Perang Bermula

Best. Absolute. Puasa [B.A.P] Kembali !
Please Subscribe to read the full chapter

Perang Bermula

 

 

BURPP!!

Sendawa berukuran 10 skala Richter menggegarkan seluruh isi rumah yang dihuni enam pemuda yang baru habis berbuka puasa itu. 

“Boroi, aku rasa kau ni memang betul lah jelmaan raksasa. Cuba kau tanya bapak kau asal usul keturunan korang. Mana tau betul-betul datang dari salasilah raksasa.” Zelo berkata sambil menggelengkan kepalanya. Matanya melirik kepada Daehyun yang baru saja sendawa kuat tadi. Ingatkan lepas dah sendawa, mamat tu nak berhenti makan tapi dia boleh lagi selamba melahap martabak cheese.

“Aik, gurau kasar nampak?” Daehyun menjeling Zelo sambil mengunyah makanan yang penuh di dalam mulutnya. Kadang-kadang budak Panjang ni bercakap macam mintak karate. Nasib baik mood Daehyun baik hari ni. Terima kasih kepada martabak cheese yang berjaya menawan hatinya itu.

Zelo buat muka tak bersalah. Ate…dah memang betul ! Sepanjang umurnya yang dah masuk 21 tahun ni, Daehyun sorang la satu-satunya manusia yang dia tengok paling hebat bab-bab makan.  Sumbat la apa sekalipun dalam mulut, asalkan namanya makanan memang Daehyun akan telan tanpa banyak soal.

 

“Gais…”

 

Pertengkaran kecil-kecilan antara Zelo dan Daehyun itu terganggu sebaik saja suara Himchan mencelah. Dia menepuk tangan berkali-kali bagi menarik perhatian rakan-rakannya yang lain.

 

“Amende?” Yongguk menyoal acuh tak acuh.

Himchan tersengih sambil memandang wajah lima rakan serumahnya itu satu persatu.

“Aku ada pengumuman nak buat?”

“Benda apa? Kau nak kahwin? Walaweh ! Diam-diam eh kau.” Daehyun mula serkap jarang.

“Kahwin apa bendanya? Diva ni kan jomblo since birth. Takkan kau dah lupa?” Jongup memintas.

 

“Hoi !”

Mereka berdua terdiam seketika. Muka merah padam Himchan kelihatan membuatkan Jongup dan Daehyun tersengih kambing. Marah pulak abang Diva ni.

 “Teruskan…teruskan…” Zelo menenangkan keadaan.

“Ok. Camni gais…aku rasa aku nak berniaga la. Tambah pendapatan. What do you think?” Himchan menyambung sambil menyuap kuih tepung pelita ke dalam mulut. Poyo betul. Siap speaking lagi.

Yongguk mengerutkan dahi.

“Apahal tiba-tiba? Kau dah kena pecat kat tempat kerja kau ke?” lancang sekali mulut Youngjae menyoal dan soalan itu berjaya buat Himchan tersedak. Tangannya tiba-tiba terasa panjang nak piat telinga Youngjae. Rasakan !

“Aku nak tambah pendapatan je la.” bentak Himchan. Budak-budak ni la. Asyik fikir negatif ! Pandai-pandai buat kesimpulan sendiri. Karang kalau Himchan belasah , ada yang beraya kat hospital tahun ni. Kau jangan nak buat main dengan Ahmad Hisyam Himchan Tino ni tau !

“Hmm…aku ok je. Lagipun dah lama aku mereput dekat rumah lepas habis praktikal bulan lepas. Ternakan aku pun dah makin berjaya nampaknya.” Daehyun memberikan respons kepada Himchan.

 

Memang betul pun. Dia dan Youngjae sama-sama dah menganggur sejak mereka habis buat praktikal bulan lepas. Kira dah habis belajar la dan sejak dah habis belajar, baik Daehyun mahupun Youngjae masing-masing alami proses pereputan di rumah.

Daehyun dah naik bosan. Kadang-kadang, dia tinggal sendirian  memandangkan ahli rumahnya yang lain keluar bekerja dan belajar. Walaupun ada Youngjae tapi budak Ustaz tu kadang-kadang tak melekat di rumah. Maklumlah, dia kan anak emas Pak Imam Masjid. Sejak dah habis belajar ni, Youngjae kerap ke masjid tolong Pak Imam ajar budak-budak mengaji. Adalah jugak masa dia terisi dengan benda yang berfaedah. Lain la Daehyun, asyik menternak je. Ternak apa?

“Aik? Ternakan? Bila masa kau jadi penternak? Kau tak pernah cerita pun. Kau ternak apa?” Zelo mengerutkan keningnya sambil memandang Daehyun dengan muka yang pelik.

Daehyun tersengih. Air sirap selasih dicapai dan diteguk rakus sebelum menjawab.

“Ternak lemak.”

Zelo merengus perlahan. Penat ! Surrender dah dengan mamat Boroi ni. Patut la nama Boroi, ternak lemak rupanya. Malas dah nak layan.

 

Suasana hening seketika. Semua macam dah tak ada mood bila Daehyun buat lawak tak jadi tadi namun Himchan bijak membangkitkan suasana semula.

 

“Yang lain ada yang nak bagi pandangan tak? Ok tak cadangan aku tu? Come on gais, zaman ekonomi yang serba tak menentu ni, kita kena berfikiran hipster dan raver untuk teruskan kehidupan.” sempat jugak Himchan memberikan ucapan ala-ala calon ketua kampung.

Lima rakannya masih diam tak bersuara. Hanya sendawa Daehyun yang berselang seli dengan bunyi kentut dari seseorang yang identitinya tak mahu didedahkan saja yang kedengaran.

 

“Aku OK je. Asalkan kau serius dan tak hangat-hangat taik burung sudah la.” Yongguk berkata serius sambil menyilangkan tangannya ke dada. Sungguh macho dan penuh karisma. Dia yakin, kalau Milah Janda tengok imejnya sekarang ni, pasti buah hati pengarang jantung Yongguk tu dah bersiap sedia di pelamin menunggu untuk disandingkan. Ceh !

“Aku pun tak kisah. Macam apa yang Boroi cakap, aku dengan dia memang dah lama mereput. Dari tak buat apa-apa, baik kita berniaga. 9/10 punca rezeki adalah dari berniaga. Elok jugak tu.” Youngjae menambah.

Himchan tersenyum suka hati.

“Hah? Yang lain?” matanya melirik ke arah Zelo dan Jongup selaku yang paling muda untuk bersuara.

“Aku on ! Duit berniaga tu boleh la juga buat modal nak isi minyak motor.” Zelo mengangguk setuju. Maklumlah, sejak dua menjak ni Zelo bukan main caring lagi dengan Honda Wave Dash kepunyaannya itu. Motor baru la katakan.

“Kau Kecik? Ada nak bagi pandangan tak?” Himchan beralih pada Jongup yang sibuk menyudu bubur lambuk untuk dimakan. Jongup mengangkat kepala dan merenung Himchan lama.

“Ada.”

“Hah? Apa pandangan kau?”

 

“Pandangan.”

Perkataan itu keluar dari mulut Jongup sambil dia memandang wajah Himchan sedalam-dalamnya. Langsung matanya tak berkedip merenung Himchan di depannya itu.

“Dah kenapa?” Youngjae garu kepala. Pelik betul budak Kecik ni.

“Dah Diva cakap nak pandangan. Aku pandang la dia.”

Serentak, lima pemuda yang mendengar jawapan itu tepuk dahi. Ni sorang lagi.

 

“Dah la. Aku malas nak layan korang. Baik aku pergi masjid.” Youngjae bangkit dari kerusi dan meninggalkan rakan-rakannya yang masih ada di meja makan.

“Aik? Awalnya?” Yongguk menegur dan Youngjae angguk acuh tak acuh. Off course kena awal ! Dia tak nak kalah dengan budak baru nak up a.k.a Joshua yang kaki kipas Pak Imam Saad tu. Hari ni, Youngjae nekad ! Dia akan pastikan yang suaranya akan bergema di seluruh pelosok Taman Seri Berseri-Seri bagi melaungkan azan Isyak nanti. Suara dia ! Bukan suara si Joshua yang berwajah jambu air tu.

Zelo bangkit mengikuti jejak langkah Youngjae. Begitu juga dengan Yongguk yang tiba-tiba terasa perut memulas. Satu persatu dari mereka meninggalkan meja makan dan sekali gus meninggalkan Himchan yang masih belum puas berbincang.

“Gais ! Hello…nak ke mana tu? Kita tak habis discuss lagi ni. Gaisssss.” nyaring suara Himchan memanggil rakan-rakannya untuk duduk semula. Dia belum habis cakap tau tak?

“Nanti sambung balik. Aku dah nak tercirit dah ni.” laung Yongguk dari jauh.

Himchan menghela nafas seketika. Tiba-tiba, terasa macam ada yang sedang memandang ke arahnya lantas lelaki itu menoleh.

Kelihatan Jongup yang masih belum berhenti dari merenung Himchan sejak tadi. Ambik kau! Nak sangat pandangan kan? Terimalah pandangan ‘cinta’ dari Mohd Jamhari Jongup Jalaludin Hassan ni sepenuh hati kau !

“Dah la tu ! Sebab kau la semua orang blah. Spoiler punya budak Kecik !”

 

 

Youngjae membelok motosikalnya menuju masuk ke perkarangan Masjid Taman Seri Berseri-Seri. Hanya beberapa kerat manusia yang ada di kawasan masjid tersebut. Sempat Youngjae menjeling jam tangan G-Shock yang dipakainya. Jam baru menunjukkan pukul 8.15 malam. Banyak masa lagi sebelum waktu Isyak.

Mata Youngjae meliar mencari kelibat Pak Imam Saad. Namun, lain yang dicari, lain pula yang datang.

“Ostat !!!!”

Kelihatan seorang pemuda berjalan laju menuju ke arah Youngjae sambil menikmati aiskrim pop yang penuh di tangan. Youngjae melambai  tanda menyahut panggilan pemuda tersebut.

“Awai hang mai.” Jehop, salah seorang rakan satu taman dengan Youngjae berkata sambil tersengih kambing. Sebatang aiskrim pop yang dibeli di kedai Wak Kardi dalam perjalanan untuk ke sini tadi dihulurkan kepada Youngjae.

Youngjae tanpa segan silu menyambut huluran Jehop dan terus menikmati aiskrim pop itu. Rezeki jangan ditolak uolls~

“Awal la datang. Aku nak jadi bilal hari ni.”

“Pfffttt!!!”

Kata-kata Youngjae membuatkan Jehop tersedak

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Jelly_Warrior
2021 ! Ada yang throwback baca cerita ni ke? 😂

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Chapter 12: 2020 yang completenya cerita ni, 2021 baru saya baca.. Ya Ampunnnn~ Rasa macam raya bulan Januari ಥ‿ಥ terima kasih author-nim kerana menceriakan hari-hari saya yang kelam lagikan suram. Anda adalah penyuluh mata saya. Ehh ° ͜ʖ ͡ – ✧
Wonsik_Sai
#2
Chapter 12: 2020 yang completenya cerita ni, 2021 baru saya baca.. Ya Ampunnnn~ Rasa macam raya bulan Januari ಥ‿ಥ terima kasih author-nim kerana menceriakan hari-hari saya yang kelam lagikan suram. Anda adalah penyuluh mata saya. Ehh ° ͜ʖ ͡ – ✧
EfyyExo
#3
Chapter 12: tamat juga akhirnyaaa.. sobs..sobs. sedihhh T.T brtahun-tahun tak login aff , rupanya authornim dh habiskan ff ni. papepun , thankyou sbb berjaya tamatkan wlaupun ambil masa yg lama. sy hrp akan ada lagi ff b.a.p yg mcm ni wlaupun dorg dh disbanded😭😭
LovelyIna
#4
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
Shadow_warriorangel #5
Chapter 12: Alhamdulillah seronok dapat baca ending cerita ni... Finally nama baik dua ekor sotong raver tu dh dibersihkan xD btw.. selamat hari raya authornim.. saya minta maaf kalau ada komen yang menyinggung hati dan perasaan authornim... But srs.. saya die hard fans authornim (ง •̀ω•́)ง✧
mpreggoland
#6
Chapter 11: wahhhhhh!!!!!! dah lama tunggu!!!!!
terbaik ah! jht jongup XD
boleh imagine dh apa yg akan jadi XD
terhibur sgt2 nih! thanks! :D
Shadow_warriorangel #7
Chapter 11: Tak sangka begitu sekali plan Jamhari Jongup untuk balas dendam xD saya suka gila cara authornim plan citer ni and tetibe plot twist gini xD
Chaeinch #8
Chapter 10: Sebenarnya saya nak baca balik semua cerita dari authornim sbb semua cerita authornim ni best2 tapi tak sangka authornim update tahun ni hahahaha terbaik authornim tak sabarnya nak baca chapter baru
Shadow_warriorangel #9
Chapter 10: Rindunya T.T welcome back authornim T.T