Fate or Coincidence?

IT'S OUR FATE (MALAY)

Shinhye mengeluh perlahan tatkala merebahkan dirinya di atas katil. Dia mengerling jam di dinding bilik tidurnya. Sudah menjengah ke angka 11.30p.m. Dah nak pukul 12 malam tapi mata aku masih belum nak terlelap biarpun badannya letih berjumpa dengan client pagi tadi dan menyiapkan report yang perlu di-email pada pagi besok.

Shinhye melepaskan keluhannya dengan nafas yang berat. Dia mencapai iPhone disisi katilnya. Baru sahaja dia menekan punat on tiba-tiba iPhone-nya terus berdering. Terkejut beruk Shinhye dibuatnya. Nasib tak terlepas iPhone ditangannya. Hampir mencarut juga dia dibuatnya.

 

LOVE IS FEELING // OST THE HEIRS

"Eh nombor siapa pulak ni? Ah angkat jelah, kot bos ke call guna nombor lain," bebelnya seorang diri.

"Yeobuseyo?" Shinhye menyoal bermalas-malasan. Dia menggosok belakang lehernya.

"Annyeonghaseyo! Awak!" suara lelaki kedengaran di hujung talian.

Shinhye mengerutkan dahinya. Suara ni tak pernah dia dengar, tapi rasanya macam pernah. Takkan bos kot? Bahagianya suara dia apesal? "Siapa ni?" soal Shinhye dengan suara yang serius.

Kedengaran tawa kecil di hujung talian. "Oh Sehun. Lelaki siang tadi tu... hehehe tengah buat apa tu?"

Shinhye terus bangun daripada pembaringannya. "What?! Kan saya dah kata jangan ganggu saya! Tak payah call saya! Tak faham bahasa ke? Awak ni nak apa sebenarnya dari saya?"

Sehun tertawa kecil di talian sekali lagi, "Like I said before, I want you..."

Shinhye terdiam seketika. Dia bangun lalu menuju ke arah sliding door-nya lalu berdiri di balkoni bilik hotelnya. Dia memandang ke arah laut yang terbentang luas di hadapan matanya biarpun sudah dalam keadaan kepekatan malam. Terasa rimas untuk berada di dalam bilik.

"Errr... are you still there?"

Shinhye tersentak, "ah yes. Sorry. Apa awak cakap tadi?"

"I want you,"

Shinhye tergelak kecil. Dia menggelengkan kepalanya perlahan, matanya tidak lepas memandang lautan yang mendamaikan jiwa itu. "Stop it Oh Sehun, you will never get me. Do you understand?" balas Shinhye dingin. Betul-betul tak faham bahasa lah mamat ni!

Sehun tertawa kecil. Kemudian dia berjalan ke arah sliding door-nya. Dia menolak sliding door tersebut dan berdiri di balkoni bilik. Angin daripada laut yang ada di hadapannya ini membuatkan rambutnya lembut menyapa wajah. Sehun memandang ke arah kanan dan... kirinya. Dan Sehun terasa lututnya lemah kerana bagai tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

"Hello?" Shinhye bersuara. Tut tut tutt... "Eh mati pulak? Ah biarlah sana," Shinhye memasukkan iPhone-nya di sebelah kiri poket seluar tidurnya yang berwarna purple itu. Kemudian dia mendepakan tangan ala-ala Titanic tatkala angin menyapa wajah putih bersihnya. Dia memejamkan matanya. Ah tenang!

"Sorry saya end-kan... call kita,"

Shinhye mengerutkan dahinya. Suara tu macam familiar. Matanya dibuka perlahan-lahan. Dia melihat sebelah kirinya, namun tiada sesiapapun di situ. Kemudian dia memandang sebelah kanannya.

Shinhye memandang tepat ke arah jejaka yang sedang berdiri di hadapannya. Ya, benar dan tepat sekali yang dia dan jejaka tersebut hanyalah bersebelahan bilik sahaja. Takdir apakah ini?

Air mata Shinhye jatuh menitis. "Awak follow saya ke?! Kan saya dah cakap saya jangan ganggu saya! Tak faham bahasa ke?!" suara Shinhye hampir menjerit. Lantaklah kalau ada orang complain. Lagipun lusa aku dah nak balik Seoul dah.

Sehun tertawa kecil. Dia memandang laut sekilas sebelum memandang wajah Shinhye. "No, I'm not. Please don't cry, you're really make me want to hug you,"

"Eh dahlah! Tak payah menipu saya boleh tak? Awak follow saya kan?! Enough lah, jangan ganggu life saya boleh tak?! Please don't be too desperate Oh Sehun!" jerit Shinhye sekuat hati.

"Yah! Like seriously I don't ing follow you! Berapa banyak kali saya nak bagitahu awak?! Saya tak follow awak!" balas Sehun juga. Suaranya juga hampir menjerit. Entah kenapa tiba-tiba dia terasa baran pula. Habislah dia kali ni. Memang gadis depan mata dia ni confirm rejected sebab belum apa-apa dah mencarut.

Shinhye tersentak apabila Sehun meninggikan suaranya dan menengkingnya kembali. Semakin deras air matanya yang jatuh menitis. "Habistu apa semua ni? Kita takkan boleh bersebelahan bilik kalau awak tak rancang semua nilah Sehun!" Shinhye menggelengkan kepalanya. "I'm done," Shinhye terus masuk ke dalam biliknya dan terus menutup sliding door-nya.

Sehun mengerutkan dahinya dan mengeluh perlahan. Dia merenung sliding door biliknya dan terpandang akan sesuatu berwarna ungu yang tergantung di bilik gadis tersebut. Dream catcher. Sehun tersenyum segaris. Hilang tahap kemarahannya. "Because this is our fate. Maybe,"

 

 

 

SHINHYE'S POV

Shinhye menghempaskan tubuhnya dengan kasar di atas katil. Dia sendiri tidak sangka boleh menitiskan air mata sebanyak dua kali di hadapan lelaki yang hanya dikenali dengan nama Oh Sehun itu tanpa mengetahui latar belakangnya! Entah apa yang sedih dia sendiri tidak tahu.

Kenapa aku boleh jumpa dia? Kenapa dia boleh bersebelahan bilik je dengan aku?  Kenapa dan macam mana dia boleh tahu yang aku ada kat bilik ni? Confirmlah dia follow aku! Mustahil ini takdir! This is only a coincidence.

Dia mengelap air matanya yang masih berjuraian menitis. Tiba-tiba iPhone-nya berbunyi tanda ada mesej masuk. Shinhye menyeluk poket seluarnya, dan membaca mesej yang baru didapatinya. Daripada Xiumin, dia terus bangun dari pembaringannya dan duduk bersila di atas katil.

 

From: Xiuminie

Bila awak balik Seoul? Saya busy lah maybe time awak balik sini saya tak dapat jemput awak kat airport. Sorry good night. Bye.

 

Shinhye menggigit bibir bawahnya dan mencampak iPhone-nya ke tepi. Dia memeluk lututnya dan sekali lagi air matanya jatuh berjuraian tanpa henti. Ah bencinya! Kenapa malang sangat nasib aku harini? Dahlah jumpa orang yang tah pape tu. Dengan Xiumin buat perangai macamni! Ah stress-nya aku!

 

 

 

 

Keesokkan harinya...

 

Sehun menghirup kopi di café bawah hotelnya dengan perlahan. Ah kurang manis! Pahit betul! Sehun mengeluarkan lidahnya yang terasa kelat akibat kepekatan kopi tersebut. Dia mengambil sepeket gula lagi lalu menambahnya ke dalam cawan kopi gelapnya. Sekali lagi dia menghirup kopi di cawannya. Yeah nice!

“Weh Sehun… harini nak pergi mana?” soal Kai yang baru tiba di meja diikuti Baekhyun bersama sepinggan kimbap.

Sehun memandang kedua wajah rakannya yang mengambil tempat duduk dihadapannya. Dia menyandarkan tubuhnya di kerusi lalu mengeluh perlahan dan memandang pantai di sebelah kirinya. Orang dah mula berkerumun sebab nak mandi pantai walaupun masih pukul 7 pagi lagi. “Aku rasa macam nak lepak pantai je kot,” Sehun kembali memandang rakannya yang berada di hadapan.

“Pantai je? Hmmm oklah… aku pun rasa macam nak menyelam je kejap lagi,” balas Baekhyun. Dia menyumbat sebiji kimbap ke dalam mulutnya.

Kai menggarukan kepalanya yang tidak gatal lalu memandang wajah Sehun yang kelihatan agak serabut itu. “Bro gwenchana?”

Sehun hanya termenung memandang pantai sambil memeluk tubuhnya. Sekali lagi dia mengeluh perlahan.

“Sehun?”

Sehun memandang wajah Kai dan Baekhyun bersilih ganti. “Hah asal?”

“Kau okay tak bro? Nampak macam tak je? Apahal ni?” soal Kai sekali. Baekhyun hanya merenung sahaja wajah Sehun sambil mengunyah kimbap di dalam mulutnya.

Sehun mengeluh sekali lagi. “Aku serabut lah weh,”

“Waeyo?” soal Kai dan Baekhyun serentak.

“Ingat tak awek semalam yang korang suruh aku usya tu? Bro, kita satu hotel dengan dia. Aku satu level je dengan dia. And aku dengan dia… bersebelahan bilik je beb. Kau rasa?”

“WHAT?!” Kai dan Baekhyun berkata serentak sekali lagi.

“Okay, sekarang ni perempuan tu tau ke tak kau dengan dia bersebelahan je bilik?” soal Baekhyun. Sepenuh tumpuannya hanya untuk Sehun. Ceh.

Sehun menganggukkan kepalanya perlahan. Dia menggigit bibir bawahnya sedikit. “Dia tau. And dia cakap aku ni follow dia. Bro, kau pun tau aku tak follow dia kan? Dia tak percayakan aku lah bro, dia still cakap aku ni follow dia. Weh seriously sebelum aku pergi sini pun aku taktau dia tinggal kat situlah,”

“Rileks lah Sehun. Jangan marah-marah macamni, jangan serabut okay. Aku tau bukannya kau sengaja pun nak sebelah bilik dengan dia. Lepastu apa jadi? Macam mana korang boleh tau korang bersebelahan bilik je ni?” Kai menyoal Sehun.

“Aku call dia pastu aku keluar ah lepak beranda luar tu. Bila aku pandang kiri dia tengah berdiri kat situ. Aku dengan dia apa lagi, terkejut ah. Sebab bukannya aku plan pun benda ni. And of course lah awek tu tak plan duh sebab dari cara dia pun boleh tau dia tak berminat dengan aku, and then dia cakaplah yang aku follow dia pe semua tu, aku desperate lah, macam-macam dia tuduh aku,”

“Lepas dia cakap kau follow dia, kau cakap apa kat dia?”

Sehun terdiam seketika. Kepalanya menunduk memandang jari jemari tangannya. “Aku termencarut sikit. Weh aku tak sengajalah! Bukannya niat aku nak carut aku confused betul malam tadi lepastu aku macam stress lah bila dia cakap aku follow dia banyak kali,”

“What? Kau mencarut apa bro??” Baekhyun tercengang seketika.

“I don’t ing follow you…” suara Sehun hanya mendatar.

“MWO?!” Kai hampir terjerit. Dia memandang sekeliling cafe lalu menghadiahkan senyuman palsu ke arah customer yang berada di dalam café, “cheonsong habnida,”

“Aku tak sengajalah! Aku confused, blurr, stress semualah! Aku terfikir is it mean this is my fate with her? Aku ingat sekali je aku akan jumpa dia rupanya tak weh… dua kali beb. Apa semua ni?”

Kai dan Baekhyun hanya saling berpandangan antara satu sama lain.

 

 

 

 

TWO PEOPLE // THE HEIRS OST

Shinhye memejamkan matanya seketika. Dia membiarkan angin laut menyapa wajahnya. Setelah beberapa saat berkeadaan begitu dia membuka matanya memandang lautan yang terbentang luas di hadapannya itu.

Shinhye tersenyum manis melihat ada sepasang kekasih sedang berjalan berpegangan tangan di hujung pantai. How I wish you’re here with me, oppa… tiba-tiba dia teringat akan lelaki bernama Oh Sehun itu. Shinhye memandang langit yang sudah cerah.

“Kenapa aku kenal dengan dia? Kenapa aku kena jumpa dia lagi? Kenapa dia duduk sebelah bilik dengan aku je? Kenapa semua ni terjadi? Aku datang sini nak kerja and nak tenangkan fikiran. Bukannya makin nak serabutkan kepala ni ha. Dengan Xiumin punya perangai makin lain dari hari ke hari. Ah fed up aku macamni!”

Shinhye menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Dia mengeluh perlahan. Dia bangun dari kedudukannya dan mengambil handbag dusty pink-nya itu. Kemudian dia mencabut sandal yang dipakainya dan berjalan ke persisiran pantai.

Air laut. Shinhye tersenyum segaris sambil berjalan. Laut mengingatkan kejadian dimana appa-nya menyelamatkan seorang lelaki yang mungkin sebaya appa-nya daripada lemas. Eventhough, we’re not rich appa, you’re my hero. Ah tak sabar pulak nak balik Seoul besok, rindu pulak dengan rumah!

Shinhye memandang kakinya yang sudah basah dan hujung seluar jeans-nya yang sudah dipenuhi pasir pantai. Aduh habis berpasir dah. Dia menghala pandangannya ke arah lautan di sebelah kirinya. Bunyi ombak yang betul-betul mendamaikan jiwa. Rasa macam taknak balik tapi kena balik jugak.

Dia memandang ke arah kakinya sekilas sebelum memandang ke arah hadapannya. Langkah kakinya terhenti. Oh Sehun berada di hadapannya dengan jarak hanyalah 10 meter. Lelaki tersebut mengenakan pakaian yang terlalu simple. T-shirt plain berwarna putih dan seluar jeans berwarna biru. Dan juga spek hitam. Macho.

Sehun juga tergamam apabila melihat gadis yang dia sendiri tidak tahu namanya itu berada di hadapannya. Yang dia tahu gadis itu telah menarik hati lelakinya. Sehun menggigit bibir bawahnya. Sehun cuba untuk tidak bertegur dengan gadis yang mencuri hatinya itu.

Shinhye menelan perlahan air liurnya. Dia meneruskan langkahnya. Nak taknak kena hadap jugak takkan nak larikan diri nanti dia ingat aku ni syok kat dia pulak oh no!

Sehun turut melangkah juga dan mereka berdua hanyalah berselisihan sahaja. Namun, tidak bertegur seperti orang yang sudah mengenali antara satu sama lain. Wajah Sehun begitu tegang tanpa sedikit senyuman pun.

Shinhye menjeling tubuh Sehun melalui hujung matanya sewaktu lelaki itu berada di sebelahnya. Namun, lelaki itu langsung tidak menegurnya. Shinhye tersenyum segaris dan mengangkat bahunya sedikit. Kemudian dia meneruskan perjalanannya ke arah hotel yang didudukinya.

Setelah 10 langkah, Sehun memandang ke arah Shinhye. Dia memerhatikan tubuh Shinhye yang sedang berjalan ke arah hotel mereka. Lama dia memerhatikan pergerakan Shinhye sehinggalah gadis tersebut hilang dari pandangan mata. Sehun mengeluh perlahan. Dia memandang ke arah laut di hadapannya. Dan ombak menyambar jari jemari kakinya.

I don’t even know your name, girl. Kata Sehun dalam hati.

“Tak nak join mandi ke bro?” soal Kai. Dia hanya mengenakan seluar sahaja tanpa memakai baju.

Sehun memandang Kai. “Tak kot. Korang jelah mandi. Baekhyun mana?” soal Sehun sambil memeluk tubuhnya.

Kai meregangkan tubuhnya. “Ada tu ha on the way ke sini. Hah, tu dia! Woi cepat sikitlah, aku tak sabar nak berenang dalam laut ni hah…”

“Eee sabarlah jap. Dah jom, men-dugongkan diri. Nah Sehun jaga iPhone kitorang dengan purse kitorang. Thanks!” terus Kai dan Baekhyun melarikan diri ke arah pantai.

“Kau ingat aku kuli korang nak jaga barang korang?” Sehun menggelengkan kepalanya ke arah Kai dan Baekhyun yang sedang bermain air seperti kanak-kanak itu. Entah bilalah nak membesar.

 

 

 

 

To be continue...

 

 

Author's note:

OMG IT'S BEEN A LONG TIME SINCE I UPDATED THIS FANFIC.

SERIOUSLY LAMA DAH TAK UPDATE. I ON JE ACC NI NAK BACA FANFIC TAPI TAK UPDATE PUN HISH MIANHAE

Actually saya dah type lama dah chapter ni just tinggal post je tapi masalahnya kat kamsis takde wifi!

Nak hotspot internet slow haih takpe kali ni saya update 2 chapter untuk readers! Eh ada ke readers? Hahah takpelah kalau takde pun, just nak isi masa lapang.

Sooooo.... wait okay?! 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Minmin #1
Chapter 14: Yeay..u update!! Again, i read it again from chapter 1.nmpak sgt free xda kerja kan?haha No la, ur story best..baca bnyk kali pun still best..tq2?
Athena66
#2
Chapter 13: Thanks for the update...looking forward for lovey dovey time of Sehun and Shin hye
Minmin #3
Chapter 13: Waaa..lamanye xupdate..tiba2 surprise keluar update notification.. end up, me baca balik dari awal chapter.. please, update lagi Authornim..hehehe
Athena66
#4
Chapter 13: Haha Sehun jual mahal pulak... Shin Hye will be disturb by his behavior. Haha really sad and funny at the same time.. Amazing make me more anxious to know what happen next.
Athena66
#5
Chapter 12: Wow best ya cerita ni.. But Sehun propose when Shin Hye still have not solve her problem. What is wrong with Xiumin?..looking forward to what happen next. Awesome story dear.
farhanifaizal #6
Chapter 12: best!!! boeklah ayat.....nanti update lah lagi...tak sabar nak dengar sambungannya pulak..... jalan cerita okay and menarik... nanti update lagi yee..
Minmin #7
Chapter 10: Sempoi ja baca..update!update!
aleya- #8
Chapter 4: Citer nya bagus.tdk sabar mahu baca part sterusnya. bagaimana nnti reaksi shinhye n sehun bila mereka bertemu..author fighting