Aku mesti kuat...demi hyung.

Cry, Cry Again
Please Subscribe to read the full chapter

Baekhyun POV

 

"Suzy bencikan oppa. Selama ini,oppa sebenarnya tak pernah cintakan Suzy kan? Oppa buat baik dgn Suzy dan terima Suzy sebagai teman wanita oppa pun, sebab oppa rasa bersalah kan? Sebab oppa dah bunuh satu-satunya kakak yang Suzy ada. Oppa dah bunuh Haera unnie! "jeritnya dengan begitu kuat sehinggakan aku dapat merasa telingaku berdesing kerana suaranya.

 

"Suzy! Apa yang Suzy cakap ni? Oppa sayangkan Suzy ikhlas dari lubuk hati oppa yang paling dalam. Sanggup Suzy ttttu-duh oppa macam tu? " Bibirku mula menggigil. Mataku juga mula memanas.

 

Seketika dia tersenyum. Tapi aku dapat melihat, ada kesinisan di dalam senyumannya itu."Baiklah…Suzy percaya kata-kata oppa. Suzy tahu yang oppa sayangkan Suzy tapi…oppa tak pernah cintakan Suzy kan? Dan kalaulah…kalaulah…kalaulah kata sayang yang oppa ucapkan selama ini pada Suzy adalah cinta,macam mana dengan Haera unnie? Oppa... dah tak cintakan dia? Oppa dah lupakan dia?"

 

Pertanyaan yang aku rasakan seperti sebilah pedang yang sangat tajam sedang menusuk ke dalam dadaku dan menembusi tubuhku membuatkan mulutku terkatup rapat sehinggakan tiada sepatah kata pun yang dapat aku luahkan.

 

Air liur yang terembes di dalam mulutku,aku telan dengan susah payah. Perit yang aku rasai seperti menelan pasir-pasir halus yang menggores luka kerongkongku.

 

"Kenapa diam? Huh! Saya dah agak oppa masih tak dapat lupakan Haera unnie lagikan? Dah 4 tahun sejak kejadian itu berlaku. Dah 4 tahun,dia tinggalkan kita…tapi oppa masih cintakan dia dan  tak boleh hidup tanpa dia kan? Itu sebabnya …setiap hari oppa akan tunggu dia di cafe ini kan?"

 

Kedua-dua belah tanganku aku satukan dan aku genggam dengan sekuat yang boleh.

 

Geram!  Aku geram dengan diriku sendiri.

 

Diriku… yang langsung tidak dapat berkata apa-apa pada saat ini.

 

Diriku… yang tidak mencuba untuk membela dirinya sendiri.

 

Diriku …yang tiba-tiba berasa kesunyian dan keseorangan walaupun di tengah-tengah orang ramai.

 

Diriku… yang mengharapkan seorang insan yang telah lama mati kembali hidup. Hidup bersama aku.

 

Aku benci semua perasaan itu ! Perasaan yang membuatkan aku sakit. Hati aku…sakit sekali.

 

Aku hanya menunduk memandang selipar yang aku pakaikan di kakiku sebelum keluar rumah tadi. Selipar yang tidak menutupi keseluruhan kakiku membuatkan kadang-kadang,aku berasa kakiku seperti membeku dek kerana cuaca musim sejuk yang sedang melanda kota Seoul pada ketika ini.

 

Dan tanpa aku sedar, Suzy sudah tiada di hadapanku. Gadis itu benar-benar telah pergi meninggalkan aku?

 

Mataku melilau… cuba mencari susuk tubuhnya di dalam cafe itu,dan akhirnya… aku menemukannya. Dia kelihatan sedang berlari-lari anak keluar dari cafe ini.

 

Apa yang harus aku lakukan sekarang?

 

Patutkah aku mengejarnya yang telah kecewa dengan sikapku?

 

Tapi kakiku…tubuhku… dan seluruh anggota badan milikku…seperti langsung tidak mahu bergerak walau seinci pun dan aku… seperti patung bernyawa di hadapan meja ini. 

 

Dan pada ketika itu juga,seorang lelaki yang beruniform sekolah sedang berlari ke arahku. Dia kelihatan termengah-mengah disaat dia mendekatiku.

 

"Maaf, hyung. Hari ni,Taehyung terlambat jemput hyung. Tadi kat sekolah,ada latihan bola sepak dan guru pelatih tak benarkan Taehyung skip latihan itu sebab perlawanan dah dekat .Lagipula,Taehyung pemain utama pasukan bola sepak sekolah tahun ni. " terang lelaki yang berwajah seiras denganku itu dengan bersungguh-sungguh. Tapi jujur aku katakan,tiada sepatah pun kata-katanya yang aku fahami atau cuba untuk fahami…kerana… minda separuh sedar aku sekarang tidak lagi dapat memahami apa-apa.

 

Fikiranku buntu !
 

 

Aku memandangnya.Tapi pandanganku bukanlah pandangan biasa. Pandangan maut yang aku lemparkan kepadanya membuatkan riak wajahnya yang ceria sebentar tadi terus bertukar ketakutan. Dia menyapu butiran jernih di dahinya,mungkin air peluh yang menjajah keluar dari tubuhnya disaat dia berlari tadi.


 

"Kenapa hyung pandang saya macam tu? Hyung marahkan saya sebab saya terlambat hari ini ke? Kalau sebab itu,saya betul-betul minta maaf. Saya dah cuba minta kebenaran dari

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HeavenDelight
yeay. Akhirnya,dpat update chapter 8 cite ni. Para readers,jgn lupa leave ur comments ya. hehe. Please,support me :)

Comments

You must be logged in to comment
Kimtaelover #1
Chapter 12: Best sgt....sambung!sambung!
Kimtaelover #2
Chapter 12: Sampai chapter 12 je ke?sambungan?cepat la sambung....cite ni sgt
misz_dina #3
Chapter 10: I hope sngt2 citer ni akn x jd sad ending.D.o,harap2 ko boleh jumpa dgn Sora semula.jgnla cari yeoja lain.*lap air mata*D.o,fighting!tunjukkan yg ko boleh cari Sora semula.oklah.saya nk smbung nangis pulak ni.bye

#UpdateSoon
#Daebak!!
ExoLoveable
#4
Chapter 11: bila part baekhyun ? jadi baek just mati cam tu jerr ? anyway i accept your storyline idea,i just wondering... fighting !
shine_panda
#5
Chapter 11: Waa bestlah!!!! Update soon...
k-hope
#6
Chapter 10: Ohhh...daebak2...iema dont give up.......fighting.......citer ni best....takkan sorang dua jerrkkk bce....huhuh
ExoLoveable
#7
Chapter 10: contorller time like Tao ? kohkohkohkoh... tak blh bayangkan d.o. buat gaya tuh kekekkekeke.. update soon authornim