Oh My Business !

Best. Absolute. Puasa [B.A.P] Kembali !
Please Subscribe to read the full chapter

 

Oh My Business !

 

Bagaimana kau merasa bangga

Akan dunia yang sementara

Bagaimanakah bila semua

Hilang dan pergi

Meninggalkan dirimu

 

“Zulkarnain Zelo Zamrudin Zakaria…masa kau sudah tiba.”

 

Bila waktu telah memanggil,

Teman sejati hanyalah amal

Bila waktu telah terhenti

Teman sejati tinggallah sepi…

 

Sayup-sayup, telinga menangkap bait lagu keinsafan yang selalu dia dengar dalam rancangan Halaqah yang sering ditonton Ustaz Youngjae selepas bersahur.

 

“Masanya sudah tiba…Sesungguhnya ini benar.”

 

Suara garau lagi parau seseorang mencelah disebalik nyanyian lagu itu. Zelo memandang ke arah sekelilingnya. Gelap dan suram. Di mana kah dia? Adakah dia sudah…

 

“Jangan-jangan aku dah mati?” getus hatinya sendiri. Serta-merta jantung berdegup laju. Peluh renek mula memercik membasahi dahi.

 

Terus dia teringat kemalangan yang menimpa dia dan Wonwoo sewaktu mereka berlumba tadi. Disebabkan nak mengelak dari terlanggar taik lembu di tengah jalan, dia terbabas jatuh ke dalam parit. Wonwoo pulak, angkara sibuk gelakkan Zelo yang dah ‘terjun’ parit, dia kemudian terlanggar lubang dan tergolek  jatuh dari motosikal.

Kalau ingat balik, dia betul-betul menyesal sebab berlumba tadi. Kerana berlumba, dia akhirnya di sini. Ketakutan dan bersendirian. Insaf !

 

“Tidak ! Aku belum bersedia nak mati ! Tidak !!!!!”

 

“TIDAKKKK!!!!!”

 

“Omakkau Vida !”

 

Tersentak Himchan yang sedang sedap tidur di atas kerusi berhampiran. Yongguk juga apa kurangnya. Sempat dia melatah kecil dek kerana jeritan budak bertuah yang terbaring atas katil hospital itu.

Youngjae menggeleng perlahan dan menghulurkan dulang ubat ke arah Zelo.

“Sudah tiba masanya…bangkitlah makan ubat ni.” Zelo mengerling Youngjae sekilas. Rupanya, inilah suara yang dia dengar dalam tidurnya tadi. Fuh ! Ingatkan suara dari kubur. Rupa-rupanya, suara pemilik si penggali kubur ni ha !

Di sebelah Youngjae, Daehyun sedang bernasyid sambil diiringi muzik acapella dari Jongup di belakang. Lagu keinsafan yang Zelo dengar dalam lena tadi rupanya datang dari dua makhluk acah-acah seniman itu. Masalahnya, dah kenapa bernasyid tepi telinga dia? Dah la lagu macam nak perli dia. Sentap dibuatnya !

“Fuh ! Aku ingat aku dah nak mati tadi.” getus Zelo seraya mengurut dadanya. Dia pandang ke arah sekeliling dan mula mengimbas kembali kemalangan yang menimpa dia sebentar tadi. Diiringi bunyi meriam buluh dan mercun katak, dia ‘terbang’ dari motosikal dan ‘terjun’ ala-ala penerjun negara, Pandalela Rinong ke dalam parit.

 

GEDEBUSH !

 

Seterusnya? Entah. Dia dah tak ingat. Sedar-sedar, dia dah ada kat hospital.

 

“Kau tak mati sekarang, kau mati nanti.” Youngjae menyampuk separa berbisik sambil bibir dijuihkan ke arah Yongguk yang sedang merenung Zelo seakan-akan harimau lapar menunggu waktu berbuka puasa.

 

Terus Zelo menelan air liur yang tiba-tiba rasa kelat. Lupa pulak dengan bapak harimau a.k.a Brutal ni. Sah ! Mesti mamat Brutal ni tengah panas hati dengan dia. Kawan dah la baru broken heart, dia pulak buat perangai. Konfem Yongguk membara ! Otak yang blur terus berputar ligat mencari akal untuk menenangkan Yongguk yang dah tunjuk ura-ura untuk jadi The Hulk tak lama lagi.

 

 “Aduhh ! Kepala aku sakit ! Siapa korang? Siapa aku? Aku kat mana ni?”

Idea dah muncul dalam kepala otak geliga si Panjang. Dia kena buat-buat hilang ingatan supaya abang-abangnya itu tak akan marahkan dia dan jadi kesian dengan dia. Tanpa berlengah, lakonan dimulakan.

Daehyun, Youngjae dan Jongup terpinga-pinga. Sinetron apakah yang sedang ditonton ini? Biar betul la budak Panjang ni hilang ingatan?

Tanpa sedar, Jongup sudah mengalirkan air mata pilu mengenangkan nasib kawan baiknya itu.

“Sobs, lepas ni sapa yang nak teman aku pergi perjumpaan Raver kalau Panjang dah hilang ingatan? Mesti dia dah tak nak kawan dengan aku. Mesti ingatan dia kepada geng Raver dah hilang dan dia akan beralih arah kepada geng Hipster. Tidakkkk…” bisik hati kecil Jongup yang kepiluan. Hati jantannya begitu terusik melihat keadaan kawan baik merangkap sahabat sehidup sematinya yang terlantar di hospital begitu.

Riak muka marah Yongguk berubah. Dahinya berkerut dan dia memandang Himchan yang sedang mengesat air liur basi dengan mata yang berkelip-kelip. Mereka berdua saling berpandangan seakan sedang bertukar-tukar mesej rahsia sebelum akhirnya Himchan bangun dari kerusi dan mendekati Zelo.

“Jangan risau anak muda. Kau tak apa-apa.” bahu Zelo diusap lembut. Yongguk yang mendengar mengangguk-angguk laju.

“Kau tak ingat kau sapa kan? Tak apa la. Meh sini aku ingatkan kau balik.” Yongguk bersuara sambil tersenyum manis ke arah Zelo.

Zelo masih meneruskan lakonannya. Nampak macam berjaya. Dia tak pernah tengok si Yongguk Brutal ni lemah lembut macam tu depan dia dan rasanya ini kali pertama. Selalunya, mamat Brutal ni layan dia macam layan cicak kobeng je. Ini la first time dapat layanan mesra dari Bang Brutal.

“Tolonglah bang. Saya perlukan bimbingan dari abang-abang semua ni untuk pulihkan ingatan saya.” dengan penuh sayu dan sadisnya, Zelo bersuara bagi meraih simpati. Siap menangis ala-ala drama lagi. Dapat dilihat sikap munafiknya di situ. Opps !

“Sruttt….” Jongup semakin sebak melihat keadaan Zelo yang sungguh sadis itu. Dia berundur beberapa langkah ke belakang dan menyeka air mata serta hingus yang membasahi pipi. Walaupun sado, tapi hatinya lembut seperti kek moist buatan author fanfic ini. Ok no !

 

“Kalau kau nak tahu, kami pun tak kenal kau. Kami jumpa kau dalam parit pastu kami kutip kau bawak datang sini.” Himchan mencelah setelah sekian lama drama sebabak fake itu dimainkan.

Mata Zelo membulat. Aik? Si Diva Himchan ni dah tau tembelang dia ke?

“Betul tu. Kami rasa kau ni warga asing yang tak beridentiti la. Sebab tu kau tak ingat nama kau apa semua. Kesian kau.” giliran Yongguk mengenakan Zelo. Hilang ingatan konon ! Pigidah ! Satu-satunya benda yang hilang sekarang ni hanyalah kesabaran Yongguk terhadap adik paling muda tu. Tak habis-habis buat hal !

“Apa yang abang-abang merepek ni? Serius la? Kasihanilah saya…” Zelo masih belum berhenti dengan lakonan yang nampak fake dan fail itu.

“Serius. Ada nampak macam kami tengah bercanda di taman firdausi ke ha? Ok la budak unknown, tugas kami berlima hantar kau kat hospital ni dah selesai. Apa-apa hal, kau settle la sendiri.” Himchan membalas seraya diflipkan rambutnya ke arah Zelo. Dia sempat jeling ke arah Daehyun, Youngjae dan Jongup sambil buat isyarat - korang diam dan tengok je.

Maka, Daehyun, Youngjae dan Jongup menurut dan hanya mengangguk berkali-kali seperti terkenan Woody Woodpecker tatkala Zelo memandang mereka untuk meminta penjelasan. Kali ni, budak bertuah tu memang kena deal sendiri kesilapan yang dia buat. Itu antara dia dan dua orang member tertua antara mereka. Kalau dah Yongguk si Brutal joint venture dengan Himchan si Diva, memang havoc la diorang kenakan budak tu. Tak dapat den nak menolong.

“Beraya la kau kat sini. Selagi mana tak ada yang claim kau ni keluarga atau kenalan diorang, kau duduk la sini sorang-sorang ya. Silap hari bulan, hospital hantar kau ke rumah kebajikan terus.” Yongguk menambah sambil berura-ura untuk pergi meninggalkan Zelo yang terpinga-pinga.

“Dah jom kita balik. Dah nak dekat pukul empat pagi dah ni. Sebab budak unknown ni, kita kena stay up sampai pagi. Jom la kita blah dari sini. Sahur dekat mamak pun okay jugak. Melantak nasi kandar sedap ni.” Himchan sengaja nak menduga iman Zelo yang sedia maklum cepat goyah tu.

“Nasi kandar? Aku on !” Daehyun menyampuk bersemangat. Bab makan memang dia sentiasa ON !

Mereka berlima masing-masing bergerak untuk meninggalkan Zelo sendirian di dalam wad. Pemuda yang terlantar di atas katil itu mula gelisah.

Setapak, dua tapak dia ditinggalkan. Akhirnya, Zelo mengalah.

 

“Weh, korang ! Agak-agak la nak tinggalkan aku. Sapa yang nak tolong uruskan aku kat sini? Aku nak jalan pun tak boleh ni. Kalau aku nak pegi tandas macam mana? Takkan aku kena mengesot?” sungut Zelo membuatkan Yongguk dan Himchan tergelak jahat.

Serentak, mereka berlima menoleh semula ke arah Zelo dan gelak mengejek.

 

“Padan muka kau ! Sapa suruh pergi merempit?”

 

“Hilang ingatan konon ! Haktuihhh!!!”

 

Huuuuuu~~~Waaaaaaa

 

Tiba-tiba, suara tangisan seseorang kedengaran sayup-sayup dari dalam wad yang sama. Keriuhan mereka berenam tadi mula berubah menjadi sehening bilik mayat.

“Walaweh, makhluk halus apa pulak yang menganggu cucu cicit adam n

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Jelly_Warrior
2021 ! Ada yang throwback baca cerita ni ke? 😂

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Chapter 12: 2020 yang completenya cerita ni, 2021 baru saya baca.. Ya Ampunnnn~ Rasa macam raya bulan Januari ಥ‿ಥ terima kasih author-nim kerana menceriakan hari-hari saya yang kelam lagikan suram. Anda adalah penyuluh mata saya. Ehh ° ͜ʖ ͡ – ✧
Wonsik_Sai
#2
Chapter 12: 2020 yang completenya cerita ni, 2021 baru saya baca.. Ya Ampunnnn~ Rasa macam raya bulan Januari ಥ‿ಥ terima kasih author-nim kerana menceriakan hari-hari saya yang kelam lagikan suram. Anda adalah penyuluh mata saya. Ehh ° ͜ʖ ͡ – ✧
EfyyExo
#3
Chapter 12: tamat juga akhirnyaaa.. sobs..sobs. sedihhh T.T brtahun-tahun tak login aff , rupanya authornim dh habiskan ff ni. papepun , thankyou sbb berjaya tamatkan wlaupun ambil masa yg lama. sy hrp akan ada lagi ff b.a.p yg mcm ni wlaupun dorg dh disbanded😭😭
LovelyIna
#4
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
Shadow_warriorangel #5
Chapter 12: Alhamdulillah seronok dapat baca ending cerita ni... Finally nama baik dua ekor sotong raver tu dh dibersihkan xD btw.. selamat hari raya authornim.. saya minta maaf kalau ada komen yang menyinggung hati dan perasaan authornim... But srs.. saya die hard fans authornim (ง •̀ω•́)ง✧
mpreggoland
#6
Chapter 11: wahhhhhh!!!!!! dah lama tunggu!!!!!
terbaik ah! jht jongup XD
boleh imagine dh apa yg akan jadi XD
terhibur sgt2 nih! thanks! :D
Shadow_warriorangel #7
Chapter 11: Tak sangka begitu sekali plan Jamhari Jongup untuk balas dendam xD saya suka gila cara authornim plan citer ni and tetibe plot twist gini xD
Chaeinch #8
Chapter 10: Sebenarnya saya nak baca balik semua cerita dari authornim sbb semua cerita authornim ni best2 tapi tak sangka authornim update tahun ni hahahaha terbaik authornim tak sabarnya nak baca chapter baru
Shadow_warriorangel #9
Chapter 10: Rindunya T.T welcome back authornim T.T