Saya yang bersalah...

Cry, Cry Again
Please Subscribe to read the full chapter

Sora`s POV

 

Flashback

 

“Satu..dua..tiga !”

 

Aku pun…terus menekan bahagian pinggang Kyungsoo yang ditunjuknya itu dengan sekuat hati aku.

 

"Aahhhhhhhhhh!!!!" Satu rumah bergema dengan jeritan Kyungsoo.

 

Aku terus menjauhinya sambil ketawa berdekah-dekah. Aku pegang perutku yang terasa sakit kerana mentertawakannya.

 

"Yaaa! Kau nak bunuh aku ke?" jerit Kyungsoo. Mukanya dah merah padam. Nampak sangat dia cuba tahan marah.

 

Tapi…kalau dia nak marah sekalipun,aku tak takut. Sebab…Kyungsoo ni bukan pandai marah orang pun. Semakin dia cuba tunjukkan yang dia sedang marah,semakin wajahnya kelihatan kebudak-budakan dan… comel.

 

" Tak salahkan kalau aku nak bunuh kau betul-betul pun sekarang ni? Org yang lupakan janji yang dia sendiri lafazkan…memang patut terima hukuman. " kataku sambil memuncungkan sedikit bibirku.

 

"Jadi… kau rela… kalau aku betul-betul mati ? " 
 

Entah kenapa,walaupun aku tahu Kyungsoo tak benar-benar maksudkannya tapi pertanyaan yang keluar dari mulutnya itu tetap membuatkan hati aku tiba-tiba merasa sebak.

 

Wajahku yang tergelak tadi terus bertukar serius.

 

"Boleh tak kau jangan cakap pasal kematian ?! Aku tak sukalah." Aku terus memalingkan mukaku.

 

Iya,aku memang tak nak dengar perkataan mati itu disebut lagi. Aku benci walaupun hanya mendengarnya. Cukuplah ! Aku tak nak merasai kehilangan orang yang aku sayangi lagi setelah aku dah kehilangan insan yang paling bermakna dalam hidupku. Insan yang telah membuatkan aku wujud di dunia ini.

 

‘Ibu dan ayah…’

 

Air mata yang bergenang cepat-cepat aku kesat. Aku tak mahu Kyungsoo perasan yang aku menangis.

 

Tiba-tiba,aku terasa bahuku dicuit.

 

Aku tahu…Kyungsoo sudah pun berdiri di belakangku.

 

"Maaf. Aku tak bermaksud nak buat kau teringat pada ibu dan ayah kau. Aku bersalah. Aku minta maaf yer."katanya dengan suara yang perlahan. Lembut di pendengaranku.

 

Aku kembali memusingkan tubuhku… menghadapnya.

 

Aku tenung ke dalam kedua-dua matanya dan perlahan-lahan, aku memegang kedua-dua pipinya.

 

Kyungsoo agak terkejut dengan perbuatanku itu. Aku perasan perubahannya itu. Tapi aku tetap ingin katakannya.

 

"Kyungsoo-ah,kau tak perlu minta maaf sebab kau tak salah apa-apa. Selama ini,kau dan keluarga kau yang banyak tolong aku. Jadi,aku yang sebenarnya patut dipersalahkan …sebab dah menyusahkan kau sekeluarga."

 

"Mana ada lah! Kau langsung tak menyusahkan kami. Kami tolong kau dengan ikhlas dan tak pernah mengharapkan apa-apa balasan. Malah, sejak kau masuk ke dalam keluarga kami…ibu nampak gembira sangat. Aku tahu,ibu inginkan anak perempuan dan dengan adanya kau,hajat ibu akhirnya tercapai. Aku pun gembira bila dapat tahu yang kau akan jadi adik-beradik angkat aku, tak ada lah aku sunyi sangat sebagai anak tunggal. Lagipun...aku dah lama suka..."  Tiba-tiba, kata-katanya terhenti dan dia melarikan anak matanya dari anak mataku.

 

"Kenapa? Kenapa kau tak habiskan ayat kau? Kau dah lama suka..?? " Aku menunggu jawapannya tapi dia kelihatan seperti sedang cuba menyembunyikan sesuatu daripada aku.

 

Tiba-tiba,sikap nakalku dah datang semula. Aku terasa ingin mengenakannya lagi.

 

Aku pura-pura tersenyum. "Jangan-jangan…kau suka ... aku?"

 

Setelah mendengarkan itu,dia nampak sangat terkejut dan terus menolak tanganku dari memegang pipinya lagi.

 

‘Aku dah berjaya kenakan dia. He he he.’

 

Aku tahan gelak sambil meniliti wajahnya yang dia larikan dariku.

 

Dan tiba-tiba,dia memandang tepat ke wajahku. Dia tak melarikan wajahnya lagi.

 

‘Kenapa dia pandang aku macam tu? Macam menakutkan je?’ hatiku bermonolog.

 

Tak lama selepas itu,dia tiba-tiba ketawa.

 

Aku terpana.

 

Tadi muka serius mengalahkan perdana menteri tengah runsingkan hal negara,..sekarang ni tiba-tiba ketawa pulak?

 

Tapi entah kenapa,ketawanya itu agak kaku pada pandangan mataku. Dia paksa dirinya ketawa ke?

 

"Yaa! Lee Sora, Kau dah gila ke? Tak mungkinlah aku sukakan kau. Kau tu kawan baik aku …dan tak lebih dari itu… faham?" katanya sambil masih tergelak.

 

"Aku tahu lah! Tak payahlah gelak sampai macam tu sekali. Aku gurau je lah." kataku tak mahu kalah.

 

Aish!  Aku yang nak kenakan dia…last-last,dia pulak yang kenakan aku balik.

 

"Dah lah. Kau boleh keluar sekarang."katanya setelah ketawanya reda.

 

"What?! Kau halau aku?"kataku dengan riak wajah tak percaya.

 

"Bukanlah. Aku suruh kau keluar sebab aku nak mandi dan bersiap. Kau cakap semalam nak minta aku temankan kau pergi beli buku kat bandar kan?"

 

Owh,rupa-rupanya…dia ingat. Dia tak lupakan janji kami semalam !

 

Aku termalu sendiri.

 

"Asal muka kau macam tu? Entah-entah,kau ingat aku lupa janji kita yer? Itu sebabnya… kau ketuk pintu bilik aku tadi macam nak kasi roboh?" Dia tuding jari ke arah pintu yang dicat putih dan terdapat sebuah kamera yang sedang tergantung padanya itu.

 

"Mana ada. Aku pasti dan aku yakin..yang kau ingat janji tu." bohongku sambil tersenyum senget.

 

"Yela tu. Dah la. Keluar cepat." Dia menolak tubuhku perlahan ke arah pintu.

 

Tapi entah kenapa,aku rasa…aku belum puas mengenakan dia. He he he.

 

Dan tak semena-mena,aku memusingkan badanku untuk ‘mengurut’ bahagian pinggangnya yang sakit itu sekali lg.

 

Tapi… lain yang aku hendak lakukan,lain pula yang terjadi.

 

Aku tak dapat mengimbangkan badanku semasa berpusing tadi dan aku rasa,badanku seperti ingin terjatuh.Tanpa berfikir lagi, tanganku terus sahaja menarik tubuh Kyungsoo bersamaku dan kami berdua akhirnya terjatuh bersama-sama ke atas katil yang berada disisi kami ketika itu.

 

Tapi kami bukan setakat terjatuh tapi...

 

Cuuppp…

 

Oh tidak! Bibirku mendarat di atas bibirnya !

Tubuhku pula berada di atas tubuhnya.

Mata kami berdua, dua-dua terbuntang luas.

 

Aku tak tahu, apa yang sedang dia fikirkan sekarang…tapi yang pasti,aku tak dapat fikirkan apa-apa pun saat ini. Fikiran aku kosong.

 

Dan setelah beberapa saat,aku tersedar. Aku cepat-cepat bangun dari tubuhnya dan bibir kami terpisah .

 

Aku lihat, Kyungsoo juga kelam kabut bangun .

 

Seketika,suasana sunyi melanda kami berdua.

 

Krik krik…Krik krik.

 

Aku dah tak tahan lagi,aku harus bersuara.

 

"Kyungsoo-ah.."    

"Sora -ah.." 

Tanpa kami sangka,kami bercakap pada masa yang sama. Keadaan awkward melanda kam

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HeavenDelight
yeay. Akhirnya,dpat update chapter 8 cite ni. Para readers,jgn lupa leave ur comments ya. hehe. Please,support me :)

Comments

You must be logged in to comment
Kimtaelover #1
Chapter 12: Best sgt....sambung!sambung!
Kimtaelover #2
Chapter 12: Sampai chapter 12 je ke?sambungan?cepat la sambung....cite ni sgt
misz_dina #3
Chapter 10: I hope sngt2 citer ni akn x jd sad ending.D.o,harap2 ko boleh jumpa dgn Sora semula.jgnla cari yeoja lain.*lap air mata*D.o,fighting!tunjukkan yg ko boleh cari Sora semula.oklah.saya nk smbung nangis pulak ni.bye

#UpdateSoon
#Daebak!!
ExoLoveable
#4
Chapter 11: bila part baekhyun ? jadi baek just mati cam tu jerr ? anyway i accept your storyline idea,i just wondering... fighting !
shine_panda
#5
Chapter 11: Waa bestlah!!!! Update soon...
k-hope
#6
Chapter 10: Ohhh...daebak2...iema dont give up.......fighting.......citer ni best....takkan sorang dua jerrkkk bce....huhuh
ExoLoveable
#7
Chapter 10: contorller time like Tao ? kohkohkohkoh... tak blh bayangkan d.o. buat gaya tuh kekekkekeke.. update soon authornim