Drama Bilal Masjid

Best. Absolute. Puasa [B.A.P] Kembali !
Please Subscribe to read the full chapter

Drama Bilal Masjid

                                                   

“Mai beli ! Mai beli ! Lauk-pauk ! Kuih-muih ! Boleh rasa dulu sebelum beli ! Mai beli ! Mai beli !” Daehyun melaung kuat untuk menarik perhatian orang ramai yang lalu lalang agar singgah di gerai mereka. Disebabkan suara dia yang paling nyaring antara enam lagi yang lain, maka secara rasmi dia ditugaskan menjadi ‘speaker’ utama gerai tersebut.

“Moh singgah ! Singgah ! Akak-akak, adik-adik, abang-abang ! Moh singgah ! Beli kuih dapat percuma tukang jual kuih. Moh ler~~~” DK, pemuda yang berada di gerai sebelah tak nak mengaku kalah. Dari tadi dia bersaing hebat dengan suara Daehyun. Suara sama-sama kuat. High-note mereka kalau bergabung silap-silap boleh buat Ning Baizura nangis. Eh?

Suasana di situ riuh-rendah persis Bazar Ramadhan walhal hanya ada dua gerai kecik yang terpacak. Riuh-rendah panggil pelanggan satu hal, orang belakang pun riuh jugak. Dari tadi asyik bertekak.

 

“Hei, Jeonghan Al-Banjari ! Kau dengan geng-geng kau ni memang nak makan flying kick aku tau tak? Sibukkkkkk je memanjang. Orang nak berniaga, kau pun kalut jugak.” leter Himchan sambil bercekak pinggang di tepi khemah gerainya. Matanya tajam memandang ke arah Jeonghan yang sekadar tayang muka tak kisah.

“Makan flying kick? Sorry la bang, puasa hari ni.” seloroh Jeonghan menaikkan kemarahan Himchan.

“Tak lawak la.”

“Tak buat lawak pun.”

“Kau jangan sampai aku bakor kau punya gerai sekangkang kera ni ha.” Himchan semakin menyinga. Mana taknya? Si Jeonghan ni memang mencabar kesabaran. Nasib baik rambut dia dah pendek. Kalau rambut panjang lagi, memang dah lama Himchan tarik pastu ikat kat tiang khemah. Wahahaha ! Padan muka !

“Abang Chan Diva oii, rileks sudah la. Bukan abang and the gang je yang nak carik rezeki. Kami pun nak sama.  Kami ni ramai. Kalau tak cari duit lebih, macam mana nak raya? Bagi la peluang kami nak berniaga jugak. Kita buat persaingan secara sihat. Tak gitu?” Jeonghan berkata dengan nada yang tenang. Ada betul jugak cakap abang febeles ni. Pandai sekali dia berkata-kata.

 

“Hah, ye la tu. Memang kena cari duit lebih pun sebab duit lebih yang sebelum ni, kau buat belanja beli barang kat CJ WOW Shop ! Lepas tu, duit lebih yang kita dapat dari berniaga ni jugak la yang akan guna buat bayar hutang kau dengan benda alah WOW tu.”  S.Coups tiba-tiba mencelah sambil mengangkat mesin air tebu dari dalam van.

Jeonghan menjeling S.Coups tajam untuk memberikan isyarat agar lelaki itu tak mengkantoikan dia di depan Himchan yang masih berlagak ala-ala kerbau jantan kebulur ini.

Himchan  belum berpuas hati dengan Jeonghan. Mereka terus bertikam lidah sehinggalah Youngjae muncul menenangkan Himchan. Namun, akhirnya Youngjae juga yang jadi tak tenang bila Joshua mencelah dalam pertengkaran mereka. Kini, acara bertekak menjadi beregu. Jeonghan-Joshua lawan Himchan-Youngjae. Persaingan sengit kerana masing-masing tak mahu mengalah. Haihhh~

 

 

"Sibuk la Geng Tujuh belas tu ! Orang nak berniaga, diorang pun sibuk juga nak berniaga." Zelo yang sedang sibuk menjaga kuih-muih sambil menunggu pelanggan yang datang memulakan sesi mengumpat dengan Jongup yang duduk di sebelahnya. Hanya mereka yang menjaga gerai dengan serius memandangkan Himchan dan Youngjae masih sibuk ‘bertarung’ di belakang, Yongguk pula dari tadi tak habis-habis mengira duit dan Daehyun masih belum berhenti terpekik memanggil orang.

"Entahnya. Dah la tak pandai mengira, boleh ke nak berniaga tu?" Jongup menambah sambil menjeling ke arah gerai sebelah. Dari dulu dia memang dah cop geng Tujuh Belas tak pandai kira. Mana taknya? Members ada 13 orang saja tapi namakan geng ‘Geng Tujuh Belas’. Apa kes?

"Kan? Masak dah la tak sedap. Kau ingat tak Tomyam season lepas yang dia bagi kat kita ? Sampai cirit-birit kita dibuatnya gara-gara tomyam puaka tu." Zelo makin ligat mengutuk. Siap throwback tragedi tomyam yang berlaku beberapa tahun yang lalu. Zelo tak boleh lupa betapa terseksanya dia berebut tandas dengan yang lain. Sampai dia akhirnya terpaksa tidur dalam tandas gara-gara tomyam geng Tujuh Belas.

"Mau tak ingat? Aku sampai tercicir 'benda alah' aku sebab dah tak tahan sangat. Semuanya gara-gara Tomyam geng tu." Jongup berkata selamba sambil menggeleng lemah. Tanpa sedar, dia dah terbocorkan rahsianya sendiri.

 

"Oh ! Jadi kau la yang dah buat onar tu dulu?" mata Zelo terbuntang. Tu satu lagi tragedi, siap boleh ada makhluk tuhan yang tercicir gara-gara dah tak tahan sangat. Kecoh satu rumah jadinya.

"Alamak ! Kantoi !"

“Eiii ! Tak senonoh la kau, Kecik.”

“Ala, kau jangan bagitau sesiapa tau. Nanti aku belanja kau mercun pop dua kotak.”

“Ye lah ! Janji? Kau belikan aku mercun pop? Kalau tak, aku bagitau Diva. Dia sampai sekarang tengah cari pesalah sebenar tau tak? Dia siap cakap nak kurung orang yang buat onar tu dalam jamban selama tiga hari tiga malam untuk diberi pengajaran. Baik kau hati-hati. Jangan mungkir janji kau !”

“Ye lah ! Ye lah !”

 

 

Sedang mereka sibuk melayan pelanggan yang datang, seseorang muncul.

“Abang Bang !”

Yongguk yang sedang leka mengira duit syiling segera mengangkat mukanya saat suara yang dinanti menyapa.

“Milah.” tanpa berlengah, Yongguk mendekati Milah dengan senyum yang melebar. Hujung T-shirt yang dipakainya dipintal-pintal saat dia berdiri di depan wanita cantik itu.

Milah kelihatan ayu berkebaya dan berselendang hitam. Bibirnya dioles gincu berwarna merah jambu lembut membuatkan senyum janda itu semakin manis. Geram Yongguk dibuatnya.

“Abang cakap abang jual kuih kan? Kalau Milah mintak tolong abang jualkan kuih yang Milah buat ni boleh ke abang? Nanti abang tolak la komisen untuk abang dengan yang lain. Boleh?” Milah berkata sambil menghulurkan bakul yang berisi beberapa biji tupperware. Bau harum yang datang dari kuih Milah menusuk masuk ke hidung Yongguk dan tanpa sedar senyum Yongguk makin melebar.

“Milah buat kuih apa? Sedapnya bau.” puji Yongguk.

“Kuih biasa-biasa je. Karipap dengan tepung pelita.”

“Wah, tepung pelita?”

“Haah, bang.”

“Tepung Pelita Milah dah buat. Pelita hati abang bila lagi?” sempat jugak Yongguk memberi ayat pickupline kepada Milah. Harap-harap Milah  mencair.

“Eh Abang Bang ni. Ke situ pulak !” Milah ketawa sopan.

 

“Noob…noob.” tak jauh dari Yongguk, Zelo yang terdengar pickupline itu terus mengutuk hebat. Rasa macam nak gelak guling-guling tapi memikirkan ada pelanggan tengah beli kuih, terpaksa la Zelo kawal diri. Tak fasal-fasal pulak nanti kena hantar pergi Tanjung Rambutan.

Yongguk menjeling tajam ke arah Zelo sebelum kembali memandang Milah.

“Abang, Milah tak boleh lama. Dah kena balik dah ni.” Milah bersuara sambil membetulkan selendang yang melilit di kepalanya. Sungguh manis sehingga paras gula Yongguk terasa meningkat mendadak.

“Oh ok Milah ! Hati-hati ye.”

Yongguk melambai Milah dengan bersungguh-sungguh sehinggalah bayang wanita idamannya itu hilang dari pandangan. Bakul yang berisi kuih-kuih Milah dijinjit dan dijeling seketika.

“Hailah Milah ~~ Abang Bang sanggup makan kuih Milah ni sampai habis tau tak?” monolog Yongguk sendirian.

“Tengok muka Brutal tu, nampak sangat angaukan Milah.” kutuk Jongup sambil menggeleng.

“Kau macam tak kenal dia. Mana pernah dia minat perempuan lain selain Milah. Pelik betul aku.” Zelo menambah.

Yongguk masih tersengih walaupun Milah sudah hilang dari pandangan.

“Selamat jalan, pujaan hati.”

“Wekk !”

 

 

Hari-hari berlalu tanpa mereka sedari. Dah nak dekat seminggu dua geng berjiran itu memulakan perniagaan mereka. Semakin hari makin kecoh dibuatnya. Ada saja yang tak kena. Kalau tak bergaduh sehari memang tak sah.

Macam-macam yang jadi. Contohnya…

 

“Weh, korang curik payung gerai kami kan? Baik mengaku.” Woozi mewakili geng Tujuh Belas mula menyerang geng B.A.P.

“Hello, kau ingat payung kau tu hebat sangat? Daripada curi payung korang baik la aku curi payung terjun.” Zelo melawan bagi pihak geng B.A.P.

“Habis? Mana perginya payung kami? Mesti korang saja sorok sebab nak sabotaj kan?”

“Elok-elok sikit ! Batal puasa kau nanti sebab main tuduh-tuduh orang! Tak ada masa la nak curi payung buruk tu.”

“Tak guna ! Kau ingat khemah korang tu lawa sangat ke? Dasar tiang lampu tak sedar diri !”

“Hey ! Kau jangan nak melampau ! Kalau aku tiang lampu, kau tu pelita panjut ! Pendek ! Ketot ! Ada hati nak mengutuk orang.”

 

Pergaduhan antara Zelo dan Woozi mula terjadi. Hanya kerana sekaki payung yang hilang, mereka berdua bertikam lidah dari mula berniaga sampailah kedai dah nak tutup. Tak habis di situ, di rumah mereka bertekak jugak. Lepas habis solat terawih sampai nak dekat waktu imsak, masing-masing tak henti mengutuk antara satu sama lain.

Sudahnya, payung besar yang dicari itu rupanya dipinjam oleh Presiden Taman Seri Berseri-Seri yang dalam keadaan emergency  perlukan payung gara-gara atap rumahnya yang bocor. Kebetulan pulak, dua tiga hari ni cuaca selalu hujan. Jadi, sementara nak baiki atap rumahnya, terpaksalah dia cilok payung di gerai Geng Tujuh Belas untuk dibuat tempat berteduh sementara waktu. Masalahnya, dia lupa nak minta izin dari geng tu dan akhirnya, orang lain yang jadi mangsa. Ha, itulah~

 

Dan ada jugak satu hari tu, bila meja di gerai B.A.P patah. Terus Yongguk menyerang geng Tujuh Belas dengan melulu.

 

“Korang nak sabotaj kami ke? Sampai patah meja dikerjakan.” Yongguk menghadiahkan pandangan tajam ke arah S.Coups. Pemuda itu membalas pandangan Yongguk dengan dahi yang berkerut.

“Jangan main tuduh Bang. Sentuh benda-benda korang pun kami tak pernah, apatah lagi nak patahkan meja.” balas S.Coups tak puas hati.

“Habis? Kalau bukan korang, sapa punya angkara lagi ha?” Yongguk tak mahu mengalah.

“Mana la aku tau bang ! Entah sapa yang buat onar, kami jugak yang kena. Aku, Mohd Irwansyah Syamsul Seungcheol a.k.a S.coups, sebagai ketua Geng Tujuh Belas berasa sangat kesal dengan tindakan geng abang yang menuduh kami membebi buta.” penuh lantang, S.coups bersuara.

“Pigi mati dengan rasa kesal kau tu. Aku selaku abang Long geng B.A.P pulak berasa sangat b

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Jelly_Warrior
2021 ! Ada yang throwback baca cerita ni ke? 😂

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Chapter 12: 2020 yang completenya cerita ni, 2021 baru saya baca.. Ya Ampunnnn~ Rasa macam raya bulan Januari ಥ‿ಥ terima kasih author-nim kerana menceriakan hari-hari saya yang kelam lagikan suram. Anda adalah penyuluh mata saya. Ehh ° ͜ʖ ͡ – ✧
Wonsik_Sai
#2
Chapter 12: 2020 yang completenya cerita ni, 2021 baru saya baca.. Ya Ampunnnn~ Rasa macam raya bulan Januari ಥ‿ಥ terima kasih author-nim kerana menceriakan hari-hari saya yang kelam lagikan suram. Anda adalah penyuluh mata saya. Ehh ° ͜ʖ ͡ – ✧
EfyyExo
#3
Chapter 12: tamat juga akhirnyaaa.. sobs..sobs. sedihhh T.T brtahun-tahun tak login aff , rupanya authornim dh habiskan ff ni. papepun , thankyou sbb berjaya tamatkan wlaupun ambil masa yg lama. sy hrp akan ada lagi ff b.a.p yg mcm ni wlaupun dorg dh disbanded😭😭
LovelyIna
#4
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
Shadow_warriorangel #5
Chapter 12: Alhamdulillah seronok dapat baca ending cerita ni... Finally nama baik dua ekor sotong raver tu dh dibersihkan xD btw.. selamat hari raya authornim.. saya minta maaf kalau ada komen yang menyinggung hati dan perasaan authornim... But srs.. saya die hard fans authornim (ง •̀ω•́)ง✧
mpreggoland
#6
Chapter 11: wahhhhhh!!!!!! dah lama tunggu!!!!!
terbaik ah! jht jongup XD
boleh imagine dh apa yg akan jadi XD
terhibur sgt2 nih! thanks! :D
Shadow_warriorangel #7
Chapter 11: Tak sangka begitu sekali plan Jamhari Jongup untuk balas dendam xD saya suka gila cara authornim plan citer ni and tetibe plot twist gini xD
Chaeinch #8
Chapter 10: Sebenarnya saya nak baca balik semua cerita dari authornim sbb semua cerita authornim ni best2 tapi tak sangka authornim update tahun ni hahahaha terbaik authornim tak sabarnya nak baca chapter baru
Shadow_warriorangel #9
Chapter 10: Rindunya T.T welcome back authornim T.T