I meet her...
Cry, Cry Again
Taehyung POV
Hyung…dia tersenyum lebar sambil melihat ke arah luar kereta melalui cermin sisi yang separuh terbuka itu. Mungkin dia sedang menikmati pemandangan pohon-pohon yang sudah mula mengeluarkan putik bunganya yang tumbuh di sepanjang perjalanan menuju ke rumah kami.
Aku gembira melihat hyung tersenyum seperti itu. Sudah lama rasanya, sejak kali terakhir aku melihat hyung tersenyum selebar dan seikhlas itu. Gigi taringnya yang kelihatan membuatkan aku juga turut tersenyum kecil.
Kepalaku yang disandarkan di bahunya sebentar tadi membuatkan aku berasa sangat selesa. Bahunya yang agak lebar itu membuatkan aku ingin terlena dibawa mimpi.
Tapi apa yang berlaku, aku sebaliknya terjaga dari tidurku disaat kepalaku mendarat di atas bahunya dan hyung tidak menyedarinya. Dari mula aku terjaga, aku memandang setiap gerak geri hyung tanpa dia perasan.
Hyung…dia nampak berbeza.
Susah untuk aku terangkan kenapa aku berfikiran seperti itu. Tapi…perasaan aku mengatakan yang hyung dah pulih.
Iya,dia kelihatan normal.
Nampaknya,Baekhyun hyung dah kembali…kembali menjadi dirinya seperti 4 tahun dahulu…sebelum kejadian yang meragut nyawa Haera noona terjadi.
‘Lee Haera…Haera noona.’ Sudah lama nama itu tidak meniti di bibirku. Sebuah nama yang indah yang pernah dan masih… bertakhta di hati kecilku.
Seketika, aku teringat akan sesuatu. Pertemuanku dengan seseorang …yang mirip…malah sangat mirip… dengan Haera noona.
Flashback
12 FEBRUARY 2015
Hari itu…adalah hari yang aku terlambat menjemput hyung di cafe kerana menghadiri latihan bola sepak di sekolah.
Aku berlari meredah salji tebal itu dengan selaju yang boleh sambil meletakkan beg sekolahku di atas kepalaku untuk melindungi anggota tubuhku yang paling atas itu daripada terkena salji yang boleh membekukan otak itu.
Di fikiranku sekarang, hanya ada satu benda.
Hyung !
Aku …harus cepat sampai ke cafe itu !
Tapi…baru sahaja aku ingin melintas jalan raya yang betul-betul berada di hadapan cafe itu… lampu isyarat untuk pejalan kaki tiba-tiba bertukar merah dan membuatkan larianku terhenti serta-merta .
Aku melihat sekilas jam tangan yang aku pakai di pergelangan tangan kiriku.
“Dah pukul 5. Hyung mesti dah tunggu lama.” Aku merengus.
Aku seperti cacing kepanasan yang sudah tidak sabar untuk melintas jalan raya di hadapanku ini. Kedua-dua belah kakiku tidak dapat berhenti dari terus terloncat-loncat kecil. Mataku juga melilau memerhati keadaan sekeliling. Da
Comments