Busan, Annyeonghaseyo!

IT'S OUR FATE (MALAY)

SHINHYE'S POV 

ALWAYS // YOON MIRAE (OST DESCENDANTS OF THE SUN)

Shinhye melipat helaian terakhir baju yang akan digunakan sewaktu dia berada di Busan selama 5 hari nanti. Selesai melipat, dia menzip luggage berwarna hitam miliknya dan menolak luggage tersebut ke tepi almari bajunya. Dia menggosokkan tangannya dan bercekak pinggang sambil melihat keadaan bilik tidurnya.

"Apa lagi aku nak bawak? Dah takde kan? Semua dah masuk dalam luggage rasanya. Okay dah settle!" kata Shinhye seorang diri. Kemudian dia berjalan ke arah katil dan terus merebahkan dirinya di atas katil. Oh heaven-nya rasa! Dia melelapkan matanya untuk seketika.

 

Tukk tukk!

 

Ketukan di pintu bilik membuatkan Shinhye membuka matanya. Baru je nak lena dah ada orang kacau hmmm.

 

"Shinhye ah! Omma ni!" jerit Puan Park dari luar bilik Shinhye.

 

"Omma, masuk jelah tak kunci pun pintu tu," balas Shinhye yang masih berbaring di atas katil. Tangannya diregangkan dan dia mengeliat seketika.

 

Pintu bilik terbuka dan Shinhye terus bangun dari pembaringannya.

 

"Dah kemas barang?" soal Puan Park dan mengambil tempat duduk di sebelah anak tunggal gadisnya.

 

Shinhye menganggukkan kepalanya. "Hmmm dah,"

 

"Aigoo bagus betul anak omma ni!" Puan Park mengusap rambut Shinhye.

 

"Omma..." Shinhye merengek apabila rambutnya sedikit serabut. Dia membetulkan semula rambutnya yang kusut menggunakan jari.

 

Puan Park hanya tersengih apabila anaknya merengek sebegitu. Tiba-tiba Puan Park terpandangkan sesuatu, dia mengerutkan keningnya dan memandang wajah Shinhye tanpa berkelip. Kemudian dia berdehem bagi menarik perhatian anaknya supaya memandang wajahnya.

 

Shinhye memandang wajah Puan Park sekali imbas. Kemudian dia memandang wajah Puan Park sekali lagi. "Err waeyo omma? Kenapa tengok sampai macam tu? So scary lah I normal minat lelaki je eh omma jebal janganlah macam ni,"

 

Puan Park hanya tersengih lalu merapatkan kedudukannya dengan Shinhye.

 

Shinhye menjauhkan dirinya sehingga beradi di kepala katil. Dia memeluk tubuhnya. "Aahh omma.. waeyo? Ap.. appa!!!"

 

"Yah wae?!" soal Encik Park sebaik tiba di muka pintu bilik Shinhye. Shinhye terus berlari mendapatkan appa-nya dan menyorok di belakan Encik Park.

 

"Appa tengok omma tu! Dia tengok Shinnie macam nak makan Shinnie! Scary..." ngadu Shinhye. Dia memegang lengan baju Encik Park.

 

Puan Park tertawa besar. "Yah ingat omma ni ada taste dengan perempuan ke? Dengan anak sendiri pulaktu aigoo... tak, macam ni, cuba awak tengok jari manis anak perempuan kesayangan awak tu. Ada apa kat jari manis dia belah kiri tu?"

 

Encik Park terus menoleh ke arah Shinhye dan melihat jari manis anak kesayangannya. Ada cincin.

 

"Siapa bagi ni?" soalan Encik Park nampak tidak masuk akal walaupun dia tahu siapakah pemberi cincin di jari manis anaknya itu.

 

Shinhye terasa pucat wajahnya. Ditelannya air liur yang terasa berpasir itu. "Xiu... Xiumin yang bagi. Semalam,"

 

Puan Park terus bertepuk tangan. Tak sangka hubungan Shinhye dan Xiumin akan berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan. Tidak sabar betul dia hendak melihat anak perempuannya itu menyarung gaun pengantin berwarna putih bersih dan bahagia hidup bersama dengan orang dia sayang walaupun jauh di sudut hati dia terasa berat untuk melepaskan anaknya itu.

 

Encik Park melepaskan keluhannya dengan agak perlahan. Berat sebenarnya nak lepaskan anaknya itu ke tangan orang lain. "So Shinhye... sekarang ni Shinhye dah jadi tunang Xiumin. Appa nak bagi nasihat ni, benda ni bagaikan satu tapak untuk hubungan korang akan diakhiri dengan sebuah perkahwinan. Bagaikan satu tanggungjawab appa dah dikurangkan. Sementara masih jadi tunang Xiumin ni, jaga adab tatasusila dengan orang lain dan jugak Xiumin. Kalau boleh, kurangkan sikitlah nak jumpa dia. Jaga bergaulan dengan lelaki lain dan jangan buat Xiumin sakit hati atau marah dekat Shinhye. Arasso?"

 

Puan Park menganggukkan kepalanya. "Bagaikan satu langkah lagi untuk Shinhye jatuh ke tangan orang lain. Shinhye bukan tanggungjawab kami lagi lepas Shinhye sah jadi isteri Xiumin nanti,"

 

Shinhye menggigit bibir bawahnya. Kemudian dia memandang wajah omma dan appa-nya bersilih ganti. Kata-kata omma dan appa-nya sebentar tadi benar-benar menyentuh jiwanya. Ditahannya air mata agar tidak tumpah di hadapan orang tuanya pada waktu itu.

 

"Yeobo jom kemas pokok bunga kat luar tu," ajak Puan Park kepada Encik Park. Dia tahu anaknya itu ingin menangis sebab itu dia memberi ruang sedikit untuk Shinhye. Puan Park menarik lengan Encik Park dan berjalan meninggalkan Shinhye yang masih teguh berdiri.

 

Setelah kelibat omma dan appa-nya hilang dari pandangan mata, Shinhye terus masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu biliknya. Dia duduk memeluk lutut dan menyandarkan kepalanya di pintu. Akhirnya... akhirnya air mata yang ditahannya dari tadi jatuh juga.

 

Omma... appa... even Shinhye jadi isteri orang pun suatu hari nanti I will always and forever be your one and only one daughter to you guys. Monolog Shinhye dalam hati. 

 

Shinhye menangis lagi.

 

 

END OF SHINHYE'S POV

 

 

 

 

 

 

 

 

Keesokkan harinya...

 

 

EVERYTIME // CHEN ft. PUNCH (OST DESCENDANTS OF THE SUN)

 

Sehun mengelap tubuhnya yang masih basah setelah membersihkan dirinya sebentar tadi. Dia mencapai seluar slack hitamnya dan menyarungnya ke kaki panjangnya. Kemudian dia menyarung uniform pilotnya yang sudah siap digosok yang berwarna putih. Dia membutangkan satu persatu butang bajunya sambil menghadap cermin. Kemudian dia mencapai sikat dan menyikat rambutnya dengan kemas. *omg boleh bayangkan tak betapa segaknya dia kalau pakai baju pilot!*

 

Dia mencapai perfume di atas meja dan menyembur ke arah badannya. Dia memakai jam di pergelangan tangan kirinya dan terus melihat waktu pada ketika itu. Setelah itu, dia mencapai iPhone-nya di sisi katil dan memasukkannya ke dalam poket seluar slack hitamnya. Dia mengambil luggage-nya di sebelah katil dan bergerak ke arah pintu bilik. Baru sahaja tangannya ingin memulas tombol pintu bilik, dia teringat akan topi pilotnya. Dia berlari anak dan mengambil topinya di atas meja study.

 

Setelah mengunci pintu dia terus menunggu rakannya di hadapan rumah. Dia menyarung cermin mata hitamnya. Tidak sampai satu minit rakannya tiba. Kai keluar dan duduk di bahagian penumpang. Sehun membuka bonet dan memasukkan luggage-nya ke dalam bonet kereta Kai. Kemudian dia terus memandu kereta Kai menuju ke Gimpo Airport.

 

"Bro... Chanyeol, Suho dengan Kyungsoo tak boleh join kita ah bercuti ke Busan sebab susah nak apply cuti last minute sekali tiga orang  pulaktu," ujar Baekhyun yang sedang menyandarkan kepalanya di tempat duduk belakang dan melelapkan matanya. Uniform pramugara-nya betul-betul merimaskan!

 

"Lah asal pulak? Alah kan diorang boleh guna nama aku? Cakap jelah kat daddy aku tu yang aku suruh diorang cuti apa susah sangat aduhai," bebel Sehun sambil memandu.

 

"You ni bae... diorang tu kan budak baik. Diorang cakap kalau nak guna nama kau untuk apply cuti memang diorang takkan buat sebab tak baik kata diorang huhuhu," sampuk Kai yang sedang bermain game di iPhone miliknya.

 

"Alahai gedik sangat apahal!" marah Sehun. Setelah hampir setengah jam memandu akhirnya mereka bertiga tiba di Gimpo Airport.

 

Sehun memarkirkan kereta Kai ke satu dan semua membawa luggage masing-masing keluar dari dalam bonet kereta. Mereka bertiga berjalan beriringan masuk ke dalam Gimpo Airport dan seperti biasa akan ada mata yang tidak lepas memandang mereka bertiga. Well, hot katakan. Ceh.

 

"Aku macam nak coffee ah," ujar Baekhyun bagaikan merengek.

 

Sehun menjeling ke arah Starbucks di depan mata. Nampak macam tengah ramai je. "Seriously Baek? Kau nak coffee sekarang? Tengah ramai customer tu berapa lama kau nak menunggu sia? Ala nanti jelah kau minum coffee kat Busan, aku belanja no worries okay? Dahlah jom gerak masuk office lapor diri,"

 

Baru sahaja Sehun ingin melangkah kakinya, tiba-tiba ada seorang gadis melintas sambil bermain handphone di tangan gadis tersebut. Fuh nasib aku tak gerak tadi kalau tak, mau terlanggar aku dengan perempuan ni. Dia memandang tubuh gadis tersebut dari belakang biarpun gadis tersebut sudah bergerak menjauh darinya. Sweatshirt putih seluar jeans navy blue bersama sepasang kasut Adidas Superstar hmm not bad. Tapi dia bukan pramugari sebab di tangan kiri gadis tersebut sedang mengheret sebuah luggage besar berwarna hitam. Rambut perempuan tu pun cantik. Coklat gelap.

 

"Bro kau usya apa?" Kai menolak sedikit lengan Sehun menggunakan sikunya.

 

Sehun kembali ke alam nyata. Lama betul dia memerhatikan gadis tersebut. "Hah? Taklah takde apa. Aku tengok orang-orang ni hah ramai pulak harini,"

 

"Mestilah ramai sekarang tengah musim cuti sekolah dah start bro. It's time for the students to rest their mind dan brain. Budak-budak pun tau rehat apa, tenangkan jiwa. Diorang pun ada life," bebel Baekhyun tiba-tiba.

 

"Eh yang kau membebel banyak sangat ni apahal Baek? Dahlah jom cepat masuk office lapor diri kang lambat kang aku tak tau tak pernah-pernah kita ada rekod datang lambat tetiba ada hish buruk rekod aku," ujar Kai dan bergerak meninggalkan Baekhyun dan Sehun.

 

"Yah tunggu aku!" jerit Baekhyun. Dia mengikuti langkah Kai sambil mengheret luggage-nya berwarna pink terang.

 

Sehun tersenyum segaris. Kemudian dia mencari kelibat gadis tersebut kembali, namun tiada apa-apa. Maybe dah gerak dah. Kot baru balik bercuti lah tu.

 

"Sehun, aren't you coming?" jerit Kai dan Baekhyun serentak. Orang sekeliling mula memandang ke arah Sehun setelah mendengar jeritan Kai dan Baekhyun.

 

Sehun menepuk dahinya. Aduh buat malu jelah! Eeee dua ekor ni karang aku campak dalam laut je karang bila sampai Busan nanti! Sehun menggelengkan kepalanya. Dia terus menyarungkan topi pilotnya setelah sekian lama dia mengepit topinya itu di bawah ketiak. Sehun terus mengheret luggage-nya dan mengikuti langkah Kai dan Baekhyun dari belakang menuju ke office utama.

 

 

 

 

 

 

 

SHINHYE'S POV

 

Shinhye mengeluarkan luggage-nya daripada bonet teksi. Usai membayar duit tambang, dia menolak luggage-nya memasuki ke dalam Gimpo Airport. Seperti biasa orang ramai di dalam airport. Mahu pergi ataupun sudah balik daripada bercuti. Maybe ada jugak yang shopping di dalam airport ni. Agaknya lah. Ditambah jugak pilot, pramugara dan pramugari yang mula masuk ke office untuk melapor diri.

 

Ting! iPhone Shinhye berbunyi.

 

Shinhye membuka message yang baru masuk. Daripada Xiumin. 

 

 

From: Xiuminnie

Take care baby! Dah sampai nanti bagitahu.

 

 

Shinhye tersenyum lalu memasukkan kembali iPhone-nya di dalam poket seluar.

 

Shinhye terus berjalan dan menuju ke kaunter masuk. Setelah itu dia memberi luggage-nya kepada pegawai yang bertugas di kaunter drop off luggage. Dia menunjukkan boarding pass dan menuju ke balai berlepas.

 

Usai selesai semuanya, Shinhye terus memasuki ke dalam perut kapal terbang. Dia duduk betul-betul di tepi tingkap. Tidak lama selepas itu, kapal terbang ke Busan pun mula berlepas. Well done, Mr. Pilot! Kata Shinhye dalam hati.

 

Dia memandang pramugara yang bertugas, fuh boleh tahan handsome jugak! Eh apa kau merepek ni Shinhye! Ingat Xiumin sikit, mati aku kalau Xiumin tau aku puji pramugara tu tapi nak buat macam mana memang dah handsome walaupun kulit pramugara tu macam gelap sikit. Tapi nampak seksi hmm yah yah stop it brain! Melebih pulak.

 

Walaupun penerbangan ke Busan tidaklah lama mana, namun matanya benar-benar mengantuk. Dia perlu tidur walaupun sekejap saja. Shinhye memasang earphone di telinga dan menyandarkan kepalanya ke kiri. Dia memejamkan matanya dan perlahan-lahan berjalan menuju ke alam mimpi.

 

 

 

 

 

 

BUSAN, KOREA.

 

Shinhye mengheret luggage-nya keluar dari airport. Dia mengambil sebuah teksi dan menuju ke hotel yang sudah sedia ditempah oleh Encik Donghoon 3 hari lepas. Setelah tiba di hadapan hotel, Shinhye membayar tambang teksi dan bergerak untuk check-in dalam hotel.

 

Shinhye merebahkan badannya di atas katil setelah memasuki ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia mencapai iPhone di dalam handbag-nya. 

 

 

To: Xiuminnie

Saya dah sampai Busan! Yay!

 

 

Setelah menunggu untuk Xiumin balas selama 5 minit... namun tiada respon. Shinhye mengeluh kemudian dia terus menolak iPhone-nya ke sisi. Dia mula bergerak ke luggage-nya dan duduk bersila di tepi almari. Dia mengeluarkan baju-bajunya dan memindah masuk ke dalam almari. Biarlah 5 hari pun nanti habis luggage aku baju kotor baju bersih nak sumbat masuk jugak. Setelah habis semua baju yang dikeluarkan, dream catcher berwarna purple miliknya yang dibeli sewaktu dia berumur 20 tahun dicapai. 

 

Shinhye bangun dan mengantungkan dream catcher berwarna purple di tepi sliding door. Shinhye tersenyum memandang dream catcher kesayangannya itu. Kemudian dia menyelak langsir dan cahaya matahari menyinari bilik hotelnya. Dia memandang dream catcher sekali lagi sebelum dia membuka sliding doornya dan berdiri di balkoni. 

 

Laut terbentang luas yang betul-betul mendamaikan jiwa. Terlupa pada niat sebenarnya untuk Busan. Angin laut lembut menyapa wajahnya. Shinhye tersenyum suka. Rambutnya kusut sedikit akibat angin laut. Dia menyelak rambutnya ke belakang telinga.

 

Entah kenapa tujuannya ke Busan ni membuatkan dia sedikit teruja namun dalam masa yang sama berasa nervous. Maybe sebab tuntutan kerjanya.

 

Shinhye memegang besi balkoni biliknya. Dia menghirup udara dengan agak dalam dan melepaskannya dengan perlahan.

 

Busan, Annyeonghaseyo.

 

 

END OF SHINHYE'S POV

 

 

 

 

 

 

To be continue...

 

 

 

 

Author's note:

Hi everyone! Sorry lambat sikit update mood malas menguasai diri aigoo teruk ah cemni hehehe sorry guys.

Thanks kepada sesiapa yang subscribe. Saya tunggu awak semua comment :( tapi takde pun. Ala comment lah saya nak tau pandangan korang :(

Sorry kalau ada typo sebab saya tak double check hehehe 

Saya akan update lagi tunggu okay! Bye!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Minmin #1
Chapter 14: Yeay..u update!! Again, i read it again from chapter 1.nmpak sgt free xda kerja kan?haha No la, ur story best..baca bnyk kali pun still best..tq2?
Athena66
#2
Chapter 13: Thanks for the update...looking forward for lovey dovey time of Sehun and Shin hye
Minmin #3
Chapter 13: Waaa..lamanye xupdate..tiba2 surprise keluar update notification.. end up, me baca balik dari awal chapter.. please, update lagi Authornim..hehehe
Athena66
#4
Chapter 13: Haha Sehun jual mahal pulak... Shin Hye will be disturb by his behavior. Haha really sad and funny at the same time.. Amazing make me more anxious to know what happen next.
Athena66
#5
Chapter 12: Wow best ya cerita ni.. But Sehun propose when Shin Hye still have not solve her problem. What is wrong with Xiumin?..looking forward to what happen next. Awesome story dear.
farhanifaizal #6
Chapter 12: best!!! boeklah ayat.....nanti update lah lagi...tak sabar nak dengar sambungannya pulak..... jalan cerita okay and menarik... nanti update lagi yee..
Minmin #7
Chapter 10: Sempoi ja baca..update!update!
aleya- #8
Chapter 4: Citer nya bagus.tdk sabar mahu baca part sterusnya. bagaimana nnti reaksi shinhye n sehun bila mereka bertemu..author fighting