What? Kau panggil aku apa?!

Cry, Cry Again
Please Subscribe to read the full chapter

 

Sora POV

 

Daun pintu itu aku kuak perlahan.

 

Pintu... yang akan aku ketuk setiap hujung minggu untuk membangunkan si pemiliknya yang sedang terlena… tapi sekarang tidak lagi. Aku tidak perlu melakukannya lagi.

 

Setelah Kyungsoo meninggal dunia, inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke dalam biliknya.

 

Aku mula melangkah masuk ke dalam bilik itu. Bebola mataku bergerak-gerak melihat keadaan sekeliling bilik itu.

 

Biliknya kemas. Iya,ianya masih kemas walaupun sudah tidak berpenghuni.

 

Dinding biliknya dipenuhi gambar aku dan dia. Gambar kami yang ditangkap dari kami kecil sehinggalah kami dewasa. Semuanya diframekan dengan cantik sekali.

 

Dah 13 tahun, aku menumpang kasih di rumah ibu dan ayah Kyungsoo setelah ibuku meninggal semasa aku berumur 10 tahun kerana penyakit leukemia yang dihidapnya dan ayahku pula, selepas sahaja ayah bercerai dengan ibu,kami langsung tidak mendapat khabar berita daripada ayah lagi.  Ayah lenyap macam tu je bersama kakak kembarku,Haera yang ayah bawa. Dan sejak itu,ibu bapa Kyungsoo mengambil aku sebagai anak angkat mereka.

 

Aku menyelak langsir putih yang menutupi sliding door bilik itu. Sliding door yang memisahkan ruangan dalaman bilik ini dengan balkoni itu aku buka.

 

Dan serentak dengan itu, angin malam yang dingin terus menyerbu masuk ke dalam bilik itu… menampar setiap dinding kulitku. Tapi aku tak kisah… sekuat manapun ia mahu menamparku…sesejuk mana pun wujudnya…aku tetap menyukainya.

 

Aku… ingin menikmati angin malam ini sepuas-puasnya !

 

"Sora-ah." Tiba-tiba aku seperti terdengar namaku dipanggil oleh seseorang. Dan suara itu… adalah suara yang sangat aku kenal dan aku rindui.

 

Kyungsoo?

 

Tanpa menunggu lagi, aku terus menoleh .

 

Dan tatkala itu, aku dapat melihat figura Kyungsoo sedang berlari mengelilingi bilik itu sambil dikejar oleh figura seorang gadis.

 

Dan gadis itu adalah …aku.

 

“Sora-ah...janganlah kejar aku lagi.” kata figura Kyungsoo kepada figuraku. Tapi kedua-dua figura di hadapan aku itu tetap meneruskan juga adegan kejar-mengejar itu.

 

Aku tersenyum dan satu memori beberapa tahun lalu menjalar di benakku.

 

 

Flashback

 

"Yaa! Kyungsoo-ah !  Bukak lah pintu ni ! Kalau tak… aku pecahkan nanti." gertakku sambil mengetuk pintu itu dengan kuat sehinggakan semua orang di dalam rumah itu boleh mendengarnya. Tapi…mereka semua tidak hairan dengan bunyi yang aku hasilkan kerana mereka tahu… itu adalah rutinku pada setiap hujung minggu. Rutinku yang suka mengganggu Kyungsoo tidur

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HeavenDelight
yeay. Akhirnya,dpat update chapter 8 cite ni. Para readers,jgn lupa leave ur comments ya. hehe. Please,support me :)

Comments

You must be logged in to comment
Kimtaelover #1
Chapter 12: Best sgt....sambung!sambung!
Kimtaelover #2
Chapter 12: Sampai chapter 12 je ke?sambungan?cepat la sambung....cite ni sgt
misz_dina #3
Chapter 10: I hope sngt2 citer ni akn x jd sad ending.D.o,harap2 ko boleh jumpa dgn Sora semula.jgnla cari yeoja lain.*lap air mata*D.o,fighting!tunjukkan yg ko boleh cari Sora semula.oklah.saya nk smbung nangis pulak ni.bye

#UpdateSoon
#Daebak!!
ExoLoveable
#4
Chapter 11: bila part baekhyun ? jadi baek just mati cam tu jerr ? anyway i accept your storyline idea,i just wondering... fighting !
shine_panda
#5
Chapter 11: Waa bestlah!!!! Update soon...
k-hope
#6
Chapter 10: Ohhh...daebak2...iema dont give up.......fighting.......citer ni best....takkan sorang dua jerrkkk bce....huhuh
ExoLoveable
#7
Chapter 10: contorller time like Tao ? kohkohkohkoh... tak blh bayangkan d.o. buat gaya tuh kekekkekeke.. update soon authornim