Killer Flower

Cry, Cry Again
Please Subscribe to read the full chapter

Kyungsoo`s POV

 

Kereta yang dipandu oleh Suzy akhirnya berhenti di halaman sebuah rumah. Sebuah rumah yang asing bagiku.

Suzy yang pertama sekali keluar dari kereta ini terus membukakan pintu di bahagian tempat duduk Taehyung dan membantu lelaki itu keluar dari kereta.

Aku hanya melihat perlakuan gadis itu yang kelihatan begitu mengambil berat akan Taehyung. Aku tahu, Suzy masih risaukan keadaan Taehyung kerana kecederaan lelaki itu yang disebabkan oleh aku semalam masih belum pulih sepenuhnya.

Menyedari yang kini, hanya aku seorang sahaja yang masih berada di dalam kereta , aku akhirnya mengambil keputusan untuk melangkah keluar dari perut kereta Mercedes  yang berwarna biru metallic itu.

Aku mendongak memandang setiap bahagian luar rumah dua tingkat yang berada di hadapan aku ini. Walaupun rumah yang bercat hijau muda ini tidaklah sebesar rumah asalku, tapi ianya cukup besar dan mewah untuk didiami hanya oleh dua orang adik-beradik ini.

Maksud aku…cukup besar untuk aku dan Taehyung.

"Hyung ! Apa yang hyung buat kat luar tu lagi. Jom lah masuk." jerit Taehyung yang sudah berada di ambang pintu rumah.

Aku hanya tersenyum. Belum sempat aku ingin membalas kata-kata Taehyung, Suzy sudah membuka mulutnya terlebih dahulu, "Yelah oppa. Tak elok berdiri lama-lama kat luar tu. Lagipun, oppa kan baru sembuh. Nanti kalau oppa jatuh sakit lagi sebab terkena salji tu,macam mana?"

Aku sebenarnya agak terperanjat dengan apa yang aku dengar dari mulut gadis yang berdiri di sebelah Taehyung itu.

Benarkah dia juga mengambil berat terhadapku?

Atau…apa yang dia katakan itu hanyalah sekadar basa-basi perbualan ?

"Kamu berdua masuklah dulu. Jangan risau…kejap lagi hyung masuk." kataku. Senyuman di bibir tetap aku berikan kepada dua insan yang baru aku kenal itu.

Iya,sekurang-kurangnya…mereka bukanlah orang yang asing bagiku lagi.

"Okeylah. Tapi…jangan lama-lama tau."  Pesanan Taehyung itu aku balas dengan satu anggukan lemah.

Walaupun sebenarnya aku sedar… pandangan Suzy terhadapku sejak tadi merupakan pandangan yang penuh dengan kebencian. Aku dapat melihat ketajaman matanya setiap kali dia memandangku.

Aku yakin…dia masih marahkan aku kerana peristiwa aku menolak Taehyung kelmarin.

Senyumanku lenyap serta-merta tatkala aku tidak lagi dapat melihat susuk tubuh mereka berdua yang  telah pun memasuki rumah itu.

Aku mengeluh dan bebola mataku kembali terarah ke sekeliling halaman rumah yang agak luas itu. Seketika, pandanganku terhenti pada berpuluh-puluh kaktus yang ditanam di satu sudut halaman rumah itu. Hampir sahaja wujudnya tidak dapat dilihat dek kerana salji tebal yang menghempapnya.

Dan entah kenapa,kaki aku seperti ditarik oleh sesuatu. Sesuatu yang sangat kuat sehinggakan aku dapat merasakan yang aku akan tersembam ke atas tanah jika aku bertekad untuk melawannya.

Jadi,langkah demi langkah aku ambil untuk mendekati kaktus-kaktus itu.

Satu persatu kaktus itu menjadi tatapan mataku sehinggalah anak mataku terhenti pada satu kaktus yang terletak betul-betul di tengah-tengah kaktus yang lain.

Bentuknya yang unik dan lain daripada yang lain membuatkan aku tertarik padanya.

Iya, inilah kali kedua aku melihat kaktus berbentuk Love setelah melihatnya buat kali pertama pada 4 tahun yang lalu.

 

 

Flashback

 

"Kyungsoo! Sinilah. Cuba kau tengok kaktus ni,cantikkan?" kata Sora kepadaku sambil matanya membulat melihat kaktus kecil berbentuk love yang di pamerkan di sebalik dinding kaca kedai bunga yang terletak di tengah-tengah Bandar Seoul itu.

“Waahh...cantiknya.” Dia masih asyik memuji dan meneliti kaktus luar biasa itu. Senyumannya yang mula mengembang disaat kami melalui kedai bunga ini tadi sehinggalah sekarang masih menghisasi bibirnya,

Wajahnya sangat dekat dengan dinding kaca itu. Hanya seinci sahaja lagi,wajahnya dan dinding  kaca itu akan berciuman buat kali pertama.

Tapi…sebenarnya sejak tadi, aku tertanya-tanya…apa yang membuatkan Sora sangat menyukai kaktus itu? Apa istimewanya tumbuhan itu? Bagi aku kaktus adalah satu-satunya bunga di dalam dunia ini yang tidak mempunyai kecantikan malah setiap jarum-jarum kecil yang terdapat pada badannya itu boleh membuatkan manusia terluka.

Dari kecil, aku memanggilnya dengan nama ‘Killer Flower’.

Bunga yang boleh membunuh.

Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan pendapatku, mustahil sekuntum bunga boleh meragut sebuah nyawa…tapi tidak pernahkah mereka terfikir yang perkara yang dianggap mustahil itulah yang akan menjadi kenyataan?

“ Kyungsoo-ah!! Cepatlah… Marilah sini. Tengok kaktus ni… cantiknyakan?? “ Tangannya dilambaikan ke arahku sebagai tanda ajakan tapi matanya sesaat pun tidak teralih dari terus menatap kaktus kecil itu.

Aku hanya tersenyum tanpa perasaan.

"Yaa! Lee Sora! Sudahlah tu. Berhentilah menatap Mr. Cactus kau tu sampai nak terkeluar biji mata tu. Sini,makan ice-cream dengan aku lagi baik. Nanti cair pulak." kataku sambil menunjukkan ice-cream miliknya yang aku pegang sejak tadi.

Tapi kata-kataku itu hanya dibalas dengan pujiannya terhadap kaktus itu lagi. Terdetik di hatiku, adakah bagi Sora, kaktus kecil itu lagi penting daripada aku?

Tiba-tiba…tiada angin…tiada ribut…tiada petir…tapi dengan sepantas kilat dia berpaling memandang aku dengan muka yang berseri-seri. Dan tanpa aku duga,dia mula membuat aksi comel sambil menyanyi lagu gwiyeomi di hadapan kedai itu.

Terlopong jugalah mulut aku melihat Sora

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HeavenDelight
yeay. Akhirnya,dpat update chapter 8 cite ni. Para readers,jgn lupa leave ur comments ya. hehe. Please,support me :)

Comments

You must be logged in to comment
Kimtaelover #1
Chapter 12: Best sgt....sambung!sambung!
Kimtaelover #2
Chapter 12: Sampai chapter 12 je ke?sambungan?cepat la sambung....cite ni sgt
misz_dina #3
Chapter 10: I hope sngt2 citer ni akn x jd sad ending.D.o,harap2 ko boleh jumpa dgn Sora semula.jgnla cari yeoja lain.*lap air mata*D.o,fighting!tunjukkan yg ko boleh cari Sora semula.oklah.saya nk smbung nangis pulak ni.bye

#UpdateSoon
#Daebak!!
ExoLoveable
#4
Chapter 11: bila part baekhyun ? jadi baek just mati cam tu jerr ? anyway i accept your storyline idea,i just wondering... fighting !
shine_panda
#5
Chapter 11: Waa bestlah!!!! Update soon...
k-hope
#6
Chapter 10: Ohhh...daebak2...iema dont give up.......fighting.......citer ni best....takkan sorang dua jerrkkk bce....huhuh
ExoLoveable
#7
Chapter 10: contorller time like Tao ? kohkohkohkoh... tak blh bayangkan d.o. buat gaya tuh kekekkekeke.. update soon authornim