Jangan sentuh

His One Week Girlfriend
Please Subscribe to read the full chapter

Dahyun melepaskan keluhan lega. Nasib baik hari ni dia half-day dan tidak banyak kerja yang diberikan kepadanya. Dengan itu, senang sahaja dia menyiapkan kerja yang diberikan. 

 

Kaki pendeknya yang dikenakan high heels untuk dia tampak lebih tinggi dengan cepat bergegas pulang ke rumah yang dikongsi bersama Chanyeol. 

 

Otaknya masih ligat memikirkan kejadian semalam. Dahyun tergelak kecil. Kelakar pula bila teringat muka Chanyeol semalam. 

 

Mereka memang tidak rapat sebelum ini. Selepas mendapat peluang untuk mendekatkan diri dengan Chanyeol, takkan Dahyun nak lepaskan begitu sahaja?

 

Lagipun... dia sudah berjanji dengan seseorang untuk menjaga Chanyeol selama dia duduk satu bumbung dengan Chanyeol. 

 

Entah tiba-tiba perasaan protective itu timbul selepas mendengar penjelasan Chanyeol semalam.

 

Mungkin disebabkan dia lebih tua dari Chanyeol. 

 

Tombol pintu diputarkan dan tanpa membuang masa, Dahyun masuk ke dalam rumah. "I'm home" jeritnya seperti selalu. 

 

Dia sering buat begitu. Takut kalau-kalau Chanyeol ada bawa tetamu masuk. Kini, ia sudah menjadi satu tabiat dan tabiat itu turut diikut oleh Chanyeol. 

 

Mata kecil Dahyun meliar memerhatikan setiap ceruk rumah... namun bayangan Park Chanyeol langsung tidak kelihatan.  Takkan tak bangun lagi? Dahyun berdecit bila dia lihat jam pada dinding. 

 

2.11 p.m. Tipulah tak bangun. 

 

Laju sahaja kaki Dahyun melangkah ke bilik Chanyeol yang juga berada di tingkat 2. Beg tangan ditinggalkan di atas sofa. 

 

Chanyeol yang sedang melentokkan kepalanya pada bantal sedikit tersentak apabila mendengar pintu biliknya diketuk. Sejak dia berpindah rumah, jarang sekali ada orang ketuk pintu biliknya. 

 

Chanyeol pasti yang ketuk pintunya sekarang ialah Dahyun.... siapa lagi kalau bukan dia?

 

Dengan perasaan malas, Chanyeol berjalan kearah pintu untuk membukanya namun Dahyun sudah terlebih dahulu membukanya. Bulat mata Chanyeol memandang wajah seposen Dahyun. 

 

Sudahlah Chanyeol dalam keadaan yang agak serabut sekarang. Dia hanya memakai T-Shirt biru lusuh dan seluar yang dia jumpa di bawah katilnya. Entah bersih atau tidak— Chanyeol tak pasti. 

 

"Kau..." Chanyeol mengetap giginya. Geram. 

 

Dia paling tak suka perempuan macam Dahyun yang berlagak seperti tak tau batasan antara lelaki dan perempuan.

 

Tiba-tiba aje dia teringatkan Hanee yang pemalu orangnya bukan macam Dahyun. Jauh sekali macam Dahyun. 

 

"Belum siap? Kata nak date"

 

Chanyeol melepaskan keluhan. "Saya tak setuju pun... awak yang buat andaian,"

 

Dahyun tetap dengan pendiriannya, langsung tidak bergerak dari kedudukannya. Lengan baju disingsing— tiba-tiba terasa panas. 

 

"Listen Yeol," Dahyun memulakan bicara. 

 

Chanyeol terasa seram... melihat sahaja riak wajah Dahyun yang tidak berpuas hati... dia pasti yang dia akan diserang oleh Dahyun. Sekali lagi. Dan dia tak nak perkara itu terjadi. 

 

Chanyeol mengundurkan sedikit badannya. 

 

Dahyun yang perasan tingkah laku Chanyeol hanya mendiamkan diri— "saya nak tolong awak. Semalam pun awak dah kekok depan saya... nanti macam mana kalau kawan-kawan awak perasan?" 

 

Sebelah kening Dahyun diangkat. She has a point... guman Chanyeol dalam hati. Tetapi dia masih tidak bersetuju dengan idea gila Dahyun. 

 

"Tapi saya faham kalau awak tak nak... I mean.. Suka hati awaklah kalau Hanee perasan yang kita hanya berlakon. Saya tak kisah."

 

Selepas itu, Dahyun terus mengambil langkah untuk keluar dari bilik Chanyeol. Senyuman nakal terukir pada bibirnya yang dicalit chapstick itu. 

 

Pantas sahaja tangan Chanyeol memegang lengan Dahyun untuk mematikan langkahnya. "J-Jap. Bagi saya 5 minit"

 

Chanyeol mencebik kecil apabila melihat senyuman Dahyun yang bagai mengejeknya. 

 

"Okay," Dahyun menarik lengan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
taenovella
Exam belum habis macam mana nak update :')

Comments

You must be logged in to comment
DreamyFoxie
#1
Chapter 18: LOVE IT!!
lilylunalove
#2
Chapter 18: Huwaaaa dah habis! Emmmm
_shuhidah
#3
Chapter 18: Sweet habis la ceghitaaa niii??
lyanaesyaz #4
Chapter 18: sweetnya dahyun dgn chanyeol..papepon tq authornim sbb hbiskan crita nii..saya suka sgt
_shuhidah
#5
Chapter 17: Huwaaaaa harap2 diaorang bersama?
lilylunalove
#6
Chapter 17: Too much cornflakes ! ( ̄∀ ̄)
lilylunalove
#7
Chapter 16: Poor our Joon Dahyun ;(
Infinite_Ifnt7
#8
Chapter 15: loll!!! scene ni similar gila! macam drama fight for my way
lyanaesyaz #9
Chapter 15: such a best story..ada masa update next chapter yer authornim