Abang Rempit, I Love You

Best. Absolute. Puasa [B.A.P] Kembali !
Please Subscribe to read the full chapter

 

Abang Rempit, I Love You

 

“Haih!”

Kedengaran keluhan serentak lahir dari bibir lima orang pemuda yang baru turun dari kereta Exora milik Diva Himchan.

“Kalau macam ni hari-hari, ate bila masa teman bulih beli sofa idaman teman?” sungut Himchan seraya mengangkat bekas lauk-pauk yang tak habis dijual dari  gerai tadi. Youngjae, Jongup dan Zelo turut menghulurkan bantuan manakala Daehyun sudah mendahului mereka semua masuk ke dalam rumah untuk bersiap sedia berbuka puasa. Ada lagi 30 minit sebelum azan maghrib berkumandang jadi Daehyun kena bersiap siaga menyediakan juadah berbuka.

Yongguk?

Khabarnya dia sudah hilang dari radar sejak beberapa jam yang lalu. Ke mana? Hanya TUHAN yang tahu.

“Bukan rezeki kita hari ni kot. Sabarlah semua.” seperti biasa, aura positif  disebarkan Youngjae kepada rakan-rakan seperjuangannya ini. Mereka mengangguk-angguk lemah tanda setuju dengan kata-kata Pak Ustaz itu.

“Lauk dengan kuih yang tak habis ni, korang bungkus lepas tu kita bawak pergi masjid je la. Sedekah. Lepas terawih ni mesti ramai nak makan kan?” Himchan bersuara lagi. Nada suaranya kedengaran tak bersemangat berbanding hari-hari yang lain.

“Okay la kalau macam tu.” Jongup membalas sambil meneruskan kerja mengemas barang-barang jualan. Youngjae ikut mengangguk. Malas nak cakap banyak memandangkan waktu berbuka pun dah nak dekat.

Suasana menjadi hening sehening senja nan menjingga. Oceh !

Tapi keheningan itu tak lama bila mana kedengaran enjin motosikal seseorang menghampiri kawasan rumah mereka.

 

Breng ! Breng ! Breng !

Serentak, semua mata mengalihkan pandangan.

Kelihatan Rap Monster a.k.a RM, ketua kumpulan Budak Tak Sekolah (BTS) yang sedang menunggang motosikal masuk ke perkarangan rumah. Di belakang R.M, seseorang sedang membonceng.

“Woi, R.M ! Dari mana ni?” soal Zelo menyapa pemuda yang memakai bucket hat di kepala itu. R.M memang selalu bergaya macam tu, hampir setiap hari dia akan pakai bucket hat dan boot ala-ala ‘Pua Chu Kang’ memandangkan dia seorang petani muda yang sibuk berkebun.

“Aku dari kebun pisang aku la. Masa tengah menebas lalang tadi, aku nampak kawan korang ni. Dia tengah menangis sambil peluk pokok pisang aku. Aku ingatkan gajah  nak merosakkan pisang aku tapi rupanya, mamat brutal ni. Jadi, aku bawak la dia balik rumah.” cerita R.M bersungguh. Jarinya dituding ke arah si kawan yang sedang menangis di belakangnya. Habis basah t-shirt R.M dek air mata jantan lelaki itu.

“Brutal ! Kau dah kenapa?” Himchan tanpa berlengah menarik Yongguk turun dari motosikal R.M. Yang lain hanya memandang dengan reaksi yang sukar ditafsirkan. R.M yang clueless memandangkan tak tahu pokok pangkal cerita sekadar mengerutkan dahinya.

“Masuk Brutal ! Kau ni dah teruk dah ni.”Himchan menarik Yongguk masuk ke dalam rumah. Rakannya itu hanya diam dan merelakan saja perbuatan Himchan yang mengheretnya seperti mengheret guni baja.

“Aku rasa Bang Brutal tu kena sampuk dek setan la.” R.M membuat kesimpulan sendiri dengan muka yang penuh confident. Namun, Youngjae segera mencebik dan menggeleng.

“Mana ada setan di bulan Ramadhan sebegini. Mengarut.”

“Alah, Brutal tu frust menonggeng sebab Milah Janda kesayangan dia dah tak janda lagi, tu je. Sebab tu dia pergi membawa diri menangis sorang-sorang.” Zelo bercerita benda sebenar membuatkan mata R.M membulat. Tak sangka Yongguk yang Brutal tu boleh frust menonggeng jugak.

“Haah. Tak sangka pulak dia merajuk sampai ke kebun pisang kau.” Jongup menambah.

Serentak mereka berempat menggeleng-gelengkan kepala tanda speechless dengan apa yang terjadi.

“Macam-macam hal lah.” getus R.M sebelum berangkat pulang ke rumahnya. Waktu berbuka dan nak dekat. Kalau dia balik lambat, nanti Jin di rumah mesti membebel panjang.

 

 

“Sudah-sudah la tu Brutal. Menyampah pulak aku tengok muka sedih kau tu.” bebel Himchan sambil mengenakan butang baju Melayu nya. Mereka berenam sedang bersiap-siap untuk ke masjid bersolat terawih.

Youngjae menyiku lengan Himchan.

“Kau ni Diva. Sensitif la sikit. Kawan tengah broken heart tu.” tegur Youngjae dan dibalas dengan cebikan oleh Himchan.

“Ala Brutal, jangan la sedih. Meh sini, aku nyanyi sikit untuk menghiburkan kau.” Daehyun yang baru keluar dari dapur mendekati Yongguk sambil membetulkan lipatan kain pelekat yang dipakainya. Dia duduk di hadapan Yongguk yang sedang bermuram durja di atas sofa.

Himchan, Youngjae, Jongup dan Zelo mula menantikan tindakan Daehyun dengan perasaan yang bercampur baur. Rasa macam tak sedap hati tapi masing-masing malas nak halang.

“Ok dengar nyanyian aku ni. Mesti kau akan happy semula.” Daehyun membetulkan tekaknya seketika sebelum menarik nafas panjang.

 

*

Dan tak !!!!!

Seharusnya aku….

Bertemu diri mu di dunia ini….

Dan kau membuang diri ku…

Sesuka hati mu…

Dan memilih dia~~

 

Yongguk jeling tajam ke arah Daehyun. Jelingan membunuh yang membuatkan Daehyun terus berhenti melalak.

“Oh, kau tak suka lagu Sopian Sohemi eh? Ok..Ok…aku tukar lagu lain.”

Daehyun masih belum mengalah.

 

**

Sayangggg!!!!!

Puas ku mencuba,

Mencari mu di serata dunia

Namun kau di mana!!!!

SAYANGGG!!!!!

 

Sekali lagi Yongguk merenung tajam ke arah Daehyun dengan pandangan bengang. Daehyun terus menutup mulutnya dan tayang sengih kerang busuk.

“Ok..Ok. Last ! Aku nyanyi lagu rancak sikit.”

Yongguk diam dan hanya memerhati Daehyun. Nak tengok apa lagi yang mamat sewel ni nak buat. Yang lain pun sama. Diam dan jadi penonton tak berbayar. Tak salah nak menghiburkan si Brutal ni tapi masalahnya dah kenapa semua lagu yang dia nyanyi macam nak perli mamat tu? Mana tak berasap telinga member?

 

***

Oh Kak Milah, cinta hatiku.

Oh Kak Milah, I say I love you.

Oh Kak Milah, Tolonglah aku

Terima ku jadi kekasih mu~

 

“Kau dah kenapa ha Boroi ! Nak makan flying kick aku ke  hah?” tanpa dijangka, Yongguk bangkit dan bersuara buat kali pertama sejak beberapa jam yang lalu. Di tangannya, sebiji labu sayung kesayangan Himchan dipegang erat lantas dihayunkan ke arah Daehyun namun pemuda itu sempat mengelak. Entah bila masa dia capai labu sayung Him

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Jelly_Warrior
2021 ! Ada yang throwback baca cerita ni ke? 😂

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Chapter 12: 2020 yang completenya cerita ni, 2021 baru saya baca.. Ya Ampunnnn~ Rasa macam raya bulan Januari ಥ‿ಥ terima kasih author-nim kerana menceriakan hari-hari saya yang kelam lagikan suram. Anda adalah penyuluh mata saya. Ehh ° ͜ʖ ͡ – ✧
Wonsik_Sai
#2
Chapter 12: 2020 yang completenya cerita ni, 2021 baru saya baca.. Ya Ampunnnn~ Rasa macam raya bulan Januari ಥ‿ಥ terima kasih author-nim kerana menceriakan hari-hari saya yang kelam lagikan suram. Anda adalah penyuluh mata saya. Ehh ° ͜ʖ ͡ – ✧
EfyyExo
#3
Chapter 12: tamat juga akhirnyaaa.. sobs..sobs. sedihhh T.T brtahun-tahun tak login aff , rupanya authornim dh habiskan ff ni. papepun , thankyou sbb berjaya tamatkan wlaupun ambil masa yg lama. sy hrp akan ada lagi ff b.a.p yg mcm ni wlaupun dorg dh disbanded😭😭
LovelyIna
#4
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
Shadow_warriorangel #5
Chapter 12: Alhamdulillah seronok dapat baca ending cerita ni... Finally nama baik dua ekor sotong raver tu dh dibersihkan xD btw.. selamat hari raya authornim.. saya minta maaf kalau ada komen yang menyinggung hati dan perasaan authornim... But srs.. saya die hard fans authornim (ง •̀ω•́)ง✧
mpreggoland
#6
Chapter 11: wahhhhhh!!!!!! dah lama tunggu!!!!!
terbaik ah! jht jongup XD
boleh imagine dh apa yg akan jadi XD
terhibur sgt2 nih! thanks! :D
Shadow_warriorangel #7
Chapter 11: Tak sangka begitu sekali plan Jamhari Jongup untuk balas dendam xD saya suka gila cara authornim plan citer ni and tetibe plot twist gini xD
Chaeinch #8
Chapter 10: Sebenarnya saya nak baca balik semua cerita dari authornim sbb semua cerita authornim ni best2 tapi tak sangka authornim update tahun ni hahahaha terbaik authornim tak sabarnya nak baca chapter baru
Shadow_warriorangel #9
Chapter 10: Rindunya T.T welcome back authornim T.T