Best. Absolute. Puasa [B.A.P] Kembali !

Please Subscribe to read further chapters

Description

Bila enam manusia dengan ragam yang berbeza menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan, habis huru-hara rumah jadinya !(Ayat cliche season lepas)

Ya ! Mereka datang lagi ! Enam sekawan yang sama-sama sengal dan pelik ini kembali untuk memeriahkan bulan puasa anda. Kali ini dengan gelagat yang lebih menyakitkan menghiburkan hati. Ada yang gatal nak mengorat mak janda, ada juga yang kononnya nak jadi usahawan muda dan ada yang kena cekup dengan Jabatan Agama Islam sebab tak puasa? Apa??? Biar betul !

Psstt...tak lupa juga perang dingin ala-ala Katy Perry dan Taylor Swift antara mereka dengan jiran sebelah rumah. Kali ni sebab apa pulak?

 

 


 

"Sibuk la Geng Tujuh belas tu ! Orang nak berniaga, diorang pun sibuk juga nak berniaga."

"Entahnya. Dah la tak pandai mengira, boleh ke nak berniaga tu?"

"Kan? Masak dah la tak sedap. Kau ingat tak Tomyam season lepas yang dia bagi kat kita ? Sampai cirit-birit kita dibuatnya gara-gara tomyam puaka tu."

"Mau tak ingat? Aku sampai tercicir 'benda alah' aku sebab dah tak tahan sangat. Semuanya gara-gara Tomyam geng tu."

"Oh ! Jadi kau la yang dah buat onar tu dulu?"

"Alamak ! Kantoi !"

 


 

"Cinta aku dengan Milah janda memekar umpama bunga mawar yang disiram dengan Jus Pamoga Qu Puteh."

"Kau gila ke apa?"

"Cinta memang membuat aku gila."

"Kau puasa tak hari ni?"

"Puasa la."

"Kalau puasa, baik kau jangan cakap benda yang bukan-bukan. Bukan apa, Ustaz dah pesan banyak kali, takut pahala kurang."

"Walaupun aku puasa tapi aku tak pernah berpuasa dari mencintai Milah."

"Nyah kau dari sini !"

 


 

"Aku ada azam baru untuk puasa tahun ni."

"Alhamdulillah, apa azam kau? Mesti kau nak banyakkan ibadat kau kan? Syukurlah kau dah kembali ke pangkal jalan."

"Azam aku adalah..."

"Adalah?"

"Azam aku adalah untuk memastikan bahawa raya tahun ni aku dapat beli sofa baru yang dijual dalam CJ WOW Shop tu dengan harga diskaun 30% dan mata ganjaran WOW sebanyak 5%"

"Astaghfirullah..."

 


 

"Seumur hidup aku, ini lah kali pertama."

"Kali pertama apa?"

"Kali pertama aku naik van jenazah ! Mak ! Abah ! Maafkan anakmu yang tak bersalah ini !"

"Masya-Allah."

 


 

"Pertarungan antara kita masih belum selesai."

"Apa maksud kau?"

"Demi menjaga nama baik keluarga dan negara serta nama baik taman perumahan ni, aku nak kita fight balik !"

"Fight apa?"

 


 

Curious? Nak tahu apa yang terjadi? Bagaimana dengan puasa enam si sengal pada tahun ini? Masihkah ada cornflakes-cornflakes konflik-konflik dalaman yang membuatkan kita semua pening lalat? Adakah puasa mereka tahun ini akan berjalan lancar atau...KELAUT? 

Sama-sama kita nantikan !

 

 

MEET THE SENGALS... LAGI !

 

Yongguk a.ka Brutal

~Muka ganas tapi dalam hati ada taman~

 

Himchan a.k.a Diva

~Saban hari menunggu promosi CJ WOW Shop~

 

Daehyun a.k.a Boroi

~Dalam usaha menjadi penternak lemak paling berjaya~

 

Youngjae a.k.a Ustaz

-~Calon Tok Bilal Masjid Taman Seri Berseri-Seri~

 

Jongup a.k.a Kecik

~Walaupun kecik, tetap sado !~

 

Zelo a.k.a Panjang

~Mat rempit wannabe~

 

 

JIRAN SEBELAH RUMAH...YANG SAMA !

 

Geng Tujuh Belas

~Jiran sepakat dibaling sikat~

 

 

 

 

 

Foreword

SEBELUM TU !!! BACALAH SEASON PERTAMA DULU UNTUK HASIL YANG LEBIH BAIK. LOL XD : DO VISIT-  Best. Absolute. Puasa [B.A.P]

Important Note/ Nota Penting : Latar tempat, latar masyarakat dan juga latar masa yang dibuat adalah mengikut kesesuaian jalan cerita ini. Real life watak-watak cerita ini sama sekali berbeza dengan apa yang bakal ditulis. Hanyalah untuk hiburan dan rekaan semata-mata.Tak ada kena mengena dengan sesiapa baik yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Cerita ditulis tanpa ada niat apa-apa melainkan sekadar suka-suka dan berimaginasi. So, please show me your love and give me some support. Happy Ramadhan gais !

 

 B.A.P X SEVENTEEN !

ENJOY !

 

 

 

Jelly_Warrior
2021 ! Ada yang throwback baca cerita ni ke? 😂

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Chapter 12: 2020 yang completenya cerita ni, 2021 baru saya baca.. Ya Ampunnnn~ Rasa macam raya bulan Januari ಥ‿ಥ terima kasih author-nim kerana menceriakan hari-hari saya yang kelam lagikan suram. Anda adalah penyuluh mata saya. Ehh ° ͜ʖ ͡ – ✧
Wonsik_Sai
#2
Chapter 12: 2020 yang completenya cerita ni, 2021 baru saya baca.. Ya Ampunnnn~ Rasa macam raya bulan Januari ಥ‿ಥ terima kasih author-nim kerana menceriakan hari-hari saya yang kelam lagikan suram. Anda adalah penyuluh mata saya. Ehh ° ͜ʖ ͡ – ✧
EfyyExo
#3
Chapter 12: tamat juga akhirnyaaa.. sobs..sobs. sedihhh T.T brtahun-tahun tak login aff , rupanya authornim dh habiskan ff ni. papepun , thankyou sbb berjaya tamatkan wlaupun ambil masa yg lama. sy hrp akan ada lagi ff b.a.p yg mcm ni wlaupun dorg dh disbanded😭😭
LovelyIna
#4
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
Shadow_warriorangel #5
Chapter 12: Alhamdulillah seronok dapat baca ending cerita ni... Finally nama baik dua ekor sotong raver tu dh dibersihkan xD btw.. selamat hari raya authornim.. saya minta maaf kalau ada komen yang menyinggung hati dan perasaan authornim... But srs.. saya die hard fans authornim (ง •̀ω•́)ง✧
mpreggoland
#6
Chapter 11: wahhhhhh!!!!!! dah lama tunggu!!!!!
terbaik ah! jht jongup XD
boleh imagine dh apa yg akan jadi XD
terhibur sgt2 nih! thanks! :D
Shadow_warriorangel #7
Chapter 11: Tak sangka begitu sekali plan Jamhari Jongup untuk balas dendam xD saya suka gila cara authornim plan citer ni and tetibe plot twist gini xD
Chaeinch #8
Chapter 10: Sebenarnya saya nak baca balik semua cerita dari authornim sbb semua cerita authornim ni best2 tapi tak sangka authornim update tahun ni hahahaha terbaik authornim tak sabarnya nak baca chapter baru
Shadow_warriorangel #9
Chapter 10: Rindunya T.T welcome back authornim T.T