Rahsia Yoda

His One Week Girlfriend
Please Subscribe to read the full chapter

Badan Chanyeol dipusingkan ke kanan untuk memandang pintunya bila mendengar bunyi pagar dibuka dengan agak bising. Biasalah pagar dah tua. 

 

Entah kenapa hati Chanyeol berdegup kencang... Setelah menjerit pada Dahyun tadi, Chanyeol terus balik ke rumah dan menyembunyikan dirinya dalam bilik. 

 

Sangka Chanyeol, Dahyun juga akan terus balik selepas itu tetapi sangkaannya salah. 

 

Sudah larut malam, baru Dahyun balik. Itu pun Chanyeol tak pasti bagaimana keadaan Dahyun. Chanyeol menyesal sebab menjerit pasa Dahyun. 

 

Hanya kerana Dahyun menyentuhnya dan bersifat agak 'pushy'. Dia tahu dia dah keterlaluan. Tetapi ego lelakinya masih meninggi untuk mengucapkan perkataan maaf. 

 

Beberapa saat kemudian, Chanyeol membuka sedikit pintu biliknya dan mata bulatnya meliar mencari kelibat Dahyun. 

 

Dahyun yang tidak perasan kelibat Chanyeol pada pintu biliknya hanya berjalan menuju ke bawah. Bajunya sudah ditukarkan ke baju yang lebih selesa. 

 

Rambut panjang Dahyun yang berwarna hitam juga sudah diikat kemas. 

 

Chanyeol pula agak tersentak melihat Dahyun dari jarak dekat. Hatinya makin berdegup laju— haish, kenapa dengan aku ni! Marah Chanyeol. 

 

Dahyun melangkah ke peti ais dan mengeluarkan air tin soda yang berada di dalam peti ais. Tangannya rancak memanaskan makanan hari tu. 

 

Dahyun masih rasa lapar walaupun sudah makan sebentar tadi— dada Dahyun masih sakit dengan perbuatan Chanyeol— Dahyun dapat merasakan matanya panas. 

 

Cepat-cepat dia menyeka air mata yang ingin menitis dengan menggunakan hujung bajunya. Janganlah nangis... buat malu je.. bisik Dahyun.

 

Kaki pendeknya berjalan kearah ruang tamu. Pinggan dan tin soda diletakkan di atas meja kecil di hadapan sofa lalu televisyen dibuka. 

 

Menayangkan cerita seram. Dahyun hanya memandang kosong.. langsung tidak berasa takut. Dia bukanlah orang yang takut dengan cerita seram. 

 

Suara jeritan perempuan dalam cerita seram itu bergema selepas dikejutkan dengan kelibat hantu itu sejurus saja dia pusing ke belakang. 

 

Dahyun mencebik. Sudah menjangkakan perkara itu akan berlaku. 

 

Tetapi tidak untuk Chanyeol. Chanyeol kekal kaku di belakang sofa tanpa disedari oleh Dahyun. Chanyeol paling benci cerita seram... dia memang pantang disergah. 

 

Namun tiba-tiba skrin televisyen memaparkan muka hantu itu yang mengerunkan. Chanyeol tersentak dan suatu jeritan pendek terkeluar dari mulutnya. 

 

Mata Dahyun membulat sebelum memusingkan mukanya, hanya untuk melihat wajah Chanyeol yang ketakutan. 

 

"Y-Yah.. Boleh tak awak tengok cerita lain?" Pinta Chanyeol sebelum menutup matanya menggunakan kedua-dua tangannya. 

 

Dahyun menggelengkan kepalanya sebelum kembali memandang televisyen. "Suka hati sayalah nak tengok apa pun," katanya acuh tak acuh. 

 

"Joon Dahyun..." pinta Chanyeol lagi. 

 

Dahyun menjeling tubuh Chanyeol yang masih berdiri di

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
taenovella
Exam belum habis macam mana nak update :')

Comments

You must be logged in to comment
DreamyFoxie
#1
Chapter 18: LOVE IT!!
lilylunalove
#2
Chapter 18: Huwaaaa dah habis! Emmmm
_shuhidah
#3
Chapter 18: Sweet habis la ceghitaaa niii??
lyanaesyaz #4
Chapter 18: sweetnya dahyun dgn chanyeol..papepon tq authornim sbb hbiskan crita nii..saya suka sgt
_shuhidah
#5
Chapter 17: Huwaaaaa harap2 diaorang bersama?
lilylunalove
#6
Chapter 17: Too much cornflakes ! ( ̄∀ ̄)
lilylunalove
#7
Chapter 16: Poor our Joon Dahyun ;(
Infinite_Ifnt7
#8
Chapter 15: loll!!! scene ni similar gila! macam drama fight for my way
lyanaesyaz #9
Chapter 15: such a best story..ada masa update next chapter yer authornim