Sandara

His One Week Girlfriend
Please Subscribe to read the full chapter

Sejak dari tadi Dahyun hanya berdiri kaku di hadapan cafe kecil yang dicatkan dengan warna biru lembut itu. Terdapat papan tanda 'selamat datang' yang kecil berhampiran dengan cafe itu. 

 

Sekali lagi, Dahyun memeriksa pakaian yang dipakainya. Hanya pakaian ringkas yang dikenakannya hari ini. 

 

Dahyun nampak begitu kasual dengan pakaian dan make-up ringkas yang dikenakan olehnya. 

 

Namun semua itu tidak dapat menyembunyikan rasa gemuruh di dalam hati Dahyun kini. Dengan langkah seribu, Dahyun memasuki cafe tersebut sebelum dia berubah fikiran. 

 

Penyaman udara cafe tersebut terus menyapa Dahyun sejurus sahaja dia memasuki cafe tersebut. 

 

Mata Dahyun meliar mencari kelibat wanita yabg sepatutnya dia berjumpa dengan. Namun tidak pula matanya menangkap susuk tubuh wanita itu. 

 

"Joon Dahyun?" Soal seseorang. 

 

Yang menyebabkan Dahyun memusingkan kepalanya ke arah pintu masuk cafe. Bibir bawahnya yang terasa kering dibasahkan.

 

"Dara,"

 

Wanita itu melemparkan senyuman yang cukup manis kepada Dahyun. 

 

Setelah mengambil tempat duduk yang berhampiran dengan kaunter, mereka berdua hanya memesan air kosong dan sepotong cheese cake sahaja. 

 

Kedua-duanya terlalu malu untuk memulakan percakapan. Mana tidaknya, hampir 1 tahun mereka tidak berjumpa. 

 

"Kau sihat?" Kata Dahyun dengan perlahan. 

 

Dara hanya mengangguk laju, senyuman yang tadi masih tidak lepas dari bibirnya. 

 

"Ji-Yong apa khabar?" Tanya Dahyun lagi. Kwon Ji-Yong dulunya merupakan kekasih Dara yang kininya sudahpun bergelar suami kepada Dara. 

 

"Dia okay je," terdapat serpihan ketawa pada kata-kata Dara. 

 

Mereka berdua kekal senyap selepas itu berbeza sekali dengan perjumpaan terakhir mereka 1 tahun lepas.

 

Dahyun tidak tahu kenapa mesti dia rasa kekok walhal dia yang suruh Dara berjumpa dengannya. 

 

Jari jemarinya dimain perlahan-lahan serta mukanya ditundukkan ke bawah. Otak Dahyun ligat menyusun ayat seterusnya. 

 

Namun soalan seterusnya yang ditanya oleh Dara langsung tidak disangka oleh Dahyun. 

 

"Macam mana dengan Chanyeol aku?"

 

 

 

Gadis muda yang baru menjejak ke alam pekerjaan itu menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Joon Dahyun memeriksa lagi senarai rumah untuk disewa itu. 

 

Semuanya mahal-mahal belaka! Mana mungkin Dahyun mampu menyewa rumah jika keadaannya begini.

 

Dara melangkah tenang ke arah tempat yang diduduki Dahyun iaitu meja yang berdekatan dengan tingkap besar cafe itu. 

 

Pemandangan luar dipenuhi dengan limpahan salji yang rebah jatuh ke permukaan kota raya Seoul. 

 

Di tangan Dara terdapat dua mug yang berisi dengan air Salted Caramel yang masih panas. Dara dengan berhati-hati meletakkan mug itu ke atas permukaan meja. 

 

"Berkerutnya muka!" Tegur Dara kepada rakan karibnya. 

 

Dahyun hanya tersenyum kecil, matanya masih tidak teralih dari melihat senarai tadi. "Ni aku punya eh? Thanks Dara" ditarik mug merah jambu itu dekat kepadanya. 

 

Dara hanya menggelengkan kepalanya apabila melihat gelagat Dahyun. Terdetik juga rasa kasihan pada rakannya itu.

 

"Ibu dengan ayah kau memang nak kau pindah hujung minggu ni ke?" Soal Dara dengan nada prihatin. 

 

Dahyun yang tadinya sibuk menghirup air Salted Caramel itu memandang Dara sekilas sebelum mengangguk. Malu juga untuk dia mengaku yang ibu bapanya sendiri menghalaunya keluar. 

 

"Diorang nak aku berdikari," balas Dahyun acuh tak acuh. 

 

Dara tiba-tiba tersenyum nakal. Timbul pula satu idea untuk menyakat rakannya itu. "Ke diorang nak together-together. Manalah tau boleh produce lagi satu adik untuk kau" 

 

Ia ambil masa yang agak lama untuk Dahyun memahami ayat Dara itu. Matanya terbutang dengan serta merta l

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
taenovella
Exam belum habis macam mana nak update :')

Comments

You must be logged in to comment
DreamyFoxie
#1
Chapter 18: LOVE IT!!
lilylunalove
#2
Chapter 18: Huwaaaa dah habis! Emmmm
_shuhidah
#3
Chapter 18: Sweet habis la ceghitaaa niii??
lyanaesyaz #4
Chapter 18: sweetnya dahyun dgn chanyeol..papepon tq authornim sbb hbiskan crita nii..saya suka sgt
_shuhidah
#5
Chapter 17: Huwaaaaa harap2 diaorang bersama?
lilylunalove
#6
Chapter 17: Too much cornflakes ! ( ̄∀ ̄)
lilylunalove
#7
Chapter 16: Poor our Joon Dahyun ;(
Infinite_Ifnt7
#8
Chapter 15: loll!!! scene ni similar gila! macam drama fight for my way
lyanaesyaz #9
Chapter 15: such a best story..ada masa update next chapter yer authornim