3 MONTHS

IT'S OUR FATE (MALAY)

3 bulan selepas itu…

 

Sehun menolak luggage hitamnya keluar dari office. Dia menguap kerana terlalu mengantuk. Sehun memandang ke arah Kai di sebelahnya dengan mata yang berair.

“Jongin ah, aku tumpang kau balik boleh tak? Aku malas nak naik teksi lah… aku tak drive pun tuari time ke sini,” ujar Sehun sambil melangkah ke tempat parking.

Kai yang sedang leka bermain iPhone hanya memandang wajah Sehun sekilas sebelum menganggukkan kepalanya. “Kau nak balik rumah kau ke rumah daddy kau? Lama kau tak jenguk Encik Oh kan,”

Setelah sampai ke kereta Audi milik Kai. Mereka meletakkan luggage masing-masing ke dalam bonet sebelum meloloskan diri ke dalam perut kereta.

“Rumah aku ah. Kalau aku balik rumah daddy aku nanti aku nak keluar pakai kereta apa pulak,” ujar Sehun sambil memakai seat belt.

“Hah okay. Kalau kau jumpa daddy kau nanti tolong sampaikan salam aku tau. Lama tak jumpa dia,” ujar Kai dan terus memandu meninggalkan Incheon International Airport.

 

 

Sehun melihat kucing peliharaannya di dalam sangkar sambil tersenyum. Dia mengeluarkan kucing kesayangannya itu keluar daripada sangkar setelah kucing itu mengiau beberapa kali minta dimanjakan.

“Aigoo Vivi ah, kyeopta…” ujar Sehun sambil mendukungkan kucing kesayangannya dalam pelukan. “Lama tak jumpa, makin gemuk eh kau abeoji jaga sekarang haish,” Sehun mengangkat kucing ke atas. Sehun mendongak memandang Vivi.

“Ah Sehun ah, mianhaeyo ahjumma tak dengar. Masuklah dalam. Sajangnim takde, dia ada outstation ni…” ujar ahjumma yang bekerja di banglo Encik Oh.

“Aish ahjumma ni… terkejut Sehun tau. Nasib Vivi tak terlepas dari tangan Sehun, kan Vivi kan?” Sehun mencium kepala Vivi sebelum membawa Vivi ke dalam pelukannya. “Daddy pergi mana ahjumma?”

“Sajangnim pergi Busan tak silap ahjumma. Ada project kena siapkan. Besok atau lusa dia dah balik sini dah, Sehun masuklah ye. Ahjumma nak siapkan makanan untuk Sehun dulu ye,” ahjumma tersebut terus masuk semula ke dalam dapur meninggalkan Sehun di taman kecil di sebelah rumah Encik Oh.

Sehun berjalan ke arah pondok kecil bersebelahan dengan kolam mandi yang tidaklah sedalam mana. Dia mengambil tempat duduk di bangku kecil lalu melepaskan keluhannya. Busan. Hye. 3 bulan lepas. Sekali lagi keluhan berat dilepaskan.

“Hye ah, where have you been?” ujar Sehun seorang diri. Mulutnya mengukir senyuman nipis.

“Meowwww” Vivi mengiau di dalam pelukan Sehun. Minta dilepaskan. Sehun tersengih lalu melepaskan Vivi dan membiarkan kucingnya itu berjalan mengambil angin di sekeliling taman kecil itu.

Sehun mengeluarkan iPhone-nya dari dalam poket seluar jeans-nya. Dia mencari nombor seseorang lalu segera dia menghubunginya.

“Yeobuseyo Sajangnim? Sajangnim Oh-ssi… kat Busan ke?”

“Ah uri Sehun ah… aah kat Busan ni? Waeyo?” soal Encik Oh dihujung talian.

“Ani… Sehun dekat rumah daddy ingat nak ajak lepak ke… daddy balik sini bila?” soal Sehun dengan suara manja. Yelah satu-satunya anak daddy.

Encik Oh tertawa kecil, “ah maybe besok atau lusa. Tapi rasanya lusa lah kot, Sehun tidurlah rumah tu takde siapa pun kat rumah tu melain kau sorang je. Lusa daddy balik, kita gi karaoke…”

Sehun tergelak besar. “Yah daddy buat kelakar ke? Haa ye memang Sehun tidur pun, okay daddy jumpa lusa nanti daddy. Take care… annyeong”

Sehun meletakkan semula iPhone-nya di dalam poket seluar jeans-nya. Dia meregangkan ototnya dan matanya juga sudah kuyu semacam. Dia melihat sekelilingnya mencari kelibat Vivi namun tiada. Ah mesti dia pandai masuk balik dalam sangkar.

Sehun bangun lalu menuju ke dalam rumah sambil membawa beg sandangnya yang diletakkan sebelah sangkar Vivi.

 

 

 

SHINHYE'S POV

Shinhye meletakkan kepalanya di atas meja. Penat menghadap komputer. Matanya juga sakit akibat terlalu lama menghadap cahaya daripada komputer.  Dia mengeluh seketika apabila melihat jam di pergelangan tangannya. Baru pukul 4.30 petang. Lagi setengah jam nak balik haih lambatnya.

“Shinhye ah, gwenchana?” soal Ivy.

Shinhye mengangkat kepalanya. Dia memandang Ivy yang berdiri di hadapan pintu biliknya. “Ah Ivy-ssi… terkejut aku. Ha kenapa datang bilik aku ni? Nak mengadu pasal Donghyun eh?”

Ivy tersengih seperti kerang busuk. Dia berjalan ke meja Shinhye dan terus duduk di hadapan gadis tersebut. “Aku berialah ketuk pintu kau boleh tak dengar pulak eh? Kau okay tak? Macam tak je aku perhatikan dari bilik Donghyun ni ha,”

Shinhye memandang bilik sebelahnya dan melihat Donghyun berbalas senyuman dengan Ivy. Shinhye menjulingkan matanya, “oh my god please jangan buat drama dalam bilik aku,”

“Hi guys!” ujar Emily. Dia segera masuk ke dalam bilik Shinhye dan mengambil tempat bersebelahan dengan Ivy.

Ivy memandang wajah Shinhye dan Emily bersilih ganti. “Great! Memandangkan korang berdua dah ada kat sini,” Ivy menghulurkan dua keping kad kepada Shinhye dan Emily. “I need you guys to be my bridemaids!”

“MWO?!” soal Shinhye dan Emily serentak.

“Waeyo?” soal Ivy kembali. Mukanya hanya selamba sahaja.

Shinhye menyemak kad yang diterimanya. Kad kahwin. Kad kahwin Ivy dan Donghyun. “Oh my god! Congratulations!!!!!” jerit Shinhye. Dia memandang Donghyun yang sedang menongkat dagu memerhatikan tunangnya bersama Shinhye dan Emily. Shinhye membuat symbol thumbs up.

“Oh my god… seriously congratulations babe! Tak sangka Shinhye dah nak jadi makcik heheheh,” ujar Emily sambil ketawa.

“Yah you Emily! Kurang ajar eh kau,” bebel Shinhye sambil memuncungkan bibirnya.

Ivy menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. “Haih korang dari dulu asyik bergaduh je, dari zaman belajar lagi…”

“Emily ni yang start dulu,” Shinhye masih memuncungkan bibirnya.

“Eleh tahulah dia tu lawa, tapi muncung tu dah macam itik dah aku tengok!” kata Emily sambil tertawa lagi.

“Aish dah-dah. Ni ha, nak korang jadi bridesmaid aku boleh tak?”

“Aku no hal lah sis, boleh je…” kata Emily sambil tersengih.

Shinhye tersenyum sambil mengangguk kepalanya juga. “Of course lah boleh! Well aku akan make sure yang majlis kau nanti memang akan meletop gila sebabnya… ada aku dengan Emily ni,”

“Mana boleh korang over dari pengantin!” Ivy sengaja buat-buat marah.

“Gurau je. Jomlah kemas. Dah nak pukul 5 petang ni tak nak balik ke korang semua?” soal Emily sambil mengangkat punggungnya. Dia meregangkan segala ototnya sambil memandang sekeliling meja Shinhye. Matanya terpandang satu buku. “A Pilot?”

Shinhye memandang dimana anak mata Emily berada. Dia memandang buku tersebut yang berada di sebelah komputer peribadinya. Automatik fikirannya melayang teringatkan jejaka bernama Oh Sehun. Yang pernah menghuru-harakan harinya sewaktu dia berada di Busan 3 bulan lepas. Kini, tiada lagi manusia bernama Oh Sehun yang menganggu hidupnya setelah dia menukar nombor 3 bulan lepas.

Semuanya antara dia dan Sehun sudah berakhir. Shinhye tersenyum segaris.

“Yah you Park Shinhye! Gila ke senyum sorang-sorang? Oh my god…” kata-kata Ivy menyedarkan Shinhye ke alam nyata. “I balik dulu girls, bye…”

Shinhye menghantar pemergian Ivy melalui matanya. Dia memandang Emily yang masih lagi memandang Shinhye. “Waeyo?”

“Is it from him?” soal Emily. Dia kembali duduk di kerusi.

Shinhye melepaskan keluhan daripada mulutnya sambil memandang wajah Emily. Perlahan-lahan dia menganggukkan kepalanya. “Yes it’s a gift from him. Kira macam swap barang dengan dream catcher kesayangan aku tu,”

“Oh. Kenapa ‘A Pilot’?” soal Emily.

Shinhye memandang buku tersebut. “Entah, yang aku tahu isi buku ni, pilot tu jatuh cinta dengan orang yang dia susah nak dapat. Just that I know… from him,”

END OF SHINHYE'S POV

 

 

 

To be continue...

 

 

 

Author's note:

hi everyone thanks kepada sesiapa yang subscribe cerita ni.

i know chapter kali ni boring and sikit gila. tapi takpe...

besok i akan update lagi! tunggu tau!

*kalau ada typo, sorry sebab tak double check*

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Minmin #1
Chapter 14: Yeay..u update!! Again, i read it again from chapter 1.nmpak sgt free xda kerja kan?haha No la, ur story best..baca bnyk kali pun still best..tq2?
Athena66
#2
Chapter 13: Thanks for the update...looking forward for lovey dovey time of Sehun and Shin hye
Minmin #3
Chapter 13: Waaa..lamanye xupdate..tiba2 surprise keluar update notification.. end up, me baca balik dari awal chapter.. please, update lagi Authornim..hehehe
Athena66
#4
Chapter 13: Haha Sehun jual mahal pulak... Shin Hye will be disturb by his behavior. Haha really sad and funny at the same time.. Amazing make me more anxious to know what happen next.
Athena66
#5
Chapter 12: Wow best ya cerita ni.. But Sehun propose when Shin Hye still have not solve her problem. What is wrong with Xiumin?..looking forward to what happen next. Awesome story dear.
farhanifaizal #6
Chapter 12: best!!! boeklah ayat.....nanti update lah lagi...tak sabar nak dengar sambungannya pulak..... jalan cerita okay and menarik... nanti update lagi yee..
Minmin #7
Chapter 10: Sempoi ja baca..update!update!
aleya- #8
Chapter 4: Citer nya bagus.tdk sabar mahu baca part sterusnya. bagaimana nnti reaksi shinhye n sehun bila mereka bertemu..author fighting