Suri Hati Mr.Brutal

Best. Absolute. Puasa [B.A.P] Kembali !
Please Subscribe to read the full chapter

 

Suri Hati Mr.Brutal

 

 

Pergi ke kedai memakai selipar,

Pergi membeli surat khabar,

Hai Milah, sedang buat apa?

Abang Bang sekadar merisik khabar.

 

Yongguk tersenyum-senyum sendiri di atas sofa sambil menaip bait pantun yang tak berapa nak pantun itu di keypad henfonnya. Terbayang-bayang wajah Milah Janda pujaan hatinya tatkala mesej untuk wanita itu dikarang. Pasti Milah suka dengan pantun empat kerat yang direka khas buatnya ini. Semalaman Yongguk tak tidur sebab tulis pantun ni. Hebat kan?

“Dah kenapa kau senyum sorang-sorang, Brutal?” Zelo yang kebetulan ada berdekatan menyoal pelik.

“Ihiks…tak ada apa lah.” balas Yongguk dengan senyum yang masih tak lekang. Hampir berdarah telinga Zelo bila mendengar jawapan Yongguk. ‘ Ihiks’?  

 Ya Allah, tak brutal langsung. Nada Yongguk kedengaran seperti suara seorang gadis remaja yang sedang mengada-ngada.

“Kau angau dengan Milah Janda eh?” Zelo masih belum puas menanya. Tau sangat perangai Yongguk. Sejak zaman sekolah menengah lagi, dia memang crush dengan si Milah  tu. Masih terngiang-ngiang di ingatan Zelo bila mana Yongguk membawa diri ke hutan belantara waktu dapat tahu yang Milah nak kahwin lepas SPM beberapa tahun yang lalu.

Satu kampung cari Yongguk tau tak? Sampai ada yang cakap dia kena culik dengan bunian sebab tiba-tiba  menghilangkan diri. Dua hari lepas tu, orang kampung jumpa dia tengah camping dalam hutan. Sorang-sorang ! Nampak tak betapa frustnya Yongguk?

Bukan tu saja, masa majlis perkahwinan Milah pun dia buat hal jugak. Kelam-kabut kenduri kahwin Milah dibuatnya. Macam-macam benda yang terjadi. Geng itik angsa mengamuk terlepas kandang menyerang tetamu, P.A sistem tiba-tiba rosak dan acara karaoke tak dapat diteruskan, nasi kawah tiba-tiba bertukar jadi kaler hitam, ayam masak merah untuk tetamu semuanya tinggal tulang dan yang paling teruk, pelamin Milah dan suaminya runtuh masa diorang tengah syok bertepung-tawar. Nak tau kerja sapa?

Malas nak cakap sebab takut terbuka aib tapi umm, sudah terang lagi bersuluh bukan? Ya. Yongguk la pelakunya. Sebabkan patah hati dengan Milah, habis kenduri orang dijahanamkannya.

Tutup kisah lama.

 

Tiga tahun yang lepas, Milah tiba-tiba jadi janda sebab lakinya kahwin lain di Siam. Kesian Milah. Muda-muda, dah diceraikan.  Yongguk yang mendengar khabar gembira tu apalagi? Cinta lama kembali berputik la jawabnya.

“Kau tak move on lagi dengan akak janda tu?” entah dari mana, Jongup muncul dan menyibuk.

“Ntahnya. Ramai lagi perawan yang boleh menjadi suri hati kau. Mengapa kau memilih janda pulak?” Daehyun mencelah. Ni sorang lagi, tiba-tiba muncul dan terus menyampuk. Yongguk dan Zelo berpandangan hairan. Sejak bila pulak tenuk berdua ni dengar perbualan mereka?

“Walaupun janda, dia tetap hot bagi aku.” komen Yongguk sambil menarik sengih. Terbayang wajah Milah yang iras-iras pelakon bernama Sari Yanti itu. Cantik manis orangnya.

“Abang pilih yang mana? Perawan atau janda~~Perawan memang menawan, janda lebih menggoda.”

Daehyun mula berdangdut saat mendengar kata-kata Yongguk tadi sambil menonggek-nonggek di depan Zelo. Akhirnya, dia menerima padah kerana kaki panjang Zelo hinggap ke bontotnya lantas membuatkan pemuda itu tersembam ke lantai. Heh ! Jangan panggil Zelo Panjang kalau kaki panjangnya tak berguna. Poyo !

 

“Diva cerita kau jumpa dia kat Bazar haritu? Betul ke?” Jongup menyoal meminta kepastian. Dengar dari mulut Diva Himchan je bukan boleh percaya sangat. Abang tu kaki gosip mak jemah. Kadang-kadang cerita dia bertokok tambah. Maklumlah, masa kecik bercita-cita nak jadi pengacara Melodi.

“Diva cerita kat kau? Ihiks…malulah aku. Nape dia citeww?”

“Allahu. Izinkan aku muntah, gais.” Zelo mengurut tekaknya yang tiba-tiba terasa kembang. Mual-mual dia jadinya tatkala mendengar respon Yongguk tadi. Di manakah Brutal yang dulu? Ini bukan Brutal yang mereka kenal. Itu adalah sotong !

“Jangan bro. Batal puasa kau nanti.” nasihat Daehyun kepada Zelo yang sudah mencapai labu sayung milik Himchan untuk dijadikan tadahan muntahnya. Eiiiuw !

“Kenapa dia pindah sini?” Jongup masih dengan sesi soal-jawabnya.

“Mana la teman tahu. Ini baru nak siasat. Teman ada mintak nombor telefon dia hari tu. Hehehe…” Yongguk menjawab dengan loghat Peraknya. Masih juga dengan nada yang gedik.

“Amboi, macam dah ada ura-ura cinta dah nak berputik je. Tak lama lagi, makan nasik minyak la kita. Harap-harap kali ni pelamin Milah tak roboh lagi.” sindir Daehyun membuatkan Yongguk menjeling tajam ke arahnya. Jangan ungkit benda yang sudah ok?

“Jangan la cakap macam tu Boroi. Segan pulak aku. Ihiks….”

Muka Zelo pucat lesi. Nak termuntah balik. Tiap kali bunyi ‘ihiks’ tu keluar dari mulut Yongguk, entah kenapa Zelo akan tiba-tiba mengalami morning sickness. Eh? Maaf. Maksudnya di sini, kelakuan Yongguk agak meloyakan dan menjengkelkan bagi Zelo.

Suasana diam seketika kerana masing-masing kehabisan bicara. Yongguk masih angau dengan Milah dan ternanti-nanti balasan mesej pujaan hatinya itu. Jongup pulak sudah beralih ke kaca TV untuk menonton Music Show Kpop yang kebetulan tengah menayangkan girl group Twice.

 

“Yeay ! Twice ! Signal bonae~~ Signal bonae~~~Jjirit~~Jjirit ~~Jjirit.”

 

Maka,terus berfanboy budak Kecik itu dibuatnya.

 

“Kau apahal tetiba mention cirit kat sini? Kalau sakit perut, pergi la jamban. Tak payah la bagitau.” Daehyun mengomel kepada Jongup yang sedang teruja ikut Twice menyanyi. Namun, Jongup langsung tak mengendahkan Daehyun dan terus menari. 

 

Berbalik kepada Yongguk dan angaunya,

Telefon bimbit jenama Oppa milik Yongguk berdering tanda ada mesej yang masuk.

Nombor Milah yang Yongguk simpan dengan nama ‘My Bae’ tertera dan segera pemuda itu membuka telefonnya untuk membaca mesej Whatapps yang diterima. Marilah kita sama-sama membaca mesej Milah dan Yongguk Brutal. Mulakan dengan Bismillah.

 

Pergi ke kedai membeli belacan.

Milah sihat abang :)

 

Milah, kenapa pantun Milah tak habis?

Pergi ke kedai membeli belacan? Apa sambungannya? Abang Bang curious nak tahu. :3

 

Abang, itu bukan pantun. Milah memang nak cakap yang Milah pergi kedai beli belacan. Abang ok tak ni?

 

Oh ye ke? Hehehe…ingatkan nak balas pantun abang. Petang ni Milah pergi Bazar Ramadhan tak?

 

Inshaallah pergi. Kenapa abang? Abang nak kirim apa-apa?

 

Haah. Abang nak kirim sesuatu.

 

Kirim apa abang?

 

Kirim cinta abang pada Milah. Cia, Cia, Cia.

 

“Sumpah noob.”

Yongguk tersentak bila ada suara yang kedengaran di sebelahnya. Segera, dia menoleh dan kelihatan Zelo yang sedang duduk bersimpuh di sebelah sofa menjengulkan kepala dengan selamba dan membaca setiap mesej dia dengan Milah. Langsung rasa tak bersalah.

“Yang kau baca mesej aku kenapa? Aku silat kau karang, bersepai gigi.” marah Yongguk kepada Zelo yang sekadar menayang muka hambar.

“Kalau macam tu la cara kau mesej dia, budak Wicet pun malu nak mengaku kau tu sekutu diorang tau tak? Pickupline pun kau ciplak kat iklan Abang terlajak laris, baik kau baca buku KOMSAS je kat akak Milah ni.” kutuk Zelo kaw-kaw sehingga membuatkan Yongguk alah malu.

“Habis? Kau nak suruh aku buat apa?”

“Kau kena banyak belajar lagi Brutal. Walaupun kau lagi tua dari aku tapi nampaknya soal nak mengayat awek ni, aku rasa aku lebih senior dari kau. Banyak lagi benda yang kau kena tahu.”

“Apa kau merepek

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Jelly_Warrior
2021 ! Ada yang throwback baca cerita ni ke? 😂

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Chapter 12: 2020 yang completenya cerita ni, 2021 baru saya baca.. Ya Ampunnnn~ Rasa macam raya bulan Januari ಥ‿ಥ terima kasih author-nim kerana menceriakan hari-hari saya yang kelam lagikan suram. Anda adalah penyuluh mata saya. Ehh ° ͜ʖ ͡ – ✧
Wonsik_Sai
#2
Chapter 12: 2020 yang completenya cerita ni, 2021 baru saya baca.. Ya Ampunnnn~ Rasa macam raya bulan Januari ಥ‿ಥ terima kasih author-nim kerana menceriakan hari-hari saya yang kelam lagikan suram. Anda adalah penyuluh mata saya. Ehh ° ͜ʖ ͡ – ✧
EfyyExo
#3
Chapter 12: tamat juga akhirnyaaa.. sobs..sobs. sedihhh T.T brtahun-tahun tak login aff , rupanya authornim dh habiskan ff ni. papepun , thankyou sbb berjaya tamatkan wlaupun ambil masa yg lama. sy hrp akan ada lagi ff b.a.p yg mcm ni wlaupun dorg dh disbanded😭😭
LovelyIna
#4
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
Shadow_warriorangel #5
Chapter 12: Alhamdulillah seronok dapat baca ending cerita ni... Finally nama baik dua ekor sotong raver tu dh dibersihkan xD btw.. selamat hari raya authornim.. saya minta maaf kalau ada komen yang menyinggung hati dan perasaan authornim... But srs.. saya die hard fans authornim (ง •̀ω•́)ง✧
mpreggoland
#6
Chapter 11: wahhhhhh!!!!!! dah lama tunggu!!!!!
terbaik ah! jht jongup XD
boleh imagine dh apa yg akan jadi XD
terhibur sgt2 nih! thanks! :D
Shadow_warriorangel #7
Chapter 11: Tak sangka begitu sekali plan Jamhari Jongup untuk balas dendam xD saya suka gila cara authornim plan citer ni and tetibe plot twist gini xD
Chaeinch #8
Chapter 10: Sebenarnya saya nak baca balik semua cerita dari authornim sbb semua cerita authornim ni best2 tapi tak sangka authornim update tahun ni hahahaha terbaik authornim tak sabarnya nak baca chapter baru
Shadow_warriorangel #9
Chapter 10: Rindunya T.T welcome back authornim T.T