Lucky

IT'S OUR FATE (MALAY)

Shinhye memandang lemah laptop di hadapannya. Kemudian dia mengeluh perlahan. Sudah dua jam lebih dia menghadap benda alah ni naik pening jugak kepala otak dia dibuatnya. Dia meregangkan urat saraf dan segala otot di lengan, kepala dan lehernya. Dikerlingnya sekilas jam di laptopnya, sudah pukul 4.30 petang! Dia menyandarkan badannya di kerusi.

Yay lagi setengah jam balik yuhuuu! Lepastu bolehlah rilekskan badan atas katil. Shinhye tersenyum seorang diri apabila dapat membayangkan nikmat baring di atas katil nanti.

"Oi Shinhye apa yang you tersenyumkan sensorang tu? Are you okay? Dah makan ubat?" sergah Donghyun.

"Opocot meletop lagi! Yah Lee Donghyun stop doing this to me!" marah Shinhye. Dia mengetap bibirnya.

"Aigoo this kid! Mianhae... saja je nak ganggu you. I bosan ni sebab tu kacau you kejap," Donghyun mengatur langkah dan mengambil kerusi di hadapan meja Shinhye. "I nampak you tersenyum sensorang kat luar tingkap bilik you ni sebabtu I kacau you hehehe janganlah marah kita kan partner?"

Shinhye mengeluh perlahan. "Tak kisahlah partner ke tak, cuba ketuk pintu tu dulu. Where's your attitude?"

Donghyun memuncungkan bibirnya. "Ah mianhaeeee... I janji tak buat lagi,"

Shinhye menggelengkan kepalanya. "Gwenchana... you punya kerja dah habis ke?"

Donghyun menganggukkan kepalanya. "Yup dah habis tu yang saja jalan-jalan kacau orang. Ala macamlah tak kenal I kan nakal orangnya suka kacau orang lagi-lagi time orang tengah berangan kan," sengaja ditekan ayat berangan tu.

Shinhye tersenyum segaris. "I tak berangan okay, just teringat benda kelakar je hmm tapi tu dikira berangan jugak kan? Ah whatever lah,"

Donghyun tertawa. "You ni kelakarlah!"

"Hish mana ada"

Donghyun tiba-tiba teringatkan sesuatu. "Eh Shinhye you perempuan kan?"

Terbuntang mata Shinhye, "soalan apa ni? Yah of course I'm a girl!"

"Eh ye tak ye jugak. Haaa I nak tanya apa yang perempuan suka eh? Yelah lusa birthday Ivy so I taktau lah nak bagi dia apa. Hah ni pun one of my tujuan untuk datang kacau you kat bilik you ni, bagi I idea nak bagi dia apa untuk birthday dia nanti. Sebab I taktahu nak bagi dia apa confused gila"

"Ohhh ek eleh macamlah tak boleh tanya Emily ke Yoona unnie ke haih you ni. Oh perempuan hm... flowers? Ring? A bracelet? Necklace? Bear pun okay jugak... or how about candle light dinner?" soal Shinhye. Ditolaknya ketepi dokumen-dokumen di atas meja. Mula memberi tumpuan kepada Donghyun.

"Bear? Okay ke? Sebab I nak jugak bagi dia bear tapi kita kan bukannya sweet teen lagi so that's why I ragu-ragu lagi. Necklace? Nice idea jugak. But, what kind of necklace should I buy? Silver or gold?" soal Donghyun.

"Wishbone necklace? Sekarang tengah hot pasal necklace tu!" ujar Shinhye dengan ceria.

"Nice! Thanks Shinhye!" kata Donghyun sambil buat-buat muka sedih.

Shinhye mencebik, "ah stop doing that! Nampak hodoh pulak hahahaha..."

"Ah sampai hati you..." Donghyun melihat jam di tangannya. "Eh dah pukul 5 lah! Jom balikkkkkk! And thanks a lot Park Shinhye nanti I belanja you Mc Donalds okay? Bye go back home safely..." ujar Donghyun sebelum meninggalkan Shinhye keseorangan di dalam bilik.

Setelah Donghyun hilang dari pandangan matanya, Shinhye mula mengemas mejanya. 

Tingg!

iPhonenya berbunyi tanda ada mesej masuk.

 

 

From: Xiuminnie

Hi baby! Jom jumpa petang ni pukul 6 petang dekat Italian Restaurant. Saya tunggu awak okay no excuse okay? Bye, love you.

 

 

Shinhye mengerutkan dahinya. Uish tetiba je mamat ni kenapa? Dahlah lagi sejam je pulaktu nak jumpa. Dahlah aku masih pakai baju kerja lagi kalau nak balik dulu nak mandi nak tukar baju tu memang tak sempat lah sampai kat situ pukul 6 tepat!

Shinhye terus mengambil handbagnya dan keluar dari office-nya. Dia melihat langit yang gelap bagaikan hujan mahu turun. Angin yang agak kuat betul-betul membuat rambutnya sedikit kusut. Haih menyesalnya tak ikat rambut tadi! Shinhye berlari mendapatkan keretanya dan segera memasuki ke dalam perut kereta. Kemudian dia terus memandu meninggalkan office-nya.

 

 

 

 

Shinhye melihat jam dipergelangan tangan kirinya. OMG! Dah lambat! Dia melihat back mirror lalu membetulkan rambutnya yang sedikit kusut akibat angin kuat tadi. Bangs-nya diperbetulkan bagi nampak lebih kemas dan comel maybe? Ah sudahlah! Dia memandang langit. Masih gelap tapi hujan dah berkurang. Cuma gerimis je lagi.

Setelah itu, dia mengambil handbag-nya di bawah seat tempat duduk penumpang. Kemudian dia keluar daripada keretanya. Setelah keretanya dikunci, Shinhye terus berlari masuk ke dalam sebuah restoran Itali yang cukup mewah di tengah bandar Seoul.

Seorang pekerja tersenyum memandang Shinhye. "Yes miss. Did you make any reservation before?"

Shinhye membalas senyum pemuda tersebut. "I have someone waiting for me, his name is Xiumin?"

Pekerja tersebut menyemak sesuatu di atas buku. Kemudian dia mengerutkan dahinya, "ah sorry miss. I don't think we have someone who's name is Xiumin make any reservation today,"

Shinhye menepuk dahinya. Dia tertawa kecil teringatkan akan sesuatu. "Ah I'm sorry... his name is Kim Minseok?"

"Wait... let me check first," dia menyemak semula buku tersebut dan... "ah yes! We have it! There he is," pekerja itu menunjukkan Shinhye dimana keberadaan Xiumin yang sedang khyusuk bermain phone di sudut restoran.

"Alright. Thanks," Shinhye terus berjalan menuju ke arah Xiumin lalu meletakkan handbag-nya di atas meja setelah punggungnya mencecah kerusi. "Sorry jagiya. Saya lambat, jalan jem tadi"

Xiumin mengalih pandangannya daripada skrin iPhone setelah mendengar suara Shinhye. "It's okay jagiya. Dah biasa," kemudian Xiumin menunjukkan tanda peace.

Shinhye tertawa. "Ek eleh bukannya selalu saya lambat. Jalan betul-betul jem tadi time nak balik dengan hujannya lagi"

"Oh yeke? Saya tak perasan pulak hujan..." 

"Memanglah awak tak perasan awak sibuk main handphone je," Shinhye mencebik.

"Ala saya bosan. Tu yang main handphone tu, main game lagi..." Xiumin memandang sekeliling "waiter please!" Xiumin memandang wajah Shinhye. "Awak nak makan apa?" Soal Xiumin setelah waiter sampai di meja mereka.

"Fresh orange and spaggheti please"

"Hot chocolate, mushroom soup with garlic bread, thanks"

Setelah waiter tersebut berlalu pergi, Shinhye memandang wajah Xiumin. "Sikit je awak makan. Asal?" Even Shinhye tahu Xiumin dan roti memang tak boleh dipisahkan sebab tu pipi pun macam pau dengan bun dah. Satu je sebab Xiumin akan makan sikit, sama ada Xiumin tengah nervous atau excited.

Xiumin hanya tersengih. "I dietlah uolls,"

Shinhye mencebik lalu membuat muka mahu muntah. "Gelinya iolls dengar!" Shinhye memandang sekeliling restoran yang begitu kemas. Ini baru pertama kali dia menjejakkan kaki ke dalam restoran ini. Dia memandang pula luar tingkap, hujan dah berhenti tapi langit masih lagi gelap. Orang ramai bersiar-siar dengan payung masing-masing. Patutlah besok cuti memang ramai keluar saja nak ambil angin. Kemudian dia memandang Xiumin yang duduk bagaikan tidak keruan. Resah. Apahal dia ni?

"Xiumin ah... gwenchana?"

"Shinhye ah..." Xiumin mula bersuara.

Shinhye menongkat dagunya menggunakan kedua-dua tangannya. Matanya tepat memandang anak mata Xiumin. "Waeyo oppa? Gwenchana?" terpapar riak kerisauan di wajah Shinhye.

"Kita ni dah bercinta 3 tahun kan? Umur awak pun dah 25 tahun. Saya pulak 28 tahun..." Xiumin memandang tepat ke dalam anak mata Shinhye. "How about we get married?" Xiumin mengeluarkan sekotak baldu berwarna merah berbentuk hati. Lalu dibukanya kotak tersebut dan menghulurkannya kepada Shinhye. "Park Shinhye... will you... marry me?"

Mata Shinhye mula berair. Baru minggu lepas dia bertanya pasal status hubungan mereka berdua. Sampai bila mahu macam ni. Dan harini Xiumin melamarnya. Shinhye tertawa kecil. "Oppa... of course I will!" Mana mungkin Shinhye akan menolak tawaran lelaki yang amat dicintainya itu. Lelaki itu adalah satu-satunya lelaki yang pandai dan bijak mengambil hatinya. Lelaki yang ada saat jatuh dan bangun dia.

Xiumin tersenyum lalu melepaskan nafas leganya. Dia menyarungkan sebentuk cincin diamond di jari manis Shinhye. Lawa! "I thought you will reject me. Tapi saya kan terlalu handsome, mana mungkin awak nak tolak kan? Hehehehhe"

Shinhye mencebik dan membuat muka blur-nya. "Ha ha ha handsome lah konon..." Shinhye melihat jari manisnya. "By the way, thanks oppa. Saranghae" Shinhye mini love menggunakan tangan kanan dan kirinya.

Xiumin tertawa bahagia walaupun jauh di sudut hati rasa bersalah itu mula menjalar.

 

 

 

SEHUN'S POV

 

Sehun memandu kereta Audi menuju ke Arena tempat dimana mereka semua berjanji untuk berjumpa dan bermain futsal bersama. Setelah tiba di Arena, dia memarkirkan keretanya dan membawa keluar kasut dan botol air dari tempat duduk belakang. 

"Yo guys!" Sehun menegur rakan-rakannya yang sedang duduk bersila di atas lantai futsal. Dia mula menyarungkan kasut futsalnya.

"Annyeonghaseyo... 'awal'nya awak datang. Thanks," perli Kyungsoo yang sedang mengetatkan ikatan tali kasutnya.

"Aah awal gila!" tambah Kai pulak.

"Ikut janji orang Jepun eh awal 15 minit? Uuuuu" sokong Baekhyun pulak. Suho dan Chanyeol sudah tersengih-sengih bagaikan kerang busuk.

Sehun mencebik. "Ala korang ni tak habis-habis nak bash aku ah, jalan jem tak jumpa roti tadi hmm ye ah aku balik ah camni..." Sehun buat-buat merajuk.

"Alaaaa sayangggggg jangan lah merajuk dah jom main futsal meh membazir je duit bayar sewa futsal ni kalau you tak join kitorang main malam ni. We need you bae. You kan ace kitorang, I love you bae..." ujar Kai sambil memegang kaki Sehun supaya Sehun tidak berlalu pergi.

Sehun memandang Kai dengan wajah jijik. "Someone tolong amik menatang ni dari kaki aku tolonglah... aku tak sanggup kena peluk lama-lama camni oh pleaselah guys faham aku,"

Suho mengheret Kai pergi dari kaki Sehun. "Aku rasa lah kan, Kai ni maybe ada penyakit gay. Gay dia kekadang overdose doh. Scary gila sampai aku pun takut tau tak,"

Kai tertawa. "Hoi aku normal lah! Saja nak buat scene romantik dengan Sehun apa salahnya! Support member sikitlah please"

"I ship KaiHun, SeKai!" jerit Chanyeol. Dia membuat high five dengan Baekhyun sambil tertawa berdekah-dekah. 

"! Ingat aku gay ke apa doh?" Sehun tersengih jugak.

"Ahh dahlah... jom start main. Nanti membazir jelah korang ni..." bebel Kyungsoo setelah selesai mengikat tali kasutnya dan menjadi pemerhati drama gay yang dibuat oleh rakan karibnya sejak mereka berenam berkawan di Universiti Seoul.

"Main apa?" ujar Sehun, Kai, Baekhyun, Suho dan Chanyeol serentak. Mereka membuat muka creepy dan berjalan ke arah Kyungsoo yang masih blur mukanya.

"What the ! Aku taknakkkkkkk!" jerit Kyungsoo dan terus berlari. Dia mencapai bola di atas kerusi dan menyepaknya memasuki goal. "Yeah goal! Aku, Chanyeol dengan Suho satu team! 3-3! Deal? Okay go!"

"! Hancur plan aku nak kerjakan kau Kyungsoo! Takpe, let's go Sehun, Kai!" ujar Baekhyun dan terus berlari mendapatkan bola.

 

 

Mereka berenam duduk di sebuah kedai makan atau warung di tepi jalan. Sehun menghirup kopi panasnya dan memandang skrin iPhone-nya. Di scroll-nya timeline Instagram dan melihat gambar awek-awek cun.

"Aah baguslah pilot sorang ni! Lepak main phone... yeah play your phone lah! Oi kau Baekhyun, Kyungsoo, Kai, Suho... play your phone. Nak berbual jumpa dalam group..." Chanyeol bersuara. Perli.

Sehun menarik nafas dan mengeluh. Makan dalam ayat Chanyeol ni. Sehun menolak iPhonenya dan memandang wajah rakan karibnya yang kesemuanya sedang tersengih apabila dia ditegur sebegitu. !

"Thanks Chanyeol telinga yoda. Ayat kau makan dalam sampai buat Mister Pilot terus tolak phone dia ke tepi yayyyy tahniah! Nanti aku belanja choki choki tau," Baekhyun tersenyum sambil menepuk-nepuk bahu Chanyeol tanda berbangga.

Sehun memuncungkan bibirnya. "Ala korang ni apahal lately ni asyik nak bash aku je. Janganlah bash nanti kite bagitahu daddy kite biar korang semua kena marah haaa takut tak?"

Mereka berenam tertawa.

"Janganlah buat mulut muncung camtu bae. I geramzzzz" usik Kai. Sekali lagi mereka tertawa besar.

Suasana sunyi tiba-tiba.

"Weh kita dah 26 tahun... bila nak kahwin ni eh? Tetiba tekak gatal nak telan kek kahwin korang huhuhu" soal Suho tiba-tiba memecahkan kebisuan.

"Aku rasa aku belum jumpa lagi jodoh aku. So maybe tunggu yang sesuai kot. Aku ingat lagi 4 tahun aku kahwin lah," balas Kyungsoo sambil mengunyah tteobokki yang ada di hadapannya.

"Aku belum puas hidup bujang bagi aku try usya stewardess tu semua dululah boleh kan?" Kai tersenyum nakal.

"Oii dak-dak airport ni memang perangai playboy berpisah tiada ke cemana ni ek?" Kyungsoo bersuara.

"Eleh cakap orang macamlah dak-dak office tak playboy gak! Buuuu" balas Baekhyun.

"Aku rasa macam nak jirus kopi panas ni dekat muka kau lah Baekhyun," gurau Suho.

"Hah yang kau pilot pehal diam je? Bilakah anda nak berhenti menjadi playboy? Jadilah seperti kami dak-dak office sekarang ni, sedang berusaha mencari dan belajar setia," soal Chanyeol sambil menolak sedikit lengan Sehun menggunakan sikunya.

Sehun mengeluh sedikit. Teringat waktu mummy-nya masih ada. Dia pernah cakap yang dia nak kahwin time umur dia jejak 26 tahun tapi... krik krik je. "Ala guys... kau pun tahu kan hati aku belum terbukak lagi... rasa sakit setelah apa yang perempuan tu buat dulu time kat Universiti masih terasa sakit dia lagi bro. Aku percayakan dia bulat-bulat last-last aku kena tipu hidup-hidup! Dia lah punca aku jadi playboy. Ala bukannya aku nak sangat dikelilingi perempuan, aku pun rimas tapi... dengan cara permainkan hati diorang ni buat aku rasa puas. Rasa macam sakit hati aku lepas apa yang perempuan tu buat dulu terbalas."

"Tapi kau tahu tu adalah wrong way kan?" balas Chanyeol.

"Aku dah lama tinggalkan dunia playboy ni walaupun aku still single tapi lepasni kalau jumpa aku akan setia habis-habisan ah," ujar Suho.

"Aku cuba ikut Suho," kata Kyungsoo sambil membuat peace. Chanyeol turut menganggukkan kepalanya.

"Kitorang yang kerja kat airport ni hm entahlah bro.. susah nak cakap. Ramai sangat stewardess yang hot cun semua tu memang susah sikitlah tapi at least aku cubalah tak try diorang. Tapi kalau aku nak try pun mata diorang takkan pandang aku dengan Baekhyun. Mata diorang pandang Sehun ni hah," Kai memuncungkan bibirnya. 

"Aah doh betul tu! Diorang memang ramai pandang Sehun sebab ramai cakap Sehun one of the hottest pilot lah ala senang cerita paling hot sekali lah!" tambah Baekhyun.

Sehun membuat muka. "Bukannya aku nak pun semua ni. Dah diorang yang nak aku. Aku layankan jelah, kecik tapak tangan sebesar padang bola aku tadahkan. Okay lah weh, dah malam sangat dah ni. Aku gerak dulu pape roger eh, good night bae's"

Mereka berenam terus meninggalkan warung tersebut dan membawa haluan masing-masing.

Sehun memandu keretanya dengan berhati-hati. Traffic light menunjukkan lampu merah. Dia memberhentikan keretanya. Sehun memandang jam di dashboard keretanya. Dah nak dekat pukul 2 pagi. Lusa dah nak terbang ke Busan pulak. So besok baik aku duduk rumah rehat puas-puas.

 

END OF SEHUN'S POV

 

 

 

 

To be continue...

 

 

 

Author's note:

Hi guys yay another chapter! 

Thanks untuk sesiapa yang dah subscribed and siap voted sekali! Gomawo!

Sorry if ada typo ke sebab saya tak double check huhuhu

Saya akan update untuk next chapter tunggu hokei

Jangan lupa comment! Bye!

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Minmin #1
Chapter 14: Yeay..u update!! Again, i read it again from chapter 1.nmpak sgt free xda kerja kan?haha No la, ur story best..baca bnyk kali pun still best..tq2?
Athena66
#2
Chapter 13: Thanks for the update...looking forward for lovey dovey time of Sehun and Shin hye
Minmin #3
Chapter 13: Waaa..lamanye xupdate..tiba2 surprise keluar update notification.. end up, me baca balik dari awal chapter.. please, update lagi Authornim..hehehe
Athena66
#4
Chapter 13: Haha Sehun jual mahal pulak... Shin Hye will be disturb by his behavior. Haha really sad and funny at the same time.. Amazing make me more anxious to know what happen next.
Athena66
#5
Chapter 12: Wow best ya cerita ni.. But Sehun propose when Shin Hye still have not solve her problem. What is wrong with Xiumin?..looking forward to what happen next. Awesome story dear.
farhanifaizal #6
Chapter 12: best!!! boeklah ayat.....nanti update lah lagi...tak sabar nak dengar sambungannya pulak..... jalan cerita okay and menarik... nanti update lagi yee..
Minmin #7
Chapter 10: Sempoi ja baca..update!update!
aleya- #8
Chapter 4: Citer nya bagus.tdk sabar mahu baca part sterusnya. bagaimana nnti reaksi shinhye n sehun bila mereka bertemu..author fighting