Hari Pertama Ramadhan

Best. Absolute. Puasa [B.A.P] Kembali !
Please Subscribe to read the full chapter

 

Hari Pertama Ramadhan

 

Allahuakbar, Allahuakbar…

 

Suara azan bergema menyapa gegendang telinga membuatkan Daehyun menarik nafas lega. Akhirnya ! Sudah sekian lama dia menunggu detik ini.

Gelas tinggi berisi air sirap di depan mata dicapai lantas dibawa ke mulut. Tekak dia dah lama kering. Tak sabar nak dibasahkan dengan kesedapan air sirap segar itu.

“Ahmad Danial Don Daehyun !!!!”

Namun, belum sempat Daehyun meneguk sirap tersebut, suara garau parau umpama katak sakit tekak seseorang tiba-tiba kedengaran membuatkan anak muda yang baru saja nak berbuka puasa itu tersentak.

“Apahal kau, Brutal?” soal Daehyun tak puas hati. Ganggu je dia nak berbuka.

Yongguk berdiri bercekak pinggang di depan Daehyun dengan muka persis seekor raksasa yang kalah melawan Ultraman.

“Kau buat apa?”

“Berbuka la ! Kan dah azan.”

Yongguk tepuk dahi.

“Diva ! Kau tengok adik kau yang sorang ni !” Yongguk  melaung memanggil Himchan yang sedang berbaring sambil menonton rancangan CJ WOW Shop di ruang tamu.

“Hah? Kenapa? Kenapa?” bersemangat, Himchan bangun dan menonong ke dapur. Mukanya penuh bersalut dengan bedak sejuk Mak Cun dan Yongguk sempat beristighfar panjang apabila Himchan menjengulkan kepala ke dapur tadi.

Daehyun mengerutkan dahinya. Apa benda la si Brutal ni nak kecoh? Siap panggil ‘bini’ Diva dia lagi. Menyampah pulak rasanya.

“Hoi Boroi ! Kau buat apa dengan air sirap tu?” saat melihat Daehyun yang memegang air sirap, volume suara Himchan naik serta-merta.

“Nak siram pokok orkid kesayangan kau.” jawab Daehyun loyar-buruk. Matanya dijulingkan ke atas tanda menyampah. Sudah geharu cendana pula. Boleh pulak ditanya nak buat apa dengan air sirap ni? Takkan nak guna buat basuh kereta pulak kan?

“Dia nak berbuka.” Yongguk tolong jawab bagi pihak Daehyun.

“Ye la. Dah, dah. Korang tercegat apa lagi? Tak nak join sekali ke? Dah azan dah tu.” Daehyun berkata sebelum berkira-kira untuk meneguk sirap di tangan.

“Wait !” Himchan berspeaking habuk tiba-tiba sebelum merampas gelas di tangan Daehyun.

“Why?” Daehyun tak nak kalah dan turut berbahasa inggeris.

“Kau gila ke apa nak berbuka? Memang la dah azan tapi…”

“Tapi apa?”

“Tapi itu azan zuhur la, Boroi ! Kau ni dah kenapa?”

Mulut Daehyun terlopong. Mukanya berubah riak. Hancur musnah harapannya untuk berbuka puasa. Disangkanya sudah azan maghrib rupanya  baru azan zuhur. Perut Daehyun dah mula membuat konsert World Tour ‘ Party Baby’ sejak dari tadi. Maklumlah, mereka kan tak sempat nak bersahur subuh tadi. Masak je over, makan tak pun.

 

“Boroi, mulai dari saat ini, kau dilarang masuk ke dapur sampailah waktu berbuka.”  Yongguk bersuara tegas ala-ala Ketua Pasukan Sorak Cheer Up Baby. Eh tak ! Suara Yongguk kedengaran tegas seperti Komander Pasukan Kawad Kaki Pandu Puteri. Ya. Itu yang betul.

“Apa? Tapi mengapa?” Daehyun menyoal pasrah. Nada suara Daehyun pula kedengaran seperti suara heroin drama pukul 7 yang teraniaya. Macam ada potensi untuk menjadi ala-ala Neelofa atau Fazura yang digandingkan dengan hero Malaya si Fattah Amin. Uhuk !

“Kau tu suka buat benda yang bukan-bukan ! Asal tak sahur je kau mula la buat perangai. Mengelat je kerja kau ye? ” Himchan menyampuk dan disokong oleh Yongguk. Mereka berdua memang sekepala. Maklumlah, ‘laki- bini’. Coit !

“Tapi…”

“Tak ada tapi-tapi ! Hari ni, kau dilarang sama sekali masuk ke dapur sampailah waktu berbuka nanti. Kau faham tak? Kalau kau masuk dapur ni mula la buat benda merepek. Curi-curi makan la, bukak periuk la, minum air bla..bla…bla…” Yongguk mula membebel kepada Daehyun yang menikus di depannya. Himchan hanya diam dan memerhati dengan perasaan kagum. Tak menyangka yang Yongguk si Brutal juga ada bakat membebel macam mak-mak. Dia nampak telinga Daehyun dah berasap dek kerana leteran dari abang Brutal rumah mereka itu. Himchan ketawa mengejak ke arah Daehyun.

“Padan muka kau Boroi.”

 

 

Sementara itu, di Masjid Taman Seri Berseri-Seri,

Youngjae si ustaz terkocoh-kocoh menuju masuk ke dalam masjid setelah selesai mengambil wuduk. Tak lama lagi, orang akan mula bersembahyang jemaah dan dia tak mahu terlambat. Lagipun, dia ada tugas yang perlu dilaksanakan. Dia kena melaungkan iqamat kerana itu sudah menjadi kebiasaannya sekiranya solat berjemaah di masjid. Kata Pak Imam Saad, suara Youngjae melaungkan azan dan iqamat sangat merdu jadi dia melantik anak muda berwawasan tinggi itu menjadi tukang iqamat di masjid setiap kali solat berjemaah.

Orang ramai mula duduk di saf menunggu solat jemaah bermula. Youngjae mempercepatkan langkahnya untuk ke saf hadapan. Dia agak lambat kerana keluar mengambil wuduk tadi. Awalnya, dia memang dah ada wuduk cuma waktu lepas azan tadi, wuduknya terbatal. Jangan tanya kenapa. Ustaz Youngjae tak bagi cerita. Hehehe...

“SAF.”

Youngjae yang baru saja melangkah masuk terhenti seketika tatkala mendengar ada suara lain yang mula beriqamat.

“Aik?”

Laungan iqamat yang merdu mula bergema di seluruh ruang masjid dan orang ramai bergegas berbaris memenuhkan saf. Youngjae masih terpinga-pinga sehingga dia akhirnya tak dapat peluang untuk duduk di saf paling hadapan. Sempat juga Youngjae menjenguk ke depan untuk mengenal pasti si pelaung iqamat yang mengambil alih tugasnya itu. Dari belakang, nampak macam kenal. Tapi siapa ya?

Selesai solat berjemaah, Youngjae bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Beberapa meter jauh darinya, kelihatan Pak Imam Saad sedang berbual dengan seorang pemuda. Youngjae dapat dengar perbualan mereka walaupun samar-samar.

“Sedap betul suara kamu beriqamat tadi. Lepas ni boleh la kamu azan pulak. Mesti lagi merdu. Pak Imam suka betul dengar suara kamu. Rasa sayu menusuk kalbu. Terawih malam nanti kamu boleh la jadi bilal. Mesti jemaah lagi semangat lepas dengan kemerduan suara kamu.” Pak Imam Saad berkata sambil menepuk bahu pemuda di depannya itu. Nampaknya, Youngjae dah ada pesaing.

Youngjae dalam diam mula mencuri dengar. Dia memerhati ke arah mereka dengan muka yang bengkek. Pak Imam Saad dah mula menduakan dia. Dulu, dia cakap yang dia suka suara Youngjae saja tapi sekarang ! Pak Imam dah jumpa pengganti ! Huwaaa!

“Biasa-biasa saja, Pak Imam. Saya cuba yang terbaik.” si pemuda membalas dengan penuh sopan santun. Pak Imam Saad begitu terpesona dengan sikap anak muda itu sehingga dia terpasang niat untuk dijadikan menantu. Namun, niat Pak Imam Saad mula terbantut tatkala teringat bahawa anak-anaknya semua lelaki.

“Masya-Allah, kamu ni sunggu berbudi bahasa dan bersopan santun orangnya. Payah nak cari anak muda macam kamu zaman sekarang ni.” amboi, Pak Imam puji melambung nampak ! Membara hati Youngjae mendengar pujian yang Pak Imam Saad berikan kepada pemuda yang menggantikan dia tadi. Dia betul-betul nak tahu siapa lelaki itu. Berani sungguh dia cuba untuk merampas takhta Youngjae sebagai pemuda paling sopan dan berbudi bahasa di Taman Seri Bersei-Seri ni.

“Pak Imam, saya ada kerja nak buat. Saya minta diri dulu ya? Assalamualaikum.”

Sebaik saja pemuda itu meminta diri dan menoleh ke belakang, wajahnya kelihatan dan Youngjae tanpa sedar ternganga dek kerana terkejut.

“Jae, kamu kenapa tu? Kenapa ternganga macam nak makan bola tu?Puasa Jae. Ingat tu.” Pak Imam yang baru perasan kehadiran Youngjae menyoal. Namun, Youngjae seakan tak menghiraukan Pak Imam Saad kerana dia masih terkejut dengan identiti pemuda yang menjadi pesaing barunya.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Jelly_Warrior
2021 ! Ada yang throwback baca cerita ni ke? 😂

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Chapter 12: 2020 yang completenya cerita ni, 2021 baru saya baca.. Ya Ampunnnn~ Rasa macam raya bulan Januari ಥ‿ಥ terima kasih author-nim kerana menceriakan hari-hari saya yang kelam lagikan suram. Anda adalah penyuluh mata saya. Ehh ° ͜ʖ ͡ – ✧
Wonsik_Sai
#2
Chapter 12: 2020 yang completenya cerita ni, 2021 baru saya baca.. Ya Ampunnnn~ Rasa macam raya bulan Januari ಥ‿ಥ terima kasih author-nim kerana menceriakan hari-hari saya yang kelam lagikan suram. Anda adalah penyuluh mata saya. Ehh ° ͜ʖ ͡ – ✧
EfyyExo
#3
Chapter 12: tamat juga akhirnyaaa.. sobs..sobs. sedihhh T.T brtahun-tahun tak login aff , rupanya authornim dh habiskan ff ni. papepun , thankyou sbb berjaya tamatkan wlaupun ambil masa yg lama. sy hrp akan ada lagi ff b.a.p yg mcm ni wlaupun dorg dh disbanded😭😭
LovelyIna
#4
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
Shadow_warriorangel #5
Chapter 12: Alhamdulillah seronok dapat baca ending cerita ni... Finally nama baik dua ekor sotong raver tu dh dibersihkan xD btw.. selamat hari raya authornim.. saya minta maaf kalau ada komen yang menyinggung hati dan perasaan authornim... But srs.. saya die hard fans authornim (ง •̀ω•́)ง✧
mpreggoland
#6
Chapter 11: wahhhhhh!!!!!! dah lama tunggu!!!!!
terbaik ah! jht jongup XD
boleh imagine dh apa yg akan jadi XD
terhibur sgt2 nih! thanks! :D
Shadow_warriorangel #7
Chapter 11: Tak sangka begitu sekali plan Jamhari Jongup untuk balas dendam xD saya suka gila cara authornim plan citer ni and tetibe plot twist gini xD
Chaeinch #8
Chapter 10: Sebenarnya saya nak baca balik semua cerita dari authornim sbb semua cerita authornim ni best2 tapi tak sangka authornim update tahun ni hahahaha terbaik authornim tak sabarnya nak baca chapter baru
Shadow_warriorangel #9
Chapter 10: Rindunya T.T welcome back authornim T.T