Everything is ruined

IT'S OUR FATE (MALAY)

Shinhye menyandarkan tubuhnya di kerusi. Dia mencapai handbag-nya lalu mengeluarkan buku yang diberi oleh Sehun 3 bulan lepas. A Pilot. Keluhan dilepaskan perlahan. No wonder bagi buku tajuk macamni sebab awak pun kerja pilot.

“Perhaps do I like you?”

Sekali lagi dia melepaskan keluhannya. How can I work with his dad’s company? How can I… meet this guy again? Apa semua ni! Ah this is so confusing me. Aku tak sangka benda cliché macam ni memang betul-betul wujud. Shinhye mengurut dahinya yang tidak pening itu.

Tuk tuk tuk!!

Shinhye memandang ke arah pintu biliknya. “Masuklah,”

Emily masuk kemudian menutup semula pintu bilik Shinhye. Shinhye memang pantang kalau orang dah masuk atau keluar tapi tak reti nak tutup pintu mau kena bebel nanti. Emily terus duduk di hadapan Shinhye

“Hah kenapa masuk jumpa aku ni? Any problems?” soal Shinhye. Dia memandang wajah Emily sekilas sebelum mengalihkan pandangannya ke arah luar tingkap.

Emily ketawa kecil. “Yah not me yang ada problem. Kau tu hah, what’s wrong?”

Shinhye mengalih pandangannya ke wajah Emily. “Aku? Aku okay je takde problems pun. Asal? Muka aku nampak macam ada problem ke?”

“Hmm aah. Kau nampak serabut je, gaduh dengan boyfriend ke? Xiumin?”

Mulut Shinhye ternganga sedikit. “How can you know about me and him duh?”

Emily tersengih seperti kerang busuk. “So memang betullah kau dengan dia eh? Ohhh kau, dah kawan dengan aku berapa lama? Baru sekarang nak ngaku. Tu pun aku sebut nama dia, kalau aku tak sebut? Sampai kau kahwin kot baru aku dapat tahu. Ala weh, kita kan dulu satu kolej, dari cara dia layan kau pun aku dah tahu yang dia tu sukakan kau. And… kau pun, mestilah sama kan,”

Shinhye tersenyum paksa, “hehehe, mian. Ala, aku bukan taknak bagitahu, aku just… just…”

“Just apa? Eleh,”

Shinhye tersenyum segaris. Xiumin, tah berapa minggu dah tak contact dengan dia. Rindu? Tak payah cakaplah, memang rindu sangat. Tapi, nak buat macam mana dah dia yang buat salah kenapa sampai sekarang tak reti nak mintak maaf? Dah tentu omma dengan appa ajak dia dinner sekali kat rumah, dia pun dah janji nak datang. So, kenapa dia tak datang? Bagi harapan palsu. Kecewa hati ni, tak payah cakaplah. Malu pun ada dengan parents sendiri. Shinhye mengeluh perlahan.

Emily memandang Shinhye. “Shinhye ah… ni lagi satu aku nak tanya,”

“Hah waeyo?”

“Aku call kau tadi time kau pergi rumah Sajangnim, asal kau tak angkat? Banyak kali tau aku call! 3 kali masuk voicemail hish habis kredit aku tahu tak!” bebel Emily. Dia memuncungkan mulutnya ke depan.

Shinhye mengerutkan dahinya. “Kau call aku ke? Aku rasa aku silentkan phone aku lah, jap eh aku cari jap phone aku,” Shinhye mencapai handbag-nya lalu mencari iPhone-nya. “By the way, kenapa kau call aku banyak kali?”

“Hmm… aku ingatkan nak suruh kau drive-thru Starbucks. Aku craving, hehehehe”

Shinhye memandang sekilas wajah Emily lalu menggelengkan kepalanya. “Nanti hujung minggu ni kita pergi lepak kat sanalah. Eh mana phone aku ni??” Shinhye menggarukan kepalanya.

“Dalam kereta kau takde ke tadi?”

Shinhye memandang wajah Emily. “Kereta? Hah ye kot dalam kereta. Nanti aku check, harap adalah dalam kereta tu,”

 

 

SEHUN’S POV

“Hey bro! Long time no see eh, apa khabar bro?” soal Baekhyun sambil menyalam tangan Sehun dan Kai. *ala gaya lelaki salam yang nanti ibu jari diorang bergesel tu hahahahah apabendalah author merepek ni* Dia mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Kai. Manakala Sehun berada di depannya.

Sehun tersenyum. “Sihat je bro. Tulah kau, busy sangat lately ni, nak nampak batang hidung pun susah,”

Kai menganggukkan kepalanya. “Aah, kalau batang hidung pun susah nak nampak apatah lagi nak bertembung dengan kau even kat airport sekali pun, dalam mimpi jelah kan Sehun-ssi?”

Sehun menganggukkan kepalanya sambil memandang muka Baekhyun. “Kau nak order apa? Aku dengan Kai dah order air dah. Tak makan kot, just lepak minum kopi je ni. Kai kata dia rindu nak reunion semua so acah lah ni, hah waiter amik order sorang ni ha,”

Usai memesan minuman, Baekhyun memandang wajah Sehun dan juga Kai. “Yelah kenalah busy, nak cari duit kahwin…”

Kai yang sedang menghirup air mocha tersedak. Sehun pula memandang wajah Baekhyun seperti tidak percaya. “Kau… kau dah ada calon ke?”

Baekhyun memandang Sehun. “Calon? Hahahah belum lagilah. Just prepare jelah,”

“Ohhh aku ingat kau buang tabiat nak kahwin awal,” ujar Kai selamba. Air yang diorder oleh Baekhyun tiba di meja mereka bertiga dihantar oleh waiter yang berbeza.

“No new stories ke guys?” soal Baekhyun.

Sehun tiba-tiba teringatkan sesuatu. “Guys… ingat tak awek yang kita deal dulu time kat Busan? Yang aku rasa dia tu memang ditakdirkan untuk aku? Yang dia dengan aku tu hanya bersebelahan bilik je?”

“Hah ingat-ingat,” jawab Kai dan Baekhyun serentak. Wajah mereka memandang wajah tampan milik Sehun yang serius itu. “Asal dengan awek tu?” soal Kai.

Sehun mengeluh perlahan. “Aku tahu benda ni macam kelakar. And maybe cliché gila. One more thing… korang tahu kan aku dah stop contact dengan dia sebab aku rasa dia tukar nombor baru sebab taknak aku kacau dia lagi,”

“Yes aku tahu semua tu. Kitorang semua tahu. So sekarang ni whats the problem?” tanya Baekhyun sambil menghirup espresso yang dipesannya tadi.

Sehun menolak anak rambutnya ke belakang. Dia memandang keluar kedai dot.com coffee yang tingkapnya transparent sebelum memandang ke arah Baekhyun dan Kai. “I don’t even know what is going on… but tadi aku jumpa dia,”

“SAY WHATTTT??” jerit Baekhyun dan Kai seakan-akan pondan. Apabila menyedari ada ramai customer di kedai yang bakal menjadi tempat lepak kegemaran mereka itu, Baekhyun dan Kai menundukkan kepalanya sambil memohon maaf.

“Weh kau biar betul? Kau jumpa awek tu kat mana? Dia kenal kau lagi tak? Ke dia try jauhkan diri daripada kau lagi macam time kita kat Busan tu?” soal Kai bertubi-tubi.

“Ke dia cuba usya kau balik? Aku taktau pulak dia tinggal kat Seoul, ingat kat Gangnam ke Jeju ke what so ever,” balas Baekhyun pula sambil tangannya diawang-awangan.

Kai memandang muka Baekhyun. “Kalau ye pun tangan tu takpayahlah over sangat,”

Sehun memandang mereka berdua. “Benda ni lagi buat aku terkejut. Sebab dia… kerja dengan daddy aku, kat Jeguk Empire.”

“JINJJAAAA??!” Sekali lagi Baekhyun dan Kai terkejut dan mengulang perkara yang sama iaitu memohon maaf akibat terlampau kuat jeritan mereka kali ini.

“Weh biar betul dia kerja dengan daddy kau? Jeguk Empire? Seriously?! How small the world is bro…” kata Kai sambil menepuk-nepuk tangan.

“Usya lah dia balik bro. Peluang dah ada depan mata. Peluang keemasan ni Sehun. Takkan nak biar je? Kau pun aku tengok lepas balik daripada Busan haritu, macam dah lain je aku tengok. Macam tak boleh kalau takde awek tu. By the way siapa nama dia?” tanya Baekhyun.

“Park Shinhye,”

“Hah bro… usya balik ah. Takkan nak biar je?”

“Tapi dia dah jadi tunang orang lah weh,” Sehun mengeluh perlahan.

“Tu-tunang? Dia dah tunang? Serious ah?” soal Kai bagaikan tidak percaya.

“Ye. Dia bagitahu aku tadi, lagi satu hal phone Shinhye tertinggal kat rumah aku tadi so aku belek lah. Ada gambar dia dengan tunang dia,” Sehun mengeluarkan iPhone Shinhye daripada poketnya.

“Dia tak lock…”

Kring kring! Kring kring! iPhone milik Shinhye berbunyi tanda ada panggilan masuk. Sehun memandang wajah Kai dan Baekhyun bersilih ganti. Sehun mengambil iPhone Shinhye lalu melihat nama pemanggil. “Xiumin oppa with red heart?” Sehun memandang wajah rakannya berdua itu sekali lagi.

“Weh tu-tunang dia ke? Xiumin?” muka Kai nampak gelabah.

“Jawablah! Takkan nak biarkan macam tu je sakai?” marah Baekhyun.

Sehun menelan air liurnya. Apahal pulak aku nak kena on call dengan tunang orang ni? Sehun terus menekan button angkat call. Dia melekapkan iPhone Shinhye di telinganya. Menanti Xiumin bersuara.

“Err hi Shinhye. Lama tak jumpa kan? Jom jumpa? Hujung minggu ni kat Restoran Itali biasa tu… Shinhye-ah? Kenapa senyap je ni?” suara Xiumin kedengaran di dalam talian.

Sehun mengerutkan keningnya. Buntu. “Err.. annyeonghaseyo,”

“Eh asal suara lelaki? Kau ni siapa?”

“Sehun imnida. Shinhye tertinggal phone dekat rumah saya tadi so saya pun tak tahu macam mana nak pulangkan phone dia ni. Nama encik, Xiumin kan? So saya rasa saya boleh kot pulangkan dekat encik. Nanti encik tolong pass dekat Shinhye jelah,”

“WHAT?! Dekat rumah kau?! Apa hubungan kau dengan dia? Apa benda dia buat sampai ke rumah kau ni? Jual diri ke? Dasar perempuan tak guna,”

Sehun menggigit bibirnya. Tangannya sudah digenggam erat. Kalau muka Xiumin ada depan mata ni memang dah lama lelaki itu dihadiahkan buku lima ni. “Eh bro. aku rasa kau silap ni. Aku dengan dia takde apa-apa pun. Dia ada kerja tadi, so dia datanglah rumah aku. Lagipun dalam rumah tu bukan ada aku sorang je tau, ada daddy dengan ahjumma. So, aku tak nampak pun tang mana dia jual diri dia tu. Urusan dia dengan daddy aku bukan aku so takpayah nak cakap benda bukan-bukan. Lagipun… dia tunang kau kan, mana kepercayaan kau dekat dia? Sorry but no sorry lah aku ni bukannya nak jadi penyebab korang berdua bergaduh dengan dia ke apa, yang penting set time dengan masa, ambil balik tunang kau ni punya phone,” Kai dan Baekhyun sudah memandang wajah Sehun yang merah menahan marah tu.

“Dahlah takpayah lah nak menipu aku. Aku tak hadap dah. Tunang? Heh. Boleh pergi matilah…” panggilan ditamatkan.

“Sial lah lelaki ni! Dia ingat aku ni dengan Shinhye ada apa-apa ke? Siap boleh cakap aku dengan Shinhye buat benda bukan-bukan! What the lah eh? Mana pergi akal dia ni? Dah besar tapi buat tindakan macam budak-budak.”

“Serious lah. Asal tunang dia macam tu doh?”

Kring kring! Kring kring! iPhone Shinhye berbunyi sekali lagi. Sehun melihat nama pemanggil. Kali ini, nama Emily pula tertera di atas skrin. Sehun terus menjawab panggilan tersebut.

“Yeobuseyo?” soal Sehun.

“Yah! Awak ni siapa? Mana awak rembat phone saya? Baik awak pulangkan cepat. Pulangkan lah balik phone saya! Pulangkanlah balik… I cant live without my precious phone. Awak tahu tak saya kerja keras untuk beli phone tu? Pulangkanlah balik,”

Mulut Sehun mengukir senyuman. Dia tahu Shinhye sedang bercakap dengannya. Ayatnya masih sama seperti dia dan gadis itu di Busan. ‘Saya kerja keras untuk beli phone tu’ Aigoo this girl so cute how can I not fall in love with her? “Annyeonghaseyo. Awak nak balik phone awak? So apa kata awak datang Arena malamni? Saya ada kat sana malam nanti pukul 9, if awak naklah precious phone awak ni. Kalau taknak takpe. Saya amik je,”

“Yah! Okay-okay demi phone saya. Saya sanggup buat apa je. Jangan cuba tipu saya! Saya ni pandai karate tahu tak! Okay bye!”

Sehun memandang skrin iPhone Shinhye biarpun panggilan mereka telah tamat. “Woah garangnya! No wonderlah aku tak boleh lupakan dia ni,”

“Siapa tu? Siap suruh datang Arena lagi malamni, yang kau pun tersengih-sengih macam mintak penampar aku ni dah kenapa? Tadi bukan main marah macam nak terbakar kedai ni, sekarang sengih-sengih pulak…” ujar Baekhyun.

“Emily. Tapi yang call tadi tu Shinhye. Aku rasa dia pinjam kawan dia punya phone kot untuk call no dia ni. So malam nanti, aku dapat jumpa dia lagi…” Sehun tersenyum lebar. Namun, senyumannya mati apabila teringatkan tunang Shinhye. Diorang takkan bergaduh kan disebabkan aku?

 

 

SHINHYE’S POV

Shinhye memarkirkan keretanya di ruang tempat letak kereta sedia ada. Arena. Dulu dia selalu bermain badminton bersama-sama rakan sekolahnya namun bila semua dah kerja aktiviti tidak diteruskan lagi disebabkan semuanya busy kerja. Nampak macam tak ramai je orang harini kat Arena.

Shinhye mengunci keretanya lalu berjalan masuk ke dalam Arena. Dia melihat orang di dalam hanya ada yang bermain futsal. Tu pun satu court je. Takkan orang ni main futsal kot. Aku dahlah takde phone apa-apa nak contact dia tu. Macam mana ni!

Shinhye mendekati ke arah jejaka berenam yang sedang bermain futsal itu. Dia melihat wajah seorang demi seorang dan matanya terhenti pada seorang yang sedang membawa bola dan akhirnya menjaringkan goal. Sehun.

“Yeah! Goal!” Chanyeol berlari memeluk Sehun. Manakala Sehun pula memandang ke kanan dan pandangan mata antara Shinhye dan Sehun bertembung. Sehun melambaikan tangannya. “Weh korang take 5 kejap. Aku nak jumpa someone kejap,”

“Shinhye dah sampai ke?” tanya Kai. Sehun hanya mengangguk.

Sehun keluar dari gelanggang dan berjalan ke arah Shinhye. “Sorry kalau saya busuk sikit. Awak duduk dululah,”

Shinhye memandang wajah Sehun dengan pandangan pelik. “Apa awak cakap ni, saya datang ni bukan nak jumpa awak. Saya nak jumpa dengan orang yang ambik phone saya. Sekarang saya tengah tunggu orang tulah ni, awak pergilah main futsal sana. Jangan ganggu saya boleh tak?”

Sehun tertawa. “Yah Park Shinhye how can you forgot my voice kat dalam phone. How dare you eh, tak gini ceritanya… you punya phone tertinggal lah dekat rumah daddy siang tadi. Careless betul awak nilah! Dahlah tak buat lock screen. Tu nasib baik saya yang jumpa and tertinggal kat rumah daddy. Kalau kat tempat lain? Hilang tau awak punya precious phone ni,”

Shinhye telan air liur. Malu. Mukanya merah padam. “Ah… ji-jinjja? Mianhaeyo,”

“Dwasseo (its okay). Awak tunggu kejap boleh? Lagi 20 minutes je, lepastu game habis. Saya mandi kejap 10 minutes then baru saya bagi phone awak. Phone awak dalam kereta saya, saya lock takkan nak tinggal gitu je so awak duduklah kat sana dulu. Saya masuk court dulu,”

“Jamkkanman! (wait a minute)

Sehun memandang wajah Shinhye. “Oh waeyo? Gwenchana-yo?”

“Gomawoyo,” Sehun hanya tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.

 

 

“Mianhaeyo. Awak tunggu lama ke?” soal Sehun sambil termengah-mengah. Setelah siap berpakaian dia terus berlari ke arah Shinhye.

Shinhye menggelengkan kepalanya. “Aniyo. So mana phone saya eh? Saya nak baliklah nanti appa dengan omma saya risau,”

Sehun mengeluarkan iPhone Shinhye dari dalam sweat pant nya dan menghulurnya ke Shinhye. “Saya tolong charge kan phone awak. Adalah dalam 70% tak sempat nak full charge. Mian.”

Shinhye tersenyum segaris. Dia sebenarnya tak sanggup bertentang mata dengan Sehun. “Gwenchana. Gomawo, saya gerak dulu.”

“Jamkkaman! Tadi Xiumin oppa with red heart aka your fiancée call. And saya rasa dia salah faham sebab saya yang jawab call tu. Saya ingat bila saya angkat call dia, dia boleh tolong pulangkan phone awak. Tapi dia ingat kita ada affair. And you better call him now,”

Shinhye memandang muka Sehun. Mata Shinhye bulat membesar apabila Sehun berkata begitu. Tanpa berlengah Shinhye terus mendial nombor Xiumin. Panggilan pertama tidak diangkat, panggilan kedua juga begitu. Ah waeyo Xiumin?! Shinhye menghubungi Xiumin untuk kali ketiga.

“Yeo-yeobusyeo? Jagiya??” soal Shinhye. Jantungnya sudah berdegup kencang.

Xiumin tergelak kecil. “Jagiya? Relevan lagi ke Shinhye panggilan tu? Kau dah ada jantan lain kan? So apahal cari aku lagi ni?”

Air mata Shinhye menitis. “Yah Kim Minseok! Awak salah faham jelah! Saya punya phone tertinggal dekat rumah Sajangnim lah! Sehun ni anak dia! So, kitorang takde apa-apa hubungan pun lah. Apa masalah awak ni? Kita jumpa please? Sekarang. Jebal,”

“Susah nak cakap dengan kau ni kan perempuan? Kau datang jelah kedai yang biasa kita lepak tu, aku ada kat situ sekarang ni…”

“Ahrasso. Awak tunggu situ sa-saya datang sekarang,” Shinhye terus berjalan. Namun, Sehun menarik lengannya. “Awak nak apa lagi ni? Saya nak pergi jumpa Xiumin ni. Lepaslah Sehun,”

“Gwenchana-yo? Is everything okay? Saya ikut awak eh?”

“No please. Let me go, thanks for this phone.”

Sehun hanya memandang tubuh Shinhye yang sedang berlari ke arah kereta miliknya dan gadis tersebut terus memandu keluar dari arah parking kereta Arena. Semua ni salah aku ke? Aku just nak pulangkan phone dia balik je.

 

 

ONCE AGAIN // OST DESCENDANTS OF THE SUN

Shinhye terus berjalan dan duduk di hadapan Xiumin. Sudah 3 botol soju tunangnya ini teguk. Confirm mabuk kejap lagi. Dia memerhatikan orang-orang di sekelilingnya. Semuanya sedang buat hal sendiri.

Shinhye memandang tubuh Xiumin yang sedang membaringkan kepalanya beralaskan lengan. Mata lelaki itu tertutup. “Yah Kim Minseok. Are you crazy?”

Xiumin mengangkat kepalanya. Senyuman sinis dihadiahkan kepada Shinhye. "Eh perempuan gatal ni dah sampailah! Hello perempuan. Seronok tak tidur dengan lelaki lain? Best?"

Shinhye menggenggam erat buku limanya menahan marah. "Hah jinjja. Berapa kali saya nak kena bagitahu awak? Berapa kali nak kena ulang ni semua salah faham jelah! Saya bukannya bodoh sangat sampai nak jual diri saya Xiumin! Saya masih ada maruah ada harga diri. Apa masalah awak ni? Kenapa cepat sangat buat kesimpulan yang bukan-bukan?"

"Sebab dua minggu kita tak contact... so kau maybe boleh buat macam-macam kat belakang aku. So sekarang ni simple je. Aku nak putus tunang dengan kau. Terpulanglah kau setuju ke tak, tapi aku memang nak putus dengan kau. Rasa cinta dekat kau dah takde Shinhye lepas semua yang kau simpan selama ni terbongkar,"

Air mata Shinhye menitis. Marah, sedih dan geram bercampur baur. "Apa awak cakap ni? Kita dah 3 tahun tau Xiumin, jangan nak merepeklah. Saya taknak. Awak mabuk sekarang ni sebab tu awak cakap benda bukan-bukan. Stop it jagiya. You know I love you a lot kan?"

"Pergi mati dengan I love you kau tu. It doesnt mean anything to me now. Kau dah tak boleh bodohkan aku lagilah Shinhye. So baik kau pergi dari pandangan mata aku sekarang. PERGI!!!!" jerit Xiumin.

Air mata Shinhye menitis sekali lagi. "How could you do this to me Xiumin? Kenapa awak tak percayakan saya? Apa masalah awak ni?!" jerit Shinhye bersama titisan air matanya. "Saya taknak putus awak faham tak?!"

Xiumin mengeluh kuat. "Haish kau ni bisinglah perempuan. Blah jelah!!" tangan Xiumin sudah diangkat untuk menampar wajah Shinhye.

Namun, tangan Xiumin ditahan, senyuman tipis dihadiahkan pada Shinhye. "Shinhye-ah. Mian," Xiumin dihadiahkan penumbuk. Dia jatuh terduduk di atas lantai. Xiumin mengelap mulutnya yang berdarah akibat tumbukan kuat itu tadi. Shinhye menutup mulutnya melihat Xiumin jatuh terduduk. Air matanya deras mengalir.

Keluhan perlahan dilepaskan. "Kau ni... harap je muka handsome, maskulin. Tapi otak letak kat lutut. Manners kau kat perempuan mana bro? Kalau ye pun nak bergaduh, tangan tu tak payah lah nak melayang sekali. Mianhae, aku terpaksa tumbuk muka kau. Sebab aku tak boleh kalau orang tak respect perempuan ni. Lagi satu nak cakap, aku dengan dia memang takde apa-apa so tak payahlah nak bergaduh sebab benda kecik macam ni. Childish betul, Shinhye kaja." 

Lengan Shinhye ditarik dan mereka berdua keluar dari kedai. Sehun masih memegang lengan Shinhye biarpun sudah sampai di kereta milik Shinhye. Shinhye masih lagi menangis tanpa henti. Sehun menggigit bibir bawahnya. Kalau nak diikutkan hati ni nak aje aku peluk Shinhye ni tapi kalau rasa nak patah tulang tangan try lah.

"Shinhye. Gwenchana? Dahlah janganlah nangis. Saya mintak maaf sebab tumbuk muka dia tadi, saya tak sengaja. Jinjja" Sehun mengangkat tangannya seperti bersumpah.

Shinhye memandang wajah Sehun. "Ma-macam mana... aw-awak tahu saya kat si-sini?" tanya Shinhye sambil menahan esakannya.

"Mianhaeyo saya follow awak tadi,"

Shinhye hanya menganggukkan kepalanya perlahan. "Gomawo. Awak tolong saya banyak sangat harini, good night." Terus Shinhye meninggalkan Sehun yang terdiam seperti patung di tepi jalan raya.

Sehun memandang kereta Shinhye yang semakin jauh dan semakin hilang daripada pandangan mata. Dont worry even awak tak terima saya pun, saya tetap akan jadi life saver awak. Good night too, Park Shinhye.

 

To be continue...

 

 

Author's note:

Annyeonghaseyo. hi guys im back! kali ni saya update memang panjang kan and saya harap awak sudi baca

harap awak dapatlah apa yang saya sampaikan ni. apa perasaan shinhye sehun xiumin.

SAYA SUKA XIUMIN OKAY DIA BIAS KELIMA SAYA TAPI MAAFKAN SAYA SEBAB BUAT WATAK DIA MACAM TU JEONGMAL MIANHAEYO :'(

Btw final saya dah habis seminggu lepas tapi saya lambat update sebab kemalasan menguasai diri. and nanti next week result keluar omg risau gila

oh ya nanti kalau saya rajin and ada masa saya update next chapter okay?

SUBSCRIBE AND COMMENT TAU :) 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Minmin #1
Chapter 14: Yeay..u update!! Again, i read it again from chapter 1.nmpak sgt free xda kerja kan?haha No la, ur story best..baca bnyk kali pun still best..tq2?
Athena66
#2
Chapter 13: Thanks for the update...looking forward for lovey dovey time of Sehun and Shin hye
Minmin #3
Chapter 13: Waaa..lamanye xupdate..tiba2 surprise keluar update notification.. end up, me baca balik dari awal chapter.. please, update lagi Authornim..hehehe
Athena66
#4
Chapter 13: Haha Sehun jual mahal pulak... Shin Hye will be disturb by his behavior. Haha really sad and funny at the same time.. Amazing make me more anxious to know what happen next.
Athena66
#5
Chapter 12: Wow best ya cerita ni.. But Sehun propose when Shin Hye still have not solve her problem. What is wrong with Xiumin?..looking forward to what happen next. Awesome story dear.
farhanifaizal #6
Chapter 12: best!!! boeklah ayat.....nanti update lah lagi...tak sabar nak dengar sambungannya pulak..... jalan cerita okay and menarik... nanti update lagi yee..
Minmin #7
Chapter 10: Sempoi ja baca..update!update!
aleya- #8
Chapter 4: Citer nya bagus.tdk sabar mahu baca part sterusnya. bagaimana nnti reaksi shinhye n sehun bila mereka bertemu..author fighting