Tolong...selamatkan adik saya.

Cry, Cry Again
Please Subscribe to read the full chapter

Suzy`s POV

 

Kini, hanya sebuah meja yang bersaiz sederhana besar sahaja yang memisahkan aku dan Taehyung dengan doktor lelaki yang merawat Baekhyun itu .

 

Aku dan Taehyung saling berpandangan sebelum Taehyung mula bersuara. "Doktor, apa yang sebenarnya dah terjadi pada abang saya? Kenapa dia tak boleh ingat siapa kami berdua?"

 

"Saya juga kurang pasti mengenai hal itu kerana setelah menjalankan pemeriksaan terhadap fungsi otak abang kamu,segalanya berada dalam keadaan baik. Dia sepatutnya tidak mengalamai amnesia atau kesan-kesan buruk yang lain yang boleh mengganggu segala memori yang dia ada sebelum ini. " terang doktor itu sambil membetulkan kaca mata yang dipakainya.

 

"Jadi. kenapa dia tak boleh ingat kami? Bukan sahaja kami yang dia tak ingat, satu-satunya gadis yang paling dia kasih dalam dunia ni pun… dia dah tak kenal." Kini,giliran aku pula untuk bersuara.

 

"Seperti yang saya cakapkan tadi, itu saya belum pasti. Tapi kamu berdua jangan risau,pihak hospital akan cuba sedaya upaya kami untuk mencari apakah penyebab pesakit yang bernama Baekhyun ini boleh kehilangan seluruh memorinya. Dan untuk pengetahuan kamu berdua,keadaan fizikalnya semakin membaik. Jadi,kamu berdua boleh membawanya pulang pada hari esok." kata doktor itu sambil tersenyum.

 

Aku dan Taehyung tak tahu apa lagi yang perlu kami katakan.

 

Kami akhirnya meminta izin untuk keluar dari bilik itu setelah beberapa detik berdiam diri.

 

"Pelik! Kenapa hyung langsung tak ingat kita?" rungut Taehyung. Aku tahu, dia masih tidak berpuas hati dengan  penjelasan doktor itu tadi dan dia masih memikirkan tentang hal itu.

 

"Bukan setakat kita, Baekhyun oppa juga dah tak ingat siapa Haera unnie." balasku seraya teringat kembali pertanyaannya padaku di saat dia terjaga dari komanya itu.

“Haera? Siapa dia?

 

" Apa?! Tak mungkin lah." Taehyung nampak sangat terkejut.

 

Dan disaat itu juga,aku dan Taehyung terdengar suara seseorang sedang menjerit dari dalam bilik Baekhyun.

 

Aku dan Taehyung saling berpandangan. Riak wajah kami berdua menunjukkan kerisauan terhadap lelaki itu.

 

Tanpa berlengah lagi,kami terus berlari masuk ke dalam bilik itu.

 

Dan disaat kami berjaya merempuh masuk ke dalam bilik itu,alangkah terkejutnya kami apabila melihat darah sedang  menitik ke atas lantai dari tangan Baekhyun dan cermin pada dinding bilik itu retak dan hampir pecah.

 

Oppa mencederakan dirinya lagi?

 

"Hyung!  Apa yang hyung buat ni?" kata Taehyung dan cuba mendekati abangnya itu.

 

"Jangan dekat ! Aku tak kenal siapa kamu berdua . Dan aku juga tak tahu macam mana wajah aku boleh berubah. Aku nak pulang !" jerit Baekhyun dan dia terus melangkah untuk keluar dari bilik ini.

 

Taehyung segera memegang lengan abangnya itu untuk menghalang lelaki itu daripada keluar. "Hyung...hari ni hyung tak boleh balik lagi. Doktor cakap,esok baru hyung boleh balik. Esok kita balik sama-sama yer? Taehyung jemput." kata Taehyung dengan suara yang sangat lembut, cuba memujuk Baekhyun.

 

"Hei budak ! Lepaskan tangan aku. Dan buat pengetahuan kau, aku tak kenal kau dan aku tak ingin pulang dengan kau !" Baekhyun mencerlung memandang Taehyung.

 

Ya tuhan,betulkah itu Baekhyun oppa yang aku kenal? Kenapa hati aku sakit melihat Taehyung diperlakukan seperti itu oleh abangnya sendiri.

 

"Tak ! Saya takkan lepaskan tangan hyung selagi hyung tak kembali kepada hyung yang asal. Tolonglah…saya merayu…kembalilah. Saya sangat rindukan hyung. " air mata Taehyung mula mengalir.

 

Dan tak semena-mena, apabila Taehyung masih juga berdegil dan tidak mahu melepaskan tangannya, Baekhyun terus menolak Taehyung dengan kuat sehinggakan badan Taehyung terhantuk pada cermin yang retak itu dan menyebabkan kaca daripada cermin itu akhinya terlerai dan jatuh ke lantai.

 

"Aahhh…" rintih Taehyung dan dia terus terjelepuk jatuh ke lantai.

 

Mataku membulat melihat keadaan Taehyung dan aku segera mendapatkannya.

 

"Kau tak apa-apa?" tanyaku panik apabila aku melihat bahunya terluka dan berdarah dek kerana tertusuk serpihan kaca itu.

 

" Aku tak apa-apa. Kau jangan risau." Walaupun dia cakap dia tak apa-apa,tapi aku tau… dia tengah tahan sakit yang amat sangat. Buktinya, wajahnya berkerut menahan sakit dan dahinya mula berpeluh.

 

Aku memandang Baekhyun yang sedang berdiri kaku di hadapan pintu itu. "Yaaa oppa ! Walaupun oppa dah tak in

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HeavenDelight
yeay. Akhirnya,dpat update chapter 8 cite ni. Para readers,jgn lupa leave ur comments ya. hehe. Please,support me :)

Comments

You must be logged in to comment
Kimtaelover #1
Chapter 12: Best sgt....sambung!sambung!
Kimtaelover #2
Chapter 12: Sampai chapter 12 je ke?sambungan?cepat la sambung....cite ni sgt
misz_dina #3
Chapter 10: I hope sngt2 citer ni akn x jd sad ending.D.o,harap2 ko boleh jumpa dgn Sora semula.jgnla cari yeoja lain.*lap air mata*D.o,fighting!tunjukkan yg ko boleh cari Sora semula.oklah.saya nk smbung nangis pulak ni.bye

#UpdateSoon
#Daebak!!
ExoLoveable
#4
Chapter 11: bila part baekhyun ? jadi baek just mati cam tu jerr ? anyway i accept your storyline idea,i just wondering... fighting !
shine_panda
#5
Chapter 11: Waa bestlah!!!! Update soon...
k-hope
#6
Chapter 10: Ohhh...daebak2...iema dont give up.......fighting.......citer ni best....takkan sorang dua jerrkkk bce....huhuh
ExoLoveable
#7
Chapter 10: contorller time like Tao ? kohkohkohkoh... tak blh bayangkan d.o. buat gaya tuh kekekkekeke.. update soon authornim