Dah Raya Weh !

Best. Absolute. Puasa [B.A.P] Kembali !
Please Subscribe to read the full chapter


Pasar basah hari ni agak ramai berbanding biasa. Yongguk dan Himchan berjalan beriringan sambil mata meliar mencari kelengkapan untuk menyambut raya pada esok hari. Nampaknya, tahun ini merupakan tahun pertama mereka terpaksa beraya di bandar memandangkan keluarga mereka tak ada di kampung kerana pergi menunaikan Umrah.


“Kau betul-betul boleh masak rendang ke Diva? Takut pulak aku.” Yongguk menyuarakan kegusaran hatinya kepada Himchan yang sedang leka memilih ayam. Sekilas, Himchan menjeling Yongguk tajam.
“Kau jangan nak pandang rendah dekat aku tau. Aku, Mohamad Hisyam Himchan Tino, keturunan Tino yang sememangnya handal dalam masak memasak ni tau !” begitu riak Himchan berkata. Terawang-awang tangannya di udara bila dia bercakap. Tak sedar yang tangan tu tengah pegang ayam, siap dengan ayam tu dia awang-awangkan. Penjual ayam dah ushar panas je diorang berdua.
 

Yongguk malas layan. Dia diam dan buat-buat sibuk kira bulu ayam yang masih bersisa di bahagian bontot ayam yang tersusun di atas meja pasar. Bila Himchan dah on mood riak, dia tak boleh nak kata apa.
 

“Gais, aku dah beli daging.” Daehyun muncul di antara mereka berdua sambil tayang sengih teruja.
 

"Oh Mak Kau!!"
 

Serentak Yongguk dan Himchan terkejut beruk bila Daehyun muncul di depan mereka. Mana tak terkejut kalau dah tengok member bawak kepala lembu depan mata ! Siap kepit celah ketiak ala-ala pegang helmet pulak tu. Nyaris gugur jantung mereka dibuatnya.
 

“Woi Boroi ! Kau kebas mana pulak kepala lembu ni?” bentak Yongguk sambil usap dada. Himchan dah menjauhi mereka sebab tak lalu tengok kepala lembu yang Daehyun bawak. Rasa geli geleman pun ada.
 

“Abang jual daging tu bagi aku. Dia kata free. Aku ambik ler. Fresh lagi ni, dia baru sembelih pagi tadi katanya.” Cerita Daehyun penuh teruja.


Yongguk tercengang sambil tepuk dahi.
 

“Masalahnya kau nak buat apa dengan kepala lembu tu? Aku suruh kau beli daging la, bukan kepala lembu !” bebel Himchan dari jauh. Dia dah ke kiosk menjual sayur sebab tak berani dekat-dekat dengan kepala lembu tu.
 

“Buat la apa-apa. Gantung depan pintu rumah pun lawa ni. Mesti orang datang beraya ke rumah kita nanti kagum.” Jawab Daehyun sambil merangka idea nak DIY decoration raya di rumah mereka nanti. Tak sabar rasanya nak tunjuk bakat interior designer yang dia ada ni. Wahaha!
 

Sementara itu, 
 

“Ustaz ! Ustaz ! Bau terbakar ni ! Kuih samprit kita weh !” Zelo menjerit memanggil Youngjae yang berada di dalam tandas apabila dia terhidu bau hangit yang datang dari arah dapur mereka. 
 

“Weh ! Kau tak tunggu ke oven tu?” terkocoh-kocoh Youngjae keluar dari tandas sambil membetulkan kain pelekat yang dipakai. Laju kaki menapak ke dapur.
 

“Allahuakbar!”
 

Jongup yang sedang menyapu halaman kerana dihukum membersihkan seluruh kawasan  rumah termasuk la bumbung gara-gara perbuatannya tempoh hari turut bergegas masuk melihat kekecohan yang berlaku.
 

Menggeleng-geleng dia tatkala melihat asap berkepul-kepul dari oven. Youngjae mengeluarkan kuih samperit yang dia bakar bersama Zelo tadi sambil mengeluh kecewa.
 

“Ini samperit dari neraka ni.” Getus Zelo bila samperit yang hangus hitam legam diletakkan di atas meja. 
 

“Hitam sehitam hati kau.”  Komen Youngjae siap bagi ayat padu dekat Zelo lagi.
 

“Tak guna kau Ustaz!” dulang kuih singgah di belakang badan sebaik saja dia ucap kata-kata itu. Zelo memandangnya tajam.
 

“Kau la ! Aku suruh kau  jaga oven masa aku pergi berak. Kau buat apa?” Youngjae mula bercekak pinggang. Dah nak start gaduh. Jangan main-main dengan dia okay? Walaupun la dia antara orang yang paling calm dalam rumah ni, kalau datang mood swing, dia boleh jadi lagi teruk dari Brutal. Macam sekarang,
 

“Hey, aku tunggu okay! Aku tinggal sekejap je sebab ada hal penting, tengok-tengok dah hangit. Kau la berak lama sangat.” Giliran Zelo pula menyalahkan Youngjae.
 

“Halah ! Hal penting la sangat. Kau pergi bergayut dengan awek nombor 5 kau kan? Kau ingat aku tak tahu !” Youngjae membalas membuatkan Zelo telan air liur. Macammana pulak si Ustaz ni boleh tahu? Hairan bin ajaib.
 

“Udah ler tu…jangan la bergaduh. Bakar je la lain. Banyak lagi kan adunan tu. Ini baru first round. Banyak lagi yang tak berbakar. Sambung aje la.” Jongup yang masih dengan batang penyapu di tangan mencelah.
 

“Ah, diam la kau. Kau pun sama. Bukan nak tolong tengokkan oven ni.” Youngjae tiba-tiba menyalahkan Jongup yang langsung tak ada kena mengena dengan kegiatan membuat kuih raya mereka.
 

Errr…
 

Begitulah kelam kabut serta kacau bilaunya persiapan raya last minute enam sahabat itu. Sepanjang hari ada saja yang tak kena. Ada yang terbelit daun kelapa masa anyam ketupat lah, jatuh pokok masa nak gantung lampu lip-lap la dan ada juga yang termasuk dalam kawah dodol ! Macam-macam !

 

 

Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar


Sayup-sayup kedengaran takbir raya berkumandang dari surau. Sayu hati mengenangkan kampung halaman. Tahun ni jauh berbeza dengan tahun-tahun lain. Selalunya, time-time ni mereka dah ada di kampung namun tidak kali ini.


“Haihhhh…”
 

Kedengaran keluhan panjang dari enam pemuda yang duduk termenung di halaman rumah. Lemang dan dodol yang sedang dalam pembikinan dibiarkan di situ manakala mereka masing-masing termenung melayan perasaan. Jauh menung. Mungkin dah sampai Kuala Kangsar.
 

“Sunyi pulak raya tahun ni. Kita-kita aje ada.” Yongguk membuka mulut membuatkan yang lain turut mengangguk.
 

“Itu ler. Jiran kita si Geng Tujuh Belas ni pun dah balik kampung. Sunyi pulak diorang tak ada.” Himchan bersuara. Terbayang seketika situasi sekiranya ada jiran mereka yang tiga belas orang tu, mesti meriah kan?
Rumah Geng Tujuh Belas yang sudah sunyi sepi sejak beberapa hari yang lalu dipandang lama. Rasa lain macam pula bila mereka tak ada. Rasa sunyi, hambar dan tak meriah gitu. Maklumlah, tak ada geng nak gaduh.
 

“Itu la tu. Tak rancak la macam ni. Tak meriah. Tak ada feel. Aku dengan Kecik je yang main bunga api berdua. Sendu doh!" komplen Zelo. Teringat pula suasana di kampung. Time-time macam ni, mesti dia dan Jongup akan join budak-budak kampung main bunga api sekali. Meriah habiss!!! 
Jongup mengangguk sambil menunggu sisa bunga api yang masih menyala. Hambar gila.
 

Hmmm
 

Serentak mereka mengeluh dan termenung lagi. 
 

Lima minit mereka begitu dan tiba-tiba kelibat sebuah van usang yang sangat dikenali menyapa pandangan mata.
 

"Eh! Itu bukan van Serkup kee??" Yongguk menyoal tatkala van tersebut menuju masuk ke dalam perkarangan rumah sebelah.


"Ye la tu. Van sapa lagi kalau dah warna merah plus terhenjut-henjut macam tu kan?" getus Himchan seraya menjengukkan kepalanya ke arah rumah sebelah. Kelihatan satu persatu ahli Geng Tujuh Belas keluar dari kenderaan itu. Berbondong-bondong beg besar mereka bawa bersama. 
 

"Woi jiran. Korang tak balik kampung ke? " Zelo yang dah panjat tembok menegur mereka.
 

"Waalaikumsalam. Ada nampak macam kami kat kampung ke sekarang ni?" perli Woozi sambil membuka bonet van dan mengeluarkan barang-barang. Dia pandang Zelo dengan muka yang tak beriak.
 

"Hukaloh kerek." Zelo berkata namun masih bertenggek memerhatikan jiran-jirannya itu dengan pandangan yang hairan. Macam tengah tengok haiwan di zoo pun ada. Mana tak pelik? Ingatkan dah sampai kampung sebab dua tiga hari sebelum ni dah tak nampak kelibat. Alih-alih, malam raya muncul macam orang baru balik  bercuti.
 

"Serious la korang ni? Malam raya ada sini lagi apasal? Bukan korang dah balik kampung ke?" soal Yongguk yang turut kehairanan.
 

"Kitorang bukan balik kampung. Kitorang pergI Padang Besar. Shopping kat sana." jelas S.Coups yang sedang mengemas barang-barang yang dah dikeluarkan.
 

"Haah bang. Kat sana semua barang helok-helok. Harga pun murah. Aku grab kasut raya Nike lapan pasang. Gred AAA kot!! Nak tengok Bang Diva?" Jeonghan muncul dari dalam rumah sambil mul

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Jelly_Warrior
2021 ! Ada yang throwback baca cerita ni ke? 😂
Poll

So, siapa character favourite korang dalam cerita ni?

Results

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Chapter 12: 2020 yang completenya cerita ni, 2021 baru saya baca.. Ya Ampunnnn~ Rasa macam raya bulan Januari ಥ‿ಥ terima kasih author-nim kerana menceriakan hari-hari saya yang kelam lagikan suram. Anda adalah penyuluh mata saya. Ehh ° ͜ʖ ͡ – ✧
Wonsik_Sai
#2
Chapter 12: 2020 yang completenya cerita ni, 2021 baru saya baca.. Ya Ampunnnn~ Rasa macam raya bulan Januari ಥ‿ಥ terima kasih author-nim kerana menceriakan hari-hari saya yang kelam lagikan suram. Anda adalah penyuluh mata saya. Ehh ° ͜ʖ ͡ – ✧
EfyyExo
#3
Chapter 12: tamat juga akhirnyaaa.. sobs..sobs. sedihhh T.T brtahun-tahun tak login aff , rupanya authornim dh habiskan ff ni. papepun , thankyou sbb berjaya tamatkan wlaupun ambil masa yg lama. sy hrp akan ada lagi ff b.a.p yg mcm ni wlaupun dorg dh disbanded😭😭
LovelyIna
#4
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
Shadow_warriorangel #5
Chapter 12: Alhamdulillah seronok dapat baca ending cerita ni... Finally nama baik dua ekor sotong raver tu dh dibersihkan xD btw.. selamat hari raya authornim.. saya minta maaf kalau ada komen yang menyinggung hati dan perasaan authornim... But srs.. saya die hard fans authornim (ง •̀ω•́)ง✧
mpreggoland
#6
Chapter 11: wahhhhhh!!!!!! dah lama tunggu!!!!!
terbaik ah! jht jongup XD
boleh imagine dh apa yg akan jadi XD
terhibur sgt2 nih! thanks! :D
Shadow_warriorangel #7
Chapter 11: Tak sangka begitu sekali plan Jamhari Jongup untuk balas dendam xD saya suka gila cara authornim plan citer ni and tetibe plot twist gini xD
Chaeinch #8
Chapter 10: Sebenarnya saya nak baca balik semua cerita dari authornim sbb semua cerita authornim ni best2 tapi tak sangka authornim update tahun ni hahahaha terbaik authornim tak sabarnya nak baca chapter baru
Shadow_warriorangel #9
Chapter 10: Rindunya T.T welcome back authornim T.T