Jealous?

IT'S OUR FATE (MALAY)

JAPAN

Sehun meneguk secawan minuman keras dengan sekali tegukan. Dia menghempaskan cawannya itu ke atas meja kaca di bar terkemuka di bandar Jepun itu. Kemudian dia mendonggakkan kepalanya ke syilling club tersebut dan menghembuskan nafas beratnya.

Baekhyun mengerutkan dahinya, “apahal kau ni?”

Sehun memejamkan matanya sambil menggelengkan kepalanya. Kepalanya masih lagi menghala ke syilling tersebut.

“You guys are not allowed to be drunk okay Mr. Pilot?” ujar Krystal sambil memeluk tubuhnya. “Kalau korang semua mabuk, matilah I nak kena heret sorang demi sorang masuk bilik masing-masing,”

Kai mencebikkan mukanya. “Yah Jung Krystal, we know that okay. Just a sip je okay,”

“You kenapa Sehun? I tengok dari kita sampai semalam sampai harini macam bad mood je? Come on lah, lusa dah nak balik okay tak payahlah bad mood kita enjoy jelah. Lama dah kan kita semua tak dapat one job yang sama macam ni?” Krystal menyiku lengan Sehun yang masih lagi kaku memandang syilling club tersebut. Ada apa kat situ? Emas ke dia nak pandang lama-lama?

Baekhyun memandang syilling tersebut sekilas sebelum bersuara, “kalau nak dia go on lah dapatkan dia. Kau tunggu apa lagi? Kau sendiri yang act macam tak kenal satu sama lain! Kau yang buat macam tu lepastu sendiri menyesal. Aku tak faham lah dengan kau ni,”

Sehun terus memandang tajam ke arah wajah Baekhyun. “Diam lah Baek.. aku tahu lah apa aku buat,” Sehun menolak rambutnya yang jatuh terjuntai di dahinya. Bunyi bising muzik di club ni betul-betul merimaskan dia!

“Dia? Siapa dia tu?” soal Krystal sambil mengerutkan dahinya. Dia memandang wajah rakannya satu per satu mahukan jawapan yang betul, tepat dan benar.

“Okaylah jom gerak guys, aku dah terasa sesak nafas pulak duduk kat sini lama-lama” ujar Kai sambil memeluk bahu Krystal. Sehun dan Baekhyun hanya turut membuntuti langkah mereka dari belakang.

“Sehun Baby!!”

Sehun, Baekhyun, Kai dan Krystal menolehkan pandangannya ke arah pemilik suara tersebut.

“Oh , Nini…” gumam Sehun. Namun masih dapat didengari oleh yang lain. “Hi sweetie! You buat apa kat sini?” tanya Sehun.

“I bercuti kat sini dengan kawan I! I tak sangka dapat jumpa you kat sini! What a small world honey! I rasa ni tandanya jodoh kita kuat,” ujar Nini teruja melihat lelaki kesukaannya berada di negara yang sama tanpa sebarang perjanjian. Dia terus memeluk lengan Sehun.

Krystal di sebelah Sehun hanya mencebik memandang Nini.

Sehun menghadiahkan senyuman palsunya. Bau arak begitu kuat. “Ohh I see.. okay have a great holiday, I nak balik hotel dulu,”

“Wait what? Awal lagi lah Sehun come on jomlah join I party,” Nini mengheret lengan Sehun untuk mengikutinya menari di tengah-tengah lantai tersebut.

Sehun menggarukan kepalanya namun kakinya masih membuntuti Nini. Dulu memang berparty sampai pagi merupakan hobi yang akan diisi pada masa lapangnya. Namun, setelah mengenali gadis bernama Park Shinhye, dia dapat rasakan party tu hanya membuang masa. Dia hanya mahu meluangkan masa lapangnya dengan gadis tersebut. Namun, macam mana?

Nini memeluk leher Sehun dan merapatkan badannya ke arah tubuh Sehun. “Kenapa you ni handsome sangat Sehun?” Dia mengusap pipi dan bibir Sehun.

Sehun memandang wajah Nini yang begitu rapat dengan wajahnya. “Nini I think you are drunk. Just go back to your hotel,”

“No lah mana ada I mabuk! I okay lah! Hey this is Nini yang tak mudah untuk mabuk okay? Hahahahahahah…”

Nini cuba untuk mencium bibir Sehun namun Sehun segera melepaskan pegangan leher Nini. “Apa ni Nini? You mabuk ni!” ujar Sehun tegas. Namun tiba-tiba mukanya ditumbuk oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Sehun jatuh terduduk di lantai club tersebut.  Dia memegang dagu dan bibirnya yang terasa perit itu, tepat sekali bibir tepinya pecah dan luka. Tak guna, siapa lelaki ni?

“Sehun!” jerit Kai, Baekhyun dan Krystal serentak. Mereka bertiga terus meluru ke arah Sehun untuk melihat keadaan rakannya.

“Kau pehal bro tiba-tiba tumbuk aku? Kau pun aku tak kenal,” ujar Sehun sambil memegang bibirnya yang telah luka. Aduh, habis rosak muka handsome aku ni!

“I am her boyfriend, sekali lagi kau sentuh dia nahas kau aku kerjakan!” lelaki tersebut terus mengheret Nini yang masih mabuk itu keluar dari club.

“Kau okay tak bro? dah jom pergi klinik rawat muka kau tu,” ujar Baekhyun.

Sehun hanya menggelengkan kepalanya. “Takpe aku okay sikit je ni.. dah jomlah blah dari club sini apa malang nasib aku entah harini,”

“Yang you ni pun pergi ikut je bontot si Nini tu kenapa? Kan boleh cakap taknak, kalau tak semua benda ni tak jadi. I memang tahu perangai Nini tu dari dulu lagi cakap bercuti dengan kawan padahal dengan boyfriend! Hello dah dua kali tau I jumpa dia dengan lelaki yang berlainan,” bebel Krystal. Kaki mereka menghala ke arah hotel yang didiami mereka berdekatan dengan club tersebut.

“Krys.. can you please stop membebel macam ahjumma?” tegur Kai. Krystal hanya mencebik dan memeluk tubuhnya.

 

 

SEOUL

Shinhye membuka handphonenya apabila notificationnya berbunyi tanda WhatsApp masuk. Bibirnya mengukir senyuman tatkala melihat nama Krystal muncul di notificationnya. Dah jumpa ‘husband express’ untuk aku ke minah ni? Tangannya segera membuka message dari rakan karibnya itu. Namun, senyumannya mati apabila melihat message dari Krystal. Gambar lelaki yang sedang berpelukan dengan wanita di tengah-tengah club.

‘See pilot yang aku cakap tu! Padahal dia cakap kat aku dia suka perempuan nama dia start dengan PSH, tapi he let that girl touch him! Dasar playboy.. please stay away dari lelaki macam ni okay?’

Shinhye segera membalas message Krystal..

‘None of my business Jung Krystal, have fun in Japan.’

Shinhye menekan button send.

Dia membuka gambar tersebut sekali lagi, Sehun. “Oh Sehun. Wow, so kau cakap kita tak kenal satu sama lain sebab kau dah jumpa girlfriend lah? Cepatnya berubah hati kata suka dekat aku lah apa lah hah? Ni apa ni peluk-peluk bagai? Hey bukan peluk je macam nak bercium dah aku tengok gambar ni!”

Shinhye mengambil cincin pemberian Sehun tersebut dan membalingnya ke dinding bilik tidurnya. “Huh konon cakap jodoh sebab size jari sama? Bull!” Shinhye memeluk tubuhnya.

Dia memandang wajahnya di cermin. “What? Me jealous? HAHAHAHAHHAHA INGAT KELAKAR KE?” dia berkata pada dirinya.

“Cincin ni pemberian arwah mummy saya..”

Tiba-tiba ayat dari Sehun berlegar di kepalanya. “Oh noooooo!! Mana cincin tu? Mana? Aku tak boleh hilangkan cincin tu tu mummy dia bagi no where are youuuuuuuuuuu?!!”

 

 

“Omma.. appa.. ada benda Shinhye nak bagitahu ni,” ujar Shinhye sambil menghirup air susu yang disediakan oleh ommanya.

“Apa dia?” tanya Encik Park.

“Sebelum Shinhye bagitahu ni.. Shinhye nak mintak maaf dulu kalau buat omma dengan appa kecewa dengan Shinhye.”

“Apa dia ni Shinhye? Jangan buat omma risau,”

“Xiumin dah putuskan hubungan kitorang berdua. Percayalah Shinhye dah cuba pertahankan semuanya tapi Xiumin tetap nak putuskan..”

“MWO?! Shinhye-ah perkahwinan korang dah dekat! Kenapa masa ni baru nak putus? Apa kamu dah buat ni Shinhye?! Mana omma dengan appa nak letak muka kalau orang tanya? Umur kamu dah berapa kamu nak batal-batal kahwin ni?” Puan Park memegang kepalanya.

Shinhye menundukkan wajahnya. Air matanya terus deras mengalir. “Mianhae omma.. mianhae appa..”

Encik Park memegang bahu Shinhye. “Arasso.. gwenchana Shinhye-ah. Anggap je ni semua dugaan dan kamu dengan Xiumin takde jodoh. Pasal majlis tu tak apalah. Takde benda kita boleh buat.. semua kita dah bayar, yang awak ni pun satu sepatutnya awak  pujuk dia. Anak awak ni tengah sedih janganlah awak push dia lagi. Kesian dia..”

Air mata Shinhye terus mengalir bagaikan tiada tanda mahu berhenti. “Apa Shinhye nak buat sekarang ni appa? Shinhye dah malukan omma dengan appa.. mianhae”

Puan Park memandang sayu anaknya. Kesian pada satu-satu anaknya. “Arasso Shinhye-ah. Maafkan omma, omma tak patut marah Shinhye… jangan fikir apa-apa lagi. Xiumin yang rugi sebab lepaskan anak omma ni,” dia mengusap tangan anaknya.

Shinhye hanya mampu menganggukkan kepalanya perlahan. Terasa lega apabila dia sudah berterus terang dengan semua orang disekelilingnya tentang status hubungannya dengan Xiumin.

Sekarang ni hati aku dah kosong. Aku dah tak mengharapkan Xiumin, aku betul-betul dah lupakan Xiumin. Aku menangis pun sebab omma dengan appa je. Kesian diorang sebab aku… diorang kena tanggung malu.

 

 

Sehun memakai mask untuk menutup wajahnya yang lebam dan bengkak akibat ditumbuk boyfriend tak guna Nini tempoh hari di club Japan itu. Di lapangan terbang Incheon International Airport ini dia memakai mask berserta baju pilotnya ini. Tak pernah lagi dia memakai mask berserta baju pilotnya ini. Boleh hilang akal aku nak tutup muka aku yang handsome ni tau tak?!

 Kai, Baekhyun dan Krystal yang berada di sebelahnya hanya mampu menahan tawa mereka.

Sehun mengeluh, “kalau nak gelak tu gelak jelah. Tak payah nak tahan sangat.”

Ketawa Kai, Baekhyun dan Krystal terus meletus.

“Hello kau ingat kau idol ke nak pakai mask hah? Hilang macho pakai mask dengan baju pilot hahahahahahah” ujar Kai. Mereka berdua terus membuat high five.

“Amende pulak idol hello pakai mask tak salah okay. At least boleh elak air pollution tau tak!” balas Sehun sambil mencebikkan bibirnya. Namun rasa sakit dan perit betul-betul mencabar tahap kesabarannya. Nasib daddy hantar pekerja untuk ambil dia kat airport tak payah drive balik. Kan senang!

“Eh dahlah korang ni tak payah nak jadi macam budak-budak gaduh pasal benda kecik,” tegur Krystal. “Yah Shinhye-ah! Park Shinhye!” jerit Krystal sekuat hati. Dia terus berlari ke arah rakan karibnya itu.

“Ish crush kau ni Kai! Jerit macam takde orang kat airport ni kau tengok mat salleh tu pandang kerek je tau tak?” bebel Baekhyun.

“Sebab tu aku suka dia…  heheheheh” Kai tersengih memandang rakannya.

“Kau buat apa kat sini? Kau tunggu siapa?” tanya Krystal. Teruja melihat rakan karibnya berada di tempat menunggu.

“Oh aku kena ambil someone,” Shinhye tersenyum sambil menunjuk kertas yang tertulis Vivi Appa di tangannya. “Tu pilot playboy kawan kau tu,” bibir Shinhye menjuih ke arah belakang Krystal. Dah kenapa mamat ni pakai mask? Buang tabiat ke apa?

Krystal memandang belakangnya dan mengganggukkan kepalanya. “Playboy…” telefon Krystal berdering segera dia menjawab panggilan tersebut, “ohh unnie dah sampai? Arasso on the way to you right now..” Krystal mematikan panggilan. “Okaylah babe I got to go now Jessica unnie dah sampai, see you later okay!” Shinhye membalas pelukkan Krystal dan menghantar Krystal dengan pandangan matanya.

“Vivi appa?” Baekhyun membaca kertas di tangan Shinhye. Kemudian dia memandang Sehun di sebelahnya.

“So you’re the one to pick me up?” Sehun bersuara di sebalik mask dimukanya. Matanya tidak lepas memandang wajah ayu Shinhye.

Shinhye mengerutkan keningnya. Kemudian dia mengeluh perlahan baru teringat kucing Sehun bernama Vivi. “What a joke..” ujarnya perlahan.

“O-okaylah bro aku dengan Baekhyun gerak dulu jumpa nanti. Annyeong,” segera Kai menarik tangan Baekhyun dan meninggalkan mereka berdua. Tidak mahu menganggu masa mereka berdua.

Shinhye menggigit bibir bawahnya memandang wajah Sehun. “Oh Sehun-ssi, takkan nak tunggu sampai malam baru nak gerak kan? Dah jom saya hantar awak balik,” Shinhye melangkah. Sehun hanya membuntuti Shinhye.

“Yah Park Shinhye-ssi, take my luggage..” Sehun menolak luggagenya kepada Shinhye dan segera memeluk tubuhnya.

Shinhye tercengang. “Mwo? Yah!”

“Daddy suruh awak amik saya kan? So dipersilakan jalan ke arah kereta yang awak parking Park Shinhye-ssi” ugut Sehun sambil tersenyum manis. Walaupun bibirnya masih sakit akibat luka tersebut. Depan awek kena lah cover macho walaupun dia tak nampak muka aku sepenuhnya sebab mask ni!

“Nae arasso Oh Sehun-ssi… awak menang! Hahahah setakat bawak luggage apalah sangat betul tak Mr Playboy?” segera Shinhye mengheret luggage Sehun yang berat itu ke kereta yang diparkirnya tadi. Berat gila luggage mamat ni bawak batu ke apa?!

 

Di dalam kereta…

“How are you?” tanya Sehun. Masknya masih belum ditanggalkan. Dia memandang Shinhye yang khusyuk membawa kereta.

“We don’t know each other right? Awak lupa ke apa awak cakap dekat saya haritu?” jawab Shinhye.

Sehun menganggukkan kepalanya, dia memandang luar keretanya melihat suasana diluar. Masknya ditanggalkan. Terasa rimas. “mianhae.. tak pernah sekali pun saya lupakan awak Shinhye-ssi. Tolonglah bagi saya satu peluang untuk saya buktikan kat awak saya boleh jadi pengganti Xiumin, awak tak tahu kat belakang awak sebenarnya dia curang! Dia ada perempuan lain Shinhye,”

Shinhye menggengam stereng keretanya, “kenapa saya nak kena percaya cakap playboy macam awak? See awak pun playboy, cakap tak lupakan sayalah apalah saya tengok bukan main happy awak peluk perempuan kat club Japan tu?” matanya masih menghala ke jalanraya.

“Aish that Krystal Jung. Awak tak tahu kisah sebenarnya. Perempuan tu yang gilakan saya, lepas dari tu saya kena tumbuk dengan boyfriend dia tahu tak? See tengok bibir saya ni luka, nak pergi klinik pun tak sempat,”

“Lelaki dengan alasan memang tak boleh dipisahkan right?”

Sehun mengeluh perlahan. “Alasan apanya, awak tak percaya tengoklah sekarang,”

Shinhye memandang wajah Sehun dan melihat keadaan bibir Sehun yang masih bengkak dan luka itu. “Padanlah muka, sesuai lah dengan playboy macam awak,” Shinhye meneruskan pemanduannya dan suasana menjadi senyap.

“I guess you really hate me right Shinhye-ssi…” ujar Sehun dengan nada yang sedih.

Sekali lagi suasana menjadi senyap sehinggalah tiba di rumah sajangnim.

“Gomawo Shinhye-ssi for sending me back. Nanti suruh abeoji belanja makan okay?” Sehun mengambil luggage dari tangan Shinhye.

Shinhye mengambil semula luggage di tangan Sehun dan segera berjalan ke pintu rumah Sehun. “Bukaklah pintu rumah ni takkan awak nak berdiri kat situ lama-lama? Nak jadi ikan kering?”

“Arasso.. janganlah marah-marah. Garang betul dia ni tau nasib comel,” Sehun memuncungkan bibirnya. “Auch sakitnya,” Sehun memegang bibirnya sambil membuka pintu rumahnya dan segera duduk di sofa.

“Gwenchana?” soal Shinhye. “First aid kat mana?”

“Bawah meja tu,” Sehun tersenyum segaris. Risau ke dia kat aku ni?

Segera Shinhye bangun dan mengambil first aid tersebut. Dia duduk di hadapan Sehun. Dia memerhatikan bibir Sehun yang bengkak dan luka itu dengan agak lama. Terus dia membuka kotak first aid tersebut dan mencari barang yang ingin digunakan.

Shinhye mendekatkan wajahnya dengan wajah Sehun. Kemudian dia mencapai wajah Sehun untuk menyapu ubat antiseptic. “Probably will sting a bit, kenapa awak tak pergi klinik je terus haritu? Kalau tak takde nampak lebam sampai macamni at least dah kurang sikit. Lepasni awak amik ubat bengkak ni makan so bengkak tu boleh hilang, ni tak dah macam bibir tu kena cucuk botox saya tengok,”

Sehun mengerutkan mukanya apabila antiseptic tersebut menyentuh bibir lukanya itu. Sehun terus mencapai lengan Shinhye yang mungkin dapat menghilangkan rasa perit tersebut. “First, dia tak sakit sikit, ni sakit banyak ni. Second, I'm glad that I didn't go to the clinic that day, kalau saya pergi klinik time tu mesti saya terlepas peluang untuk awak bersihkan luka ni kan? Third, awak risaukan saya ke?”

Shinhye meletakkan ubat tersebut semula ke dalam bekas first aid tersebut. Cuba mengalih topik. “That’s what playboy deserved, lain kali mulut jangan cakap lain tapi action lain. Awak cakap awak suka orang lain tapi awak sentuh orang lain. Ni contoh playboy yang berjaya ye Oh Sehun-ssi. So ni lah padahnya padanlah muka awak sendiri…” Shinhye memandang tepat ke arah mata Sehun. Kedudukan wajah mereka berdua begitu dekat.

 Sehun mendekatkan wajahnya dengan wajah Shinhye. “Shinhye-ssi… are you jealous?”

 

 

To be continue....

 

 

 

AUTHOR'S NOTE:

Hi everyone! How are you?

Hope you guys are fine. Please enjoy reading im so sorry for taking a long time to update :(

Sorry kalau ada typo or broken english

And i pun harap diri i ni rajin and ada masa untuk update next chapter. thank you

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Minmin #1
Chapter 14: Yeay..u update!! Again, i read it again from chapter 1.nmpak sgt free xda kerja kan?haha No la, ur story best..baca bnyk kali pun still best..tq2?
Athena66
#2
Chapter 13: Thanks for the update...looking forward for lovey dovey time of Sehun and Shin hye
Minmin #3
Chapter 13: Waaa..lamanye xupdate..tiba2 surprise keluar update notification.. end up, me baca balik dari awal chapter.. please, update lagi Authornim..hehehe
Athena66
#4
Chapter 13: Haha Sehun jual mahal pulak... Shin Hye will be disturb by his behavior. Haha really sad and funny at the same time.. Amazing make me more anxious to know what happen next.
Athena66
#5
Chapter 12: Wow best ya cerita ni.. But Sehun propose when Shin Hye still have not solve her problem. What is wrong with Xiumin?..looking forward to what happen next. Awesome story dear.
farhanifaizal #6
Chapter 12: best!!! boeklah ayat.....nanti update lah lagi...tak sabar nak dengar sambungannya pulak..... jalan cerita okay and menarik... nanti update lagi yee..
Minmin #7
Chapter 10: Sempoi ja baca..update!update!
aleya- #8
Chapter 4: Citer nya bagus.tdk sabar mahu baca part sterusnya. bagaimana nnti reaksi shinhye n sehun bila mereka bertemu..author fighting