Rajuk Merajuk

Best. Absolute. Puasa [B.A.P] Kembali !
Please Subscribe to read the full chapter

 

Rajuk Merajuk

 

Sayuuu….
Hati ini makin sayuuuuu…
Rinduu…
Terkenangkan desa permai…
Wajah ayah bonda…
Bermain di mata…

 

Jongup termenung jauh mengenangkan kampung halamannya nun jauh di utara. Mendengarkan lagu Tok Ti yang berkumandang syahdu dari corong speaker  membuatkan hati Jongup meronta-ronta ingin pulang ke kampung. Terbayang-bayang pekan Kuala Kangsar yang jauh di mata tapi dekat di hati itu. Suasana yang nyaman di pekan kecil yang menjadi port lepak sambil melantak laksa dengan milo kepal tiba-tiba dirindui oleh pemuda malang itu.


“Sobs…”


Air mata jantan kononnya nak menitis di hujung mata bila dia mula fefeeling sendu sambil dengar lagu raya nyanyian penyanyi nombor satu Malaysia itu. Langit biru dipandang kosong sambil dia menongkat dagu di ruang tingkap biliknya.

 

“Tahun ni kau tak boleh ikut kami semua balik beraya di kampung ! Kau tinggal sini sorang-sorang !”

 

Mengenangkan kata-kata Yongguk beberapa hari yang lalu membuatkan pemuda itu semakin bersedih. Nasib dia umpama jatuh ditimpa tangga. Dihukum atas kesalahan yang dia langsung tak buat ! Bersungguh-sungguh dia pertahankan diri tapi tak ada satu member pun yang percaya. Haihlah nasib badan…


“Woi Kecik !”


Tersentak Jongup dibuatnya bila tiba-tiba ada orang menyergah. Hilang terus lamunan dia tadi. Dia menoleh dan susuk tubuh Daehyun yang bersandar sambil peluk tubuh di bingkai pintu kelihatan.


“Kemain tangkap leleh lagi kau. Panas-panas macam ni boleh pulak kau layan perasaan.” Daehyun berkata sambil tersengih mengejek. Dari tadi dia perati budak Kecik ni. Sejak peristiwa kena tangkap dengan Jabatan Agama Islam hari tu, orangnya dah  jadi pendiam. Tanya sepatah jawab sepatah. Tanya dua patah, jawab setengah patah. Kalau tanya tiga patah, Ah ! Baik tak payah tanya…buat patah hati je ! Konon nak tunjuk protes dekat semua orang. Merajuk la konon.


Jongup buat tak layan. Dia berpaling semula ke luar tingkap dan sambung termenung.


“Patut la Haji Deris depan rumah ni bising-bising cakap ada orang dalam rumah ni skodeng bilik anak dara dia. Kau rupanya.” Daehyun berkata lagi walaupun dia tahu yang dia takkan dilayan oleh mamat Kecik tu. 


“Aku jugak…yang buruk-buruk semuanya aku.Ye la..aku kan budak jahat. Tak puasa, meraver…” balas Jongup dengan nada suara yang bengang. Daehyun telan air liur sendiri. Aik? Koyak pulak mamat ni.


“Iye lah…tiga empat hari ni, aku perati kau asyik termenung je kat tingkap ni…kau tengok apa? Asal termenung je, mesti kat tingkap ni. Asal kat tingkap ni je, mesti termenung. Udah ler tingkap ni memang direct nampak bilik anak Haji Deris tu, mana tak salah faham jadinya.” Bebel Daehyun kepada Jongup yang masih diam membatu. Rasa bersalah pulak cakap macam tu dekat Jongup. Dah sentap dah mamat tu jadinya. Terpaksa cover balik.


“Lantak la. Memang semua orang suka salah faham dengan aku pun.” Sekali lagi kata-kata Daehyun dibalas dengan jawapan acah-acah koyak dari Jongup. Cakap pun dengan nada yang mendatar, mata terus melekat pandang langit. Entah ada apa kat langit tu, Daehyun pun tak tau. Langsung dia tak pandang muka Daehyun yang kacak serta manis bak gula ni. (sila muntah berjemaah)


Suasana menjadi diam ala-ala di dalam dewan peperiksaan SPM Kertas 2 Matematik Tambahan. Daehyun garu hujung dagu untuk beberapa ketika sebelum melepaskan keluhan sendiri. Cakap dengan si Kecik ni macam dah tak ada function. Orang nak cuba hiburkan hati dia tapi nampak macam member masih sentap. 


“Blah la. Daripada cakap dengan Kecik ni, baik aku cakap dengan peti ais.” Bisik hati Daehyun sambil dia membuka langkah meninggalkan Jongup dengan dunianya sendiri.

 


“Weh Ustaz, ada pertandingan termenung ke kat tepi longkang tu?” Joshua yang sedang menyapu daun-daun kering di hadapan gerai jualannya menyoal Youngjae. Sejurus selepas mendengar pertanyaan pemuda itu, Youngjae yang awalnya sibuk mengemas bekas-bekas makanan yang sudah habis terjual menoleh ke arah tiga pemuda yang duduk berderet di tepi longkang sambil menongkat dagu. 


Yongguk, Himchan dan Zelo masing-masing hanyut dalam lamunan sendiri di tepi longkang berhampiran gerai jualan mereka. Gaya duduk mereka seragam. Menongkat dagu dengan sebelah kaki yang terangkat manakala sebelah lagi terlunjur. Serentak, mereka bertiga mengeluh membuatkan Youngjae yang memerhati dari jauh menggelengkan kepala.


“Kalau kau nak tau, yang sorang tu termenung mengenangkan cinta dia yang tak kesampaian.”cerita Youngjae sambil jari dituding ke arah Yongguk. Tak tau la sampai bila mamat Brutal tu nak teringatkan si Milah Janda yang sudah tak janda lagi tu. Dasar tak move on !


“Sorang lagi sebab baru keluar hospital dan motor kesayangan dia dah barai.” Kali ni jari beralih ke arah Zelo. Mamat tu memang tiap kali bulan puasa akan menginap di hospital. Tahun lepas sebab demam denggi, tahun sebelum tu sebab kena meriam buluh dan tahun ni? Eksiden pulak. Tiap-tiap tahun la gamaknya nak merasa puasa kat hospital. Tahun depan mungkin masuk hospital sebab bersalin pulak kot. Ok tak !


“Yang si Diva tu pulak…aku pun tak pasti. Nak kata bisnes dia tak laku, aku rasa macam tak. Orang dari tadi datang tak henti-henti sejak geng Eksoz punya restoran tu kena tutup. Yang layan pelanggan berduyun ni aku jugak. Mungkin dia termenung sebab tu hobi dia kut.” Omel Youngjae kepada Joshua yang setia mendengar. 


“Minggu depan dah nak raya. Apa lagi yang susah hatinya.” Komen Joshua sebelum ikut menggeleng bersama Youngjae.


“Itu la tu. Doakan yang baik-baik je la.” Sahut Youngjae dengan nada yang pasrah. Pasrah bukan apa, disebabkan mamat bertiga tu sibuk termenung, maka terpaksalah dia sorang saja yang handle gerai dari tadi. Dia la yang layan pelanggan, dia la yang bungkus lauk, dia la yang kira duit dan dia jugak yang mengemas. Adoyai ! Si Daehyun Boroi pun satu hal. Time-time macam ni la dia ada majlis berbuka dengan ahli Kelab Menjahit Taman Seri Berseri-Seri. Sejak bila dia join kelab menjahit pulak?


“Pelik betul aku, minggu lepas join bukak puasa dengan Kelab Tarian Taman Seri Berseri-Seri. Sebelum tu, bukak puasa dengan Kelab Mengumpul Setem jugak. Aik? Berapa banyak kelab yang si Boroi tu join?” soal Youngjae sendirian tanpa mengetahui muslihat Daehyun yang sebenarnya menyamar jadi ahli bagi setiap kelab yang ada di taman perumahan mereka semata-mata untuk join majlis berbuka puasa. Bab makanan, si Boroi Daehyun sanggup lakukan apa saja ! Hahahaha !

 

 

Malam sesudah solat terawih di masjid, Zelo bergegas menuju ke belakang rumah untuk membuat sesuatu.


“Justin Bieber ! Fulamak ! Rindu teruk kat kau. Nasib baik kau tak mati sepanjang aku duduk kat hospital hari tu.”


Dengan penuh teruja, Zelo mengangkat kura-kura kesayangannya dari dalam akuarium dan mula bercakap sendiri. Cengkerang kura-kura yang dinamakan Justin Bieber itu diusap-usap penuh kasih sayang. Acewah ! Mulut dia tak henti-henti bercakap dengan Justin Bieber seakan-akan kura-kura itu faham apa yang dia bebelkan. Kalaulah kura-kura tu boleh bercakap, mungkin dia pun malas nak layan Zelo.


Sedang dia sibuk ‘berbual’, kelibat seseorang yang keluar dari pintu belakang rumah sebelah membuatkan dia menoleh. Dalam diam, dia perhatikan seseorang itu. Orang yang diperhatikan itu sedang duduk mencangkung sambil menyedut sesuatu dengan penuh nikmat.


“Woih Wonton ! Kau buat apa tu? Hidu gam ke apa?” jerkah Zelo sehingga membuatkan jirannya yang mencangkung itu terduduk di lantai. Terbeliak bijik mata si Wonwoo bila disergah sebegitu.


“Hidu gam apanya ? Ni ha…aku tengah sedut cendol. Kau dah kenapa? Cendol pun dah tak reti nak cam? Ntah-ntah kau yang tengah mabuk ketum.” Balas Wonwoo membuatkan Zelo mencebik.


“Hekeleh! Orang gurau je pun. Itu pun nak triggered.” Gumam Zelo perlahan namun dapat didengari oleh Wonwoo yang menjelingnya tajam. Mamat Wonton ni, sejak Kawasaki Ninjanya dah tak ada, emosi boleh tahan sensitif. Nak marah-marah je kerja. 


Untuk beberapa saat mereka diam dan buat hal masing-masing.


“Hoi Wonton.” Zelo menyeru semula Wonwoo yang sedang pekena cendol sendirian di belakang rumahnya itu. Bukan main dia melahap cendol. Langsung tak dipelawa Zelo yang agak terliur.


“Mende?” pendek dan mendatar, Wonwoo menyahut. Sibuk je la mamat panjang ni. Orang nak melantak cendol pun tak senang.


"Pertarungan antara kita masih belum selesai." Zelo ber suara sambal dia merenung tajam ke arah Wonwoo.


"Apa maksud kau?" dahi Wonwoo berkerut seribu.


"Demi menjaga nama baik keluarga dan negara serta nama baik taman perumahan ni, aku nak kita fight balik !" jawab Zelo serius.


"Fight apa?" Wonwoo mengalihkan badannya dan memandang ke arah Zelo dengan muka yang pelik. Dia garu-garu belakang telinga sambil tenung Zelo.


“Alah kau ni, aritu kan race moto kita terbantut. Sekarang ni, kita masih tak dapat nak tentukan, antara kau dengan aku, sapa lagi hebat.” Sungut Zelo sambil memasukkan semula Justin Bieber ke dalam akuarium. 


Wonwoo mengangguk-angguk tanda dah faham dengan kata-kata Zelo.


“Kiranya…objektif kita masih tak tercapai la kan?”  tambah Wonwo

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Jelly_Warrior
2021 ! Ada yang throwback baca cerita ni ke? 😂

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Chapter 12: 2020 yang completenya cerita ni, 2021 baru saya baca.. Ya Ampunnnn~ Rasa macam raya bulan Januari ಥ‿ಥ terima kasih author-nim kerana menceriakan hari-hari saya yang kelam lagikan suram. Anda adalah penyuluh mata saya. Ehh ° ͜ʖ ͡ – ✧
Wonsik_Sai
#2
Chapter 12: 2020 yang completenya cerita ni, 2021 baru saya baca.. Ya Ampunnnn~ Rasa macam raya bulan Januari ಥ‿ಥ terima kasih author-nim kerana menceriakan hari-hari saya yang kelam lagikan suram. Anda adalah penyuluh mata saya. Ehh ° ͜ʖ ͡ – ✧
EfyyExo
#3
Chapter 12: tamat juga akhirnyaaa.. sobs..sobs. sedihhh T.T brtahun-tahun tak login aff , rupanya authornim dh habiskan ff ni. papepun , thankyou sbb berjaya tamatkan wlaupun ambil masa yg lama. sy hrp akan ada lagi ff b.a.p yg mcm ni wlaupun dorg dh disbanded😭😭
LovelyIna
#4
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
Shadow_warriorangel #5
Chapter 12: Alhamdulillah seronok dapat baca ending cerita ni... Finally nama baik dua ekor sotong raver tu dh dibersihkan xD btw.. selamat hari raya authornim.. saya minta maaf kalau ada komen yang menyinggung hati dan perasaan authornim... But srs.. saya die hard fans authornim (ง •̀ω•́)ง✧
mpreggoland
#6
Chapter 11: wahhhhhh!!!!!! dah lama tunggu!!!!!
terbaik ah! jht jongup XD
boleh imagine dh apa yg akan jadi XD
terhibur sgt2 nih! thanks! :D
Shadow_warriorangel #7
Chapter 11: Tak sangka begitu sekali plan Jamhari Jongup untuk balas dendam xD saya suka gila cara authornim plan citer ni and tetibe plot twist gini xD
Chaeinch #8
Chapter 10: Sebenarnya saya nak baca balik semua cerita dari authornim sbb semua cerita authornim ni best2 tapi tak sangka authornim update tahun ni hahahaha terbaik authornim tak sabarnya nak baca chapter baru
Shadow_warriorangel #9
Chapter 10: Rindunya T.T welcome back authornim T.T