Aku bukan dia

His One Week Girlfriend
Please Subscribe to read the full chapter

Baekhyun merenung tajam ke arah Dahyun yang dari tadi sibuk duduk mencangkung berdekatan dengan bilik Chanyeol.

 

Sejak Dahyun keluar pagi tadi, hanya Baekhyun sahaja yang bertungkus lumus membuat kerja rumah. Chanyeol pun satu— asyik dengan kerjanya sampai tidak keluar dari biliknya. 

 

"Baekhyun.." kata Dahyun dengan suara yang rendah. Dari pandangan mata Baekhyun, Dahyun sudah tahu yang lelaki itu sedang merasa marah dengannya. 

 

Dahyun bangun dari kedudukannya lalu tangannya dialihkan ke vacuum yang dibawa oleh Baekhyun untuk membantunya. Namun tangan Dahyun pantas ditepis oleh Baekhyun. 

 

"Tak payah!" Jeling Baekhyun sebelum turun ke tingkat bawah. 

 

Dahyun mengekori jejak Baekhyun dengan perlahan. Tipulah kalau dia kata dia tidak rasa bersalah.

 

Selepas Dahyun berjumpa dengan Dara, Dahyun terus menyepikan diri di dalam biliknya. Manakala Baekhyun yang sibuk mencuci pakaian, mengelap tingkap rumah dan kini dia pula yang menyidai pakaian.

 

Tangan Baekhyun ligat menyidai pakaian sementara Dahyun hanya berdiri kaku di sebelahnya. Kepala Dahyun direndahkan, memandang sepi selipar yang dipakainya. 

 

Terlalu besar dan terlalu berhabuk. Barangkali milik Chanyeol—

 

"Kau ni kenapa? Pelik semacam." Kata Baekhyun buat pertama kalinya. 

 

Kepala Dahyun sedikit terangkat lalu senyuman nipis dilemparkan ke arah Baekhyun walaupun hanya belakang badan Baekhyun yang memandangnya sekarang. 

 

"Aku... suka Chanyeol," ucap Dahyun perlahan. 

 

"So?"

 

Dahyun mengigit bawah bibirnya dan kedua-dua tangannya dipegang. Sejuk. Dia malu untuk mengucapkan kata-kata seterusnya. 

 

Baekhyun memandang sekilas wajah Dahyun yang hanya mendiamkan diri dari tadi. 

 

"So?" Ulang Baekhyun lagi. Baginya, barangkali Dahyun tidak dengar kata-katanya tadi.

 

Nafas ditarik dalam-dalam dan dilepaskan dengan kasar. "So—" Dahyun menelan liurnya. "So aku nak buat dia suka aku balik. But it seems—"

 

"Impossible," kata Baekhyun dan Dahyun serentak. 

 

Kedua-dua kening Dahyun sedikit terangkat. Terkejut juga bila Baekhyun menyambung kata-katanya tadi. Macam ada telepathy!

 

"Macam mana kau tau?" Soal Dahyun pelik. 

 

Baekhyun melepaskan tawa kecil sebelum menyidai pakaian terakhir. "Sebab kau memang berbeza 360 darjah dari bekas teman wanita Chanyeol"

 

Sedikit sebanyak Dahyun terasa hati juga dengan kata-kata Baekhyun itu. Tetapi ada betulnya juga. Sewaktu first date Dahyun dengan Chanyeol pun Chanyeol jelas mempamerkan riak rimas dan jengkelnya.

 

Dan mungkin selama ni Chanyeol baik dengan dia pun kerana simpati atau kerana Dahyun ialah fake girlfriend nya untuk majlis kahwin Hanee nanti.

 

"Apa patut aku buat?" 

 

Baekhyun yang baru sahaja ingin beredar memberhentikan langkahnya. Satu senyuman manis dilemparkan ke arah Dahyun. 

 

"Just be yourself. Apa guna dia suka kau tapi bukan diri Joon Dahyun yang sebenar kan?"

 

 

 

Pintu bilik Chanyeol diketuk buat kali yang kedua. Ketukan yang pertama agak perlahan dan teragak-agak. Dahyun menarik nafas dalam-dalam. Bibirnya masih terkumat-kamit menghafal 'dialog' yang dibuat oleh Baekhyun. 

 

"Jangan terlalu gemuruh," kata-kata Baekhyun memenuhi ruang pendengarannya.

 

Pintu bilik Chanyeol terbuka, menayangkan wajah Chanyeol yang kelihatan sedikit letih. Dahyun perasan cermin mata yang terletak cantik pada batang hidung Chanyeol. 

 

"Jangan gemuruh!" Dahyun terdengar lagi amaran Baekhyun— oh tidak... Dahyun kini berasa gemuruh. Dahyun tidak sangka dia akan lihat keadaan yang agak 'seksi' ini. 

 

Chanyeol meramas lembut rambut kusutnya. "Kenapa Hyun?" Soalnya perlahan. 

 

Dahyun menelan liurnya. "Lepastu ingat! Jangan gagap" kata Baekhyun dengan keras. "S-Saya" kata-kata Dahyun terhenti. Bibirnya dikemam rapat. 

 

"Saya nak ajak awak keluar. Jom?" Dahyun cuba untuk tidak mempamerkan wajah gelabahnya. Tetapi dia pasti Chanyeol dapat menangkap tingkah lakunya yang agak gementar. 

 

Chanyeol tersenyum kelat lalu tangannya mengusap lembut kepala Dahyun untuk seketika sebelum mereka jatuh di sisi Chanyeol. 

 

"Sorry, saya ada banyak kerja nak kena siapkan". Dahyun mengangguk perlahan sebelum Chanyeol membelakanginya untuk menutup pintu. 

 

"kau baru sedar sekarang?" suara Dara bermain dalam akal fikirannya. "Dahyun, kau tau tak kenapa aku suruh kau yang jaga Yeol dan bukan orang lain—"

 

Hujung baju Chanyeol dengan pantas ditarik perlahan agar Chanyeol memberhentikan langkahnya. Kepala Chanyeol dialihkan untuk memandang Dahyun semula. 

 

Dahyun mengigit sedikit bibirnya. "Sekejap je. Jom Yeol!" Katanya dengan nada yang tinggi dengan harapan Chanyeol akan bersetuju. 

 

Chanyeol rasa bersalah untuk menolak pelawaan Dahyun. Chanyeol melepaskan genggaman tangan Dahyun pada hujung bajunya sebelum mengangguk ke arah Dahyun.

 

Perlahan-lahan hujung bibir Dahyun tertarik menjadi suatu senyuman. 

 

 

 

 

Chanyeol memuncungkan lagi bibirnya sambil kedua-dua kakinya berjalan dengan pantas meninggalkan Dahyun yang sibuk mengekorinya dari belakang. 

 

"Lawaklah Yeol ni!" Telinga Chanyeol berdesing sebaik saha

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
taenovella
Exam belum habis macam mana nak update :')

Comments

You must be logged in to comment
DreamyFoxie
#1
Chapter 18: LOVE IT!!
lilylunalove
#2
Chapter 18: Huwaaaa dah habis! Emmmm
_shuhidah
#3
Chapter 18: Sweet habis la ceghitaaa niii??
lyanaesyaz #4
Chapter 18: sweetnya dahyun dgn chanyeol..papepon tq authornim sbb hbiskan crita nii..saya suka sgt
_shuhidah
#5
Chapter 17: Huwaaaaa harap2 diaorang bersama?
lilylunalove
#6
Chapter 17: Too much cornflakes ! ( ̄∀ ̄)
lilylunalove
#7
Chapter 16: Poor our Joon Dahyun ;(
Infinite_Ifnt7
#8
Chapter 15: loll!!! scene ni similar gila! macam drama fight for my way
lyanaesyaz #9
Chapter 15: such a best story..ada masa update next chapter yer authornim