Cukup Seminggu

His One Week Girlfriend
Please Subscribe to read the full chapter

Hari terakhir... Dahyun tidak dapat melelapkan matanya malam tadi. Otaknya ligat memikirkan perkara-perkara yang mungkin berlaku pada hari majlis perkahwinan Sehun dan Hanee. 

 

Ketukan bekali-kali pada pintu biliknya mengingatkan Dahyun kembali bahawa hari sudah menjelang pagi. Dahyun mengelipkan matanya berkali-kali. 

 

Rambut basahnya masih digulung dengan tuala kuning mudanya. 

 

"Kejap!" Laungnya sebelum menuju ke arah pintu bilik. Dahyun rasa kosong dan akal fikirannya seakan-akan terhenti di situ. 

 

Dahyun tidak sangka dia akan rasa begini pada hari terakhir mereka. Pintu biliknya dibuka lalu terpampang wajah Chanyeol. 

 

"Nak apa?" Soal Dahyun yang sedaya upaya cuba untuk tidak kedengaran terlalu gementar. Dia tak sangka sepantas ini dia akan bertemu dengan Chanyeol. 

 

Sangkanya, jika dia mengurungkan dirinya di dalam bilik, tiada sesiapa termasuk Park Chanyeol akan menganggunya. 

 

"Jom!" Ucanya lalu mengenggam tangan Dahyun. Dahyun cuba menepis tangan Chanyeol itu namun makin kemas genggaman itu jadinya. 

 

"Lepaslah Yeol. Sakit!" Dengus Dahyun namun tidak dihiraukan oleh Chanyeol. Chanyeol menarik tangan Dahyun menuruni tangga. 

 

Baekhyun di tingkat bawah yang sibuk melipat baju merenung pelik ke arah mereka. Baekhyun membuka mask mukanya dengan perlahan. "Korang nak pergi mana?" Soalnya. 

 

Chanyeol mengerling ke arah Baekhyun sekilas. "Keluar. Aku pinjam kereta kau." Ia kedengaran seperti suatu arahan. 

 

Terpaksa jugalah Baekhyun mengangguk. Belum sempat Baekhyun menanyakan perkara itu dengan lebih lanjut, Chanyeol dan Dahyun sudah terlebih dahulu keluar dari rumah itu. 

 

Baekhyun hanya melepaskan keluhan kecil apabila teringat kembali perangai Chanyeol yang keras kepala. Harapnya, rakan baiknya itu tidak membuat sesuatu yang akan menimbulkan masalah. 

 

Jam dinding ditenung lama. Lagi berapa jam sahaja majlis pernikahan Sehun dan Hanee akan berlangsung. Entah macam mana Dahyun dan Chanyeol akan menjayakan rancangan mereka itu jika dua-dua keras kepala. 

 

 

 

"Awak dah gila!" Jerit Dahyun apabila badannya dengan mudah ditolak masuk ke dalam kereta milik Baekhyun. 

 

Dengan pantas Chanyeol memasuki kereta dan kunci pintu kereta itu sebelum Dahyun sempat membuka pintunya. 

 

Dahyun menjeling tajam wajah Chanyeol apabila kereta Baekhyun mula bergerak keluar dari kawasan rumah mereka. 

 

"Saya benci awak," kata Dahyun. Entah betul entah tidak, dia sendiri tidak pasti. Chanyeol menaikkan ebelah keningnya. "Heol." Katanya, menyindir. 

 

"Awak nak bawa saya pergi mana ni? Dengan keadaan saya macam ni" Dahyun menunding ke arah tuala yang masih dipakainya. 

 

Selekeh habis! Sudahlah mukanya suci sahaja tanpa secalit make-up. Entah Dahyun tidak suka keluar tanpa memakai sebarang make-up. Dia rasa tidak selesa.

 

Chanyeol yang sempat memandang sekilas ke arah Dahyun mengeluarkan ketawa pendek. Makin sakit hati Dahyun jadinya. Chanyeol memang suka menyakitkan hatinya sejak kebelakangan ini. 

 

Selepas seketika, Dahyun menanyakan perkara yang sama kepada Chanyeol. "Kita nak pergi mana?".

 

Rambutnya yang tadinya basah sudah lama kering dan tuala kuningnya itu sudah dilempar ke tempat duduk belakang. 

 

Wajah Chanyeol kekal tenang. "Jalan-jalan nikmati pemandangan," katanya selamba. 

 

Dahyun menjeling Chanyeol tajam. "Saya serius ni," dengusnya dengan nada geram. Kepalanya yang tadi ditolehkan kearah cermin kereta kini kembali memandang Chanyeol. 

 

Dahyun perasan bibir merah Chanyeol mengukir suatu senyuman nipis. "Saya pun serius juga—" matanya merenung wajah keliru Dahyun sekilas sebelum kembali fokus kepada pemanduannya. 

 

"Dah lama kita tak duduk berbual, Hyun" senyumannya makin lebar. "Dah macam tak duduk serumah!" 

 

That's the point.. That was the whole point... Getus Dahyun. Dia tak nak duduk dan berbual dengan Chanyeol. Dahyun tahu ia hanya membuat hatinya sakit dan sikap Chanyeol yang berlaku baik kepadanya akan membuat Dahyun salah sangka. 

 

Walaulun hanya sekecil zarah. 

 

Dahyun nekad untuk melupakan Chanyeol. Mengapa Chanyeol tidak mengikut sahaja rentaknya?

 

"Okay.. Kalau tu yang awak nak" Dahyun mengangguk pendek sebelum kembali memandang cermin kereta. 

 

Bentangan laut yang berwarna biru itu tidak lagi menarik perhatiannya. Berapa jauh agaknya kedudukan mereka dari bandar raya Seoul?

 

"Kenapa awak jumpa Hanee malam tu?" Soalnya dengan suara mendatar. 

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
taenovella
Exam belum habis macam mana nak update :')

Comments

You must be logged in to comment
DreamyFoxie
#1
Chapter 18: LOVE IT!!
lilylunalove
#2
Chapter 18: Huwaaaa dah habis! Emmmm
_shuhidah
#3
Chapter 18: Sweet habis la ceghitaaa niii??
lyanaesyaz #4
Chapter 18: sweetnya dahyun dgn chanyeol..papepon tq authornim sbb hbiskan crita nii..saya suka sgt
_shuhidah
#5
Chapter 17: Huwaaaaa harap2 diaorang bersama?
lilylunalove
#6
Chapter 17: Too much cornflakes ! ( ̄∀ ̄)
lilylunalove
#7
Chapter 16: Poor our Joon Dahyun ;(
Infinite_Ifnt7
#8
Chapter 15: loll!!! scene ni similar gila! macam drama fight for my way
lyanaesyaz #9
Chapter 15: such a best story..ada masa update next chapter yer authornim