Kiss me, baby

His One Week Girlfriend
Please Subscribe to read the full chapter

tertanya-tanya ada ke lagi orang baca story ni? If ada.. Put your hands up 🖐

☘ ☘ ☘ ☘

Tin sup cendawan dimasukkan ke dalam laci sebelum ditutup. Habis semua barang basah Dahyun susun dalam peti ais dan laci. 

 

Namun, kelibat Chanyeol masih lagi tidak kelihatan.

 

Tangannya menyelak langsir kuning itu. Kereta Chanyeol juga sidah menghilang selepas hantar Dahyun balik. 

 

Risau Dahyun dibuatnya. Entah apa yang dibuat Chanyeol sekarang... dia pasti Chanyeol sedih selepas melihat bekas teman wanitanya dengan kawan baiknya sendiri. 

 

Lihat sahaja muka Chanyeol tadi, Dahyun pasti Chanyeol masih mencintai Hanee. 

 

Dahyun duduk memandang jam di dinding sambil menantikan kepulangan Chanyeol. Risau jika apa-apa berlaku kepada jejaka itu. 

 

Bukan apa.. dia sebagai orang yang lebih tua mesti risaukan orang yang lebih muda... Kan?

 

Terlompat kecil Dahyun dibuatnya apabila terdengar bunyi pintu diketuk dengan agak kasar. 

 

Cepat sahaja kaki Dahyun bergegas ke arah pintu lalu dibukanya. Mata Dahyun membulat apabila merasakan dagu Chanyeol diletakkan ke atas bahu kanannya. 

 

Bau minuman keras menyapa lubang hidungnya. 

 

Chanyeol pula cuba berdiri seperti biasa semula. Tangannya mencapai dinding sebagai sokongan. Matanya kabur namun dapat dilihat jelas wajah Dahyun yang menggelabah. 

 

"Hyun," Chanyeol tersenggih. 

 

Dahyun menutup semula pintu hadapan dengan badannya membelakangi Chanyeol. 

 

"Awak pergi mana? Minum ke? Banyak tak?" Beribu soalan berada di dalam mindanya kini. Tetapi hanya tiga soalan itu sahaja yang meniti bibirnya. 

 

Chanyeol tersenyum lagi sebelum kakinya menuju ke ruang tamu. "Sikit je.. Tapi.. Saya tetap tak dapat keluarkan imej dia dalam ni" jari telunjuk Chanyeol menunjukkan dadanya. 

 

Mata Chanyeol berkaca namun lekas diseka oleh Chanyeol. Chanyeol melepaskan tawa sebelum air mata jernih menitis ke pipinya. 

 

Pedih hati Dahyun melihat keadaan Chanyeol. Entah bagaimana rupa Chanyeol sewaktu mereka berpisah. Dahyun langsung tidak mahu memikirkan tentang hal itu sekarang. 

 

"Awak duduk dulu eoh? Saya ambilkan air" arah Dahyun sebelum bergegas ke dapur dan menuangkan air sejuk ke dalam gelas kaca itu. 

 

Apabila kembali semula, kelihatan Chanyeol sudah melentokk

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
taenovella
Exam belum habis macam mana nak update :')

Comments

You must be logged in to comment
DreamyFoxie
#1
Chapter 18: LOVE IT!!
lilylunalove
#2
Chapter 18: Huwaaaa dah habis! Emmmm
_shuhidah
#3
Chapter 18: Sweet habis la ceghitaaa niii??
lyanaesyaz #4
Chapter 18: sweetnya dahyun dgn chanyeol..papepon tq authornim sbb hbiskan crita nii..saya suka sgt
_shuhidah
#5
Chapter 17: Huwaaaaa harap2 diaorang bersama?
lilylunalove
#6
Chapter 17: Too much cornflakes ! ( ̄∀ ̄)
lilylunalove
#7
Chapter 16: Poor our Joon Dahyun ;(
Infinite_Ifnt7
#8
Chapter 15: loll!!! scene ni similar gila! macam drama fight for my way
lyanaesyaz #9
Chapter 15: such a best story..ada masa update next chapter yer authornim