Di alam rohkah kita?

Cry, Cry Again
Please Subscribe to read the full chapter

Baekhyun`s POV


 

Mataku… perlahan-lahan aku buka.

 

Tapi malangnya,aku tidak dapat melihat apa-apa di hadapanku. Semuanya gelap. Gelap gelita tanpa secangkir cahaya.

 

Tempat apakah ini? Di manakah aku berada sekarang? 

 

Dan disaat itu juga,satu cahaya yang sangat terang datang dari arah hadapanku dan membuatkan aku hampir memejamkan mataku semula kerana silau.

 

Seketika…sesuatu yang bergerak di dalam cahaya itu menarik perhatianku. Ianya kelihatan seperti susuk tubuh seorang manusia. Dan dia sedang berjalan ke arahku.

 

Semakin dia mendekatiku, semakin jelas wajahnya di pandanganku.

 

Dan akhirnya…wajahnya yang bujur sirih itu menghiasi taman mataku. Dia merupakan seorang gadis.

 

Gadis yang sangat aku kenal dan aku rindui.

 

Mataku membulat memandang gadis yang berpakain serba putih itu. Dia tersenyum kepadaku.

 

"Haera." Aku terus berlari ke arahnya dan memeluk gadis itu.

 

Rambutnya aku cium dan aku usap dengan sedikit rakus.

 

Betapa gembiranya aku…

Betapa bahagianya aku…

Betapa bersyukurnya aku… kerana akhirnya,satu-satunya gadis yang aku cintai sekarang berada di dalam pelukanku.

 

"Cepatnya kau datang jumpa aku. Aku ingat… aku terpaksa tunggu kau lebih lama lagi." bisik Haera di telingaku.

 

Aku mula meleraikan pelukan kami. "Kau…memang betul-betul Haera kan?"

 

Gadis itu mengangguk dan tersenyum manis.

 

Aku membalas senyumannya.

 

“Kalau macam tu,jom !” Aku terus mencapai dan menarik tangannya. Aku ingin membawanya bertemu seseorang.

 

Tapi baru selangkah aku ambil, aku terhenti. Aku berpaling ke arah Haera semula dan menatap wajahnya dengan dahi yang berkerut. Iya,langkahku terhenti sebentar tadi disebabkan perlakuan gadis ini yang tidak berganjak sedikit pun walaupun aku menarik tangannya.

 

"Kenapa ni ?" tanyaku tanpa melepaskan tangannya.

 

"Baekhyun-ah,kau… nak bawa aku pergi mana?" Wajahnya saat ini tidak dapat aku tafsirkan.

 

Adakah dia sedang dalam… kebimbangan?

Atau…ketakutan?

Atau…

 

Aku cuba tersenyum. "Pergi mana lagi? Mestilah kita nak pergi jumpa Taehyung . Aku nak bagitahu dia yang aku dah berjaya jumpa kau. Mesti dia gembira."

 

Dan pada ketika itu juga,air mata gadis itu tumpah membasahi pipinya yang kemerah-merahan itu.

 

Aku terpana. Kenapa tiba-tiba dia menangis?

 

Perlahan-lahan,dia membelai wajahku. Aku dapat merasai kedinginan tangannya.

 

"Baekhyun-ah..,”

 

“Ermmm…”

 

“Kita… dah tak boleh jumpa Taehyung lagi."

 

Aku agak terkejut dengan kata-katanya. "Kenapa? Ada apa-apa yang berlaku ke? Ke-ke-napa pula kita tak boleh jumpa Taehyung?" Tanpa aku tahu sebabnya,suaraku mulai bergetar.

 

"Sebab …dia sekarang berada jauh daripada kita. Sangat jauh.” Suara gadis ini juga bergetar.

 

“Sangat jauh?”tanyaku untuk mendapat kepastian.

 

Dia mengangguk bersama air matanya.

 

Apa yang terjadi sebenarnya? Kenapa dia terus-terusan menangis? Dan kenapa dia kata Ta

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HeavenDelight
yeay. Akhirnya,dpat update chapter 8 cite ni. Para readers,jgn lupa leave ur comments ya. hehe. Please,support me :)

Comments

You must be logged in to comment
Kimtaelover #1
Chapter 12: Best sgt....sambung!sambung!
Kimtaelover #2
Chapter 12: Sampai chapter 12 je ke?sambungan?cepat la sambung....cite ni sgt
misz_dina #3
Chapter 10: I hope sngt2 citer ni akn x jd sad ending.D.o,harap2 ko boleh jumpa dgn Sora semula.jgnla cari yeoja lain.*lap air mata*D.o,fighting!tunjukkan yg ko boleh cari Sora semula.oklah.saya nk smbung nangis pulak ni.bye

#UpdateSoon
#Daebak!!
ExoLoveable
#4
Chapter 11: bila part baekhyun ? jadi baek just mati cam tu jerr ? anyway i accept your storyline idea,i just wondering... fighting !
shine_panda
#5
Chapter 11: Waa bestlah!!!! Update soon...
k-hope
#6
Chapter 10: Ohhh...daebak2...iema dont give up.......fighting.......citer ni best....takkan sorang dua jerrkkk bce....huhuh
ExoLoveable
#7
Chapter 10: contorller time like Tao ? kohkohkohkoh... tak blh bayangkan d.o. buat gaya tuh kekekkekeke.. update soon authornim