Sayang atau cinta?

Cry, Cry Again
Please Subscribe to read the full chapter
 12 FEBRUARY 2015   HEART CAFE

 

Baekhyun POV

 

Air kopi yang berwarna hitam pekat dan masih berasap itu,aku hirup perlahan. Sesekali pandanganku terarah ke luar cafe itu. Melalui cermin kaca yang merupakan dinding cafe itu,aku dapat melihat salji tebal sedang turun ke bumi dan membuatkan kota Seoul kini dilitupi salji. Pokok-pokok yang tumbuh di tepi jalan,kenderaan-kenderaan yang sedang bergerak mahupun yang telah terparkir dan juga bangunan-bangunan pencakar langit sehinggalah lot-lot kedai yang kecil…semuanya kelihatan putih dan suci dek kerana menjadi mangsa sang salji.

 

Sedang aku leka melihat satu persatu titisan salji yang turun berhampiran dinding kaca di sisiku ini,mataku menangkap figura seorang gadis sedang berjalan sambil memegang payung mengharungi salji tebal itu. Di tangannya,dia menjijit satu plastik hitam. Dan seketika,mata kami bertemu. Matanya yang bulat dan bersinar itu membuatkan aku memuji dan mengagumi ciptaan Tuhan. Dan tanpa aku sedar,bibirku telah pun mengukir sebuah senyuman buatnya.

 

Aku kemudiannya kembali menghirup air kopi yang masih tersisa dan memenuhi separuh daripada cawan itu. Walaupun ianya sudah suam dan tidak sepanas tadi,tapi ia tetap menyegarkan bagi penggemar kopi sepertiku.

 

Entah kenapa… wajah gadis tadi masih bermain difikiranku membuatkan aku mahu melihatnya lagi. Aku kembali melihat ke luar cafe , lebih tepat mencari figura gadis itu. Tatkala dirinya menjadi tatapan mataku semula,seorang pemuda tiba-tiba mendekatinya dan kelihatannya gadis dan pemuda itu sudah saling mengenali. Buktinya ,tidak lama selepas itu,mereka berjalan beriringan sambil bergurau-senda . Selangkah demi selangkah ,mereka berdua telah pun berada jauh dari cafe ini ,tempat dimana aku menghabiskan setiap waktu petangku.

 

Seketika, aku tiba-tiba tersenyum sendiri apabila mindaku membayangkan semula tingkah laku gadis dan pemuda itu tadi. Mereka kelihatan begitu akrab. Tipulah kalau aku katakan,tiada sekelumit perasaan cemburu pun di hatiku. Aku juga seorang manusia. Aku juga seorang insan. Insan yang mendambarkan sebuah kebahagiaan.

 

Bergurau senda di dalam salji sambil bergelak ketawa. Alangkah indah dan gembiranya jika aku adalah pemuda itu.

 

Aku menggerakkan jari telunjukku di sekeliling mulut cawan kopi yang berada di atas meja di hadapanku itu. Air di dalamnya hanya tinggal seteguk untuk ku minum tapi gadis yang aku tunggu tidak juga muncul-muncul. 

 

Aku melihat jam di pergelangan tangan kiriku sekilas. Sudah hampir dua jam aku menunggu dia. Kenapa agaknya dia belum sampai ? Selalunya gadis itu selalu menepati masa dan dia tidak pernah sekalipun terlambat jika aku dan dia berjanji untuk bertemu.

 

Aku cuba mendail nombornya. Tapi alangkah kecewanya aku apabila tenyata handphonenya ditutup. Hanya suara operator sahaja yang kedengaran di cuping telingaku. Aku menghembus nafas berat.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HeavenDelight
yeay. Akhirnya,dpat update chapter 8 cite ni. Para readers,jgn lupa leave ur comments ya. hehe. Please,support me :)

Comments

You must be logged in to comment
Kimtaelover #1
Chapter 12: Best sgt....sambung!sambung!
Kimtaelover #2
Chapter 12: Sampai chapter 12 je ke?sambungan?cepat la sambung....cite ni sgt
misz_dina #3
Chapter 10: I hope sngt2 citer ni akn x jd sad ending.D.o,harap2 ko boleh jumpa dgn Sora semula.jgnla cari yeoja lain.*lap air mata*D.o,fighting!tunjukkan yg ko boleh cari Sora semula.oklah.saya nk smbung nangis pulak ni.bye

#UpdateSoon
#Daebak!!
ExoLoveable
#4
Chapter 11: bila part baekhyun ? jadi baek just mati cam tu jerr ? anyway i accept your storyline idea,i just wondering... fighting !
shine_panda
#5
Chapter 11: Waa bestlah!!!! Update soon...
k-hope
#6
Chapter 10: Ohhh...daebak2...iema dont give up.......fighting.......citer ni best....takkan sorang dua jerrkkk bce....huhuh
ExoLoveable
#7
Chapter 10: contorller time like Tao ? kohkohkohkoh... tak blh bayangkan d.o. buat gaya tuh kekekkekeke.. update soon authornim