I`m your stalker !

Cry, Cry Again
Please Subscribe to read the full chapter
12 FEBRUARY 2015

 

Sora`s POV


Tangan kananku menolak daun pintu 7eleven itu manakala tangan kiriku menjijit satu plastik hitam yang mengandungi sebungkus roti lalu keluar dari kedai serbaneka tersebut.


 

"Alamak. Lebatnya salji hari ini." gumamku sambil melihat kelangit biru yang sedang menumpahkan salji ke bumi.

 

"Macam mana ni??! Macam mana aku nak balik ni. Aishh…kenapalah aku ni nyanyuk sangat. Dah tahu salji tebal akan turun tapi masih lupa bawa payung. " rengekku sambil mengetuk perlahan dahiku.

 

Dan sedang aku menunggu kalau-kalau salji akan reda, tiba-tiba seorang lelaki menghulurkan payung kepadaku.

 

Lelaki itu sedang tersenyum manis sambil memandang aku ! Dia kelihatan segak walaupun hanya memakai sehelai sweater tebal berwarna hitam… lagi tebal dari sweater yang aku sedang pakai sekarang. Tapi ada satu yang aku rasa agak pelik dengan penampilan dia. Kenapa dia hanya memakai selipar pada musim sejuk begini?

 

Tanpa aku sedar,senyumannya membuatkan hatiku jadi tidak keruan. Jantungku pula berdegup laju daripada biasa.

 

Apakah maknanya ini?

 

"Cik? Cik nak tak payung ni? "  Tegurannya itu membuatkan lamunanku terhenti. Aku termalu seketika.  Aishh…macam mana la aku boleh mengelamun depan lelaki ini pula?! Macam mana kalau dia perasan yang aku sedang menghayati setiap inci wajahnya tadi? Arghhhh…malunya!!!


 

"Ye,saya. Apa yang encik cakap tadi?"tanyaku. Memang aku tak perasan langsung dia cakap apa tadi sebab aku duk sebok cuci mata melihat kehenseman wajahnya.

 

Bagaimanalah wajah lelaki ini boleh sesempurna ini? Buat aku cair je.

 

"Saya tanya cik nak tak payung ni? Kalau nak,saya boleh bagi pinjam."

 

"Nak ! Nak sangat !." Laju je aku bagi jawapan tak tahu malu tu.

 

Aku tersengih macam kerang busuk di depannya. Aku rasa mesti pipi aku merah sekarang ni sebab tahan malu untuk kesekian kalinya. Walaupun satu badan aku sejuk dek kerana suasana yang sangat dinginpada ketika ini tapi ada satu bahagian tubuhku yang terasa panas. Wajahku !

 

Aku menyambut payung yang dihulurkan.

 

“Terima kasih.” Ucapku malu-malu.

 

"Kalau dah tak ada apa-apa,saya pergi dulu yer.” katanya dan terus berpaling dariku.

 

"Nanti dulu."

 

Dia menoleh ke arahku semula.

 

"Boleh saya tahu,nama encik siapa? Dan macam mana saya nak pulangkan semula payung ni nanti?" tanyaku penuh sopan.

 

"Nama saya Byun Baekhyun. Boleh panggil Baekhyun. Saya selalu lepak kat Heart Cafe setiap petang. Jadi,kalau cik nak pulangkan payung tu,petang esok datanglah ke cafe tu. Saya ada kat situ." katanya sambil tersenyum. Kemudian,dia terus berlari mengharungi salji tebal itu ke cafe yang terletak beberapa meter sahaja dari 7eleven ini.

 

Eh ! Aku lupa bagitahu nama aku pada dia !

 

"Nama saya Lee Sora. Boleh panggil Sora." Jeritku. Aku harap dia dengar.

 

Tapi yang sedikit mengecewakan aku, dia tak menunjukkan apa-apa respons sama ada dia mendengarkanku ataupun tidak . Dia terus berlari menuju ke cafe itu tanpa menoleh ke arahku lagi.

 

Aku hanya dapat tersenyum sambil menatap payung berwarna kuning pemberiannya tadi.

 

Perlahan-lahan, payung itu aku buka. Aku memegang batang payung itu dengan kemas sebelum aku melangkah pergi dari kedai itu.

 

Aku berjalan perlahan-lahan…selangkah demi selangkah. Entah kenapa aku rasa aku ingin terus berada di bawah payung ini. Jadi,itu sebabnya aku mengambil keputusan untuk berjalan perlahan-lahan supaya aku dapat berada di bawah naungan payung ini buat jangka masa yang lebih lama.

 

Tatakala aku melintasi cafe itu,aku dapat melihat lelaki bernama Baekhyun itu sedang menghirup secawan kopi sambil memandang ke luar kaca lutsinar itu. Dan seketika,mata kami bertemu.

 

Aku… terkesima.

 

Alamak,dia perasanlah aku pandang dia ! Tapi yang buat aku lagi tak percaya

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HeavenDelight
yeay. Akhirnya,dpat update chapter 8 cite ni. Para readers,jgn lupa leave ur comments ya. hehe. Please,support me :)

Comments

You must be logged in to comment
Kimtaelover #1
Chapter 12: Best sgt....sambung!sambung!
Kimtaelover #2
Chapter 12: Sampai chapter 12 je ke?sambungan?cepat la sambung....cite ni sgt
misz_dina #3
Chapter 10: I hope sngt2 citer ni akn x jd sad ending.D.o,harap2 ko boleh jumpa dgn Sora semula.jgnla cari yeoja lain.*lap air mata*D.o,fighting!tunjukkan yg ko boleh cari Sora semula.oklah.saya nk smbung nangis pulak ni.bye

#UpdateSoon
#Daebak!!
ExoLoveable
#4
Chapter 11: bila part baekhyun ? jadi baek just mati cam tu jerr ? anyway i accept your storyline idea,i just wondering... fighting !
shine_panda
#5
Chapter 11: Waa bestlah!!!! Update soon...
k-hope
#6
Chapter 10: Ohhh...daebak2...iema dont give up.......fighting.......citer ni best....takkan sorang dua jerrkkk bce....huhuh
ExoLoveable
#7
Chapter 10: contorller time like Tao ? kohkohkohkoh... tak blh bayangkan d.o. buat gaya tuh kekekkekeke.. update soon authornim