The Way To Find Love

IT'S OUR FATE (MALAY)

 

Shinhye memarkirkan keretanya di sebelah sebuah rumah banglo yang agak besar. Dia mengambil iPhone-nya di dalam handbag lalu melihat WhatsApp tersebut. Betul lah ni alamat dia. Tahniah Shinhye pandai bawak kereta dah! And thanks Waze atas bantuan anda, tanpa anda siapalah saya.

Segera dia mengambil beberapa document penting di seat belakang. Kemudian dia keluar daripada kereta dan segera menekan loceng rumah banglo tersebut. Setelah beberapa kali loceng ditekan, keluar seorang ahjumma sambil berlari-lari anak kepadanya.

“Park Shinhye ke?” soal ahjumma tersebut sambil tersenyum.

Shinhye membalas senyumannya. “Ah ne, saya Park Shinhye. Sajangnim, ada kat dalam ke?”

“Sajangnim? Ah ada-ada. Mari masuk” Shinhye melihat perkarangan rumah bos-nya itu. Ada air pancut di tengah-tengah. Kemudian, ada 3 buah kereta yang familiar bagi Shinhye kerana bos-nya itu selalu memandu kereta tersebut ke office. Orang kaya bolehlah selalu tukar-tukar kereta.

Tapi lagi 1 kereta ni memang sangat asing kerana dia tidak pernah melihat bos-nya itu membawa kereta itu ke tempat kerja. BMW barulah kot.

“Shinhye-ssi, duduklah dulu kat sofa tu ye. Ahjumma panggil Sajangnim kejap kat bilik dia…” ujar ahjumma tersebut lalu meninggalkan Shinhye seorang diri di ruang tamu.

“Ah ne. Kamsahamnida ahjumma,” ujar Shinhye sambil tersenyum. Dia terus melabuhkan punggungnya di atas sofa. Dia memerhatikan ruang tamu rumah bos-nya itu. Besar! Cantik pulaktu! Perabot, televisyen, sofa yang didudukinya ini belum tentu dapat dibeli dengan cash menggunakan gaji bulanannya. iPhone yang dari tadi dalam genggaman diletakkan di atas meja bersebelahan dengan handbag-nya.

“Shinhye?”

“Sajangnim! Annyeonghaseyo?” kata Shinhye sambil berdiri. “Yoona terpaksa amik EL harini, so saya yang datang untuk hantar dokumen-dokumen ni. Maaf ganggu waktu Sajangnim berehat je,”

Encik Donghoon tersenyum, “takpe. Dah duduklah. Maaflah, saya tak sihat harini lepas balik outstation. Yelah dah tua katakan. Nasib awak jumpa rumah saya ni, ingat awak sesat ke tadi, maaf susahkan awak je Shinhye,”

“Eh takdelah Sajangnim! Saya okay je, saya guna Waze tu yang dapat jumpa rumah Sajangnim ni,”

 “Nasib baik. Ni nak saya bayar balik tak duit minyak awak?” soal Encik Donghoon.

Shinhye tergelak. “Takpayahlah… saya okay je. Oh ya ni fail-fail yang Sajangnim kena sign. 5 dokumen ni kena submit harini jugak”

“Sajangnim… air dah siap,” sampuk ahjumma tadi.

“Eh susah-susah je ahjumma, saya sekejap je ni…” kata Shinhye rasa bersalah. Ahjumma tersebut menghidangkan air dan sedikit macaroon di atas meja.

“Takpe minum je. Tak susahkan pun, ahjumma pergi dulu ye,”

“Kamsahamnida ahjumma,” ahjumma tersebut menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Kemudian dia pun berlalu pergi.

“Jemputlah minum dulu, Shinhye.” Ujar Encik Donghoon sambil tersenyum.

“Ne Sajangnim,” Shinhye mencapai segelas jus oren dan juga sebiji macaroon. Rasa macam nak makan lagi sebiji tapi haih malu lah pulak! Dahlah macaroon makanan favourite aku pastu dalam dia inti nutella pulaktu! Haih sabarlah tekak. Kejap lagi kita buat kat rumah ye.

“So… mana fail-fail yang saya kena sign tu ye?”

“Oh ye. Sekejap ye Sajangnim, saya bukak page-page yang Sajangnim kena sign tu,” Shinhye menyelak setiap helaian demi helaian.

“Banyak fail awak bawak ni. Macam manalah awak bawak tadi ye?” Encik Donghoon terpandangkan anak lelakinya yang baru turun dari tangga menuju ke pintu utama. “Hamboi hensemnya bergayanya nak pergi mana tu? Sini sekejap,”

Shinhye mengerutkan dahinya. Hensem? Bergaya? Dia tak cakap pasal aku kan? So teruskan kerja kau Shinhye. Sign je pun bukannya lama sangat pun. Cepat siap cepat dapat balik office. Kerja pun menimbun kat office tu. Dia meneruskan untuk menyelak helaian dokumen yang meminta sign Encik Donghoon.

“Ni dia yang Sajangnim kena sign,” Shinhye menghulurkan kelima-lima fail tersebut ke arah Encik Donghoon. Dia tersenyum memandang bos-nya.

 

NO WAY // PARK YONGIN FT. KWON SOONIL (OST DOCTORS)

Encik Donghoon menyambut huluran fail yang diberi oleh Shinhye. “Thank you. Shinhye saya nak kenalkan anak saya dekat awak, and nilah pekerja yang daddy pernah cerita dulu, bagus dia ni! So Shinhye this is my son one and only one,”

Shinhye tersenyum. “Aish mana ada bagus pun Sajangnim, biasa je” Shinhye memandang ke arah sesusuk tubuh yang berdiri di hujung sofa yang didudukinya. Wajah Shinhye terus berubah. Pucat dan sejuk tubuhnya dirasakan waktu itu. Jantungnya juga berdegup kencang bagai ingin meletus keluar.

Namun, bukan hanya gadis tersebut yang terkejut bahkan anak Sajangnim itu turut terkelu. Dia memandang wajah Shinhye, air liur yang ditelan bagaikan berpasir, “Annyeonghaseyo, saya anak Encik Oh Donghoon, Oh Sehun imnida,” Sehun menundukkan badannya.

Shinhye mengetap bibirnya. Dia memandang sekilas Encik Oh Donghoon yang sedang sibuk sign dokumen syarikat. “Park… Shinhye imnida,” tubir matanya sudah berair.

“Dia ni anak saya. Kerja pilot sebab tu tak join kerja kat Jeguk Empire. Dia kerja kat Empire Air.  And sebab tu jugak jarang nak jumpa dia kat office,”

Shinhye menundukkan wajahnya. Dia menggoyangkan kakinya sambil mengetap bibir menahan air mata. “Ah jinjja?” fikiran Shinhye melayang mengingati semula kejadian di mana Sehun memberinya sebuah novel yang bertajuk A Pilot. Shinhye mengeluh perlahan.

“Yoona amik EL that’s why Shinhye-xcellent yang datang,” ujar Encik Oh sambil tertawa. Dia memandang ke arah Sehun yang sudah mengambil tempat duduk berhadapan dengan Shinhye.

“Oh… takpelah daddy. Lain kali ajak je Shinhye ni datang rumah. Sehun tak kisah nak tidur sini pun takpe. Kan Shinhye-ssi?” kata Sehun. Matanya tidak lekang memandang Shinhye. Senyumannya turut terukir di bibir. Tidak sangka dapat berjumpa sekali lagi. Another fate?

Shinhye mengangkat wajahnya. Dia memandang wajah Sehun lalu memandang wajah Encik Oh. Oh ya, selama aku kerja aku terlupa nama depan bos aku. Aku ingat Donghoon je haih ni ke yang dikatakan excellent? So lepasni kena panggil Encik Oh jelah. Aduh Sajangnim ni sign dokumen tu pun lama ke? Lima je pun. Shinhye bermonolog dalam hati.

“Dah-dahlah tu Sehun. Cuba jangan kacau orang! Okay Shinhye, semua ni saya dah sign,”

Shinhye tersenyum. “Terima kasih Sajangnim, saya balik dulu ye…”

Encik Oh menghulurkan kesemua fail kepada Sehun. “Nah! Tolong hantar sampai ke kereta dia. Shinhye saya masuk bilik saya dulu ye. Nanti Sehun teman awak sampai keluar rumah, thanks ye Shinhye…”

Shinhye mengeluh dalam hati. Kemudian dia menghadiahkan senyuman palsu, “ne Sajangnim. Kamsahamnida,” Shinhye bangun lalu mengambil handbag-nya di sisi dan berjalan menuju ke pintu utama.

“Eh tunggulah sekejap!” Sehun mengejar Shinhye. Terkial-kial juga dia membawa fail-fail tersebut. Terdetik di hatinya macam mana Hye ni bawak semua fail ni tadi?

Shinhye menjeling sekilas ke arah Sehun ketika dia menyarungkan heels-nya di kaki. Dia terpandangkan sebuah kereta BMW yang tak pernah dilihatnya Encik Oh bawa ke tempat kerja. Padanlah, tu kereta Sehun ni. Hatinya berasa sakit pula tiba-tiba.

“Awak apa khabar?” soal Sehun ketika mereka berdua dalam perjalanan ke kereta Shinhye.

“Good,” balas Shinhye sepatah.

“Tak sangka awak kerja dengan daddy saya,” Sehun tertawa kecil. Senyumannya mekar tatkala melihat wajah Shinhye yang berada di sebelahnya.

Shinhye menundukkan kepalanya. Ya, memang tak sangka! Adakah ini takdir kedua antara aku dengan dia ni?

“Tu kereta awak eh?” tanya Sehun setelah mereka berdua tiba di pintu gate.

“Hmm…” balas Shinhye. “Okay thanks sebab bawakkan fail-fail ni,” Shinhye mengambil semula kelima-lima fail tersebut yang berada di pegangan Sehun. Sewaktu kulit mereka bersentuhan, jantung Shinhye berdegup kencang. Ini adalah kali kedua mereka melakukan skinship.

“Terima kasih je ke? Taknak belanja makan?” Sehun tersengih. Dia memeluk tubuhnya memerhatikan Shinhye meletakkan kesemua fail-fail tersebut di tempat duduk belakang.

Shinhye menutup pintu kereta. Dia memandang wajah Sehun yang jauh lebih tinggi daripadanya, “tak payah mengada. Setakat angkat fail ni tak berbaloi untuk belanja awak makan,”

Sehun tertawa besar. Shinhye melihat wajah Sehun yang sedang tergelak. Lelaki ni…

“Shinhye-ssi…” ujar Sehun sambil berjalan mendekati Shinhye dan berdiri betul-betul di hadapan Shinhye. Dia terpaksa menundukkan wajahnya untuk bertentang mata dengan Shinhye kerana gadis itu lebih rendah daripadanya.

Shinhye membuntangkan matanya. Mulutnya terbuka sedikit. Terkejut dengan jarak yang begitu rapat antara mereka berdua. “Sehun ah… apa…”

“3 bulan kita terpisah,” Sehun memintas kata-kata Shinhye. “3 bulan lepas kita jumpa dekat Busan. 3 bulan saya tak dapat contact awak, saya tau awak tukar nombor sebab nak jauhkan diri dari saya. 3 bulan saya asyik teringatkan muka awak. Saya cuba lupakan awak selama 93 hari ni tapi, tak boleh…” Sehun menarik nafasnya dengan agak dalam dalam. “Perhaps do I like you?”

Air mata Shinhye jatuh menitis tatkala Sehun berkata begitu. Kenapa lemah sangat kau ni Shinhye? Ni kali ketiga kau nangis depan lelaki ni! Berapa banyak kali kau kena malukan diri kau depan lelaki ni?! Shinhye menggigit bibir bawahnya supaya sendunya tidak kedengaran namun gagal.

“Don’t cry. Please, awak buat saya nak peluk awak…” Sehun memandang jauh ke dalam anak mata Shinhye.

Shinhye tertawa kecil sambil mengelap air matanya. “Ani… awak tak suka saya. Kalau awak suka saya pun, saya boleh buat apa? Don’t you see? I’m engaged and I don’t even like you Oh Sehun.” Shinhye menunjukkan cincin di jari manis tangan kirinya. Sekali lagi air matanya menitis. “Just stop thinking about me,” Shinhye terus memasuki ke dalam keretanya dan memecut laju meninggalkan Sehun yang berdiri kaku disitu.

Di dalam kereta, air matanya langsung tidak mahu berhenti keluar. Kenapa aku rasa sedih? Shinhye mengenggam erat stereng kereta. Kenapa aku kena kenal dengan kau? Kenapa aku boleh jumpa dengan dia balik?!

 

 

SEHUN'S POV

Sehun melangkah longlai memasuki ke dalam rumahnya. Dia melabuhkan punggungnya di tempat yang diduduki oleh Shinhye tadi. Kepalanya menghala ke syilling rumah. Perlahan-lahan keluhan berat dilepaskan. Kata-kata Shinhye berlegar di fikirannya.

"Ani... awak tak suka saya. Kalau awak suka saya pun, saya boleh buat apa? Don't you see? I'm engaged and I don't even like you Oh Sehun..."

Sekali lagi keluhan dilepaskan di bibirnya. Sehun menolak anak rambutnya ke belakang dan mencapai segelas air oren yang masih bersisa. Matanya memandang ke arah meja dan... eh iPhone siapa pulak ni? Aku punya ke? Sehun meraba poket seluarnya. Ada je. Habistu siapa punya iPhone ni? Should I check this iPhone?

Sehun mencapai iPhone tersebut lalu membukanya. Eh takde password? Eh Shinhye punya iPhone lah! Sehun mengerutkan dahinya haish careless lah dia ni! Dahlah takde password! Terlupa nak amik pulaktu! Tiba-tiba timbul idea nakal di fikirannya. Sehun membuka gallery Shinhye dan melihat gambar-gambar di dalamnya.

Sehun tersenyum manis apabila melihat gambar-gambar Shinhye. Dia slide lagi untuk melihat gambar seterusnya dan... ada seorang lelaki bersama Shinhye. Di dalam sebuah kereta. Muka Shinhye dan lelaki tersebut memang dekat. Sehun menggigit bibir bawahnya menahan rasa marah. Mesti ni tunang dia!

" this!" Sehun mencampakkan iPhone tersebut ke sisi sofa. Dia terus berjalan ke arah. Namun baru beberapa anak tangga, dia turun semula dan mencapai iPhone milik Shinhye yang masih berada di atas sofa dan membawanya masuk ke dalam bilik tidurnya. Hilang mood nak keluar harini!

END OF SEHUN'S POV

 

 

 

 

XIUMIN'S POV

 

From: Omma

Pergi boutique wedding tu harini and test your baju pengantin. Kot besar sangat or kecik sangat then they need to repair again. We should prepare everything from now, next month je dah you punya wedding. Anything just inform me, bye.

 

Xiumin mengeluh membaca WhatsApp dari omma-nya. Setelah itu dia terus memandu keretanya ke boutique yang diberitahu. Setelah memasuki ke dalam boutique tersebut, dia terus ke kaunter.

"Kim Minseok."

"Oh! Mari sini saya tunjukkan baju encik... haa ni dia! You can try this! Fitting room ada kat tepi tu, I'll stay here anything just call me,"

"Alright thanks," Xiumin mengambil baju tersebut dan mencubanya. Dia berdiri di hadapan cermin yang besar di hadapannya. Perfect size for me. No need to repair. Tinggal sarung je untuk majlis perkahwinannya bulan depan. Xiumin menyandarkan kepalanya di dinding.

Fikirannya melayang mengingati seseorang. Shinhye. Lama tak contact dah seminggu lebih rasanya lepas mereka bergaduh setelah Xiumin tak datang pada makan malam yang diadakan oleh family Shinhye. Rasa bersalah pada Shinhye menular pada diri Xiumin. How can I tell her the truth?

The truth that she is just my fake fiancee and not the real one as now.

Kring kring!

Xiumin meraba poket seluar slack yang tergantung di dinding. Memerhatikan nama pemanggil. The real fiancee. Xiumin mengeluh perlahan sebelum menyambut panggilan tersebut.

"Hello..."

"Hi baby! You tengah buat apa?"

"Baru habis try baju pengantin,"

"Oh great! Jom jumpa dekat restoran Itali macam biasa tu. See you there bye baby!"

Xiumin menyandarkan kepalanya di dinding. Dia memandang syilling bilik tersebut dan memicit kepalanya. The wedding date is just around the corner, how can I tell her? Saya sayang and cintakan awak but I'm really sorry Shinhye, jinjja mianhaeyo...

END OF XIUMIN'S POV

 

 

To be continue...

 

 

Author's note:

Hi everyone yesh I update lagi! So harap puas hati lah dapat topap semalam punya update sikit sangatkan.

And saya dah nak final exam woah time flies so fast bebbbbbb *kecut nak amik my first final exam kat ipta*

Wish me luck if i have a time i will update another chapter but if lah kan... lagipun dah nak final takut takde masa je. Harap chapter kali ni memberi kepuasan and korang dapat rasa apa yang Shinhye and Sehun rasa. I really hope.

Bila ada scene yang nangis-nangis ni kan saya akan type sambil dengar lagu-lagu sedih. So kekadang type pun nangis aiceh over lah author ni! Puih!

Alright bye guys! Kalau ada typo sorry. Jangan lupa comment!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Minmin #1
Chapter 14: Yeay..u update!! Again, i read it again from chapter 1.nmpak sgt free xda kerja kan?haha No la, ur story best..baca bnyk kali pun still best..tq2?
Athena66
#2
Chapter 13: Thanks for the update...looking forward for lovey dovey time of Sehun and Shin hye
Minmin #3
Chapter 13: Waaa..lamanye xupdate..tiba2 surprise keluar update notification.. end up, me baca balik dari awal chapter.. please, update lagi Authornim..hehehe
Athena66
#4
Chapter 13: Haha Sehun jual mahal pulak... Shin Hye will be disturb by his behavior. Haha really sad and funny at the same time.. Amazing make me more anxious to know what happen next.
Athena66
#5
Chapter 12: Wow best ya cerita ni.. But Sehun propose when Shin Hye still have not solve her problem. What is wrong with Xiumin?..looking forward to what happen next. Awesome story dear.
farhanifaizal #6
Chapter 12: best!!! boeklah ayat.....nanti update lah lagi...tak sabar nak dengar sambungannya pulak..... jalan cerita okay and menarik... nanti update lagi yee..
Minmin #7
Chapter 10: Sempoi ja baca..update!update!
aleya- #8
Chapter 4: Citer nya bagus.tdk sabar mahu baca part sterusnya. bagaimana nnti reaksi shinhye n sehun bila mereka bertemu..author fighting