersedia Joon Dahyun! 

 

 

 

 

Ini merupakan kali ke-3 Dahyun menukar pakaiannya. Ada saja yang tak kena di mata Chanyeol. Sudahlah

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
taenovella
Exam belum habis macam mana nak update :')

Comments

You must be logged in to comment
DreamyFoxie
#1
Chapter 18: LOVE IT!!
lilylunalove
#2
Chapter 18: Huwaaaa dah habis! Emmmm
_shuhidah
#3
Chapter 18: Sweet habis la ceghitaaa niii??
lyanaesyaz #4
Chapter 18: sweetnya dahyun dgn chanyeol..papepon tq authornim sbb hbiskan crita nii..saya suka sgt
_shuhidah
#5
Chapter 17: Huwaaaaa harap2 diaorang bersama?
lilylunalove
#6
Chapter 17: Too much cornflakes ! ( ̄∀ ̄)
lilylunalove
#7
Chapter 16: Poor our Joon Dahyun ;(
Infinite_Ifnt7
#8
Chapter 15: loll!!! scene ni similar gila! macam drama fight for my way
lyanaesyaz #9
Chapter 15: such a best story..ada masa update next chapter yer authornim