The first meet

IT'S OUR FATE (MALAY)

Sehun menutup pintu bilik hotelnya. Dia mencampakkan topi pilotnya di atas katil kemudian merebahkan badannya yang masih disarungi baju kerjanya dengan kasar di atas katil. Sehun meletakkan lengannya di atas dahi sebelum mengeluh panjang. Dia memejamkan matanya untuk seketika.

Setelah berada dalam keadaan begitu selama 5 minit kemudian dia bangun dari pembaringannya dan membuka satu persatu butang bajunya. Dia mencampakkan baju kerjanya di atas lantai dan terus berjalan menuju ke sliding door bilik hotelnya.

Sehun menyelak langsir dan membuka sliding door biliknya dan berdiri di balkoni bilik. Angin sepoi-sepoi bahasa pada petang itu. Lagi pula dia mengenakan singlet sahaja. Anak rambutnya yang terjuntai di dahi ditolak ke belakang.

Kemudian dia menyandarkan tubuhnya di palang balkoni lalu memeluk tubuhnya. Memerhatikan segala yang ada di sekelilingnya. 

Baekhyun dengan Kai terpaksa amik tingkat atas disebabkan tingkat 8 yang didudukinya sudah penuh dengan para pelancong yang lain yang sedang bercuti sempena cuti sekolah yang sudah tiba.

Dia memandang pula ke arah balkoni yang ada di sederet balkoni biliknya. Kosong. Mesti penghuni bilik aku ni jenis yang ada family sebab macam sunyi semacam je atau semua memang takde dalam bilik keluar pergi jenjalan. Ah yang aku sibuk nak fikir pasal diorang ni buat apa? Buat susah-susah je.

Sehun menguap perlahan. Matanya mula berair. Dia menggosokkan matanya menggunakan hujung jarinya. 

Mata pun dah mengantuk so baik aku tidur. 

Sehun masuk kembali ke dalam biliknya tanpa menutup kembali sliding doornya. Dia terus merebahkan tubuhnya yang keletihan di atas katil dan tidak lama selepas itu Sehun terus terlena.

 

 

 

 

Keesokkan harinya...

 

Shinhye menyikat rambutnya dengan kemas. Kemudian dia meratakan bangs. Setelah itu dia mengenakan gincu berwarna light pink dan mascara. Usai itu, dia memakai lens nya yang berwarna grey. Setelah selesai memakai perfume dia memusingkan badannya di hadapan cermin. Dia tersengih seperti kerang busuk di hadapan cermin bilik hotelnya. *rambut Shinhye macam rambut dalam cerita Doctors tu*

Dia memandang sekeliing biliknya. Hmmm nak bawak apa lagi eh? Dia memandang ke arah meja di sebelah katilnya. Aigoo! Pabo-yah Shinhye ah. Aish kalau file tu tertinggal macam mana kau nak survive meeting dengan client tu nanti? Aigoo... Shinhye terus berjalan menuju ke arah meja tersebut dan memasukkan file tersebut ke dalam handbag-nya. Nasiblah aku beli handbag yang besar so senang sikit nak letak barang.

Okay! Rasanya takde apa-apa barang yang tertinggal. Dia melihat jam di pergelangan tangan kirinya. Sudah menjengah ke angka 9 pagi. Appointment pukul 9.30 pagi nanti tapi apa salahnya gerak awal. Be a punctual person. Takpe, kita ikut budaya orang Jepun. Awal daripada waktu yang dijanjikan. Silap-silap client aku dah sampai so boleh start awal kan? Start awal, habis pun awal. 

Shinhye mengambil kunci kereta yang telah disewa oleh Encik Donghoon minggu lepas. Kemudian dia terus berjalan keluar dan mengunci pintu biliknya. Dia memandang ke arah kanan dan kiri aras hotelnya. Riuh rendah. Maybe dah ramai yang ada kat hotel ni, yelah cuti sekolah dah bermula. So mesti ramai yang bercuti ke Busan ni.

Shinhye terus mengatur langkah ke arah lif dan memandu kereta sewanya menuju ke restoren terkenal di Busan.

 

 

 

"Oii bro! Lambat sampai? Pergi mandi laut ke pergi 'memancing'?" Baekhyun membuat high-five dengan Kai. Kemudian mereka berdua terus tergelak besar bersama kerana dapat mengenakan abang pilot mereka.

Sehun terus merebahkan dirinya di atas kerusi bersebelahan dengan Kai. Dia menjeling wajah Baekhyun dan Kai. Kemudian dia memanggil waiter untuk mengambil order. Setelah minumannya sampai tanpa menunggu lama dia terus menghirup dengan kasar. Haus katakan.

"Aku tak mandi lautlah. Aku pergi gym hotel workout kejap. Badan aku letih gila tu yang aku workout, lepas workout aku pergi jogging kejap. Sorrylah buat korang tunggu aku lama sangat sampai dah separuh air korang. Takpelah nanti malam aku belanja makan okay? Deal?" Sehun tersenyum memandang member baiknya itu.

Kai menggigit bibir bawahnya dan meletakkan kepalanya di bahu Sehun. "It's okay biy. I maafkan you. Janji tau nak belanja I makan? I nak makan benda mahal-mahal malamni... sayang you biyyy...."

Baekhyun tergelak. Kemudian dia mencapai jari Sehun dan meramasnya. "Thank you hubby... hubby love hubby so much muahhh"

Sehun memandang ada sekumpulan gadis mat saleh memandang ke arahnya dengan pandangan pelik. Oh ! No way. Dia terus menolak kepala Kai dan menarik tangannya. "Weh . Kau tau tak mat saleh tu semua pandang aku lain macam? Dia mesti ingat aku gay doh! Weh korang ni memang mintak kaki lah. Habislah jatuh air muka aku macam ni!"

"Weh yeke? Weh mesti dia ingat aku gay jugak oh no way I'm not!" Kai memandang ke arah sekumpulan mat saleh perempuan tersebut dan mengenyitkan matanya. Mat saleh tersebut terus bangun dan meninggalkan restoran tersebut dengan segera.

Automatik ketawa mereka bertiga terus bergema di dalam restoran tersebut. Sehun menggelengkan kepalanya apabila tawanya sudah berhenti. Perutnya berbunyi minta diisi. Dia memandang sekeliling restoran untuk mencari waiter mengambil order.

Namun, matanya jatuh pada seorang gadis yang baru masuk ke dalam restoran. Dia menongkat dagunya mengamati cara pemakaian gadis tersebut dari atas hingga bawah. Ketinggiannya mencecah 162cm. Tapi bila gadis tersebut memakai heels yang tinggi tu maybe tinggi dia cecah 165cm. Sooo my ideal type. Gadis tersebut memakai seluar slack jeans jenis skinny berwarna putih. Hm have a good taste on fashion. Memakai blouse warna royal blue. Have a good taste on colour. Nice! 

Dia memandang pula wajah gadis tersebut. Jantungnya bagai terhenti. Cantik. Manis. Rambut gadis tersebut juga cantik. Coklat gelap. Make-up yang dikenakan gadis itu juga nampak cantik kerana nampak natural. Tak nampak keterlaluan seperti gadis-gadis yang pernah dikenalinya sebelum ini.

Gadis tersebut terus berjalan menuju ke satu meja dan duduk di situ. Dia mengeluarkan satu fail dari dalam handbag-nya. Maybe dia nak jumpa client. Sebab dari cara dia berpakaian aku nampak macam dia pekerja office. Sehun bermonolog dalam hati. Kemudian ada seorang lelaki dalam lingkungan 40-an datang ke arah gadis tersebut dan bersalaman dengan gadis tersebut. Gadis tersebut tersenyum manis membuatkan Sehun turut tersenyum.

"Weh korang..." Sehun bersuara memecahkan kebisuan. Namun Baekhyun dan Kai tidak menyahut.

"Weh..." Sehun memandang ke arah mereka berdua. Padanlah. Dua-dua tengah menghadap phone masing-masing memang taklah diorang dengar. Sehun terus menepuk meja mengalih pandangan rakannya daripada iPhone masing-masing.

"Pehal kau ni?" Kai dan Baekhyun terus meletakkan iPhone-nya ke tepi.

"Weh cun sia awek tu," Sehun memandang kembali ke arah gadis tersebut dan dia tersenyum sekali lagi.

"Mana satu?" soal Baekhyun. Dia memandang ke arah di mana Sehun tenung. "Boleh go gak ni. Not bad, nampak ayu fuhhhh"

Kai menggaru kepalanya. "Yang mana satu ni weh?"

"Tulah yang pakai baju warna royal blue tu," ujar Baekhyun tanpa memandang wajah Kai.

"Wow! Okay lawa beb," Kai turut memandang ke arah gadis tersebut.

Sehun memandang ke arah Kai dan Baekhyun yang sedang memandang ke arah gadis idamannya itu. "Oi oi! Dah takyah nak pandang lama sangat. Aku dah cop dulu! Aku punya ah. Sibuk jelah nak pandang awek aku lama-lama apahal?"

Mereka berdua terus tergelak. 

"Eleh terus awek konon. Mana tau dia jodoh aku ke? Hah nak cakap apa?" Baekhyun saja mengusik.

"Eeeee pleaselah support member sikit apa ni kerja asyik nak jatuhkan member je tolonglah aku sikit guys please ah," Sehun membuat muka sedih memandang kedua membernya.

Kai tersenyum. Dia menepuk bahu Sehun, "Oi Sehun... aku bet kau dapatkan dia."

"Woooo Kai! Kau cabar Sehun ke apa?" Baekhyun membeliakkan matanya memandang wajah Kai seperti tidak percaya.

"Aah aku cabar dia. Aku cabar kau ni Sehun untuk dapatkan dia, aku tengok perempuan tu macam bukan jenis yang senang dan mudah untuk kau dapatkan. So kalau kau dapat dia, aku cabar kau lagi untuk belajar setia."

Sehun memandang wajah Kai. Kemudian dia memandang wajah gadis tersebut yang sedang tersenyum memandang customer-nya. Setia? Boleh ke? Aku tak kenal perangai perempuan ni macam mana, kalau sama je macam perempuan lain macam mana? Jenis nak aku sebab duit je. Takpun kalau sama je macam perempuan yang aku sayang dulu tu macam mana? Lelaki keliling pinggang. Sehun mengeluh perlahan. Dia memandang cawan orange juice di hadapannya.

"Up to you bro... aku cabar je,"

"If aku betul-betul dapat dia and tak curang, kau nak aku bagi kau apa?" soal Sehun dan segera memandang wajah Kai yang berada di sebelahnya dengan wajah yang serius.

Kai tertawa kecil. Dia memandang wajah gadis tersebut sekilas sebelum memandang wajah Sehun dan Baekhyun bersilih ganti. "Bro, aku kawan kau... aku taknak apa-apa pun sebab aku sendiri boleh usaha nak dapatkan benda tu. Aku just nak tengok kau bukak balik pintu hati kau untuk perempuan, jadi setia, bahagia... tu je sebab aku tau masalah kau dengan perempuan that's why aku nak kau tukar tabiat kau. Sampai bila kan kau nak stay jadi playboy kan? Aku nak kau tutup cerita lama, percayakan perempuan sebab tak semua perempuan punya perangai macam ex kau, Sarang tu. Okay bro? Tapi kalau kau nak bagi BMW kau kat aku pun apa salahnya? Kecik tapak tangan sebesar lautan pasifik aku tadahkan!"

Sehun terdiam seketika. Dia sedar rakan-rakannya risau akan tabiatnya yang semakin teruk sehari ke sehari. Dia memandang ke arah gadis tersebut sekali lagi. Dia sedang menulis sesuatu di atas buku note kecil. Kemudian gadis tersebut menyelak helaian rambutnya yang jatuh ke belakang telinga. Sehun memejamkan matanya. Perempuan ni dengan perbuatan dia macam tu pun boleh buat jantung aku berdebar habis apatah lagi perangai dia. 

"Bro... kau okay tak?" soal Baekhyun. Risau melihat rakannya seperti tidak senang duduk.

Sehun memandang Kai dan Baekhyun, "Gua terima bet lu bro,"

 

 

 

LOVE IS THE MOMENT // CHANGMIN 2AM (OST THE HEIRS)

"Terima kasih atas kerjasama yang encik berikan. I will contact you for more details tomorrow, come and visit our office at Seoul!" Shinhye tersenyum manis dan bersalaman dengan client-nya itu.

"You're welcome. Alright, I will... company awak mesti berbangga sebab dapat seorang staff yang bagus macam awak ni," lelaki tersebut melihat jam di pergelangan tangannya. "Ah I should go now to pick my son at his nursery... go back home safely dear."

"Alright. Thank you," Shinhye menyalami tangan lelaki tersebut dan menghantar pemergian lelaki tersebut ke luar restoran. Dia kembali duduk di meja dan mengemas semula barang miliknya. Usai selesai semuanya, dia memanggil waiter untuk mengambil order-nya. Tidak lama kemudian, dia terus menghirup air yang sudah dipesannya.

Shinhye menghidupkan iPhone-nya. Dia melihat jika ada sebarang panggilan atau apa-apa yang lain. Dia mengeluh perlahan. Sebenarnya tujuannya nak lihat jika Xiumin ada mesej atau tidak. Namun, dia hampa. Dia melihat pula Instagram dan melihat post daripada following atau followers-nya.

"Hi! Nak number phone please," tegur seseorang di hadapannya.

Shinhye mengalihkan pandangannya daripada skrin iPhone ke kerusi di hadapannya. Ada seorang lelaki sedang menongkat dagu menggunakan sebelah lengan kirinya sambil tersenyum manis. Hensem! Memang takleh nak tipulah. Segak, bergaya, macho. Tapi, kenapa dia datang kat aku? Ada masalah penglihatan ke? Aku bukannya kenal dia. Salah orang ke? Setahu aku, aku takde kawan muka macam dia ni!

"Awak ni siapa?" soal Shinhye sambil mengerutkan dahinya.

"Hi! Saya Sehun. Oh Sehun imnida," Sehun tersenyum memandang Shinhye. Dia masih menongkat dagunya memandang wajah Shinhye.

Sehun? Okay aku jamin mamat handsome ni salah orang sebab aku langsung takde kawan nama Oh Sehun kot! "Err mianhae tapi setahu saya, saya tak kenal orang nama Sehun... kalau bihun tu pernahlah saya dengar,"

Sehun tergelak. Dia samakan aku dengan bihun? Nice try girl. "Awak ni pandai betul buat lawak,"

"Saya tak buat lawak..." Shinhye mengerutkan keningnya memandang Sehun kemudian memandang sekeliling restoran. 

"Saya nak number phone awaklah..." Sehun menghulurkan iPhone-nya ke arah Shinhye.

Shinhye memeluk tubuhnya dan menyandarkan tubuhnya ke belakang. "Sorry. Saya tak kenal awak so please don't disturb me!"

Sehun menggigit bibir bawahnya. "Saya nak kenal dengan awak sebab saya suka tengok awak. Saya perhatikan awak dari awak masuk restoran ni sampailah sekarang kat meja belakang sana tu,"

Shinhye tersenyum sinis. "Yah whatever. Sebab saya tak percaya pun kata-kata awak. I gotta go now, bye." Shinhye terus mengambil handbag-nya dan terus keluar daripada restoran.

"Hey awak tunggulah kejap!" Sehun mengerutkan dahinya akibat panas mentari yang menerjah ke arah kulitnya. 

"Awak nak apa lagi daripada saya?! Kan saya dah cakap jangan kacau saya! Tak faham bahasa ke?!" Marah Shinhye. Dia kembali melangkah. Namun ada tangan yang memegang lengannya dan merampas iPhone dari dalam pergelangan tangannya. "YAHHHHH!!! BAGI BALIK PHONE SAYA!!!" jerit Shinhye. Nasib tempat parking ni takde orang. 

Sehun mengangkat tangannya dan membuka keypad iPhone Shinhye. Namun, ada password. Oh ! Kata Sehun dalam hati. Dia memandang Shinhye sambil membuat muka tanda 'apa password phone awak' ke arah Shinhye.

Shinhye menggapai-gapai iPhone-nya yang berada dalam pegangan Sehun. Namun, gagal kerana Sehun terlebih tinggi daripadanya. Eeee lelaki ni makan apa sampai jadi giant macam ni? "Eeee bagilah balik phone saya!"

"Bagi saya password phone awak dulu,"

"Hahahahaha memang taklah saya nak bagi! Bagilah balik phone saya! Awak taktau macam mana saya kena kerja keras nak beli phone tu! Bagilah balik!" Shinhye terasa air matanya mula bertakung di tubir matanya. "Give me back my phone!"

Sehun tertawa kecil melihat gadis yang menarik perhatiannya ini. "You choose..." Sehun mendekatkan wajahnya dengan wajah Shinhye menyebabkan Shinhye berundur ke belakang dan hampir tersadung akibat heels yang dipakai Shinhye. Nasib baik tangan Sehun lebih pantas bertindak dengan menahan tubuh Shinhye menggunakan tangan kanannya. Suasana bagaikan terhenti.

Sehun memandang tepat ke dalam anak mata Shinhye. Air mata Shinhye jatuh menitis. Sehun mengeluh perlahan, "sorry nasib baik awak tak jatuh. Belakang tu ada lopak air, kalau awak jatuh mandi lecaklah awak. Okay forget about that lecak, now you choose, you want to give me your password or you want me to... kiss you?" Sehun menggigit bibir bawahnya. Perempuan ni betul-betul goda akulah!

"I won't give you my phone's password!" ujar Shinhye tegas.

Sehun tersenyum. Dia mendekatkan wajahnya.

"Andwae..." ujar Shinhye seakan berbisik. Dia memejamkan matanya. "Jebal... arraso arraso... 0305,"

Sehun tertawa kecil. "Kamsahamnida..." Sehun memerhatikan seluruh wajah Shinhye yang masih memejamkan matanya. Dari tadi jantungnya berdegup kencang. Lama betul aku tak rasa perasaan macam ni dekat mana-mana perempuan.

Shinhye membuka matanya. Nafasnya bagaikan tersekat apabila muka Sehun terlalu dekat dengan wajahnya. "Yah awak dah dapat password! Lepaskan sayalah!" Shinhye segera berdiri kembali. Dia membetulkan rambutnya yang sudah kusut.

Sehun tersengih. "Okay sekejap," dia menaip sesuatu dan menekan call. Kemudian iPhone di dalam poket seluarnya berbunyi. "Okay nah, thanks! Go back home safely dear," Sehun menghulurkan iPhone Shinhye kembali. Sehun mengenyitkan matanya ke arah Shinhye dan terus berlalu pergi.

Air mata Shinhye jatuh sekali lagi. Entah apa yang sedih dalam hatinya dia sendiri tidak tahu. Tiba-tiba iPhone di tangannya berbunyi. Dia mengelap air matanya yang jatuh dan mengangkat panggilan tersebut.

"Yeobuseyo?"

"Uljima. You makes me want to go back and hug you,"

"Awak nak apa daripada saya?" Shinhye memandang tubuh Sehun yang sedang menjauh daripadanya.

"I want you,"

"Dahlah please jangan ganggu hidup saya, ok bye!"

"Eh kejap!"

"Apa lagi awak nak?"

"I want you and this is serious. Go back home safely, saya berharap saya dapat jumpa awak lagi. Sebab saya rasa hati saya dah jatuh dekat awak and saya tak main-main okay? Bye,"

Panggilan dimatikan.

Shinhye mengeluh perlahan. Apalah nasib aku kena jumpa orang macam ni dekat Busan ni? 

 

 

 

 

To be continue.....

 

 

 

 

Author's note:

Hi everyone! Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin. I hope I'm not late to say that heheheh!

Sorry for the late update I'm busy lately sebab dah sambung belajar dah. Doakan saya eh guys heheheh

And I saw new subscribers and ada 1 comment omg thankssssss nak nangis heheheh muah pipi kanan kiri okay hahahaha

Saya akan update next chapter but lambat sikit sini takde wifi kalau kat rumah ada wifi boleh ah heheheh

Okay guys wait for next Shinhye-Sehun story hahahhahah ceh reason saya pairkan diorang sebab saya suka Shinhye and Sehun sangat-sangat tu je

I know diorang takkan ada apa-apa hubungan pun sebab entahlah eh...

Dahlah banyak sangat pulak saya merepek. 

If ada typo sorry sebab saya tak double check hehe

Bye!

 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Minmin #1
Chapter 14: Yeay..u update!! Again, i read it again from chapter 1.nmpak sgt free xda kerja kan?haha No la, ur story best..baca bnyk kali pun still best..tq2?
Athena66
#2
Chapter 13: Thanks for the update...looking forward for lovey dovey time of Sehun and Shin hye
Minmin #3
Chapter 13: Waaa..lamanye xupdate..tiba2 surprise keluar update notification.. end up, me baca balik dari awal chapter.. please, update lagi Authornim..hehehe
Athena66
#4
Chapter 13: Haha Sehun jual mahal pulak... Shin Hye will be disturb by his behavior. Haha really sad and funny at the same time.. Amazing make me more anxious to know what happen next.
Athena66
#5
Chapter 12: Wow best ya cerita ni.. But Sehun propose when Shin Hye still have not solve her problem. What is wrong with Xiumin?..looking forward to what happen next. Awesome story dear.
farhanifaizal #6
Chapter 12: best!!! boeklah ayat.....nanti update lah lagi...tak sabar nak dengar sambungannya pulak..... jalan cerita okay and menarik... nanti update lagi yee..
Minmin #7
Chapter 10: Sempoi ja baca..update!update!
aleya- #8
Chapter 4: Citer nya bagus.tdk sabar mahu baca part sterusnya. bagaimana nnti reaksi shinhye n sehun bila mereka bertemu..author fighting