Bae Itu Tahi, Tapi Kau Tidak

His One Week Girlfriend
Please Subscribe to read the full chapter

Dahyun berdecit pendek apabila melihat botol soju yang dipegangnya sudah kosong. Dahyun kemudian mengalihkan pandangannya pada botol-botol soju lain yang berada di atas mejanya. Kosong. 

 

Botol soju yang sudah kosong itu dicampak ke atas meja sebelum kepalanya dipusing sedikit ke kiri. Dipandang kosong susuk tubuh ahjumma itu yang sibuk melayan penggunjung-penggunjung yang lain. 

 

Tangannya dilambai-lambaikan ke ahjumma itu. "Ahjumma! Tolong bagi saya 3 lagi botol soju!" Minta Dahyun dengan nada suara yang agak tinggi. 

 

Menyebabkan pelanggan lain yang berada di situ melemparkan pandangan tajam kepadanya. Ah, peduli apa! 

 

Bukannya Dahyun akan ingat perkara ini apabila hari esok tiba. 

 

"Ahjumma, tolong cancel order tadi. Bagi kami dua air kosong," minta seseorang dengan nada sopan. 

 

Ahjumma tadi tersipu-sipu malu sebelum beredar. Dahyun memalingkan mukanya ke arah suara itu. Matanya terpaksa dikecilkan kerana penglihatannya yang sudah mulai kabur. 

 

Permukaan meja merah itu ditampar kasar apabila matanya mula melihat imej pemilik suara itu. Hampir-hampir sahaja makanan yang berada dalam pinggan itu jatuh ke bawah.

 

"Byun Bae!" Muka Dahyun yabg tadinya berkerut bertukar ceria apabila melihat sekujur tubuh yang amat dikenalinya. 

 

Baekhyun melontarkan pandangan simpati apabila melihat keadaan Dahyun. Dahyun menarik kerusi yang berada di hadapannya sebelum mempelawa Baekhyun untuk duduk. 

 

"Jom balik, kau dah—" 

 

Laju saja ayat Baekhyun dipotong. "Mabuk? Tak Baek. Aku belum mabuk lagi" Dahyun mengelengkan kepalanya tanda protes. 

 

"Ia akan ambil lebih dari 4 botol soju untuk buat aku mabuk—" nada suara Dahyun mula menjadi perlahan. Pandangan matanya redup.

 

"Tapi aku betul-betul harap aku tengah mabuk sekarang ni". Dadanya terasa perit semula.

 

Jadi tak perlulah aku ingat apa yang jadi hari ni.. Desis hati Dahyun. 

 

Dari cara percakapan Dahyun, Baekhyun sudah tahu pasti ada perkara yang terjadi antara Dahyun dan Chanyeol. Mata Baekhyun mencari-cari kelibat Chanyeol, mengharapkan sangkaannya salah. 

 

"Dia tak ada.." balas Dahyun apabila sedar akan kelakuan Baekhyun yang mencari-cari kelibat Park Chanyeol. 

 

Tepat sekali tekaan Baekhyun tentang apa yang berlaku— 

 

Baekhyun hanya mengangguk sebelum mendiamkan diri. Tidak lama kemudian, ahjumma itu kembali dengan dua gelas air kosong dan Dahyun hanya menguis-nguis makanannya menggunakan garfu.

 

Seleranya sudah lama hilang.

 

Namun pergerakkannya terhenti apabila merasakan tangan Baekhyun mengenggam tangannya. Dahyun merenung kearah tangan Baekhyun. 

 

Baekhyun dan Chanyeol— tangan mereka sama. Pasti akan menyembunyikan tangan Dahyun yang kecil setiap kali mereka berpegang tangan dan pasti akan menghantar rasa hangat pada tangan Dahyun.

 

Tetapi perasaan Dahyun apabila Baekhyun menyentuh tangannya tidak sama dengan Chanyeol. Berbeza. Jauh sekali. 

 

"Aku nak minta maaf," ucap Baekhyun, jujur. 

 

Dahyun masih tidak mengalihkan pandangannya. Matanya mula berair lagi. Tak guna. 

 

"Kalaulah aku tak suruh kau luahkan isi hati kau... Kalaulah aku tak suruh kau buat hari ni... Kalaulah..." ayatnya terhenti. Mata redup Baekhyun memandang sayu wajah Dahyun yang direndahkan.

 

Kalaulah aku datang awal tadi... Keadaan kau pasti tidak akan begini Dahyun. 

 

Sewaktu Dahyun menelefonnya, Baekhyun sedang berjumpa dengan seseorang. Kekasihnya. Perempuan yang sama yang membuat hidupnya merana. 

 

Namun tidak lama selepas itu, Chanyeol juga menelefonnya untuk mengambil Dahyun yang berada berdekatan dengan tasik Ying. 

 

Tetapi Baekhyun datang lambat. Lambat sangat. Sampai begini keadaan Dahyun— sangat kusut, wajahnya kelihatan pucat dan terdapat kesan air mata pada pipinya.

 

Dahyun menggeleng sebelum menatap wajah Baekhyun yang berada di hadapannya. "Bukan salah kau, Baek. Betul apa kau cakap— kalau bukan hari ni, bila lagi?"

 

Pipinya yang tadiny

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
taenovella
Exam belum habis macam mana nak update :')

Comments

You must be logged in to comment
DreamyFoxie
#1
Chapter 18: LOVE IT!!
lilylunalove
#2
Chapter 18: Huwaaaa dah habis! Emmmm
_shuhidah
#3
Chapter 18: Sweet habis la ceghitaaa niii??
lyanaesyaz #4
Chapter 18: sweetnya dahyun dgn chanyeol..papepon tq authornim sbb hbiskan crita nii..saya suka sgt
_shuhidah
#5
Chapter 17: Huwaaaaa harap2 diaorang bersama?
lilylunalove
#6
Chapter 17: Too much cornflakes ! ( ̄∀ ̄)
lilylunalove
#7
Chapter 16: Poor our Joon Dahyun ;(
Infinite_Ifnt7
#8
Chapter 15: loll!!! scene ni similar gila! macam drama fight for my way
lyanaesyaz #9
Chapter 15: such a best story..ada masa update next chapter yer authornim