Will you?

IT'S OUR FATE (MALAY)

Sehun memandang wajah daddy-nya yang berada di sebelahnya lalu memandang ke arah jalan raya di depan. Genggaman di stereng-nya diketatkan. Dia memandang sekali lagi wajah daddy-nya yang sedang membelek surat khabar di tangan. Sehun menggigit bibir bawahnya menahan rasa. Dia memandang ke arah jalan raya kembali.

“Waeyo Oh Sehun? Ada apa-apa nak tanya daddy ke?” kata Encik Oh namun matanya masih melekat di surat khabar yang berada di tangannya. Dia nampak dari ekor mata yang anak bujangnya bagaikan tidak senang duduk selepas mereka berdua berjumpa dengan Encik Park dan juga Shinhye.

“Daddy.. siapa ahjusshi tadi tu? Dia appa Shinhye kan? Kenapa daddy boleh kenal dengan appa dia? Siapa ahjusshi tadi tu?” soal Sehun bertubi-tubi kepada Encik Oh. Encik Oh hanya tergelak kecil je. Dah besar tapi perangai macam budak-budak!

“Tulah banyak makan semut! Tu yang semua lupa tu. Kan daddy ada bagitahu yang dulu yang ada orang selamatkan daddy daripada lemas kat laut dulu. And surprisingly, he is Shinhye’s appa. Daddy pun tak sangka Hun ah… kitorang boleh jumpa balik. Kalau tanpa bantuan dia, daddy takkan ada kat dunia ni tau sekarang! He is my life saver,” Encik Oh hanya tersenyum sambil menepuk bahu Sehun perlahan.

“Ah jinjja? Dia ke?” Sehun menganggukkan kepalanya lalu memandang jalan raya di hadapan. Dia cuba untuk fokus pada pemanduannya, namun fikirannya melayang. Daddy dengan Encik Park kenal antara satu sama lain. Another fate?

 

 

“Sayang (saya gunakan panggilan ni sebab macam lagi sweet), awak nak tau tak saya jumpa siapa tadi time amik Shinhye dekat pejabat dia?” soal Encik Park sambil menonton televisyen. Dia hanya memandang sekilas ke arah Shinhye yang sedang mengunyah biskut itu.

“Awak jumpa siapa?” soal Puan Park. Matanya tidak lepas memandang drama yang ditayangkan televisyen itu. Wajah tampan Gong Yoo dan Lee Dong Wook menyinari matanya.

“Oh Donghoon,”

Puan Park terus mengalih matanya dari memandang kaca televisyen dan mengalihkan pandangannya pada Encik Park yang berada di sebelahnya. “jinjja? Dia sihat tak? Macam mana abang boleh jumpa dia? Taehee macam mana? Dia sihat?”

“Saya tak tahu pulak rupanya dialah bos Shinhye. Tak sangka dunia ni kecik je walau macam mana pun kita tetap akan jumpa jugak, tapi isteri dia Taehee dah meninggal dunia lama dah time umur si Sehun tu 10 tahun.”

Muka Puan Park terus bertukar menjadi sedih. “Lah yeke… kesiannya Sehun tu. Sampai sekarang Donghoon tak cari pengganti?”

“Ish awak ni! Ingat senang ke nak cari pengganti? Hati dia tu milik Taehee je! Macamlah awak tak nampak macam mana Taehee jaga dia lepas dia lemas dulu. Details!” bebel Encik Park sambil merembat sebiji biskut di atas meja ruang tamu mereka.

Puan Park mencebik. “Macam manalah rupa si Sehun tu sekarang kan? Mesti handsome! Waktu kecik dulu pun dah handsome apatah lagi sekarang. Untung siapa jadi isteri dia…”

Shinhye yang dari tadi mendiam diri mengiggit bibir bawahnya. Macam mana family dia boleh kenal dengan Sehun? Kenapa semua ni harus berlaku?! Shinhye memandang omma dan appanya. “macam mana omma dengan appa boleh kenal dengan Sehun?”

Puan dan Encik Park saling berpandangan. “Dah kami kenal dengan Donghoon tu so kami kenal lah anak dia. Kenapa? Shinhye kenal ke dengan Sehun tu?”

Shinhye menelan air liurnya. Cepat-cepat dia menggelengkan kepalanya. Dia memandang semula kaca televisyen yang menayangkan drama Goblin itu. Matanya memandang televisyen namun, fikirannya jauh melayang mengingatkan lelaki yang telah mengubah hidupnya. Masakan dia boleh lupa tentang appa-nya menjadi seorang hero apabila dapat menyelamatkan nyawa seseorang. Tetapi.. dalam banyak-banyak manusia dalam dunia ni kenapa Sehun yang jadi anak Sajangnim? Oh god what is happening to my life?

“Donghoon ajak kita pergi rumah dia. Dia kata Shinhye tahu alamat rumah dia. Nak pergi tak besok?” suara Encik Park mematikan lamunan Shinhye. Dalam hati dah menjerit what kuat-kuat dah.

“Jinjja? Okaylah jom. Besok malam okay tak abang?” tanya Puan Park.

“Boleh kot,”

Sekali lagi Shinhye menelan air liurnya. Apa semua ni?! Hatinya menjerit.

 

 

“Eh jemput masuk Leesoo, Minyoung, Shinhye…” ramah Encik Oh. Dia tersenyum apabila melihat keluarga pekerja excellent-nya Shinhye datang ke rumahnya. Dia harus melayan keluarga Shinhye yang sebenarnya banyak membantu keluarga mereka.

“Annyeonghaseyo Sajangnim…” ujar Shinhye sambil tersenyum. Kali kedua menjejakkan kaki di rumah banglo milik bos-nya itu membuatkan hatinya berdebar. Bukan kerana takut akan bos-nya namun dia takut untuk bertentang mata dengan Sehun.

“Besar rumah kau ya Donghoon!” kata Encik Park. Matanya meliar memandang sekeliling banglo Encik Oh itu.

“Donghoon, anak awak kat mana? Lama saya tak jumpa dia. Dulu jumpa kecik je lagi. Semalam Leesoo cerita dia dah besar panjang dah! Mesti makin handsome ni…” seloroh Puan Park.

Shinhye memandang wajah omma-nya. “Omma…”

Encik Oh hanya tersenyum. “Ohh Sehun? Dia ada tapi lambat sikit sebab dia baru ada flight semalam ke Jeju. Sepatutnya lusa dia balik tapi lepas bagitau family Shinhye nak datang dinner terus dia decide nak balik harini. Kita tunggu dia sekejap bol-“

“Annyeonghaseyo…” Sehun bersuara di muka pintu. Dia tersenyum sambil menundukkan badannya kepada keluarga Shinhye yang datang. “Maaf saya lambat sikit,” matanya jatuh pada wajah Shinhye. Rasa rindu yang menggunung itu hilang setelah melihat raut wajah Shinhye. Perlahan-lahan mulutnya mengukir senyuman.

Shinhye terpena melihat Sehun dari hujung rambut hinggalah hujung kakinya. Kali pertama melihat Sehun mengenakan pakaian pilot. Nampak segak dan tampan. Tipulah kalau hati wanitanya tidak goyah melihat lelaki itu namun, rasa cinta pada Xiumin masih kuat.

“Sehun pergilah mandi dulu,” kata Encik Oh. “Haa okay daddy. Sehun janji Sehun mandi sekejap je! Tak lama, tunggu kejap tau,” dia terus menaiki anak tangga. Shinhye hanya menghantar Sehun dengan pandangan matanya.

“Sementara tunggu Sehun bersiap tu marilah kita ke meja makan. Ahjumma, boleh lah hidangkan makanan sekarang. Terima kasih ye ahjumma.. marilah Donghoon kita ke ruang makan,”

Sehun turun apabila mengenakan t-shirt plain berwarna beige yang sama seperti blouse Shinhye dan juga sweatpant Nike-nya. “Maaf buat semua tertunggu-tunggu.” Dia melihat kedudukan tempat duduk. Daddy kat tengah, sebelah kiri daddy mak dengan ayah Shinhye. Sebelah kanan pulak, memang dah tentulah Shinhye. Melihat sebelah kiri Shinhye ada tempat duduk kosong dia terus dia mengambil tempat duduk itu.

“Gwenchana-yo Sehun-ah… woah makin handsome kamu ni Sehun! Dulu kecik je sekarang dah besar panjang! Tak sangka ahjumma boleh jumpa kamu lagi.” Kata Puan Park.

“Mestilah makin besar omma, takkan makin mengecik pulak. That is life ok-“ Shinhye menutup mulutnya. Dia memandang wajah Sajangnim di sisi, wajah omma dan appa-nya serta Sehun yang berada di sisinya. Sehun tersenyum sehingga matanya menjadi bulan separuh.

“Cheonsonghabnida…” Shinhye menggigit bibirnya. Macam mana ayat tu boleh terlepas?! Aku nak cakap dalam hati je.

“Gwenchanya Shinhye ah. Eh jemputlah makan semua… ahjumma ni masak memang jjang! Saya tak tipu. Jemput makan,”

“Ahjumma,” Shinhye memanggil.

“Ne? Ada apa-apa yang kurang ke?” soal ahjumma yang bekerja di banglo itu.

“Aniyo. Terima kasih untuk makanan ni, saya akan makan dengan baik,” Shinhye tersenyum.

“Ne,”

Shinhye melihat lauk dihadapannya. Daging, octopus dan lobster. Hidangan yang mewah. As expected, Sajangnim. Kaya kan? Tanpa berlengah dia terus mengambil hidangan yang dihidangkan tanpa mempedulikan pandangan yang diberikan oleh Sehun.

“Sedap betul makanan pekerja kau masak tu. Memang jjang!” ujar Encik Park berserta ketawa. Shinhye hanya mendiamkan diri.

“Tulah masakan ahjumma jelah yang aku makan. Isteri dah takde, nak tunggu masakan menantu entah bila lah si Sehun ni nak kahwin. Kalau kahwin, bolehlah makan makanan menantu buatkan,” ujar Encik Oh berserta tawa yang mendatar.

“Daddy…”

“Shinhye dah berpunya ke? Kalau belum, bolehlah aku jadikan dia menantu aku. Berkenan betul aku dengan Shinhye ni Leesoo. Baik budaknya,”

“Sajangnim.. mana ada macam tu, saya biasa je,”

“Shinhye dah berpunyalah Donghoon. Dia dah bertunang dah, kat jari dia ada cincin, tu.. eh kamu tak pakai ke cincin Xiumin?” tanya Puan Park.

Berubah terus riak wajah Shinhye. Dia menggigit bibir bawahnya. Perlahan-lahan dia memandang wajah Sehun yang sememangnya merenung dirinya. “Shinhye tanggalkan tadi time mandi, lupa nak pakai balik.”

“Tapi apa pun, kalau Shinhye belum ada sesiapa pun saya pun berkenan dengan Sehun ni,” sambung Puan Park.

“Omma…”

“Lah yeke? Nampaknya saya tak dapat tunaikan wasiat isteri sayalah,” suara Encik Oh menjadi perlahan.

“Waeyo Donghoon ah?” soal Encik Park.

“Wasiat mummy? Wasiat apa?” tanya Sehun. Wajahnya serius.

“Taklah, dulu dia pernah cakap sebab dia terhutang budi dia ingat nak jadikan kandungan Minyoung dulu sebagai menantu dia. Dia berkenan sangat, tak tahu pula kandungan Minyoung time tu adalah Shinhye.” Encik Oh tersenyum apabila bercerita tentang isteri yang dirinduinya tanpa penghujung itu.

Suasana menjadi sepi. Shinhye dan Sehun berpandangan antara satu sama lain. Mereka semua tidak tahu untuk berkata apa-apa. Shinhye melepaskan nafas yang berat. Dia tidak tahu patut katakan apa sekarang ini.

“Takpe Shinhye. Saya faham, mungkin isteri saya akan faham kat atas sana. Awak jangan rasa bersalah. Saya Cuma nak sampaikan je salah satu hasrat dia. Apapun saya harap hubungan awak dengan Xiumin tu berterusan,” Encik Oh tersenyum memandang Shinhye.

Sehun menggenggam erat jarinya menjadi sebuah penumbuk. Geram bukan sebab wasiat mummy atau daddy, bukan juga tentang Shinhye dan Xiumin. Geram kerana dia tidak berjumpa dengan Shinhye terlebih dahulu. Marah apabila dia tidak dapat menunaikan hasrat mummy-nya. Perlahan-lahan nafasnya dilepaskan. “Shinhye-ah… nak keluar tak? Tengok taman kat luar?”

Shinhye memandang wajah Sehun sekilas sebelum memandang wajah kedua ibu bapanya. “Arasso. Kaja,”

 

 

YOU ARE MY WORLD // YOON MIRAE (OST THE LEGEND OF THE BLUE SEA)

Mereka berdua tiba di taman kecil di halaman tepi banglo itu. Sehun melepaskan nafas beratnya. “Saya mintak maaf kalau awak rasa tak suka dengan wasiat mummy saya. Saya mintak maaf sangat,”

“Gwenchana. Ni kucing awak ke?” Shinhye menunjukkan kandang kucing yang berada di tepi rumah mewah itu. Dia tidak rasa untuk mendengar kata-kata maaf dari Sehun kerana hati dia lebih rasa bersalah pada omma dan appa-nya. Shinhye mengeluarkan kucing itu dari kandang.

“Aah,”

“Siapa nama dia?” Shinhye mendukung kucing tersebut dan dibawa ke dalam dakapannya.

“Vivi”

Shinhye terus memandang wajah Sehun yang sedang menyandarkan badan pada dinding sambil berpeluk tubuh. Walaupun dalam cahaya lampu jalan dan tidaklah terlalu terang itu ketampanan Sehun tetap terserlah. “Vivi? Jantan ke betina dia ni?”

“Jantan”

Shinhye menggigit bibir dah kenapa mamat ni balas sepatah-sepatah. Aku tendang masuk jugak dia dalam kolam renang belakang tu kang. “Nama Vivi tapi dia jantan, ni mesti awak kan yang bagi dia nama ni?”

“Hmm”

Shinhye meletakkan semula Vivi di dalam kandang dan berjalan ke arah pondok kecil yang ada disitu. Sehun hanya menbuntuti Shinhye dari belakang. Mereka berdua duduk secara bersebelahan dan suasana menjadi sunyi.

“Awak tak bagitahu omma dengan appa awak ke pasal awak dengan Xiumin?”

Shinhye tersentak. Dia memandang Sehun. “How can I tell them? Kalau diorang sendiri dah bagitahu sedara mara semua yang saya akan kahwin dengan Xiumin lagi dua bulan. Exact tarikh, tempat semua diorang dah bagitahu. How can I tell them about this? I don’t know macam mana nak hadap semua ni. Saya taknak diorang malu! Why this is happening to me..”

“Saya mungkin tak tahu apa yang awak rasa sekarang ni tapi saya faham keadaan awak.” Ujar Sehun.

Shinhye memandang wajah Sehun di sebelahnya sekilas sebelum memandang kolam dihadapannya. “Gomawo sebab tolong saya daripada kena tampar dengan Xiumin.”

“Takde apalah. Saya memang tak suka kalau lelaki tak respect perempuan. Saya tak suka sampai nak naik tangan ke apa. Even kalau bukan awak pun saya tetap akan buat benda yang sama. Buat apa ada hubungan tapi saling tak percaya antara satu sama lain?”

“Janganlah cakap Xiumin macamtu. Mungkin dia tak sengaja nak tampar saya mungkin dia mabuk? Lagi satu, mana tahu dia ubah fikiran nak patah balik dengan saya”

Sehun menarik bahu Shinhye agar menghadapnya. “Shinhye stop backup dia. Disebabkan awak sayang dia awak buta dengan apa yang dia buat, its not a gentleman do lah Shinhye. I’m sorry if you think I’m mad at you. No I’m not. I just feel like he’s so cruel towards you, and you should accept the reality”

Shinhye terasa tubir matanya berair. Bukan sedih kerana Sehun punya suara agak dingin namun sedih kerana kata-kata lelaki itu benar dan tepat sekali. Air matanya tumpah sekali lagi depan lelaki ini. “Should I just forget about my dream to live with him? Should I tell my parents about him?”

“Yeah you should. ing should. Jangan risau pasal malu ke tak malu dengan orang. Because you know dalam setiap kejadian ada hikmah.” Sehun melepaskan pegangannya pada bahu Shinhye. Dia mengeluarkan cincin yang berada di jari kelingkingnya. Shinhye hanya memerhatikan tingkah Sehun bersama air matanya yang masih mengalir.

“You know what… this cincin is from my mummy. She gave it to me when I’m 9 years old. Masa tu cincin ni ikut saiz hari manis saya. Tapi makin dah besar saya boleh pakai cincin di kat jari kelingking saya. Yelah physical body dah berubah. And people said… kalau nak tahu orang tu jodoh kita, saiz jari kelingking kita dengan perempuan tu sama. Nah cuba awak try,”

Shinhye mengerutkan dahinya kerana pelik dan tidak faham dengan apa yang disampaikan oleh Sehun. Namun dia tetap mengambil cincin tersebut dari jari Sehun dan menyarungkan cincin tersebut di jari manisnya. Muat. Perfect. 

Sehun turun dari kerusi tersebut dan mencangkung (cangkung? Hahah macam buruk bunyi dia idk what to type lah sorry!) di hadapan Shinhye.

“What are you doing Oh Sehun?!” Shinhye memerhatikan sekelilingnya.

Sehun tidak mengendahkan soalan Shinhye. “So after what happened toward you, dengan mummy punya wasiat and your parents, I dah fikir masak-masak. And I take this opportunity to propose you, Park Shinhye… will you marry me?”

 

 

To be continue...

 

Author's note:

OMG LAMA I TAK UPDATE. Nak cakap I pun rindu nak update fanfic. sorry sangat-sangat sebab i busy gila sem 2 ni. and act final i dah habis 2 hb haritu and harini baru dapat motivasi nak update chapter untuk reader i ni ceh ada ke reader lagi? apa pun enjoy okay baca lol. wait for the next update i will update asap. korang dah baca comment lah kat bawah i nak tau pandangan korang hm :( oh ye sorry kalau ada typo! :)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Minmin #1
Chapter 14: Yeay..u update!! Again, i read it again from chapter 1.nmpak sgt free xda kerja kan?haha No la, ur story best..baca bnyk kali pun still best..tq2?
Athena66
#2
Chapter 13: Thanks for the update...looking forward for lovey dovey time of Sehun and Shin hye
Minmin #3
Chapter 13: Waaa..lamanye xupdate..tiba2 surprise keluar update notification.. end up, me baca balik dari awal chapter.. please, update lagi Authornim..hehehe
Athena66
#4
Chapter 13: Haha Sehun jual mahal pulak... Shin Hye will be disturb by his behavior. Haha really sad and funny at the same time.. Amazing make me more anxious to know what happen next.
Athena66
#5
Chapter 12: Wow best ya cerita ni.. But Sehun propose when Shin Hye still have not solve her problem. What is wrong with Xiumin?..looking forward to what happen next. Awesome story dear.
farhanifaizal #6
Chapter 12: best!!! boeklah ayat.....nanti update lah lagi...tak sabar nak dengar sambungannya pulak..... jalan cerita okay and menarik... nanti update lagi yee..
Minmin #7
Chapter 10: Sempoi ja baca..update!update!
aleya- #8
Chapter 4: Citer nya bagus.tdk sabar mahu baca part sterusnya. bagaimana nnti reaksi shinhye n sehun bila mereka bertemu..author fighting