Mess

IT'S OUR FATE (MALAY)

Shinhye mengeringkan rambutnya menggunakan tuala miliknya. Kemudian dia berjalan ke arah meja soleknya dan mengambil toner dan moisturizer lalu menyapunya di muka. Kemudian matanya jatuh pada cincin yang berada di dalam bekas aksesorinya. Dia mengeluarkan cincin tersebut dan merenung cincin tersebut dengan lama. Keluhan berat di lepaskan. Sudah 3 minggu berlalu. Sehun juga langsung tiada menghubunginya. Bagus jugak. Kata Shinhye di dalam hati.

Dia membawa cincin itu ke katilnya dan terus merebahkan diri di atas katil. Shinhye mengangkat cincin yang berada di jarinya itu ke udara. Meneliti cincin silver plain yang masih berada dalam keadaan baik itu. Dia menggigit bibir bawahnya.

 

“You know what… this cincin is from my mummy. She gave it to me when I’m 9 years old. Masa tu cincin ni ikut saiz hari manis saya. Tapi makin dah besar saya boleh pakai cincin di kat jari kelingking saya. Yelah physical body dah berubah. And people said… kalau nak tahu orang tu jodoh kita, saiz jari kelingking kita dengan perempuan tu sama.”

 “What are you doing Oh Sehun?!” Shinhye memerhatikan sekelilingnya.

Sehun tidak mengendahkan soalan Shinhye. “So after what happened toward you, dengan mummy punya wasiat and your parents, saya dah fikir masak-masak. And I take this opportunity to propose you, Park Shinhye-sshi… will you marry me?”

Shinhye merenung wajah Sehun bagai tidak percaya dengan apa yang baru sahaja keluar dari mulut Sehun itu. “Sehun-sshi are you crazy? Are you under alcohol?”

Sehun tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. “Nope... I’m fine. Just fine, and apa yang saya buat ni betul. Saya tak main-main, saya masih lagi berfikir dengan baik,”

Shinhye terus bangun dari kerusi yang didudukinya. “Jangan nak merepek lah Sehun1 Saya takde perasaan sikit pun kat awak buat apa saya nak kahwin dengan awak?! Kita ni kenal pun tak lama and I don’t even know anything about you, suddenly you just propose me? Wow! Merepek sangat awak ni… saya rasa lepas ni lagi bagus kalau kita act macam kita berdua ni tak pernah kenal antara satu sama lain… dahlah saya nak masuk dalam,”

Sehun mencapai lengan Shinhye. “Alright alright… okay.. I’m sorry. Saya terlalu ikutkan perasaan,”

Shinhye memandang wajah Sehun. “Oh Sehun-sshi… I’d appreciate if you wouldn’t cross the line. Just please act like we don’t even know each other,”

“Uhm.. Shinhye-sshi.. just take this ring, can you?”

Shinhye mengeluh dengan berat. “Kenapa saya nak kena ambil cincin awak ni? Awak nak suruh saya buat apa dengan harta awak ni?”

“Aniya. Just take it,” Sehun meletakkan cincin tersebut di telapak tangan Shinhye dan menghadiahkan senyuman ikhlasnya sebelum berlalu masuk ke dalam rumah dan meninggalkan Shinhye yang dalam keadaan terpinga-pinga di tepi kolam renang itu. Dia melihat cincin itu sebelum menggenggamnya.

 

Shinhye bangun dari pembaringannya dan duduk bersila di atas katil. Sekali lagi keluhan dilepaskan sebelum dia berguling-guling di atas katil. Dia mengusutkan rambutnya dan mengeluh sekali lagi. “Ah waeeeeee”

Shinhye menjilat bibirnya yang kering. Dia mengangkat cincin yang diberi oleh Sehun seminggu yang lepas ke udara sekali lagi. What is wrong with my life..?

Lepas kenal dengan Sehun dekat Busan dulu, satu per satu perkara jadi. Aku sendiri pun taktahu sama ada benda yang jadi antara aku dengan dia ni benda betul atau tak?

“Arrghhh” Shinhye merebahkan badannya sekali lagi ke katil dan menekup mukanya dengan bantal dan menjerit sekuat hatinya. Setelah rasa sedikit sukar untuk bernafas dia menolak bantal tersebut dan mencapai iPhonenya. Segera dia mendail nombor Xiumin, namun seperti biasa lelaki itu tidak akan menjawab panggilannya.

Kemudian dia mendail nombor rakan karibnya.

Tutt tutt… tutt tutt…

“Yeobuseyo?” suara seorang wanita kedengaran.

“Yah Krystal Jung!” Shinhye menyebut nama rakannya. Salah seorang rakan karibnya yang menjadi pramugari di dalam airline terkemuka di Korea. Cantik.

“Ahh Park Shinhye! Apahal kau call aku malam-malam macamni?”

“Lah kenapa pulak tak boleh? Kau bukannya ada husband lagi nak layan kat dalam bilik”

“Kau sabar jap nanti aku mesti akan ada boyfriend..  by the way apahal call call aku ni?”

“Besok jumpa nak tak? Kau busy? Ada flight ke?”

“Kenapa ni? What happen? Kau takkan pernah cari aku sebab kau tahu aku busy, biasanya aku je akan cari kau. Tell me what happen,”

Shinhye menggigit bibir bawahnya. Menahan diri supaya esakan tangisnya tidak kedengaran oleh Krystal. Rakan karibnya yang merupakan roommate sewaktu zaman study mereka.

“Shinhye.. what’s wrong? Xiumin ke?”

Shinhye menarik nafasnya, “ha.. haah. Xiumin,”

“Aku ada flight besok. But still untuk kau aku boleh je ada kan masa untuk jumpa tapi kita jumpa kat Subway Incheon Airport je. Boleh tak kau drive ke sana dalam pukul 2.30 petang macamtu?”

“Alright thanks Krystal,” Shinhye menamatkan panggilannya.

 

 

 

Keesokkan harinya…

“Annyeong Krystal Jung..”

Krystal mengangkat wajahnya dari iPhone-nya dan memandang ke arah empunya suara. “Yah Park Shinhye!” Dia terus memeluk rakannya itu, “oh my god I miss you so much, what’s wrong with your eyes? You look a bit thin than before,”

Shinhye terus mengambil tempat duduk berhadapan dengan Krystal. “Ni kau orderkan makanan untuk aku ke?” Shinhye terus mencapai sandwich Subway yang dibeli oleh Krystal. Memang kegemarannya namun dia tiada selera untuk menelan sandwich tersebut. Hanya menelannya untuk menjaga hati rakannya itu.

“Of course lah aku belikan! Takkan orang lain pulak, dah kita selalu lepak Subway of course lah aku tahu flavour favourite kau. By the way, you’re not answering my question!”

Shinhye memandang wajah Krystal dan menolak sandwich tersebut. Cukuplah menipu diri. Semenjak kes tersebut dia langsung tiada selera untuk makan, hanya makan untuk menjaga hati orang sekelilingnya saja. Itu pun makan hanya sedikit sahaja.

“You know… I’m going to get married with Xiumin less than 2 months right?”

“Yup! And aku yang akan jadi bridemaid kau! Yahoooo!!” ujar Krystal teruja.

Shinhye mengeluh perlahan. “We’re broke up already,”

“WHAT?!” jerit Krystal. Sedar orang-orang di dalam kedai memandangnya segera dia menundukkan kepalanya dan menutup mulutnya. “What happen?!”

“Ada salah faham. Kau ingat tak pasal lelaki yang aku cerita kat Busan tu?”

“Aah! Aku ingat! Kenapa tiba-tiba kau sebut pasal ni pulak?”

“Dalam 3 minggu… betul-betul gila! Xiumin tak contact aku lepas kita orang bergaduh sebab dia tak datang makan malam yang omma dengan appa aku plan! Dia senyapkan diri tiba-tiba. And you know what, aku kena hantar fail pergi rumah sajangnim aku and anak dia tu lelaki yang kat Busan tu. Handphone aku tertinggal kat rumah dia then I don’t know what is wrong tiba-tiba boleh pulak Xiumin call and lelaki tu angkat sebab lelaki tu ingatkan dengan antara Xiumin dia bolehlah mintak tolong Xiumin pulangkan phone aku balik. So kesimpulannya… Xiumin ingat aku curang? Like what the hell..” Shinhye cuba menghabiskan ayatnya dan menahan tangisannya.

“Wow.. this is so ed up. Kau dah try terangkan kat Xiumin?”

“Dah! You know what malam tu jugak aku nak jumpa Xiumin. Lepastu..” air mata Shinhye menitis. “Dia nak lempang aku tapi anak sajangnim sempat tahan. Then terus Xiumin takde cari aku lagi dah..” Shinhye mengelap air matanya. “Aku tak tahu nak buat apa sekarang ni Krystal.. masa berjalan, dia buang aku macam tu je Krystal."

"Oh my god babe.. aku mintak maaf sebab takde dengan kau waktu semua ni jadi. I'm so sorry for that. Yang Xiumin sampai nak naik tangan dengan kau ni kenapa? The wedding date is just around the corner tau Shinhye. Wedding is not a joke okay. Parents kau cakap apa je pasal ni?"

Semakin deras air mata Shinhye mengalir. "No... dia orang tak tahu lagi! Aku takut nak bagitahu dia orang! Aku taknak family aku malu Krys! My mind in a mess condition right now.. aku dah macam orang gila! Nangis everyday." Shinhye menutup mukanya. Nasib pandai rakannya memilih tempat yang sedikit tersorok dari orang lain. Kalau tak mesti orang ingat aku tengah berlakon dalam drama yang episode tak ke sudah ni?

Krystal terus mengusap bahu rakannya itu untuk menenangkan Shinhye. "Sshh.. jangan nangis. Nanti tak lawalah kawan aku ni! Sabar okay. Mungkin yang jadi ni semuanya ada hikmah. Apa pun kau kena bagitahu parents kau pasal ni. Ye aku tahu, kau takut family kau tanggung malu. Kau takut family kau marah kau. But benda ni bukan mainan Shinhye. Trust me, there's a reason for what's happening in your life right now. Aku tahu kau tengah serabut fikir pasal ni kan, but aku rasa kau kena move on and handle problem ni. Kau tengok Xiumin, dia dah move on lepastu senang-senang je dia lepas tangan macam tu!"

"Should I tell my parents?" Shinhye melihat wajah Krystal.

"Yes kau kena bagitahu! Kalau tak sampai bila? Nanti dah tiba tarikh wedding kau macam mana? Nak cekup lelaki mana jadi pengantin lelaki kau?"

Shinhye menganggukkan kepalanya perlahan. Dia melihat jam di tangannya. "Dahlah kau gi lah lapor diri. Flight kau dah dekat dah tu. Sorry for taking your time miss stewardess"

Krystal meniliti jam di tangannya juga. "Ehhh it's okay lah. Jom lah teman aku sampai depan sana, nah ni beg masukkan makanan kau kat dalam ni."

Shinhye patuh mendengar kata Krystal dan memasukkan makanan yang dibelikan oleh Krystal tersebut ke dalam beg yang diberikan. Mereka berdua terus bangun dan bergerak di hadapan balai berlepas untuk menghantar Krystal.

"Oh ya.. flight kau kemana harini? Heheheh, sorry lupa nak tanya kau," Shinhye menghadiahkan senyuman seperti kerang busuk kepada Krystal setelah mereka tiba di hadapan balai berlepas.

"Japan je. Kau nak aku cekup sesiapa tak untuk jadi bakal pengantin kau?"

Shinhye hanya tergelak dengan gurauan Krystal itu.

"Hah nilah kawan aku yang cantik tu senyum dengan gelak dia tu boleh buat orang jatuh cinta!" Krystal memeluk rakannya. Shinhye turut membalas pelukan Krystal sambil tersenyum.

"Thanks Krystal," ujar Shinhye sewaktu mereka berdua meleraikan pelukan.

"It's okay babe. Apa guna bestfriend kalau tak boleh mendengar masalah kawan sendiri and bagi nasihat betul tak.."

"Hi Krystal Jung!"

Shinhye dan Krystal terus mengalihkan pandangannya ke arah suara tersebut.

"Oh hi Baekhyun and Kai.. korang berdua ni memang selalu dapat flight sama memang boleh plan ke?"

"Ehhh no lah. Dah jodoh kita orang berdua kuat, nak buat macam mana. You janganlah jealous," Kai mengenyitkan matanya.

"Ohh I see... Shinhye, ni kawan-kawan sekerja aku Baekhyun and Kai, and this Baekhyun, Kai.. this is.."

"Shinhye.." jawab mereka berdua serentak. Shinhye terus memandang wajah mereka dan memberi pandangan 'how did you guys know my name'.

"Oh korang kenal ke?"

"Korang buat apa lagi kat sini? Dah check cabin ke?" datang lagi satu suara mencelah perbualan mereka dari belakang. Shinhye dan Krystal terus memusingkan badan mereka untuk melihat gerangan suara tersebut. Pucat wajah Shinhye sewaktu memandang wajah lelaki tersebut yang begitu tampan memakai sepasang baju pilot berserta luggage dan topi ditangannya.

"Kenapa you guys sibuk kat sini hah? Perlu ke I perkenalkan rakan sekerja I dekat kawan baik I ni? Sehun, this is Shinhye, Shinhye.. this is Se.."

"Sehun" potong Shinhye perlahan namun masih dapat didengari oleh semua.

"Wait... you guys know each other? Sehun you kenal ke kawan I ni?"

Sehun memandang wajah Krystal sekilas sebelum memandang wajah Shinhye. "Nope. I don't know her" Shinhye terus memandang wajah Sehun dan mengenggam tangannya menjadi penumbuk. Nak marah pun tak boleh sebab tu memang aku yang suruh!

"But tadi Shinhye macam sebut nama you.."

"Dah-dah guys let's go check cabin elok ke tak seat belt apa semua," ujar Sehun dan terus meninggalkan mereka semua. Kai dan Baekhyun turut mengekori rakannya itu dari belakang.

Krystal memandang Shinhye, "hmm... kenapa aku rasa kau dengan dia orang berdua ada kaitan? But nevermind lah, kau nak tahu tak yang pilot tu tadi tu hot gila and pilot yang memang paling smart sekali lah dalam airline kita orang. Dia tu kalau sekali petik je beribu perempuan nak, tapi dia tu jenis melayan yelah dah handsome kau gila ke takde orang nak? Tapi aku tak amik port sangat pasal Sehun tu sebab dia tu plaay..."

"Eh kau kena lapor diri kan? Baik kau pergi cepat sebab pilot tadi tu macam nak cepat je,"

Krystal memeluk Shinhye sekali lagi, "alright babe.. take care okay. Anything just ring me! I'll be there for you,"

Shinhye membalas pelukan Krystal, "alright.. take care too, have a safe flight.."

 

 

 

 

To be continue...

 

Author's note:

Hi korang! Its been a long time since i update this fanfic. I'm sorry for making you guys wait for this fanfic to continue.

Oh my god actually i dont know what to say.. just the latest comment tu buat i rasa macam nak teruskan cerita ni.

Anyway, thank you yang comment tu ;)

Kalau ada typo ke broken english ke im sorry everyone.

Lots of love.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Minmin #1
Chapter 14: Yeay..u update!! Again, i read it again from chapter 1.nmpak sgt free xda kerja kan?haha No la, ur story best..baca bnyk kali pun still best..tq2?
Athena66
#2
Chapter 13: Thanks for the update...looking forward for lovey dovey time of Sehun and Shin hye
Minmin #3
Chapter 13: Waaa..lamanye xupdate..tiba2 surprise keluar update notification.. end up, me baca balik dari awal chapter.. please, update lagi Authornim..hehehe
Athena66
#4
Chapter 13: Haha Sehun jual mahal pulak... Shin Hye will be disturb by his behavior. Haha really sad and funny at the same time.. Amazing make me more anxious to know what happen next.
Athena66
#5
Chapter 12: Wow best ya cerita ni.. But Sehun propose when Shin Hye still have not solve her problem. What is wrong with Xiumin?..looking forward to what happen next. Awesome story dear.
farhanifaizal #6
Chapter 12: best!!! boeklah ayat.....nanti update lah lagi...tak sabar nak dengar sambungannya pulak..... jalan cerita okay and menarik... nanti update lagi yee..
Minmin #7
Chapter 10: Sempoi ja baca..update!update!
aleya- #8
Chapter 4: Citer nya bagus.tdk sabar mahu baca part sterusnya. bagaimana nnti reaksi shinhye n sehun bila mereka bertemu..author fighting