Roh kita...tertukar?

Cry, Cry Again
Please Subscribe to read the full chapter

Taehyung POV

 

 

Aku sekarang berada di hadapan pintu bilik bedah Seoul hospital. Setengah jam yang lalu,doktor memberitahuku yang hyung perlu dibedah dengan segera kerana jantungnya kian lemah disebabkan dia kehilangan banyak darah dan jika dibiarkan keadaan itu berterusan,ianya boleh mengakibatkan jantung hyung gagal untuk berfungsi lagi buat selama-lamanya.

 

Perasaan gelisah membuatkan aku tidak dapat duduk diam walaupun sesaat. Aku berjalan ke hulur ke hilir di hadapan pintu itu . Tanganku aku genggam dan aku letakkan di hadapan dadaku. Tepat di atas jantungku. Hatiku berdoa agar tiada apa-apa yang akan berlaku pada hyung.

 

Ya tuhan...Semoga hyung selamat.

 

Pada ketika itu juga,sebuah troli yang membawa seorang pemuda yang sedang berlumuran darah melintasiku. Entah kenapa aku seperti terpaku melihat pemuda itu. Satu perasaan aneh menyelinap masuk ke dalam hatiku.

 

Tapi…apakah perasaan itu?

 

Dan pemuda itu akhirnya di bawa masuk ke dalam bilik bedah yang bersebelahan dengan bilik bedah di mana hyung sedang dibedah sekarang dan lampu merah di atas pintu itu terus menyala menandakan permbedahan ke atas lelaki itu telah dimulakan.

 

"Taehyung-ah. Apa dah jadi ni?" Tiba-tiba,aku terdengar suara seorang gadis yang aku kenal dan itu membuatkan fikiranku terhadap lelaki yang tidak aku kenali itu terhenti setakat itu.

 

Aku menoleh dan tatkala itu,wajah yang penuh dengan kebimbangan milik Suzy menerpa ruangan mataku. Aku tahu… dia juga sangat bimbangkan keadaan hyung.

 

Aku yang menelefon gadis ini tadi untuk memberitahu keadaan hyung kepadanya kerana padaku…sebagai seorang teman wanita hyung,dia patut tahu.

 

"Suzy-ah...hyung ..dia cuba bunuh diri." Aku memberitahunya hal yang sebenar dan seperti yang aku jangka,dia begitu terkejut.

 

"Apa?? Tapi kenapa tiba-tiba dia cuba bunuh diri? Selama ni dia tak pernah pun melakukan benda bodoh seperti itu."

 

"Aku pun tak tahu kenapa hyung bertindak  sampai begitu sekali. Aku rasa…mungkin ada sesuatu yang berlaku pada hyung yang kita tak tahu…yang kita terlepas pandang.” Aku cuba mengingati...kalau-kalau ada sesuatu yang boleh dijadikan petunjuk bagi apa yang telah berlaku.

 

“Sesuatu… yang kita terlepas pandang?”

 

Dengan tidak semena-mena,aku menegakkan jari telunjukku ke atas. “Ha! Aku dah ingat ! Masa aku datang jemput hyung semalam di cafe, aku rasa macam ada yang tak kena. Dia… macam dalam keadaan terkejut yang amat sangat dan matanya... merah macam baru habis menangis. "

 

 

Taehyung POV end

 

 

 

 

 

 

Suzy`s POV

 

Dia menangis semalam?

 

Pada ketika itu juga, segala kata-kata yang aku hamburkan padanya di cafe pada hari semalam terus terimbas kembali di fikiranku.

 

Dan itu bermakna…

 

… aku lah punca semua ini berlaku. Aku adalah penyebab dia cuba untuk bunuh diri. Dan akulah yang patut dipersalahkan jika berlaku apa-apa yang buruk terhadapnya.

 

Aku takut.

 

Aku menyesal.

 

Kenapa aku sanggup memarahi dan menengkingnya sebegitu sekali?!

 

Kalaulah aku tidak meninggikan suara padanya…kalaulah aku tidak sekejam itu…dan kalaulah aku tidak memutuskan hubungan kami berdua… semua ini pasti tak akan terjadi.

 

 

Tiba-tiba,pintu bilik bedah di hadapan aku dan Taehyung terbuka dan seorang doktor lelaki dalam lingkungan akhir 30-an keluar dari bilik bedah itu.

 

Aku dan Taehyung terus mendekati doktor itu.

 

"Bagaimana dengan keadaan hyung saya? Dia baik-baik je kan? " tanya Taehyung tidak sabar.

 

Tapi yang membuatkan aku bertambah bimbang apabila doktor itu hanya berdiam diri dan langsung tidak membuka mulut untuk menjawab soalan Taehyung. Seketika, satu riak wajah yang aku tak dapat kenal pasti apakah maksud di sebaliknya tergambar pada wajah doktor itu.

 

Taehyung pantas memegang kedua-dua belah lengan doktor itu."Doktor, jawablah!  Hyung saya baik-baik je kan? Dia tak apa-apa kan? Saya nak jumpa hyung saya." Taehyung segera mengatur langkah ingin masuk ke dalam bilik pembedahan itu tapi dengan pantas,dia di halang oleh doktor itu.

 

 

Doktor itu menggelengkan kepalanya kepada Taehyung sebagai isyarat dia tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik bedah itu. 

 

 

Taehyung memandang doktor itu dengan dahi yang berkerut.."Kenapa? Kenapa saya tak boleh jumpa hyung saya? Kenapa?" Aku tahu,Taehyung sengaja meninggikan suaranya di akhir pertanyaannya.

 

Akhirnya,doktor lelaki itu membuka mulut untuk berkata-kata. "Maaf. Kami dah cuba sedaya upaya kami,tapi… abang kamu tak berjaya diselamatkan. " Dan serentak dengan itu juga, aku terus terduduk di atas lantai hospital itu.

 

Aku ingin menangis… tapi entah kenapa, air mataku tidak mengalir walaupun setitik. Mungkin ini kerana perasaan bersalahku saat ini melebihi kesedihan yang aku rasakan.

 

Taehyung pula masih tidak dapat menerima kenyataan yang hyungnya telah pun tiada. Tanpa aku duga, dia terus mencekak kolar baju doktor itu. "Apa yang doktor cakap? Ulang lagi sekali."

 

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HeavenDelight
yeay. Akhirnya,dpat update chapter 8 cite ni. Para readers,jgn lupa leave ur comments ya. hehe. Please,support me :)

Comments

You must be logged in to comment
Kimtaelover #1
Chapter 12: Best sgt....sambung!sambung!
Kimtaelover #2
Chapter 12: Sampai chapter 12 je ke?sambungan?cepat la sambung....cite ni sgt
misz_dina #3
Chapter 10: I hope sngt2 citer ni akn x jd sad ending.D.o,harap2 ko boleh jumpa dgn Sora semula.jgnla cari yeoja lain.*lap air mata*D.o,fighting!tunjukkan yg ko boleh cari Sora semula.oklah.saya nk smbung nangis pulak ni.bye

#UpdateSoon
#Daebak!!
ExoLoveable
#4
Chapter 11: bila part baekhyun ? jadi baek just mati cam tu jerr ? anyway i accept your storyline idea,i just wondering... fighting !
shine_panda
#5
Chapter 11: Waa bestlah!!!! Update soon...
k-hope
#6
Chapter 10: Ohhh...daebak2...iema dont give up.......fighting.......citer ni best....takkan sorang dua jerrkkk bce....huhuh
ExoLoveable
#7
Chapter 10: contorller time like Tao ? kohkohkohkoh... tak blh bayangkan d.o. buat gaya tuh kekekkekeke.. update soon authornim