Byun BAEkhyun

His One Week Girlfriend
Please Subscribe to read the full chapter

Jengkel Dahyun dibuatnya apabila lonceng rumah asyik dibunyikan berkali-kali. Dia baru sahaja berkira-kira nak cuci baju atau kemas rumah. 

 

Namun, hilang terus rancangan dia selepas diterjah dengan 'hantu lonceng' itu. Agaknya tak pernah jumpa lonceng rumah kot orang ni! Marah Dahyun.

 

Chanyeol yang perasan perubahan pada wajah Dahyun hanya tersenggih. Comel juga muka gadis itu apabila marah begitu.

 

"Apa senyum-senyum?!" Dahyun menjeling kearah Chanyeol yang masih sedap menikmati sarapannya. 

 

Laju aje Chanyeol menggeleng. Secomel muka Dahyun tu pun, kalau dia marah— siapa-siapa pun akan jadi mangsanya. 

 

"Nak saya buka pintu ke?" Tanya Chanyeol sebelum mengunyah roti yang disapu nutella itu. 

 

Dahyun mengipas mukanya. "Tak payah!" Katanya jengkel, "biar saya buka. Nak tengok juga siapa hantu lonceng tu!" 

 

Kaki pendeknya dengan pantas melangkah ke arah pintu yang terletak berdekatan dengan ruang tamu.

 

Pintu itu dikuak kasar dan dibuka seluas-luasnya. Kerutan di muka Dahyun bertambah, dia sudah bersedia untuk melaungkan ceramahnya tetapi lidah Dahyun terus kelu apabila dipeluk oleh tetamu yang tak diundang itu.

 

"Chanyeol-ah..." panggil lelaki itu. "Aku minta maaf. Please jangan bunuh aku Chanyeol— aku bukan sengaja.. Oh Setan tu yang paksa aku."

 

Dahyun terkulat-kulat menolak tubuh lelaki itu. "Y-Yah lepaslah!"

 

"Tak nak!" Kepalanya digelengkan. Dieratkan lagi pelukan pada tubuh Dahyun. "Eh... Jap..." mukanya diangkat dan mata mereka bertemu. 

 

Kedua-duanya memaparkan reaksi terkejut. Terus sahaja pelukan itu dilepaskan dan ditolaknya tubuh Dahyun sampai hampir terjatuh gadis itu. 

 

"Oi kau siapa!" Jerit lelaki itu. 

 

Dahyun menunding ke arah lelaki itu. Keningnya diangkat ke atas, menyebabkan matanya membulat. "Aku yang patut tanya kau siapa. Lagi satu, jangan main dengan lonceng rumah orang boleh tak? Apa rumah sendiri tak pernah ada lonceng ke?!" 

 

Lelaki itu melepaskan tawa namun wajahnya memaparkan sebaliknya. Kelihatan jengkel aje wajahnya. 

 

Lengan bajunya disingsing hingga ke paras siku. Tangannya sudahpun digenggam, membentuk tumbukan. 

 

"Nak gaduh ke?" Soalnya. 

 

Dahyun menolak rambutnya yang terjurai ke belakang telinganya. "Boleh juga!"

 

Sebelum mereka berdua sempat berganjak, Chanyeol terlebih dahulu menolak tubuh kecil Dahyun ke belakangnya. 

 

Tak senang duduk dibuatnya apabila mendengar pertengkaran antara mereka berdua. Risau jika ada jiran yang akan membuat aduan nanti.

 

"Awak ni ken—" kata-katanya terhenti apabila terpandang wajah 'hantu lonceng' yang diperkatakan oleh Dahyun.

 

Wajah lelaki itu yang tadinya masam, bertukar ceria. "Chanyeol!" Panggilnya dengan riak gembira. 

 

"Baekhyun?" 

 

 

 

Chanyeol meraup mukanya. Kedua-dua muka Dah

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
taenovella
Exam belum habis macam mana nak update :')

Comments

You must be logged in to comment
DreamyFoxie
#1
Chapter 18: LOVE IT!!
lilylunalove
#2
Chapter 18: Huwaaaa dah habis! Emmmm
_shuhidah
#3
Chapter 18: Sweet habis la ceghitaaa niii??
lyanaesyaz #4
Chapter 18: sweetnya dahyun dgn chanyeol..papepon tq authornim sbb hbiskan crita nii..saya suka sgt
_shuhidah
#5
Chapter 17: Huwaaaaa harap2 diaorang bersama?
lilylunalove
#6
Chapter 17: Too much cornflakes ! ( ̄∀ ̄)
lilylunalove
#7
Chapter 16: Poor our Joon Dahyun ;(
Infinite_Ifnt7
#8
Chapter 15: loll!!! scene ni similar gila! macam drama fight for my way
lyanaesyaz #9
Chapter 15: such a best story..ada masa update next chapter yer authornim