Balik Kampung Ke Kita?

Best. Absolute. Puasa [B.A.P] Kembali !
Please Subscribe to read the full chapter

Balik Kampung Ke Kita?

 

Berlalu la sudah ramadhan,
Sebulan berpuasa…
Tiba syawal kita rayakan
Dengan rasa gembira

Acewah !

Beberapa hari lagi, hari raya bakal menjelma. Di halaman sebuah rumah teres yang kecil tapi kecoh di Taman Seri Berseri-Seri, seorang pemuda sedang menyiram pokok bunga dengan riang sambil menyanyi.


“Woah, Bro Diva ! You look so happy today.” jiran sebelah rumah bernama Vernon yang sibuk mencuci van di luar menegur. Bertungkus lumus budak tu mengerah keringat mencuci van cabuk milik ketua mereka si Scoups itu. 


Himchan tersentak lantas menoleh. Pemuda bernama Vernon itu ditenung lama. Apa kebenda fesyen budak ni? Duduk rumah pun pakai cermin mata gelap ala-ala nak ke pantai. Himchan naik keliru, dia ni pakai cermin mata ke pakai google yang orang guna masa menyelam tu? Dah la warna merah. Macam alien dah tengoknya.


“Happy la off course. Sofa yang I order kat CJ WOWSHOP tu dah on the way ! Akhirnya tercapai jugak cita-cita I nak beli sofa baru tu.” Cerita Himchan penuh riak. Setelah berhempas pulas berniaga sepanjang bulan ramadhan ni, akhirnya hasrat Himchan nak beli sofa baru tercapai jugak. Berkat bisnes yang maju dan kecekalan dia serta rakan-rakan mengharungi cabaran sebagai usahawan muda, akhirnya mereka berjaya.


Tak berapa lama lepas Himchan meriak dekat Vernon, ada sebuah lori yang muncul membuatkan mamat Diva itu menggeletik suka. Langsung dia campak getah paip di tangan dan berlari-lari menuju ke arah lori CJ WOWSHOP tersebut.


“Finally ! Sofa kiteww dah sampai uollsss !” jerit Himchan supaya semua orang di dalam taman perumahan itu dengar. 

 


“Udah-udah ler tu Diva. Dari tadi belek sofa tu. Bukannya boleh bertukar kaler pun. Sama jugak.” Yongguk menegur Himchan yang sejak dari tadi lagi asyik membelek sofa baru yang dibelinya dari CJ WOWSHOP. Sejak sofa tu sampai, senyuman langsung tak lekang di bibirnya. Gembira bukan main. Sampai berbuka puasa pun, dia makan tepi sofa tu. Parah bebenor.


“Tak sabarnye aku nak ajak kawan-kawan aku datang beraya rumah kita nanti. Boleh la aku tayang sofa baru aku ni.” Himchan mula berangan-angan sendiri.


“Pelik betul la Mat Diva ni. Malas aku nak layan. Sudah la, jom terawih. Malam ni dah malam last terawih dekat sini tau tak? Esok kita dah nak balik kampung.” Youngjae muncul sambil memakai kopiah dan bergegas menuju ke pintu.


Mendengarkan perkataan ‘balik kampung’ dari mulut Youngjae, Jongup yang kebetulan ada di situ berubah riak. Sampai sekarang baik Yongguk mahupun Himchan langsung tak bertolak ansur dengan dia. Hukuman Jongup untuk tak balik kampung raya tahun ni tetap dijalankan. Muktamad walaupun dah banyak kali member lain pujuk.


“Dah la Kecik. Jom la pergi masjid.” Zelo yang perasan akan riak muka Jongup cuba mengalihkan perhatian kawannya itu. Dia tarik Jongup supaya keluar dari rumah dan bergerak ke masjid. Maklumlah, sejak motosikal kesayangannya lingkup, dia selalu tumpang Jongup. 


“Gais, dah ready ke belum?” Himchan melaung dari luar rumah sambil jalan berlenggang membawa sepasang baju melayu berwarna pink yang sudah siap diiron. Melentik-lentik jari jemari dia memegang hanger baju melayu tersebut sambil dia bersiul-siul kecil.
 

Semangat nak balik raya berkobar-kobar dalam diri. Baju melayu pink itu dimasukkan di dalam bonet kereta Exora kesayangannya. Tak lupa juga baju melayu member yang lain. Seragam semuanya kaler pink. Himchan betul-betul teruja. Akhirnya berjaya juga dia pujuk semua orang dalam rumah tu untuk mengenakan tema pink pada tahun ni. Bukan pujuk tapi lebih kepada memaksa sebenarnya. Ye la ! Kalau dah setiap malam dia brainwash semua orang sampai akhirnya semua nak tak nak kena setuju dengan dia untuk tema baju raya warna pink, tak ke memaksa namanya? 
 

Sesungguhnya ketahuilah kalian semua yang Diva Himchan adalah sangat-sangat merimaskan bila dia dah activated mood paksa memaksa dia. Kau akan nampak dia setiap malam di bilik kau dan pujuk kau tanpa putus asa asalkan dia dapat apa yang dia nak. 


Ok, jom tengok aktiviti member lain.


“Kau serius la dengan keputusan kau ni, Kecik?” Zelo menyoal Jongup yang sedang termenung memandang ke arah luar tingkap. Macam biasa.

Rakannya itu menoleh seketika sebelum mengangguk perlahan. Jongup dah nekad untuk terus tinggal di situ dan tak ikut bersama balik beraya. Disebabkan dah kena hukum dengan Yongguk dan Himchan atas kesalahan yang dia langsung tak buat ! Dia masih terkilan dengan sikap mereka yang langsung tak percayakan dia. Kalau dah tak percaya, buat apa lagi dia nak merayu-rayu. 


Tunggulah kalau kebenaran dah terbukti nanti, dia akan pastikan Yongguk dan Himchan melutut mohon maaf dekat dia. Wahahahha ! Jongup sempat gelak jahat dalam hati.


“Jom la balik Kuala Kangsar. Kau buat tak tau je dekat Brutal dengan Diva tu. Diorang tu acah-acah garang je.” Getus Zelo memujuk Jongup. Dia bersungguh-sungguh nak pujuk Jongup untuk balik ke kampung. 


“Tak nak la aku. Orang dah tak sudi, buat apa aku nak terhegeh-hegeh.” Balas Jongup acuh tak acuh. Dia teruskan aktiviti termenung tak sudah dia tu. Kali ni sambil tongkat dagu. Ada angin sepoi-sepoi bahasa yang meniup lembut rambutnya. Ala-ala shooting MV lagu Aiman Tino giteww.


Zelo merengus geram. Walaweh ! Sejak bila si Kecik ni jadi cepat sentap pulak? Dah puas memujuk dari lepas sahur sampai sekarang. Tetap jugak berdegil. Si Himchan dah start enjin kereta dah tu. Mesti semua dah ready nak gerak balik kampung.


“Jom la Kecik. Kalau kau takut dengan diorang, aku boleh cover kau. Kau masuk dalam luggage aku ni, aku seludup kau masuk dalam kereta. On tak on?” Zelo masih mencuba. Bak kata lagu Sufian Suhaimi, mencobaa…hampir mati aku mencobaaaa.


Namun, Jongup hanya menggeleng.


“Pergilah Panjang. Aku ok kat sini. Biarlah aku beraya kat Taman Seri Berseri-Seri ni sendirian.” Ucap Jongup masih berdegil.


“Fine ! Fine ! Aku is give up dengan kau, Kecik. Seumur hidup aku, ini kali pertama aku tak berjaya pujuk orang dan orang tu adalah kau, Mohd Jamhari Jongup ! Ingat Kecik, lepas ni kalau kau tiba-tiba call aku masa dekat kampung nanti, jangan harap aku nak angkat. Ingat tau ! Ini balasan sebab dah kecewakan aku. Tak ada sesiapa yang pernah mengecewakan Zelo Zamrudin Zakaria tau !” bentak Zelo lantas beredar dari situ dengan muka yang hampa bercampur bengang. Pujuk mamat Kecik tu susah gila ! Susah mengalahkan pujuk awek-awek dia. 

 

“Dah siap ke semua? Nak gerak dah ni.” Yongguk menyoal Daehyun dan Youngjae yang sedang menolak bagasi mereka ke kereta.


“Dah.” Serentak Daehyun dah Youngjae menjawab.


“Panjang mana?” soal Yongguk saat menyedari ketiadaan Zelo di situ.


“Aku nampak dia berlari-lari pegi tandas tadi.” Balas Daehyun sambil mengangkat begnya masuk ke dalam kereta. Di belakang Daehyun, Youngjae berpeluk tubuh menunggu giliran untuk masukkan barang dia pulak. Sempat juga si Ustaz tu termenung mengenangkan Jongup yang langsung tak nampak batang hidung sejak tadi. 


“Mohd Panjang Zamrudin ! Cepat sikit ! Kita dah nak gerak !Karang kalau dah lewat malam, susah pulak. Diva tu rabun warna kalau malam-malam, susah pulak dia nak drive nanti.” Yongguk melaung dari luar. Selamba je dia campur adukkan nama Zelo. Siap selit kutuk Himchan lagi.


“Kejap ! Aku nak berak kejap. Senang nanti tak payah nak berhenti berak dekat tepi jalan dah.” Sahut Zelo dari dalam tandas. Lepas dia keluar dari bilik Jongup tadi, dia terus bergegas ke tandas. Perut memulas tiba-tiba. Penangan asam pedas Diva sahur tadi la ni.


“Kau ni kan, habis satu taman tahu aku rabun warna. Kau la drive. Apa yang susahnya.”omel Himchan yang sedang memeriksa enjin kereta untuk kali ke sepuluh. Kali ni dia betul-betul berhati-hati sebelum balik kampung. Tak nak jadi macam peristiwa season lepas la tu. Wahaha!


Yongguk ketawa mengekek sebelum masuk ke dalam kereta. Radio dibuka dan lagu raya berkumandang.


“Weh Diva, kau betul ke tak nak Kecik ikut kita sekali?” Youngjae yang dah siap menyimpan barang di dalam kereta mendekati Himchan. Cuba memujuk. Mana tahu kut si Diva tu sejuk hati.
“No way ! Dia yang salah dan dia patut dihukum.” Balas Himchan penuh egois ala-ala Rika Sumanto, mak tiri dalam sinetron Indonesia Bawang Merah, Bawang Putih. Keputusan dia sangatlah muktamad tanpa talian hayat lagi. Apa nak jadi, jadilah. Dia tetap berkeras. Baik dia mahupun Yongguk, dua-dua tak nak bagi muka dekat mamat raver tak puasa tu. Never!
Youngjae terkedu seketika sebelum mengeluh hampa. Muka Himchan yang bajet-bajet garang dan ego dengan hidung kembang kempisnya direnung. Rasa macam nak tampar !


“Semua orang pernah buat salah Diva. Kita ni bukannya malaikat.” Balas Youngjae agak sinis membuatkan Himchan sedikit tersentak dan terasa. Muka dia yang tadi nampak jahat berubah menjadi agak kendur. Youngjae dijeling sekilas apabila pemuda itu berlalu pergi meninggalkan dia dan masuk ke dalam kereta. Nampak macam terkilan dengan perlakuan Himchan tadi.


Sempat Himchan menjeling tingkap bilik Jongup yang dikongsi bersama Zelo. Dari situ, dia nampak Jongup yang sedang termenung. Mata mereka bertentangan untuk beberapa saat sebelum Jongup bertindak menarik langsir tingkap tersebut dan berlalu pergi. Oh ya ! Jongup juga sempat bagi jelingan maut manja-manja dekat Himchan membuatkan Himchan tarik muncung lapan puluh lapan inci.


“Eleh ! Merajuk konon ! Dia yang salah, dia pulak yang nak merajuk!” ego

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Jelly_Warrior
2021 ! Ada yang throwback baca cerita ni ke? 😂

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Chapter 12: 2020 yang completenya cerita ni, 2021 baru saya baca.. Ya Ampunnnn~ Rasa macam raya bulan Januari ಥ‿ಥ terima kasih author-nim kerana menceriakan hari-hari saya yang kelam lagikan suram. Anda adalah penyuluh mata saya. Ehh ° ͜ʖ ͡ – ✧
Wonsik_Sai
#2
Chapter 12: 2020 yang completenya cerita ni, 2021 baru saya baca.. Ya Ampunnnn~ Rasa macam raya bulan Januari ಥ‿ಥ terima kasih author-nim kerana menceriakan hari-hari saya yang kelam lagikan suram. Anda adalah penyuluh mata saya. Ehh ° ͜ʖ ͡ – ✧
EfyyExo
#3
Chapter 12: tamat juga akhirnyaaa.. sobs..sobs. sedihhh T.T brtahun-tahun tak login aff , rupanya authornim dh habiskan ff ni. papepun , thankyou sbb berjaya tamatkan wlaupun ambil masa yg lama. sy hrp akan ada lagi ff b.a.p yg mcm ni wlaupun dorg dh disbanded😭😭
LovelyIna
#4
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
Shadow_warriorangel #5
Chapter 12: Alhamdulillah seronok dapat baca ending cerita ni... Finally nama baik dua ekor sotong raver tu dh dibersihkan xD btw.. selamat hari raya authornim.. saya minta maaf kalau ada komen yang menyinggung hati dan perasaan authornim... But srs.. saya die hard fans authornim (ง •̀ω•́)ง✧
mpreggoland
#6
Chapter 11: wahhhhhh!!!!!! dah lama tunggu!!!!!
terbaik ah! jht jongup XD
boleh imagine dh apa yg akan jadi XD
terhibur sgt2 nih! thanks! :D
Shadow_warriorangel #7
Chapter 11: Tak sangka begitu sekali plan Jamhari Jongup untuk balas dendam xD saya suka gila cara authornim plan citer ni and tetibe plot twist gini xD
Chaeinch #8
Chapter 10: Sebenarnya saya nak baca balik semua cerita dari authornim sbb semua cerita authornim ni best2 tapi tak sangka authornim update tahun ni hahahaha terbaik authornim tak sabarnya nak baca chapter baru
Shadow_warriorangel #9
Chapter 10: Rindunya T.T welcome back authornim T.T