Menyamar sebagai Baekhyun?

Cry, Cry Again
Please Subscribe to read the full chapter

Kyungsoo POV

 

 

Hari ini,aku dan Taehyung dibenarkan untuk pulang ke rumah.

 

Rumah…sebuah tempat yang pasti akan membuatkan setiap manusia tersenyum disaat mereka tahu, mereka sedang menuju ke situ. Tempat dimana kita mencelikkan mata di pagi hari dan melelapkan mata pada malamnya…tempat dimana kasih sayang berputik dan berkembang antara ahli keluarga…dan tempat dimana semua masalah seperti lenyap dari minda apabila wajah insan yang kita sayangi menjadi tatapan mata.

 

Tapi…aku tidak lagi merasai kegembiraan itu. Mungkin kerana aku tahu,yang aku bukan menuju ke rumahku…sebaliknya ke rumah lelaki yang bernama Baekhyun dan adiknya,Taehyung.

 

Seperti yang aku jangkakan, pagi-pagi lagi gadis cantik yang bernama Suzy ini dah muncul di hospital untuk menjemput kami berdua.

 

Dan kini,kami bertiga berada di dalam kereta yang dipandu gadis itu.

 

Dengan selamba,aku curi-curi memandang gadis itu melalui pantulan cermin pandang belakang kereta itu. Dia kelihatan fokus dengan pemanduannya.

 

Terdetik di hatiku…’Bagaimana gadis ini boleh kelihatan begitu cantik walaupun tiada sebaris senyuman pun dibibirnya?’

 

Dan tanpa aku duga,matanya juga memandang cermin pandang belakang itu dan seketika,mata kami bertemu. Aku cepat-cepat melarikan pandanganku.

 

Entah kenapa,di saat mata kami bertemu tadi..aku dapat merasakan ketajaman matanya yang seperti menusuk ke dalam mataku. Dia…masih marahkan aku sebab kejadian hari itu ke?

 

Aku menghembus nafas pendek sebelum aku menoleh ke arah Taehyung yang sedang tertidur di sebelahku. Dengan melihat kerutan di dahinya,aku tahu tidurnya tidak lena …mungkin dia tidak selesa. Timbul rasa kasihan di hatiku buatnya apabila melihat kepalanya terlentok ke kiri dan ke kanan kerana getaran yang dihasilkan oleh kereta ini. Akhirnya,aku tidak sanggup melihatnya seperti itu lagi. Perlahan-lahan,aku sandarkan kepalanya di bahu kananku. Dan pada ketika itu juga,kerutan di dahinya mula hilang.

 

Nampaknya,bahu abangnya membuatkan dia dapat tidur dengan selesa.

 

Aku…tumpang gembira.

 

Kemudian,aku memandang ke luar tingkap kereta untuk menikmati pemandangan musim sejuk yang akan beranjak ke musim bunga tidak lama lagi.

 

Keindahan pemandangan itu membuatkan aku tersenyum.

 

‘Sora mesti gembira sebab musim bunga dah dekat.’

 

Dan seketika,senyumanku mati.

 

Aku tiba-tiba tersedar yang aku tidak mungkin akan dapat bertemu Sora seperti dulu lagi.

 

Kerana aku kini bukan lagi Do Kyungsoo.

 

Aku adalah Byun Baekhyun !

 

 

 

Flashback

 

 

Aku mula membuka mataku. Kepalaku yang berdenyut-denyut  tidak aku hiraukan.

 

Seketika,aku terlihat seorang gadis bersama seorang lelaki yang berpakaian sekolah seperti sedang membincangkan sesuatu yang serius di luar bilik wad tempat aku berada sekarang. Aku dapat melihat wajah kedua-dua insan itu yang seperti dilanda masalah besar melalui pintu bilik ini yang sedikit terbuka.

 

Dan tak lama selepas itu,mereka mula berjalan pergi dari situ. Aku tak tahu mereka hendak ke mana ataupun siapa mereka.

 

Yang aku ingat,gadis itu adalah insan pertama yang dapat aku lihat tatkala aku tersedar dari komaku semalam. Dan gadis itu mengaku yang dirinya adalah Suzy. Sebuah nama yang asing bagiku. Bukan namanya sahaja yang asing di pendengaranku, tapi gadis itu turut memanggilku dengan nama yang tidak pernah aku dengar. Baekhyun? Kenapa dia memanggil aku Baekhyun?

 

Aku cuba memikirkan tentang kelogikan semua yang berlaku setelah aku tersedar dari koma…Sora dan ibu bapaku langsung tidak melawat aku sebaliknya dua insan itu tiba-tiba muncul dan berperlakuan seperti mereka sangat mengenal diriku. Tapi semakin aku cuba untuk berfikir,semakin aku tidak dapat menahan kesakitan yang bermaharajalela di kepalaku. Dan akhirnya,aku memutuskan untuk tidak memikirkannya buat masa sekarang.

 

Dengan tenaga yang aku ada,aku cuba bangun dari baringku dengan susah payah.

 

Tiba-tiba,aku dapat merasakan tanganku dipegang oleh seseorang. Dan orang itulah yang membantu aku untuk bangun. Aku lantas mendongak. Rupa-rupanya, orang yang membantu aku tadi adalah seorang wanita tua yang memakai hanbok berwarna putih.

 

Dia sedang tersenyum kepadaku.

 

"Ahjumma…dugu..seyo?” tanyaku dengan ragu-ragu.

 

Pelik ! Macam mana dan bila dia masuk ke dalam bilik ini?

 

Aku memandang ke sekeliling bilik tapi ternyata,hanya aku dan wanita tua ini sahaja yang berada di dalam bilik ini sekarang.

 

Siapa dia ini? Adakah dia juga seseorang yang akan memanggilku dengan nama yang asing itu,Baekhyun?

 

Wanita tua itu mula mendekatiku. Wajahnya sangat tenang...setenang air di lautan tanpa ombak.

 

"Kyungsoo-ah."

 

Aku tak salah dengarkan?

 

Dia memanggilku dengan namaku!

 

Dan itu berma

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HeavenDelight
yeay. Akhirnya,dpat update chapter 8 cite ni. Para readers,jgn lupa leave ur comments ya. hehe. Please,support me :)

Comments

You must be logged in to comment
Kimtaelover #1
Chapter 12: Best sgt....sambung!sambung!
Kimtaelover #2
Chapter 12: Sampai chapter 12 je ke?sambungan?cepat la sambung....cite ni sgt
misz_dina #3
Chapter 10: I hope sngt2 citer ni akn x jd sad ending.D.o,harap2 ko boleh jumpa dgn Sora semula.jgnla cari yeoja lain.*lap air mata*D.o,fighting!tunjukkan yg ko boleh cari Sora semula.oklah.saya nk smbung nangis pulak ni.bye

#UpdateSoon
#Daebak!!
ExoLoveable
#4
Chapter 11: bila part baekhyun ? jadi baek just mati cam tu jerr ? anyway i accept your storyline idea,i just wondering... fighting !
shine_panda
#5
Chapter 11: Waa bestlah!!!! Update soon...
k-hope
#6
Chapter 10: Ohhh...daebak2...iema dont give up.......fighting.......citer ni best....takkan sorang dua jerrkkk bce....huhuh
ExoLoveable
#7
Chapter 10: contorller time like Tao ? kohkohkohkoh... tak blh bayangkan d.o. buat gaya tuh kekekkekeke.. update soon authornim