Puasa Oh Puasa

Best. Absolute. Puasa [B.A.P] Kembali !
Please Subscribe to read the full chapter

 

Puasa Oh Puasa

 

Pada satu petang Jumaat yang tenang dan damai, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa Sepanyol mengiringi hari yang mulia itu. Di halaman sebuah rumah teres sederhana besar yang terletak di Taman Seri Berseri-Seri,  kelihatan susuk tubuh seseorang yang sedang sibuk menyapu dedaun kering yang bertaburan. Bukan cuma tangan yang ligat, mulutnya juga ligat membebel benda yang bukan-bukan.

Kim Himchan atau lebih senang dikenali sebagai Diva gigih membersihkan sisa-sisa daun kering yang bertaburan di anjung rumah sambil ditemani dengan suara Fattah Amin yang menyanyikan lagu Wanita Terakhir di corong radio yang terpasang dari dalam kereta Exora miliknya. Sesekali, Diva Himchan menyumpah-nyumpah ahli rumah yang lain kerana tak berpuas hati.

 

“Tak guna punya budak-budak ! Deme ingat teman ni kuli ke apa?” omel Himchan sambil menggosok pinggangnya yang terasa sengal sesengal otaknya. Dia menjeling ke dalam rumah di mana ada lima ‘tenuk’ yang sedang terdampar di bahagian ruang tamu sambil menonton rancangan kegemaran mereka iaitu Boboiboy Galaxy.  Nak je Himchan masuk ke dalam dan join sekaki memandangkan dia adalah die-hard fan Adudu, salah satu watak utama dalam siri animasi tu namun demi melihatkan keadaan halaman rumah yang umpama dilanggar todak, dia tak ada pilihan lain.

 

Himchan ni bukan lah pembersih orangnya. Ikutkan perasaan malasnya, memang kirim salam la dia nak bersihkan halaman rumah yang berselerak ni. Tetapi, Himchan memiliki satu sikap kompetitif yang sangat kuat terutamanya dengan jiran sebelah rumah mereka, si Geng Tujuh Belas yang selalu sangat menjadi pesaing utama. Melihatkan keadaan rumah jiran yang bersih dan kemas itu membuatkan Himchan tak mahu kalah dan secara automatik jadi rajin nak bersihkan halaman rumah. Mana boleh rumah sebelah je yang cantik ! Rumah dia pun kena nampak cantik jugak !

 

Lagipun, dengar cerita yang Taman Seri Berseri-Seri ni akan adakah pertandingan halaman rumah tercantik sempena musim perayaan yang akan datang . Oleh itu,dah tentunya Himchan nak menang ! Khabarnya, pemenang akan dapat hadiah set pinggan mangkuk yang diimport dari Mumbai. Himchan tak nak lepaskan peluang. Kalau dia menang, boleh la dia switch off (I’m sorry, budak Wechat) dekat kawan-kawan ofisnya nanti. Jadi, sebab itulah dia gigih nak bersihkan halaman rumah dan bertekad untuk menjadi juara pertandingan halaman rumah tercantik Taman Seri Berseri-Seri. Ya ! Tapi dia masih ada  satu masalah ! Masalahnya adalah si musuh utama, salah seorang dari ahli rumah sebelah yang sentiasa nak mencabar kesabaran dan iman Himchan yang tak berapa nak ada ni. Geram Himchan dibuatnya !

 

PON ! PON !

 

Sedang Himchan hanyut dalam angan-angannya, tiba-tiba sebuah lori muncul dan mula membuat bising di depan pintu pagar rumah. Hon lori dibunyikan bertalu-talu membuatkan Himchan tergedek-gedek untuk membuka pintu pagar yang bertutup itu.

 

“Sabar abang oii !” laungnya cuba untuk menghentikan pemandu lori yang masih mengehon. Nyaring bunyinya sehingga bayi jiran depan rumah Himchan terjaga dari tidur dan merengek kuat. Himchan dapat dengar yang ibu bayi itu mengamuk sakan menyalahkan dia padahal dah terang lagi bersuluh  itu salah pemandu lori yang tak peka dengan kawasan kejiranan. Ah, Himchan malas nak layan !

Himchan keluar dari halaman rumah sambil mengepit penyapu lidi di celah ketiak tatkala seorang lelaki turun dari lori dengan membawa sebuah kotak besar datang menghampiri Himchan yang bermuka blur.

“Penghantaran barang dari CJ WOW Shop ! Terima kasih kerana sudi membeli dengan kami. Ingat, hidup mesti ada WOW!” dengan satu nafas saja, lelaki yang memakai tanda nama Ravi itu berkata sambil menyengih ke arah Himchan yang terpinga-pinga.

“Apa benda ni?” Himchan menyoal dengan muka yang berkerut seribu. Penyapu lidi di tangan sempat ditenyeh ke belakang badan kerana tiba-tiba rasa gatal. Muka pemuda bernama Ravi itu dipandang untuk mendapatkan pencerahan.

“Encik ada beli barang dekat CJ WOW Shop kan? Ini barang dah sampai dah. Takkan Encik lupa kot.”

“Barang apa?”

“Vacuum cleaner jenama Nike.”

Himchan terlopong seketika. Bila masa? Wah ! Dah lama dia teringin nak beli vakum jenama Nike tu ! Akhirnya, tercapai jugak. Walaupun dia tak tahu bila masa dia beli, tak kisah la semua tu ! Mungkin kawan-kawan rumahnya yang belikan untuk dia sebagai kejutan kan? Oh terharunya !

“Wah, hebatnya ! Terima kasih sebab sudi hantar.” Himchan berkata teruja lantas merampas kotak besar yang dipegang Ravi. Dipeluk-peluk kotak yang mengandungi vakum itu dan otaknya sudah mula berangan jauh membayangkan betapa gembiranya dia menggunakan penyedut hampagas yang hebat itu. Sudah la hebat ! Jenama Nike lagi !

“Encik, jangan berangan dulu. Sabar la sikit. Ni, sebelum saya nak berambus, Encik kena tandatangan kat sini dulu.” Ravi menghulurkan sehelai kertas yang dikepilkan di atas board kepada Himchan. Mungkin itu adalah sebagai bukti yang barang sudah selamat diterima kepada pembeli namun belum sempat Himchan menyambut huluran Ravi, suara seseorang membantutkan segala-galanya.

“Hei guys ! Tunggu kejap !”

Seorang lelaki yang datang dari rumah sebelah menonong ke arah mereka berdua dengan memakai selipar berbulu fluffy sambil bercekak pinggang. Sempat juga dia membetulkan rambut cantiknya yang ditiup angin.

“Eh, kau nak apa ni? Sibuk betul lah.” Himchan memandang ke arah insan yang menyibuk itu dengan muka yang menyampah.

“Encik, Vakum ni saya punya ok? Tiga hari yang lepas saya order dekat CJ WOW Shop ! Apasal pulak Encik hantar kat rumah beliau yang tak tahu malu ni?” omel si jiran dengan muka yang poyo. Sempat dia bebelkan lelaki bernama Ravi itu dan Himchan sekadar menjadi pemerhati.

“Oh, jadi Encik ni bukan Encik Mohd Johan Jeonghan Al-Banjari lah? Saya dah salah rumah ke ni?” Ravi menyoal Himchan dan lelaki diva itu terkedu. Dia mengerling jiran rumahnya yang sedang berdiri sambil bercekak pinggang di sebelah sebelum menggeleng perlahan.

“Bukan. Nama saya Ahmad Hisyam Himchan Tino.” Himchan menjawab hampa. Terpaksalah dia buat pengakuan jujur. Dah tuan punya nama ada depan mata. Mana boleh nak menipu. Melepas peluang dia nak miliki vakum jenama Nike itu.

“Tak tanya pun lah. Bagi balik vakum aku ! Nasib baik aku perasan, kalau tak abang mesti dah ambik dah kan? Dasar tak tahu malu.” pemuda bernama Jeonghan itu mula membebel semula seraya merampas kotak vakum dari tangan Himchan. Himchan mencebik geram. Ingatkan dia punya, rupanya ia kepunyaan jiran sebelah a.k.a the one and only musuh utama Himchan, si Jeonghan Febeles. Tak guna punya Jeonghan ! Belagak pulak tu. Takat beli vakum pun nak kerek macam beli kilang vakum. Porah !

Jeonghan menjeling tajam ke arah Himchan sambil menyelesaikan urusannya dengan Ravi, si penghantar barang CJ WOW Shop yang malang itu. Himchan masih berdiri dan menjadi pemerhati sambil membelek-belek penyapu lidi di tangan. Sangat jauh beza sekiranya nak dibandingkan penyapu  lidi itu dengan vakum Nike milik Jeonghan. Timbul rasa cemburu dalam hati Himchan.

“Dah la. Nak balik. Tak sabar nak rasmikan vakum jenama Nike ni.” kata Jeonghan dengan nada

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Jelly_Warrior
2021 ! Ada yang throwback baca cerita ni ke? 😂

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Chapter 12: 2020 yang completenya cerita ni, 2021 baru saya baca.. Ya Ampunnnn~ Rasa macam raya bulan Januari ಥ‿ಥ terima kasih author-nim kerana menceriakan hari-hari saya yang kelam lagikan suram. Anda adalah penyuluh mata saya. Ehh ° ͜ʖ ͡ – ✧
Wonsik_Sai
#2
Chapter 12: 2020 yang completenya cerita ni, 2021 baru saya baca.. Ya Ampunnnn~ Rasa macam raya bulan Januari ಥ‿ಥ terima kasih author-nim kerana menceriakan hari-hari saya yang kelam lagikan suram. Anda adalah penyuluh mata saya. Ehh ° ͜ʖ ͡ – ✧
EfyyExo
#3
Chapter 12: tamat juga akhirnyaaa.. sobs..sobs. sedihhh T.T brtahun-tahun tak login aff , rupanya authornim dh habiskan ff ni. papepun , thankyou sbb berjaya tamatkan wlaupun ambil masa yg lama. sy hrp akan ada lagi ff b.a.p yg mcm ni wlaupun dorg dh disbanded😭😭
LovelyIna
#4
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
Shadow_warriorangel #5
Chapter 12: Alhamdulillah seronok dapat baca ending cerita ni... Finally nama baik dua ekor sotong raver tu dh dibersihkan xD btw.. selamat hari raya authornim.. saya minta maaf kalau ada komen yang menyinggung hati dan perasaan authornim... But srs.. saya die hard fans authornim (ง •̀ω•́)ง✧
mpreggoland
#6
Chapter 11: wahhhhhh!!!!!! dah lama tunggu!!!!!
terbaik ah! jht jongup XD
boleh imagine dh apa yg akan jadi XD
terhibur sgt2 nih! thanks! :D
Shadow_warriorangel #7
Chapter 11: Tak sangka begitu sekali plan Jamhari Jongup untuk balas dendam xD saya suka gila cara authornim plan citer ni and tetibe plot twist gini xD
Chaeinch #8
Chapter 10: Sebenarnya saya nak baca balik semua cerita dari authornim sbb semua cerita authornim ni best2 tapi tak sangka authornim update tahun ni hahahaha terbaik authornim tak sabarnya nak baca chapter baru
Shadow_warriorangel #9
Chapter 10: Rindunya T.T welcome back authornim T.T