Apa yang sebenarnya telah terjadi ?

Cry, Cry Again
Please Subscribe to read the full chapter

Taehyung`s POV

 

Hyung…kenapa hyung mesti pergi secepat ini? Hyung cakap,hyung sayangkan saya...tapi kenapa disaat ini saya rasakan semua kata-kata hyung itu palsu? Kalau betul hyung sayangkan saya, kenapa hyung sanggup tinggalkan saya sorang-sorang? Hyung tahukan,saya hanya ada hyung je dalam dunia ni setelah ibu dan ayah meninggal.

 

Tapi kini,saya dah tiada sesiapa lagi.

 

“Hyung…saya merayu…kembalilah.” gumamku perlahan sambil mataku masih tertancap pada pintu bilik bedah di hadapan aku ini. Entah kenapa,aku sangat berharap yang pintu ini akan terbuka dan aku dapat melihat hyung berjalan keluar dari bilik ini sambil tersenyum kepadaku. Alangkah bahagianya aku jika ianya benar-benar berlaku.

 

Suzy mula mendekatiku dan perlahan-lahan,dia memegang tanganku. Aku tahu,dia ingin memberi aku semangat walaupun dirinya sendiri juga amat terasa dengan kehilangan teman lelakinya itu.

 

“Terima kasih…Suzy.”kataku sambil memandang tepat ke wajahnya.

 

Dan pada ketika itu juga,pintu bilik bedah itu terbuka.

 

Seorang jururawat yang lengkap berpakaian biru muda keluar dari bilik bedah itu dengan wajah yang kelam kabut.

 

"Doktor, jantung si mati berdegup semula !"

 

Apa yang dikatakan jururawat itu bukan sahaja membuatkan aku dan Suzy terpana…tapi doktor lelaki itu juga kelihatan sangat terperanjat.

 

"Apa?? Bagaimana jantungnya boleh berfungsi kembali? Dia kan dah…”

 

“Saya pun tak tahu bagaimana ianya boleh terjadi…tapi selepas sahaja bekalan elektrik yang terputus tadi kembali ,mesin jangka hayat itu mula menunjukkan yang jantungnya berdegup dengan normal.”

 

Melihat kesungguhan jururawat itu menceritakan apa yang sebenarnya terjadi membuatkan aku begitu yakin,yang dia tidak berbohong.

 

Dan itu bermakna…hyung masih ada harapan untuk hidup !

 

“Baiklah.kalau macam tu, ..mari kita periksa dia sekarang."

 

Doktor itu terus memasuki bilik bedah itu kembali sambil diikuti jururawat itu. Pintu yang menggunakan sensor itu terus tertutup dengan sendirinya dan membuatkan aku tidak lagi dapat melihat dua orang insan yang aku sangat berharap pada mereka untuk menyelamatkan hyung.

 

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HeavenDelight
yeay. Akhirnya,dpat update chapter 8 cite ni. Para readers,jgn lupa leave ur comments ya. hehe. Please,support me :)

Comments

You must be logged in to comment
Kimtaelover #1
Chapter 12: Best sgt....sambung!sambung!
Kimtaelover #2
Chapter 12: Sampai chapter 12 je ke?sambungan?cepat la sambung....cite ni sgt
misz_dina #3
Chapter 10: I hope sngt2 citer ni akn x jd sad ending.D.o,harap2 ko boleh jumpa dgn Sora semula.jgnla cari yeoja lain.*lap air mata*D.o,fighting!tunjukkan yg ko boleh cari Sora semula.oklah.saya nk smbung nangis pulak ni.bye

#UpdateSoon
#Daebak!!
ExoLoveable
#4
Chapter 11: bila part baekhyun ? jadi baek just mati cam tu jerr ? anyway i accept your storyline idea,i just wondering... fighting !
shine_panda
#5
Chapter 11: Waa bestlah!!!! Update soon...
k-hope
#6
Chapter 10: Ohhh...daebak2...iema dont give up.......fighting.......citer ni best....takkan sorang dua jerrkkk bce....huhuh
ExoLoveable
#7
Chapter 10: contorller time like Tao ? kohkohkohkoh... tak blh bayangkan d.o. buat gaya tuh kekekkekeke.. update soon authornim