Aduhai Angau !

Best. Absolute. Puasa [B.A.P] Kembali !
Please Subscribe to read the full chapter

 

Aduhai Angau !

 

“Bang Yussof Yongguk Iskandar, aku nikahkan dikau dengan Nurmilah Jalilah binti Jalil dengan mas kahwinnya, RM101.00 tunai.”

“Aku terima nikahnya, Nurmilah Jalilah binti Jalil dengan mas kahwin sebanyak RM101.00 tunai.”

“Sah?”

“Sah !”

“Alhamdulillah.”

 

 

“Sah otak kau ! Bangun la !”

 

Yongguk tersentak. Serta-merta kawasan sekelilingnya menjadi gelap gelita. Hanya tinggal dia sendirian termangu-mangu di situ. Di mana Tok Kadi yang menikahkannya tadi? Mana Milah yang ayu bergaun pengantin Cinderella di sebelahnya? Semuanya hilang sebaik saja suara sumbang seseorang kedengaran.

 

“Bangun la Bang Ucop Brutal oii !”

 

Perlahan-lahan, mata Yongguk terbuka. Alahai, mimpi rupanya. Ingatkan betul-betul. Susuk tubuh Himchan yang berpijama merah jambu satin menyapa pandangan kelam Yongguk. Apalah nasib. Tiap-tiap hari, inilah insan pertama yang dia akan nampak bila bangun dari tidur. Tak ada muka lain. Semoga tak lama lagi dia dapat berkahwin dengan Milah dan menghapuskan Himchan Diva dari pandangan matanya.

“Bangun la Brutal ! Dah nak dekat seratus kali aku kejut kau. Sahur la !” marah Himchan sambil bercekak pinggang. Patung Tigger kesayangan Yongguk dicampak ke muka mamai roomatenya itu.

“Diva ! Brutal ! Tak habis lagi ke bercengkerama dalam bilik tu? Moh ler keluar. Nanti imsak padan muka.” Youngjae melaung dari luar bilik mereka.

“Cepat weh, Boroi dah nak habiskan lauk tu.” Zelo menambah sambil mengetuk pintu bilik bertalu-talu. Mendengarkan kata-kata Zelo itu, segera mereka berdua bergegas untuk keluar. Tak sanggup nak membiarkan si Boroi menghabiskan lauk-pauk nanti. Tak fasal-fasal sahur makan megi karang. Yongguk tak mahu. Nanti gastrik ! Hukaloh.

 

 

“Gais, tak lama lagi dah nak raya kan?” Himchan bersuara sambil menyuap nasi ke dalam mulut.

“Hmmm.” rakan-rakannya menyahut acuh tak acuh. Waktu sahur ni memang majoritinya semua tak bermaya. Masing-masing masih mengantuk dan mamai. Kecuali Daehyun yang segar bugar menikmati juadah yang ada. Dia punya makan tu macam makan dekat kenduri kendara. Semangat dan penuh berselera. Tak boleh nak cakap apa. Dah namanya Boroi.

Jauh beza sekali dengan Jongup yang dari tadi diam tak bercakap. Bila disiasat, rupanya tengah tidur. Yang peliknya, mulut dia ligat mengunyah nasik. Makan sambil tidur. Tak pernah dibuat orang.

“Aku dah plan warna tema baju raya kita tahun ni.” Himchan menambah lagi meskipun tak mendapat sambutan yang hangat. Masing-masing malas nak layan.

“Warna apa? Kau ni beria la Diva.” Yongguk menyoal kerana kesiankan Himchan yang umpama bercakap dengan pinggan mangkuk itu.

Himchan tersengih. Ada jugak yang sudi melayan dia. Sungguh terharu dengan Yongguk yang prihatin. Heh !

“Warna hot pink. Pastu kain baju tu kita beli yang bling-bling sikit. Baru nampak rare. Nanti kalau upload kat instagram, kita buat la hashtag #teamrayahotpinkblingbling.” panjang lebar Himchan bercakap sambil membayangkan keadaan tersebut.

“Eiuww! Hot pink? Kau dah kenapa? Tak brutal langsung kalau pakai warna tu. Budak-budak ni mesti tak nak.” Yongguk membidas.

 

“Habis tu? Kau nak kaler apa? Hitam?”

“Why not? Lawa kot kaler hitam.”

“Tak nak la ! Nanti orang cakap geng Syiah.”

“Ish kau ni ! Mentaliti tak sihat betul lah ! Malas nak cakap dengan kau.”

 

Dan suasana menjadi sunyi seketika selepas pergaduhan antara Yongguk dan Himchan tentang baju raya itu. Jongup kedengaran sedang berdengkur sambil menyuap nasi ke dalam mulut. Sudahnya, nasik itu jatuh ke lantai dan bukannya ke mulut.

 

“Gais, aku serius ni. Hot pink amacam?” Himchan nampaknya masih belum puas hati. Maklumlah, hanya Yongguk yang bagi respons. Itu pun respons yang kurang memuaskan hati.

 

“Tak nak lah. Aku nak warna biru. Baru nampak cool. “ Zelo bersuara membantah. Baru dengar suara. Tadi diam sebab sibuk scroll Instagram. Nak ushar mana-mana awek yang update gambar sahur. Gatai nak mampus !

“Aku pun tak nak. Aku nak pakai warna kuning. Kuning-kuning air jagung, kuning juga puding jagung.” Daehyun turut tak bersetuju. Dia sempat berseloka jagung yang liriknya dicipta sendiri. Sungguh kreatif umpama seorang komposer antarabangsa.

Himchan mula menarik muka masam.

“Kalau pakai warna hijau pokok pisang best jugak kan? Lepas tu kita tangkap gambar dengan pokok pisang. Mesti gempak. Macam sesumpah.” cadang Youngjae tiba-tiba membuatkan semua orang memandangnya dengan muka pelik.

“Jin apa yang merasuk kau ni hah Ustaz? Tetiba jadi bengong?” getus Himchan sinis. Kadang-kadang Ustaz ni masuk air jugak orangnya. Bukan boleh harap sangat.

“Oh ya ! Aku baru teringat. Sorry Diva. Aku memang takkan ikut tema hot pink kau tu. Kalau korang nak pakai, pakailah. Biar aku weird pun tak apa.” Yongguk tiba-tiba teringatkan sesuatu yang buat dia makin membantah cadangan Himchan tentang tema raya mereka tahun ni.

“Why oh why my friend? Kamon la gais. Aku dengar geng sebelah bukan main gempak lagi tema diorang tahun ni. Rose quartz dengan serenity kot ! Kita sebagai musuh tradisi mana boleh kalah.” tak habis lagi si Himchan ni nak menyeru rakan-rakan pakai hot pink.

“Tak kira la rose tak rose. Aku dah buat keputusan. Aku nak pakai kaler ungu.” Yongguk mencelah dengan muka yang yakin dan pasti. Memang dah muktamad. Takkan ada sapa-sapa yang boleh menghalang Yongguk lagi.

 

“Kenapa pulak? Apa sebabnya?”

“Sebabnya…”

“Sebab?”

 

“Sebab aku baru teringat yang Milah cakap tahun ni dia beraya pakai baju warna ungu. Jadi, aku kena la sama dengan dia memandangkan kami ditakdirkan untuk bersama.” panjang lebar Yongguk berkata sambil tarik sengih sumbing.

“Yerk ! Menyampah pulak aku.” Zelo buat gaya bagai nak termuntah. Sememangnya kisah ‘cinta’ Yongguk-Milah selalu berjaya buat dia mual-mual. Terlalu noob dan annoying. Kalah sinetron. Bukan style Zelo yang berjiwa rempit ini. Awalnya, memang Zelo support si Yongguk nak mengayat Milah. Siap nak tolong Yongguk lagi tapi disebabkan Yongguk tak nak belikan moto Kawasaki Ninja kat dia, terus si Zelo jadi haters Yongguk dan Milah. Wahahah!

“Kau ni kan, angau sangat dengan si Milah. Aku tengok Milah tu biasa-biasa je dengan kau.” Youngjae mencelah dan Yongguk menjelingnya dengan muka kelat sekelat biji ciku.

“Milah tak nak tunjuk sangat la. Tu yang kau nampak macam biasa je tu. Padahal, kami berdua ni sangat serius dan cinta kami umpama Romi dan Juli.” terawang-awang tangan Yongguk sambil membicarakan soal cintanya itu. Romi dan Juli? See? Nampak sangat noob. Orang sekarang mana layan Romi dan Juli dah. Orang dah layan #Fattzura takpun #Lofattah. Baru la hipster ! Erk !

“Dah lah ! Aku nak masuk tidur dulu. Naik berbulu telinga dengan kisah cinta orang-orang tua ni.” Zelo mengomel sambil menarik Jongup yang sudah tertidur di meja makan untuk masuk ke dalam bilik. Youngjae ikut sama pemuda itu beransur meninggalkan meja makan. Cuma tinggal Daehyun, Himchan dan Yongguk yang masih duduk mengelilingi meja. Daehyun sibuk melantak jadi dia langsung tak pedulikan keadaan sekeliling.

“Gais, nantilah kejap. Kita tak habis bincang lagi !” macam biasa, Himchan pasti akan dibiarkan tergantung tak bertali. Dah la tu, dia juga la yang kena mengadap perangai gedik sawan Yongguk ni. Aduhai Milah. Tolonglah kahwin je dengan makhluk ni supaya dia boleh jadi normal semula.

“Udah-udah le tu, Brutal. Kalau dah berkenan sangat dengan si Milah tu, lepas raya kita antar rombongan meminang ke rumah dia di kampung. Aku boleh jadi tukang pantun masa nak meminang nanti.” tutur Himchan kepada Yongguk yang tersengih-sengih.

“Betul ke ni?”

“Betul la. Cepat la makan tu, dah nak imsak. Kau pun sama Boroi, dah berapa pinggan nasik kau sebat? Tak habis-habis lagi !” bebel Himchan ala-ala seorang ibu beranak lima. Siap cekak pinggang lagi. Muka pun bertempek bedak sejuk. Sesuai sangat.

“Baik !” serentak, Daehyun dan Yongguk menjawab.

“Bagus ! Nanti pagi kita pergi pasar. Hari ni turn korang pulak beli barang.”

“Baik !”

 

 

Zelo menguap seluasnya sambil memerah jersi yang masih berair untuk disidai di ampaian. Sambil menyidai pakaian, sempat juga dia menyanyi-nyanyi sendirian.

 

Hang Pi Mana, Hang Pi Mana

Hang Pi Mana, Hang Pi Mana

 

Lirik itu diulang hampir 300 kali dan tanpa sedar seseorang sedang memandangnya dengan muka tak puas hati.

 

“Hoi, Panjang Memanjang ! Suara kau sengau tau tak? Tak payah nyanyi.”

 

Tersentak Zelo dibuatnya. Kelihatan di sebalik pagar, Wonwoo sedang berdiri memandang ke arahnya deng

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Jelly_Warrior
2021 ! Ada yang throwback baca cerita ni ke? 😂

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Chapter 12: 2020 yang completenya cerita ni, 2021 baru saya baca.. Ya Ampunnnn~ Rasa macam raya bulan Januari ಥ‿ಥ terima kasih author-nim kerana menceriakan hari-hari saya yang kelam lagikan suram. Anda adalah penyuluh mata saya. Ehh ° ͜ʖ ͡ – ✧
Wonsik_Sai
#2
Chapter 12: 2020 yang completenya cerita ni, 2021 baru saya baca.. Ya Ampunnnn~ Rasa macam raya bulan Januari ಥ‿ಥ terima kasih author-nim kerana menceriakan hari-hari saya yang kelam lagikan suram. Anda adalah penyuluh mata saya. Ehh ° ͜ʖ ͡ – ✧
EfyyExo
#3
Chapter 12: tamat juga akhirnyaaa.. sobs..sobs. sedihhh T.T brtahun-tahun tak login aff , rupanya authornim dh habiskan ff ni. papepun , thankyou sbb berjaya tamatkan wlaupun ambil masa yg lama. sy hrp akan ada lagi ff b.a.p yg mcm ni wlaupun dorg dh disbanded😭😭
LovelyIna
#4
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
Shadow_warriorangel #5
Chapter 12: Alhamdulillah seronok dapat baca ending cerita ni... Finally nama baik dua ekor sotong raver tu dh dibersihkan xD btw.. selamat hari raya authornim.. saya minta maaf kalau ada komen yang menyinggung hati dan perasaan authornim... But srs.. saya die hard fans authornim (ง •̀ω•́)ง✧
mpreggoland
#6
Chapter 11: wahhhhhh!!!!!! dah lama tunggu!!!!!
terbaik ah! jht jongup XD
boleh imagine dh apa yg akan jadi XD
terhibur sgt2 nih! thanks! :D
Shadow_warriorangel #7
Chapter 11: Tak sangka begitu sekali plan Jamhari Jongup untuk balas dendam xD saya suka gila cara authornim plan citer ni and tetibe plot twist gini xD
Chaeinch #8
Chapter 10: Sebenarnya saya nak baca balik semua cerita dari authornim sbb semua cerita authornim ni best2 tapi tak sangka authornim update tahun ni hahahaha terbaik authornim tak sabarnya nak baca chapter baru
Shadow_warriorangel #9
Chapter 10: Rindunya T.T welcome back authornim T.T